Friday, August 1, 2008

OSMAN DESA MENAFI


“Saya sentiasa jaga nama baik PM,” katanya.

Oleh: Mokhtar Petah

Bekas Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Osman Desa telah menafi sekeras-kerasnya akan tohmahan yang beliau menjadi salah seorang penyebab nama Perdana Menteri terjejas.

Beliau membuat penafian itu setelah membaca tulisan saya dalam blog saya mengenai setiausaha Politik kepada Perdana Menteri baru-baru ini.

“Ana bekerja kepada Datuk Abdullah dengan ikhlas, bekerja dengan kerana Allah ..., ana tidak lakukan seperti yang anta tulis itu itu,” katanya.

“Ana tak buat begitu, ana tak ..., ana khidmat dengan sungguh-sungguh , kerana Allah ...,”tegas Osman Desa.

“Hubungan ana dengan anta baik, jangan buat ana begitu, ana mengaku ana berkhidmat kerana Allah ...,”tegasnya lagi.

Penafian Osman Desa itu telah menghapuskan tohmah dari pihak-pihak yang tertentu, termasuk kalangan UMNO Pulau Pinang dan beberapa orang cendekiawan Melayu di Kepala Batas yang mengatakan beliau salah seorang setpol yang menyebabkan nama Perdana Menteri, Abdullah Badawi terjejas.

Osman Desa telah berhenti dari jawatannya sebelum pilihan raya ke-12. Beliau telah bertanding dalam kawasan Dewan Rakyat (Sik, Kedah) menentang calon PAS, Cik Uda Cik Nik. Beliau mendapat 16,383 undi dan lawannya mendapat 16,864 undi.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.