ZAHID HAMIDI TIMBALAN PM?
Oleh: Noor Iskandar dan Petah Shahrir Aidid.
Dr.Zahid Hamidi dan Najib
Setelah tulisan
“Tak ada tokoh lain yang layak jadi Timbalan Perdana Menteri, selain dari Datuk Zahid Hamidi,” kata Encik Azmir Bakar dari Ipoh.
“Beliau seorang tokoh politik yang berpelajaran tinggi dan tinggi pelajaran agama Islamnya, beliau memang layak memegang jawatan itu,”katanya.
“Sebagai ahli UMNO, saya yakin kemampuan Datuk Zahid Hamidi, dia boleh membantu Datuk Najib,”katanya lagi.
Abdullah bin Muhammad dari Pulau Pinang berkata, “saya dapati tak ada tokoh lain yang sesuai bekerjasama dengan Datuk Najib, selain dari Datuk Zahid Hamidi, dia boleh membantu Perdana Menteri Baru itu bagi memulihkan keadaan dalam UMNO.”
“Datuk Zahid Hamidi yang dulunya rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, mampu mengembalikan kepercayaan dan sokongan orang ramai kepada UMNO,”katanya.
Manakala Abdul Fatah bin Muhbub dari Johor Bahru, memberitahu, kalau Najib memilih Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Timbalan Perdana Menteri, maka beliau akan berkeadaan seperti orang duduk atas duri.
Dr. Zahid Hamid adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (hal ehwal agama Islam), ahli Dewan Rakyat kawasan Bagan Datoh, Perak.
Memanglah, jika kita merenung kepada kabinet bayangan (mungkin ada), Najib terpaksa mengambil anggota-anggotanya seimbang dengan mereka yang menjadi penolong tegarnya dengan mereka di pihak Abdullah Badawi dan pihak lain; mungkin Zahid Hamidi dan penyokong Anwar Ibrahim dalam parti itu.
Jika kita kembali kepada Zaman Anwa rmenjadi ‘super power’, bila individu dalam UMNO yang menjadi seperti ‘Gobel dengan Hitler’ boleh dikatakan ramai, di antara mereka itu,Tan Sri Muhammad bin Mohd. Taib, Datuk Sri Dr. Mohd, Khir Toyo, Dr. Zahid Hamidi.
Pandangan dari beberapa orang pemerhati, penganalisis dan penulis politik, bahawa walaupun Abdullah Badawi telah mengumumkan akan mengosongkan kerusi keramat Perdana Menteri kepada timbalannya menurut persetujuan mereka berdua, tetapi Najib mestilah berfikir dan menimbangnya berkali-kali.
Kami nampak akan berlaku di hadapan. Kalau Najib sayangkan UMNO seperti yang dikatakannya, maka beliau harus (mesti) sanggup dengan ikhlas menjadi orang nombor dua untuk lima tahun lagi dan Abdullah Badawi terus dengan nombor satunya. Lupakan rancangan meletakkan jawatan Perdana Menteri dan memegang jawatan tersebut.
Sekiranya UMNO di bawah Najib yang seperti ‘tok mudim baru belajar mengkhatan’, beliau akan berdepan dengan laut bergelora. Perahu yang dikemudinya akan karam dan beliau sendiri akan hilang dalam gelora tersebut.
Kita mesti belajar segala yang berlaku pada hari ini, iaitu Abdullah Badawi yang telah sempurna sifat dan watak sebagai pemimpin, kerana menghadapi keadaan harga minyak, beras dan harga makanan, beliau telah dicerca,diumpat dan digesa turun dari kerusinya (seperti dalam laman-laman web dan blog dan beberapa media), bagaimana pula jika Najib menjadi Perdana Menteri dalam keadaan sekarang.
Allahyarham Tun Abdul Razak pernah berkata, “Semua orang nak jadi pemimpin, tetapi tanggungjawab pemimpin tidak mudah, kalau silap pimpin, pemimpin dengan negara jadi debu …”
Semua ahli UMNO telah dewasa, elok berfikirkan seperti orang tua-tua Melayu, ‘Hendak berdiri renung tempat duduk, dengan cakap enggang makan buah belolok, dengar cakap orang terjun masuk lubuk’.
Pengganti Abdullah tidak semestinya Najib, Zahid jauh sekali. Pengganti Abdullah orangnya tiada berparti. Sistem negara akan berubah, manusia jadi lebih pintar apabila selama ini tersedar diri tertipu.
ReplyDeleteSistem kehidupan manusia akan berubah terus, parti politik tidak akan menjadi tempat manusia bergantung harap kerana orang Melayu telah sedar orang politik dan parti-parti politik tidak boleh diharap.
Masanya akan sampai juga. Jika Zahid jadi pengganti, beliau tidak mempunyai roh yang mampu menerahui orang Melayu sebagai bangsa yang akan menerajui dunia.
Malaysia kelak akan menjadi pusat segala kekayaan, hanya yang terpilih sahaja yang akan memimpin.