Tuesday, July 15, 2008

TANAM SAYUR

Putrajaya: Warga Putrajaya yang kebanyakannya terdiri dari pegawai dan kakitangan kerajaan telah mengorak langkah untuk menanam serai, kunyit, cili, kesum dan sayuran lain sebagai amalan berjimat.

Pada umumnya setiap keluarga di Putrajaya mengalami kerugian wang antara RM2.00 hingg R10.00 sebulan kerana sayuran termasuk cili, daun kesum yang mereka telah beli terpaksa dibuang kerana kecut atau buruk kerana tidak habis dimakan.

Pokok cili, kesum dan pegaga di sebuah rumah di Putrajaya.


Misalnya satu keluarga membeli cili bernilai 50sen, kerana mereka makan cili itu sedikit Cuma, maka selama beberapa hari cili yang berbaki itu kering dalam peti ais atau busuk diluar dan terpaksa dibuang.

Seorang pegawai polis yang berkebun sayur di belakang rumahnya, memberitahu, dia menanam kacang bendi, kangkung, sawi dan sebagainya sebagai riadah pada waktu lapang dan berjimat.

Seorang penduduk lagi memberitahu, dia menanam cili, daun kesum, kunyit dan serai kerana berjimat, kerana kalau dia membeli yang berbaki terpaksa di buang, menanam sendiri senang dipetik bila perlu dan tidak terbuang.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Dtuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah melancarkan kempen menanam sayuran di keliling rumah di Putrajaya.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.