TENGKU HASSAN DI TERO
Oleh: Mokhtar Petah
Pada hari-hari Aceh menunggu pemerintgah autonomi pada 2009, pejuang pembebasan Aceh dari Belanda dan Republik Insonesia, Wali Negara tinggal lebih 30 tahun di luar negara, telah pulang ke tanah airnya, minggu pertama bulan Oktober 2008 lalu.
Hassan di Tero dan rakanya seperjuangannya, Daud Brueh adalah dua tokoh yang tercatat nama masing dalam sejarah Republik Indonesia menentang penjajah Belanda menunt kebebasan Negara Islam Acek dari Republik Indoneisi, di bawah pikpinan Presiden Ir.Soekarnor dan naibnya, Dr. Mohd. Hatta setelah negara itu mencapai memerdekaan pada 17 Ogos 1947.
Sebelum Tengku Hassan DiTero pulang ke tanah perjuangannya – Tanah Rencong, Aceh, Daruussalam, seorang pegawai di pejabat Gobernor Aceh, telah memakumkan kepada saya, pada hari dia tinggah di rumah saya di Malaysia.
“Saya pernah berjumpa dengan dia dan rakannya, Daud Brueh, di Pulau Pinang, pada tahun 1954,”saya memberitahu pegawai muda berijazah MA dari Universiti Kebangsaan Malaysia itu.
Pada tahun itu saya sedsng menuntut di Sekolah Agama Islam, Daeratul Maariful Wataniah, Kepala Batas, Seberang Perai Utara dan bekerja sambilan sebagai pemberita surat khabar Warta Negara yang terbit di Argyll Road, Pulau Pinang.
Dua dalam seminggu saya telah datang ke pejabat Warta Negara. Saya sering datang ke kedai buku, di Achen Street, milik menemui mualim Haji Yusof Rawa.Allahyarhajm kemudian memegang jawatan Yang Dipertua PAS.
Pada masa itu saya bersahabat dengan Haji Yusof Rawa. Dia mualim dan ahli perniagaan dan saya penumtut dan pemberita surat khabar,
Saya telah berkenalan dengan Tengku Hassan Ditero dan Daud Brueh yang sering yang sering datang ke Pulau Penang atas tujuan perjuangan kemerdekaan Aceh dan menyertai para warga Aceh yang berdagang hadil bumi mereka di pulau tersebut..
Kami seri berjumpa dalam sebuah bilik di kedai buku Haji Yusof Rawa.
Pada tahun itu, Presiden Ir. Soekarno dan anggota-anggota kabinetnya bersetujuan melakukan perdamaian dengan pejuang-pejuang dengan Gerakan Aceh Merdeka (GAM).
Atas meraikan perdamaian itu, Presiden Ir. Soekarno dan anggota-anvgota kabinetnya bersetujuan menuniakan permintaan GAM, iaitu menghadiahkan sebuah kitab suci Quran (harganya kira-kira $2.00) kepada semua warga Aceh lelaki dan perempuan yang berusia 15 tahun ke atas.
Tengku Hassan di tero dan Daud Berueh dengan persetujuan Presiden Ir. Soekarno telah melantik Haji Yusof Rawa untuk mencetak Quran untuk warga Aceh itu dan menhantarnya ke Aceh.
Setelah Gobernor Aceh, Dr.Irwandi Yusuf, Msi menziarah ke rumah saya, di Kuala Lumpur, saya bersama isteri telah melawat Aceh, pada Diseber tahun lalu. Saya berkesempatan tinggan di Pulau Sabang selama tiga hari dan berkunjung ke pangkal jalan raya Republik Indonesia – Sabang ke Maroke - , di Pulau Sabang.
Kerana mengenangkan persahabatan singkat saya dengan pejuang Aceh itu, maka saya menyiarkan di sini tulisan, Mohd. Sayuti Omar, Ketua Editor Mingguan SIASAH, pada halam 4, keluaran 12 – 18 Oktober 2008.
‘Benarlah bak kata pepatah hujan emas di negeri orang lebih baik lagi hujan batu di negeri sendiri. Seindah-indah dan semolek-molek negeri orang, indah dan manis lagi tanah air sendiri. Di tanah air sendirilah tempat tumpahnya darah. Begitulah, apa yang terjadi kepada Tengku Hassan di Tiro,83, yang bergelar Wali Negara dan juga pewaris kesultanan Aceh akhirnya menjejakkan kakinya semula ke Tanah Rencong Darussalam selepas 30 tahun meninggalkannya.
Hassan meninggalkan Aceh dalam rangka mencari pengaruh dan kekuatan mempertahankan tanah airnya dari penaklukan kolonial Belanda pada 1978. Di luar negara beliau bersama beberapa orang rakan seperti Daud Brueh menggagaskan perjuangan bersenjata, Gerakan Aceh Merdeka (GAM). Beliau berada di Stockholm, Sweden dan kemudian menubuh kerajaan buangan Aceh di sana.
Perjuangan Aceh dilihat serong oleh Jakarta dan para pemimpin tertinggi GAM sebagai tidak patriotik.Sehubungan dengan itu berbagai dakyah dan pemalsuan niat murni Hassan atau GAM diputar belit oleh Jakarta dengan harapan GAM ditolak oleh rakyat Aceh. Namun rakyat Aceh lebih mengerti dan tahu denyut nadi mereka daripda harapan- harapan menis yang dilontarkan oleh Jakarta dianggap sebagai peramen (gula-gula) saja. GAM terus mendapat sokongan walaupun sebahagian pengasasnya berada jauh dari Aceh, termasuk Tengku Hassan.
Untuk menyelak kembali (sejarah) perjuangan rakyat Aceh terlalu panjang. Secara umumnya rakyat Aceh berjuang lebih 130 tahun untuk kemerdekaan bumi mereka. Selepas dijajah Belanda mereka terpaksa berhadapan dengan pemerintah Indonesia yang menafikan hak-hak mereka di bumi Serambi Makkah itu. Tengku Hassan sendiri kehilangan secaras syahid seramai tujuh orang (ahli) keluarga terpenting kerana berlawan dengan Belanda.
Pada Isnin 11 Oktober Tengku Hassan akan terbang ke Aceh dan melihat drmuls bumi yang ditinggalkan selama lebih suku abad itu.Pengembalian itu pertama kali sejak 38 tahun dan selepas bencana tsunami melanca Aceh yang meragut 200,000 jiwa pada Disember 2004 lalu. Kerinduan membuak keturunan ketiga kesultanan Aceh itu apa lagi selepas berlakunya gencatan senjatas dan sesudah terlaksana perjanjian damai Helsinki, Finland, antara GAM dengan Pemerintah Indonesia pada 15 Ogos 2005.
“Saya balik untuk melihat kampung halaman, tempat tumpah darah saya dan negeri saya ...,saya merinduinya sejak lama dulu,” begitulah tutur Tengku Hassan dalam pertemuan ringkas di sebuah hotel di Shah Alam, Selangor.Hassan bertubuh kecil kemas berpakaian Barat kelihatan ceria dan tidak sabar untuk melihat tanah airnya.
Tengku Hassan dilahirkan di Pidie, Aceh pada 25 September 1925, singgah di Kuala Lumpur sejak sabtu lalu sebelum berangkat ke Aceh. Semasa di Kuala Lumpur beliau dikunjungi oleh teman-teman diplomatik lamanya. Antara mereka yang turut mengunjunginya ialah pemimpin PAS, terdiri dari Setiausaha Agung, Kamaruddin Jaafar, Bendahari, Dr. Mohd. Hatta Ramli, ahli jawatankuasa agung Pas,Abu Bakar Chik.Presiden Pas, Haji Abdul Hadi Awang yang dijadualkan akan ikut serta bagaimanapun terhalang pada saat-saat terakhir dan menghantar Setiausaha Politik, Dr. Ahmad Shamzuri Mokhtar sebgai wakalinya.
Menurut Hassan lagi, harapannya besar sekali dengan kepulangan itu akan membawa rahmat kepada rakyat Aceh dan buminya.
“Bapa diharap mnenajdi ikon penyatuan masyarakat Aceh dalam membina semula Aceh seperti digagaskan GAM,” begitu tutur Malik Mahmood bekas Perdana Menteri Kerajaan Aceh dibuangan. Malik turut mengiringi Tengku Hassan untuk pulang ke Aceh bersama seorang lagi bekas menteri, Dr. Zaini Abdullah, bekas Menteri Luar Negeri merangkap Menteri Kesihatan.
Turut sama menanti dan mengiringi kepulangan Wali Negara itu ialah bekas Panglima tentera GAM, Muzakir Manaf dan beberapa orang bekas pegawai tentera dan bekas pegawai kerajaan lain. Rombongan yang akan pulang bersama Tengku Hassan itu selarami lebih 20 orang.
Menjelas lebih kanju mengenai kepulangan Tengku Hassan, Malikmemberitahau kepulangan Tenku Hassan itu sudah pun dalam pengetahuan pihak pemerintah Indonesia dan rakyat Aceh sedang menanti-nanti kepulangannya.
“Rakyat Aceh sedang menunggu kepulangan Wali. Sebaik berita itu disiarkan di akhbar rakyat Aceh tidak sabar untuk menatap (wajah) dan untuk berjabat tangan dengan pemimpin mereka,” sambung Malik.
“Ketika ditanya apakah Tengku Hassan bercadang untuk menetap di bumi asalnya itu bersama rakyat, beliau menjelaskan,kalau boleh begitulah, bagaimanapun bergantung kepada perkembangannya.
“Umum tahu mengenai diri bapa Wali dan sejarahnya. Ia, kalau keadaan mengizinkan memang beliau mahu menetap di tanah airnya, kenapa harus tidak!” katanya.
Tengku Hassan yang didkatakan baru sembuh diserang strok mengangguk-angguk kepalan membayangkan hasratnya untuk berada di kampungnya, di Tiro begitu besar sekali.Keluarga dan rakan-rakan lamanya masih ada dan banyak di sana..
Mengenai keselamatan Tengku Hassan memandangkan beliau tokon kontroversi dan menjadi orang yang pernah diburu oleh pemerintah Indonesia sejask rejim sukarno lagi.
Malik menjelaskan, itu tidak menjadi masalah kerana Tengku Hassan dan orang-orang GAM sudah biasa dengan keadaan itu.
“Selama ini pun kami berada dalam keadaan terancam dan waspada dengan kemungkinan – kemungkinan akan berlaku.Insya Allah tidak ada apa-apa kejadian buruk,” jaminnya.’
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.