LIMA MANUSIA N. SEMBILAN
GONCANG MANUSIA
Oleh: Mokhtar Petah
‘Dalam hal police state / negara ganas ini saya amat bersetuju dengan si mamat ini. Tetapi untuk menuduh Abdullah Badawi sebagai penciptanya adalah satu yang amat-amat keterlaluan. Pertama, Abdullah Badawi tidak memiliki daya fikrah untuk mewujudkan police state dalam masa 3 tahun .... Adalah bukti yang sahih bahawa negara ganas di Malaysia bukan Made in Abdullah Badawi.’
‘11 September 2006 ialah tarikh ulang tahun ke lima meledak dan runtuhnya bangunan World Trade Center (WTC) di kota New York. Pada Julai yang lalu (2006) ia ulangan tahun yang keenam tragedi Sauk/Bukit Jenalik. Di dalam kedua-dua kes ini kita akan melihat ada beberapa persamaan jika diteliti atau dikaji.’
Tulisan di atas adalah buat tangan manusia keenam di Negeri Sembilan, Hishamuddin Rais dalam blog dan dipindahkan ke dalam bukunya, Keganasan,Penipuan & Internet.(2008)
Allah telah mentakdirkan Negeri Sembilan tempat lahir lima manusia yang menggoncang manusia. Nama dan kisah baik dan kisah buruk mereka tercatat dalam sejarah tanah air. Jika ditulis dan dibukukan, buku itu akan menjadi buku warisan negara Malaysia dan bangsa Melayu.
Lima manusia itu, ialah, Zainal Abidin Ahmad - ZA’BA, Shamsiah Fakeh, Ishak Tadin, Ustaz Ashaari Muhammad dan Hishamuddin Rais.
ZA’ABA tokoh pendidik dan pendeta Melayu, dilahirkan di Jempol pada tahun 1895. Semua orang Melayu yang tahu membaca tulisan Jawi atau Rumi dan rajin membaca tahu akan diri ZA’BA. Mereka tahu dia seorang penulis dan orang politik yang goncang penjajah Inggeris.
Sama ada melalui tulisan mahupun dengan cara lisan, ZA’ABA telah menjadi penggerak semangat Dato’ Onn Jaafar dan orang-orang Melayu sebelum tahun 1946 untuk berjuang menuntut kemerdekaan.
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Walaupun sebagai pegawai kerajaan, dia mesti patuh kepada peraturan tidak boleh bergiat dalam politik, dia tidak menyertai parti politik, tetapi buah fikirannya menjadi pengetahuan dan tunjuk ajar bagi orang-orang politik zaman itu.
Wanita yang paling terkenal di Tanah Melayu sekitar tahun 1950-an, ialah Shamsiah Fakeh, dia adalah ketua cabang wanita dari Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), iaitu Angkatan Wanita Sedar (AWAS). Dia telah menggongcang penjajah Inggeris.
Apabila Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pimpinan Tunku Abdul Rahman telah mengenakan tekanan ke atas pejuang-pejuang kiri kemerdekaan Tanah Melayu, maka Shamsiah Fakeh masuk ke rimba dan menyertati Parti Komunis Malaya (PKM).
Setelah berlaku perdamaian antara Parti Komunis Malaya (PKM) dan Parti Komunis Thailand (PKT) dengan Kerajaan Thai dan Kerajaan Malaysia, maka Shamsiah kembali ke tanah air.
Manusia Negeri Sembilan yang ketiga goncang manusia, ialah Tan Sri Ishak Tadin. Beliau pegawai tinggi kerajaan bidang pentadbiran.
Saya mula berdamping dengan Ishak Tadin pada masa beliau memegang jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan Pengurus Besar Keretapi Tanah Melayu.
Pada masa di Perak, beliau telah berperanan pihak Tun Razak menghadapi krisis politik negeri itu, iaitu kecoh antara Sultan Idris Shah dengan Menteri Besar, Tan Sri Ghazali Jawi.
Apabila Ishak Tadin memegang jawatan Pengurus Besar Keretapi Tanah Melayu, maka beliau telah membongkar kecurangan yang berlaku agensi kerajaan itu.
Ishak Tadin telah membongkar perbuatan pegawai-pegawai yang terdiri dari orang India, iaitu sebatang paku landasan keretapi dibuat oleh empat orang pekerja selama empat bulan.
Banyak lagi kecurangan dalam Jabatan keretapi Tanah Melayu telah dibongkar oleh Ishak Tadin.
Tokoh manusia Negeri Sembilan paling dibenci oleh para ulama pihak kerajaan dan PAS, ialah Ustaz Ashaari Muhammad pemimpin Al Arqam. Dia dan para anggota Al Arqam menyanjung mazhab Ahlus sunnah wal jamaah, telah menggoncang manusia–manusia di Tanah Melayu dengan pegangannya dalam agama Islam.
Kerana pegangannya dalam agama, Ustaz Ashaari Muhammad ditangkap, di tahan di bawah ISA dan di buang daerah ke Labuan.
Budak kampung Tengkek, Kuala Pilah, Hishamuddin Rais. Lepasan Malaysia College Kuala Kangsar (macam Anwar Ibrahim). Lepasan Universiti Malaya, jurusan sejarah, Universiti Katholik Louvain – la – Neuve dan Universiti Westminster London, bidang filem.
Tindak tanduknya yang menggoncang Dr. Mahathir Mohamad, di bawah ISA, dia tahan.
Kemudian dia tidak serik-serik menggoncang manusia, termasuk Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak. Selain dari menulis artikel-artikel pelik dalam surat khabar dan majalah, dia menulis dan blognya sendiri. Semu tulisannya laksana lada burung dalam mulut gadis sunti.
Dalam bukunya, Keganasan, Penipuan & Internet, Hishamuddin Rais telah menulis mengenai Dr. Mahathir Mohamad, antara lain:
‘Selama 22 tahun pemerintahan Mahathir Mohamad, rasuah telah menjadi satu ciri budaya Malaysia. Budaya rasuah ini telah boleh dinaikkan ke tahap seni. Malah telah sampai masa dan ketikanya rasuah wajib dijadikan satu disiplin ilmu untuk dipelajari terutama di Universiti Sintok.’(ms:45).
‘Seperti tikus basah Mahathir Mohamad dengan anak isterinya telah memanggil sidang akhbar di bangunan Petronas. Rakyat melihat betapa moyoknya si Mahathir Mohamad pada petang itu. Dia hanya dikelilingi oleh isteri dan anak-anak yang masih setia.’(ms:50).
‘Dalam kes Sauk, hingga ke hari ini rakyat masih tidak percaya bagaimana 3 buah kereta Pajero boleh memuatkan 3 tan senjata dalam masa 15 minit. Kes Sauk terus tidak diyakini rakyat dengan serta merta. Keyakinan rakyat telah merosot begitu sekali sehingga satu lagi sandiwara Sauk terpaksa dientraskan secara rasmi dan terbuka oleh kerajaan Mahathir Mohamad.’ (ms:70)
Siapa lagi manusia Negeri Sembilan akan menggoncang manusia lepas Hishamuddin Rais?
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.