Wednesday, October 8, 2008

ABDULLAH AHAMD BADAWI

KEPUTUSANYA MEMBANGGAKAN
Ramai Khuatir UMNO Pupus


Kuala Lumpur - Keputusan Perdana Menteri, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak akan pertahakan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan dalam Perhimpunan parti itu pada MAc tahun depan dianggap keputusan yang membanggakan tetapi mendukacitakan sebilangan besar ahli parti politik Melayu itu.
Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan tidak akan bertanding pertahankan jawatan Presiden UMNO selepas mempengerusikan menyuarat Barisan nasional, di PWTC, Kuala Lumpur pada hari ini.
Beliau memberitau, langkah yang diambil itu kerana mahukan UMNO dan Barisan Nasional kukuh, bersatu padu dan mendapat kemenangan pada pilihan raya umum yang ke-13 nanti.
Ketibaan beliau di PWTC pagi tadi telah disambut oleh beratus-ratus orang Melayu yang membawa kain rentang dan melaungkan supaya Abdullah Ahmad Badawi terus memimpin UMNO.
Sebelum itu beratus-ratus orang Melayu yang terdiri dari ahli UMNO dan badan NGO telah berkumpul di luar pagar kediaman Perdana Menteri, di Putrajaya, pada pagi tadi kerana menyambut dan meraikan Abdullah ahmad Badawi bertolak ke PWT.
Yang Dipertua Persatuan Bauyan Malaysia, Mat Swadi Awi yang hadir bersama ahli-ahli persatuan tersebut memberitahu, bahawa mereka akan kecewa jika Abdullah Ahmad Badawi mengambil keputusan tidak akan mempertahankan jawatan Presiden, pada Mac mendatang.
Mereka khuatir, dengan ketiadaan Abdullah Ahmad Badawi, parti politik Melayu itu akan menghdapi masa depan yang gelap, kerana sebilangan ahli UMNO yang menyanjung beliau yang telah merefomasikan Islam Hadhari akan meninggalkan parti tersebut.
"Kami mahu beliau terus memimpin UMNO kerana beliau seorang pemimpin Islam dan anak ulama,"katanya.
Sebilangan ahli UMNO yang menyertai perhimpunan tersebut mahu Abdullah Ahmad Badawi terus mnemimpin UMNO dan mereka tidak setuju dengan peralihan kuasa pada Mac depan atau pada tahun 2010.
Semua pemimpin parti-parti komponan Barisan Nasional telah mengalu-alukan langkah Abdullah Ahmad Badawi kerana tidak akan perhatankan jawatan Presiden UMNO disebab untuk menyelamatkan UMNO dari krisis.
Beberapa orang pemerhati politik memuji langkah Abdullah Ahmad Badawi akan menyerahkan kuasanya kepada Dato Seri Najib Tun Razak pada Mac tahun depan dan tidak akan pertahankan jawatan Presiden parti politik Melayu itu.
"Saya khuatir, apabila Pak Lah tak pimpin UMNO lagi dan tak jadi PM, ramai ahli UMNO yang menyanjung beliau kerana melakukan pembaharuan dalam UMNO, terutama amalan agama Islam akan meninggal UMNO dan menyertai PAS,"kata seorang pemerhti politik yang enggan namanya disiarkan.
"Saya khuatir, kalau berlaku kejadia itu, UMNO akan pupus dan pilihan raya umum ke - 13 UMNO akan kecundang, mungkin Pakatan Rakyat akan memerintah,"katanya lagi.
Meneurutnya, Najib Tun Razak tidak akan terdaya menyatukan ahli-ahli UMNO yang cenderung kepada amalan Islam.


.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.