Thursday, July 10, 2008

MAJALAH SUARA BARU

MACAM DALAM PADI ADA LALANG

Oleh: Noor Iskandar

‘Tetapi realitinya, UMNO dan pemimpinnya masih tidak berubah seperti yang dikehendaki oleh rakyat Melayu dan bukan Melayu. Mereka masih besifat seperti dahulu – sombong - Parti itu masih bersifat sebuah kelab elit, pemimpinnya masih tidak mahu mendengar rintihan rakyat dan ahli bawahannya, masih mempertikaikan kronisme, masih tidak mahu mendengar perkara benar, masih suka ditimang-timang dan diangkat-angkat serta banyak lagi’.


Begitulah tulisan Ketua Editor majalah SUARA BARU, Zainal Epi dalam keluaran sulungnya yang telah dihadiahkan oleh editornya, Encik Helme Hanafi.

Bila saya membaca sekali lalu, saya mendapati majalah itu seperti suara UMNO kecil dalam UMNO besar. Macam ada Tengku Razaleigh Hamzah atau orang lain dibelakangnya. Siang-siang lagi ketua editor membelasah pemimpin UMNO. Macam Dr. Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah belasah Datuk Seri Abdullah Badawi

Pada masa di London dulu, saya telah membaca surat khabar, majalah dan buku dalam bahasa Arab yang dibiayai oleh Raja Arab Saudi dengan tujuan penulisnya memuji kerajaan yang bermazhab Wahabi itu.

Saya berterima kasih kepada pihak majalah SUARA BARU kerana menghadiahkan majalah itu kepda saya. Mudah-mudahan majalah itu mendapat pasaran di antara orang-orang Malaysia yang menggigit tulang kering kawan-kawan.

Berikut ini saya kemukakan di antara gambar-gambar dalam majalah yang berunsur politik, sosial dan budaya itu, tetapi rupanya manja dan cantik macam pelakon Puteri dalam televisyen.

Kulit Suara Baru

Blogawati Nuraina A.Samad

Datuk Noraini Ahmad

Nurul Izzah Anwar

ahli Parlimen kawasan Lembah Pantai


Dr. Lo’Lo’ Datuk Mohd. Ghazali

ahli Parlimen (PAS) kawasan Titiwangsa


Majalah ini akan mendapat sambutan dari orang ramai dan panjang usianya jika yang menulis artikel dan sebagainya di dalamnya terdiri dari para penulis yang serius bekerja, berpandangan jauh dan tidak terikat dengan pengaruh mana-mana parti politik dan apatah lagi kalau oleh UMNO kecil dalam UMNO besar.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.