BERSUMPAH
[Mereka yang menuduh seseorang berzina atau meliwat amat baik membaca dan memahami ayat-ayat Quran di bawah ini agar mereka tidak diazab oleh Allah di dunia dan di akhirat.
Editor, Petah Shahrir Aidid.]
Orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan yang bersih (berzina), kemudian mereka tidak dapat mengemukakan empat orang saksi (tidak fasik), maka dera (sebat) mereka (yang menuduh) itu lapan puluh kali dera (sebatan), dan jangan diterima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Mereka adalah orang-orang yang jahat.
(Quran, An Nur:4)
Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina (termasuk tuduh meliwat), sedangkan mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhan itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (yang sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya dia dari orang-orang yang benar. Dan sumpah yang kelima (dia hendaklah berkata): Bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika dia dari orang-orang yang dusta. Dan bagi menghindarkan hukuman seksa dari isteri (yang kena tuduh)itu hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya (yang menuduh) itu adalah dari orang-orang yang berdusta. Dan sumpah yang kelima (hendaklah berkata) : Bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang-orang yang benar.
( An Nur: 6 – 9).
Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita amat bohong itu adalah (dari) golongan kamu juga. Janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang daripada mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang mereka lakukan itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyebarkan (keburukan) di antara mereka akan beroleh seksa yang besar di dunia dan di akhirat.
(An Nur: 11).
Mengapa dalam hal ini mereka tidak mengemukakan empat orang saksi? Kalau mereka tidak mengemukakan saksi-saksi itu, maka mereka itu di sisi Allah adalah orang-orang dusta.
(An Nur:13).
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.