Tuesday, June 10, 2008

PETUA

ANAK BIJAK DAN BERANI


Jika hendakkan anak lelaki rajin, berani, bijak dan tidak dibenci orang, lakukan seperti berikut ini tiga petang Jumaat:

Batu halilintar (batu petir yang tercacat), rendam dalam air kira-kira setimba.

Istighfar tiga kali dan mohon kepada Allah agar dikurniakan kepada anak; rajin, berani, bijak, berani dan tidak dibenci orang.

Baca: Al Fatihah, diikuti dengan membaca: Ayat Quran; Surah Al Hasyr: 22 hingga 24, baca selawat kepada Nabi Muhammad sahaja (tiga kali).

Setelah habis tiap kali membaca hembuskan pada air itu.

Anak lelaki berusia 1 hingga 3 tahun mandikan dengan air tersebut dengan cara, dirikan dia di celah kelangkang bapa.

Jiruskan air itu atas kepada bapa hingga tubuh dan air itu turun mengalir ke atas anak itu.


Peringatan: Pengamal petua ini mestilah yakin atau kuat iman kepada Allah. Insya Allah akan berhasil.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.