TINDAKAN BPR
Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah, Datuk Seri Ahmad Said memberitahu orang ramai melalui para wartawan, bahawa ramai lagi para pegawai dan kakitangan kerajaan (tidak kira pangkat dan kedudukan) akan ditangkap kerana melaku atau terlibat dengan amalan rasuah.
Beliau membuat pengumuman itu setelah para pegawainya telah berjaya menahan sebilangan pegawai tinggi Jabatan Imigresen di Klang, Selangor.
Kata Ahmad Said, “Kami percaya masih ada saki baki anggota berhubung dengan sindiket berkenaan. Kami akan jalankan siasatan dan menahan mereka dengan tidak mengira pangkat serta kedudukan mereka.”
“BPR telah menahan pegawai paling kanan dalam jabatan kerajaan kerana tidak mahu ada unsur-unsur nagatif yang masuk ke dalam negara dan membuat kacau,”katanya.
Tindakan Badan Pencegah Rasuah itu disanjung oleh semua pihak dan ia akan menjamin negara ini bersih dari amalan yang boleh merosakkan negara itu.
Langkah demikian menunjukkan pihak atasan atau kepimpinan negera menjalankan amanahnya dengan baik dengan tidak mengira bulu untuk membasmi kejahatan.
Pegawai-pegawai Imgresen dengan tangan bergari
diiring oleh pegawai-pegawai BPR.
Mungkin BPR tidak sekadar tertumpu kepada satu dua tiga jabatan sahaja, ia patut bertindak kepada semua jabatan, di antara bahagian tender barangan termasuk buku, alat kelengkapan dalam jabatan-jabatan kerajaan termasuk Kementerian Pelajaran, Kementerian Kerjaraya dan sebagainya.
Mungkin BPR dapat menyiasat bocer atau resip bayaran di pejabat-pejabat kerajaan, seperti satu barang harga dalam pasaran sekadar RM 1.00 tetapi dalam bil dan resip kerajaan RM3.00.
Seorang pengedar buku memberitahu, telah berlaku di bahagian buku bacaan yang dibeli oleh pihak kementerian, sebuah buku berharga RM100.00 dalam bil atau resip bernilai RM250.00 atau lebih.
Demikian juga di Kementerian Kewangan, sesuatu projek bernilai RM100 juta telah naik kepada RM200 juta. Perkara ini tidak diketahui oleh menteri tetapi dilakukan dengan teliti oleh para pegawai yang berkenaan.
Amalan tersebut telah berlaku semenjak lama dulu, tetapi sebelum keterbukaan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, BPR suka menjalankan tugas dengan sempurna.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.