DEBAT SHABERY DENGAN ANWAR
Mungkin baik jika Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato’ Najib Tun Razak bertindak menghalang anak buah mereka – Menteri Penerangan, Datuk Shabery Cheek akan berdebat dengan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Radio dan Televisyen Malaysia.
Tindakan Shabery menampakkan kebudak-budakkan atau macam badut, kerana debat seperti itu tidak memberi banyak faedah tetapi banyak keburukan kepada negara dan orang ramai.
Anwar Ibrahim sekarang ini berkeadaan seperti seekor harimau sakit berdarah setelah kena jerat, Shabery ibarat pemburu yang menggunakan peluru kapur, tentulah harimau menerkam dan mencekah kepala Shabery - Anwar Ibrahim akan bercakap apa sahaja dan Shabery akan terjelepok kesakitan.
Dalam debat itu Anwar akan bercakap mengenai harga minyak dan barang-barang keperluan naik harga. Perkara itu memang benar. Kerajaan memang berusaha untuk mengatasi masalah itu, tetapi mungkin sukar, kerana minyak dan barang-barang lain bergantung kepada pasang surut harga minyak dan barangan dunia.
Anwar Ibrahim tidak akan mengambil kira kesukaran kerajaan dan apa yang kerajaan lakukan. Apabila dia dapat bercakap, maka dia akan bercakap dengan melepaskan apa sahaja dan orang ramai tidak tertarik lagi akan percakapan Shabery.
Walaupun Shabery Menteri Penerangan, tetapi apabila dia berdebat dengan Anwar Ibrahim dia sebagai seorang murid sekolah menengah dengan Anwar Ibrahim seorang pensyarah bertaraf Ph.D.
Mungkin kerana kedudukan dan politiknya, Shabery menjadi berani berdebat. Tetapi beliau tidak memikirkan kepentingan negara.
Harimau kena jerat dan berdarah tidak ada kasihan atau timbang rasa dan Shabery pula sebagai pemburu berpeluru kapur akan terperosok sebagai seekor ayam jantan patah susu dan biaru balung kerana kalka berlaga,
Kalau pihak RTM mengawal perdebatan itu, iaitu dengan mengawal percakapan Anwar Ibrahim, maka Anwar Ibrahim dan para penyokongnya akan menyifatkan Menteri Penerangan itu dan kerajaan dengan berbagai warna.
Anwar Ibrahim akan menggunakan isu debat itu untuk memburuk-burukkan kerajaan. Jika sampai ke peringkat itu Shabery mesti bertanggungjawab dan patut mengosongkan kerusi Menteri Penerangan.
Orang tua-tua Melayu ada mengajar kita; kalau hendak menyusur bendul belajar pada kucing, kalau hendak menyusur akar belajar pada ular. Kalau tidak mahu binasa pandai-pandai pilih kawan dan lawan.
Sebagai orang yang berhemah, kalau Shabery berjuang kerana negara, baiklah batalkan rancangan yang sia-sia itu. Lebih banyak perkara lain Shabery boleh lakukan.
Sesuai dengan keadaan, Shabery elokkan menumpukan tanggungjawabnya kepada memulih semua fungsi Kementerian Penerangan yang sejak 10 tahun lalu kelihatan tidak berdaya mencapai matlamat kerajaan.
Kementerian Penerangan seolah-olah tidak mengambil berat akan peranan televisyen saluranl 1 dan 2, sehingga kini orang ramai lebih menumpu perhatian kepada TV3, TV9 dan astro.
Peranan Kementerian Penerangan – TV1 dan 2 memperlihatkan seperti tidak bersungguh –sungguh menerapkan nilai Islam berbanding dengan TV3 dan TV9. Para wanita (Islam) TV1 dan TV2 nampaknya seperti tidak berminat bertudung kepala terutama pada waktu membaca warta berita. Ini semua Shabery perlu mengambil berat daripada berdebat dengan Anwar Ibrahim.
Hidup jadi orang tua-tua lebih dari menjadi budak-budak menyalat hingus ke dinding.
(
Satu pandangan dan teguran yang baik. Memang debat seperti itu tidak melabakan negara. Belum ada debat boleh menyelesaikan apa juga masalah. Sebaliknya debat akan memburukkan keadaan.
ReplyDeletePrinsip yang perlu diamalkan dan pendekatan perlu diambil ialah dengan bermuzakarah, berbincang mencari penyelesaian bukan mencari menang. Kalau mencari menang sampai kiamat pun tidak akan lengsai kerana manusia tinggi dengan ego. Tinggi Everest tinggi lagi ego manusia kalau bukan kerana ego (semangat, nafsu, azam) masakan puncak Everest dicapainya.
Terusnya bapak Prof mengulas dan memberi pandangan bernas dari kolam kemelayuan tulen dan berpijak atas aqidah Dinual Islam. Salam.
- Kartolo Merdusehseh, Bandung
Jakarta.