Thursday, October 9, 2008

ABDULLAH AHMAD BADAWI

MEMBINA GARIS SEMPANDAN DIRI
Oleh: Mokhtar Petah

Pada 8 Oktober 2008 (semalam) semua ahli UMNO - Barisan Nasional khasnya dan rakyat Melaysia amnya, menunggu dengan hati dalam debar akan pengumuman Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, sama ada beliau akan mempertahankan atau tidak jawatan Presiden UMNO
pada Perhimpunan Agung parti politik Melayu itu pada Mac tahun depan.
Sebaik- baik sahaja selesai mempengerusikan mesyaruat Barisan Nasional di gedung UMNO, di PWTC, beliau dengan wajah melimpah senyuman telah mengumumkan, bahawa beliau tidak akan mempetahankan jawatan tertinggi dalam parti politik tertsebut.
Wajah yang dimakan usia - lebih tua dari usianya - , kerana berhempas pulas dalam perjuangan - menerima sanjungan dan kejian dari rakan-rakan segelanggang politiknya - , beliau berkata:
"Keputusan (saya) ini muktamad dan saya buat ini semua untuk UMNO dan Barisan Nasional kerana saya sayangkan kedua-dua parti itu.
"Oleh itu, saya tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung (UMNO) akan datang ... , saya tidak mahu melihat UMNO dan Barisan Nasional berpecah belah.
"UMNO dan Barisan Basional perlu bersatu dan kukuh bagi menangani cabaran global supaya kita berjaya menjadi negara maju dan menjamin kesejahteraan dan adil untuk semua.
"Tempoh saya sebagai Presiden UMNO akan tamat pada Mac 2009.
"Walaupun prestasi negara membanggakan, ia masih berada di persimpangan. Kita perlu berani membuat perubahan dan mempercepatkan evolusi serta proses kematangan.
"Jika kita gagal membuat perubahan itu, segala pencapaian selama 50 tahun muangkin tergadai(?).
"Oleh itu dalam menghadapi perubahan dan transformasi ini rakyat perlu berdiri teguh dan bersatu hati.
"Sudah tiba masanya untuk genarsi bari mengambil alih (memimpin UMNO).
"Saya tidak menyesal dengan apa yang saya lakukan dan apa juga maklum balas yang saya terima daripada pelbagai pihak. Itu adalah hak individu."
Pengumuman Abdullah Ahmad Badawi itu telah disambut dengan perasaan suka ria dan sedih lara oleh orang Melayu khasnya dan rakyat Malaysia yang ikhlas amnya.
Dengan pengumuman itu, Abdullah Ahmad Badawi telah membina garis sempadan dirinya sendiri sebagai seorang pemimpin yang bermaruah dan bersyukur kepada Allah.

MENONGKAH OMBAK

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tlah melangkah dalam perjuangan di peringkat daerah, nasional dan global - dunia antarabangsa,tidak mengharapkan sanjungan - puji puja, sebaliknya beliau mempunyai kesedaran yang dirinya akan dicela, dikeji dan ditentang oleh orang-orang yang merasakan tidak selesa kalau beliau berada bersama mereka.
" ... ana, enta tahulah ..., ana berjuang dalam UMNO dengan tujuan untuk membela bangsa, tanah air dan agama Islam ..., jadi ana sedia bekerjasama dengan siapa sahaja yang mempunyai satu jua dengan ana," Abdullah Ahmad Badawi berkata kepada saya.
"Allah amat mengetahui akan diri ana ..., kalau takdirnya orang-orang dalam UMNO menolak diri ana, terserahlah kepada Allah, tetapi ana tetap dalam UMNO walaupun siapa pemimpinnya," katanya lagi.
Tambanya, sambil senyum, "Semuanya daripada Allah dan kepada Allah ...inna lil Lahi wa inna ilaihi rajiun."
Dalam percakapan dengan saya kira-kira setengah jam di Kementerian Luar Negeri, pada tahun 1997, saya meneliti wajahnya sentisa dalam ketenangan, senyumannya yang memanjang dan tidak seperti kebanyakan orang yang menghadapi dugaan dan cabaran sentiasa dalam keadaan seperti 'cacing kepanasan' atau lupa akan harga dan kekuatan diri sebagai mnanusia yang berjiwa kemanusiaan.
Pada masa menghadapi Perhimpunan Agung UMNO, pada tahun 1987, dua orang calon Presiden UMNO - Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah akan bertanding, maka bagi kepentingan UMNO Abdullah Ahmad Badawi seperti juga Dato' Seri Najib Tun Razak dan beberapa orang lagi telah menyebelahi 'team B' dan setelah para perwakilan menerima Dr. Mahagthir Mohamad sebagai Presiden UMNO, maka Abdullah Ahmad Badawi telah meninggalkan 'team B' dan kembali bekerjasama dengan mereka dalam 'team A' yang dipimpin oleh Dr. Mahathir Mohamad.
Tokoh UMNO Negeri SembilaN, Dato Seri Dr. Rais Yatim telah menjadi Tarzan dan Cowboy 'membakar jambatan yangmenghubungan 'team, A' dengan 'team B'.
Kemudian, Najib Tun Razak telah menyertai 'team A' pula.Tetapi beliau tidak menerima kecaman dari kalangan ahli-ahli UMNO. Sebaliknya Abdullah Ahmad Badawi telah dikecam dan dituduh telah mengkhianati UMNO.
Hal itu berlaku disebabkan ada orang tertentu yang mengipas api yang mulanya kecil, kemudian menjadi marak. Dalam lain erti, ada individu yang mengambil kesempatan dalam keadaan orang lain lumpuh dan rebah.
Semua pemerhati politik pada masa itu dalam kehairanan - seperti hairankan kezaliman Yahudi dan kekejaman police state Amerika- , mengapa Abdullah Ahmnad Badawi diseksa olkeh teman-teman segelanggan politiknya sehingga beliau berkeadaan seperti orang lemas dalam muara sungai 'tercungap-cungap'. Mengapa beliau diseksa sebegitu rupa?
Pada nasa itu ada individu laksana 'pendekar di tengah gelanggang' pada zaman keagungan Sultan Melaka, iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau dan Abdullah Ahmad Badawi dari sebeuah negeri yang sama. Mungkin pada ketika itu seperti peribahasa Cina, 'dua ekor harimau jantan tidak boleh berada atas sebuah bukit'.
Anwar Ibrahim bekas pemimpin ABIM dan setelah berbaia'ah dengan Presiden PAS, Allahyarham Dato Fadzil Noor, untuk berjuang dalam parti Islam itu, telah menjadi pendatang baru dalam UMNO.
Allah telah mentakdirkan, Anwar Ibrahim telah di 'expel' oleh rakan karibnya. Beliaua telah 'tercungap-cungap' dalam gelora lautan tidak bertepi pula.
Allah berfirman dalam Quran, surah Al Insyirah,(5), Sesungguhnya, tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Dan surah At Talaq,(2 dan 3) ... nescaya Allah akan mengadakan jalan baginya keluar (dari kesukaran); serta mengurnia rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Abdullah Ahmad Badawi telah menduduki kerusi yang terpaksa ditinggalkan oleh Anwar Ibrahim, iaitu Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Sebelum Abdullah Ahmad Badawi diperkenan oleh Dr.Mahathir Mohamad untuk menjadi timbalannya, saya telah menghantar sepucuk surat dengan sebuah buku biografi tulisan saya, Datuk Abdullah Badawi Pejuang Kemanusiaan Sejagat, ke kediaman beliau di Seri Perdana, kuala Lumpur. Dalam surat itu, saya telah menulis, kerana beliau anak cucu kepada ulama, baikh akhlak, tidak rasuah dan memiliki pengetahuan tinggi agama Islam dan akademik.
Saya tidak tahu; adakah Dr. Mahathir Mohamad telah menerima pendapat saya itu atau tidak, tetapi yang nyata, berliau telah memilih Abdullah Ahmad Badawi sebagai timbalannya dan memegang jawatan Menteri Dalam negeri.
Pada masa tragedi 13 Mei 1969, Parlimen digantung dan diwujudkan Majlis Tinhdakan Negara (MAGERAN), Tun Razak sebagai Pengerusinya dan Abdullah Ahmad Badawi menjadi Setiausahanya.Pada masa itu beliau mendapat nama gelemor, 'Razak boy'.
Apabila Abdullah Ahmad Badawi memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, pada malam Majlis Tertinggi UMNO bersidang di kediaman Menteri Besar Perak, Ipoh, telah berlaku satu kejadian yang menggemparkan, iaitu kumpulan Al Maunah,pimpinan Mohd.Amin bin Ghazali, di Kampung Ngor(kampung saya), Bukit Jenalik dan Sauk, Kuala Kangsar dikatakan telah merompak senjata-senjata yang tersimpan di ken Askar Wataniah, di Grik, Hulu Perak.
Semenjak Abdullah Ahmad Badawi memegang jawatan TPM hinggalah memegang jawatan Perdana Menteri, beliau berkeadaan laksana duduk di hujung lembing dan keris para rakanya dalam UMNO yang 'wajah manis laksana madu tetapi hati pahit laksana empedu'.
Beliau juga telah mengalami suka dan duka. Pada masa beliau baru naik ke atas, datuknya, Sheikh Abdullah Fahim telah meninggal dunia, tidak lama kemudian, bapanya, Datuk Haji Ahmad Badawi telah meninggal dunia jua.
Pada masa Abdullah Ahmad badawi berjawatan Timbalan Perdana Menteri, ibunya, Datok Hajah Kailan bin Haji Hassan telah meningga dunia.
Tidak lama setelah beliau menduduki kerusi Perdana Menteri Malaysia, isterinya, Datin Seri Endon Mahmnood telah meninggal dunia, pada jam 7.55 pagi 20 Oktober 2005 bersamaan 16 Ramdan 1426.
Pemergian wanita pertama negara itu menjadikan semua hati jantung rakyat Malaysia dijerut duka lara.
Sesungguhnya dia telah pergi, meninggalkan kita atas launtan tidak bertepi, entah terdaya kita menyeberang entah lemas sendiri, apabila lautan sepi, hanya nafas kita sedenyut nadi, seluruh anggota kita dingin bedi.

Bukan bedi kerana dinginnya laut, tetapi dik air mata dan hati kusut, suara ada tetapi tiada kalimat hendak disebut, duduk payah, berdiri terasa lemah lutut, Ya Rabbi, kami reda, pergilah wahai ibu, ke hadirat Tuhan yang kasihkan dirimu, kami di ssini menelan doa, pesanmu, "Bantu dia, suami saya, pemimpinh kita.', tetap kami laksanakan.
(Lihat buku Abdullah Badawi Penjana Modal Insan,
oleh: Mokhtar Petah, jln.8. 2006.
Abdullah Badawi mempelupuri refomasi untuk menghapuskan fahaman kejar akhir dan tolak dunia, di kaloanjgan umat Islam, dengan membawa ubor Islam Hadhari yang berpandukan kepada Hadis Nabi Muhammad s.a.w., bermaksdud, Siapa yang hendakan dunia jadikan dirinya seolah-olah akan hidup selamanya daanh siaoa yang hendakkan akhirat, jadikan dirinya seolah-olah akan mati besok.
Khazanah falsafah moral dan semangat yang diciptanya dan ditinggalkan kepada kita, ialah 'MODAL INSAN'. Kita dan genarasi muda negara ini perlu mendalami falsafah yang berpandukan Quran itu.
Kelemahan Abdullah Ahmad Badawi sebagai pemimpin tertinggi negara, ialah, kerana beliau terlalu percaya kepada rakan dan tidak buruk sangka kepada orang lain, walaupun dia mengetahui seseorang itu musuh ketat politiknya.
Mungkin para musuh politik Abdullah Ahmad Badawi bertepuk tangan dan melaung ke langit lepas kerana gembira beliau akan meninggalkan jawatan Perdana Menteri dan tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO. Manakala para penyokongnya menangis berladung air mata dalam gaung duka lara.
Anwar Ibrahim yang terjatuh dari singgahsana dulu, setelah menerima berbagai azab sangsara; kini beliau sedang memanjat anak-anak tangga untuk menduduki kerusi tempat berlabuh Najib Tun Razak nanti. Berjaya atau tidaknya Pak Sheikh memanjat anak-anak tangga menuju ke puncak, hanya Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Penentu.
Walau bagaimana pun, sebagai manusia bernama kemanusiaan dan beragama Islam; pemergian negarawan mualim itu patut kita bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada beliau.
(habis)















No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.