Friday, June 20, 2008

TPM LEPAS NAJIB

“ … nak bunuh kerjaya politik saya,” Zahid Hamidi

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (hal ehwal agama Islam), Datuk Dr. Zahid Hamidi telah sms kepada saya dengan tulisan, “Pak Mokhtar, bagi tau dia orang (penulis), jangan mengarutlah. Itu semua nak bunuh kerjaya politik saya”.

Dr. Zahid Hamidi telah memberitahu saya demikian setelah membaca tulisan Petah Shahrir Aidid dan Noor Iskandar mengenai beliau ‘diharapkan’ oleh kalangan dalam UMNO dan luar parti itu, sebagai tokoh bakal menjadi Timbalan Perdana Menteri, di bawah Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak nanti.

Dr. Zahid Hamidi telah mengirim sms kepada saya sekali lagi, “ Pak Mokhtar, jawablah apa-apa yang patut bagi pihak saya. Setakat ini saya bersyukur dengan segala yang diamanahkan. Saya tidak bercita-cita besar.”

Zahid Hamidi

Dua penulis yang menulis mengenai Dr. Zahid Hamidi layak menduduki kerusi Timbalan Perdana Menteri, adalah menulis mengikut pandangan individu-individu yang mungkin berfikir lebih jauh dari Dr. Zahid berfikir tentang dirinya.

Dr. Zahid Hamidi yakin dirinya tidak layak menjadi Timbalan Perdana Menteri, tetapi orang lain memandang beliau paling layak. Contohnya, Allahyarham Ghafar Baba, seorang bekas guru sekolah Melayu lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim boleh menduduki kerusi keramat itu. Mengapa Dr. Zahid Hamidi berpelajaran tingga – dua hala, tidak layak?

Tuhan telah mengajar manusia, bahawa Nabi Musa – rasul Allah -, banyak ilmu dan fikirannya kreatif, tetapi Nabi Khidir – hanya seorang nabi Allah -, memiliki pengetahuan mengatasi Nabi Musa.

Individu-individu berkenaan melihat Dr. Zahid Hamid seorang tokoh penting – ada pengetahuan duniawi dan ukhrawi, dan juga kerana pengetahuan dan kewibawaan beliau, maka Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi mengangkatnya ke kerusi menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam.

Jika ahli-ahli UMNO memang jujur untuk Negara, bangsa dan kerana UMNO, mengapa pula menolak Dr. Zahid Hamidi dari menggantikan tempat Najib Tun Razak apabila beliau memegang jawatan Perdana Menteri.

Abdullah Badawi memilih seorang dengan mengguna mata hati pegawai tadbir dan diplomat, agama Islam dan ahli politik. Kerana beliau tahu, memberi sesuatu tanggungjawab kepada bukah ahlinya, tunggulah keburukkannya.

Tetapi kalau individu-individu yang berada dalam UMNO, hanya kerana kepentingan peribadi, sentimen yang mencelarukan politik, maka itu diluar tanggungjawab sebagai pejuang dan munasabah mereka menolak Dr. Zahid Hamidi.

Dr. Zahid Hamidi telah mengaku dirinya tidak bercita-cita besar. Tetapi sebagai seorang yang diamanahkan oleh Allah dengan pengetahuan, fikiran dan pengalaman, cita-cita mesti besar hatta sanggup menimba lautan.

Mungkin Najib telah ada orangnya, jika beliau menduduki kerusi Perdana Menteri, maka orang itu bakal timbalannya, tetapi dalam keadaan sekarang hingga lima tahun mendatang, akan selesakah Najib kalau Dr. Zahid Hamidi tidak dipilih?

Dalam UMNO kini sukar mendapat individu seperti Dr. Zahid Hamidi.Memang ada individu yang berpengetahauan duniawi dan ukhrawi, tetapi keserlahan mereka masih belum ada. Belum dapat mengatasi Dr.Zahid Hamidi.

Dr. Zahid Hamidi ahli Dewan Rakyat bagi kawasan Bagan Datok. Sebelum melanjutkan pelajarannya ke seberang laut, beliau menuntut di sekolah agama Islam Kerajaan Perak, Sekolah Izzuddin Shah.

Beliau termasuk dalam golongan koporat Melayu.

- Mokhtar Petah.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.