Saturday, June 7, 2008

MAJLIS KESYUKURAN

Murid Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jelutung, Shah Alam, Mohd Shazwan bin Hassan, telah berjaya mendapat biasiswa MARA untuk melanjutkan pelajarannya di mana-mana institusi pengajian tinggi seberang laut.

Mohd Shazwan yang telah mendapat keputusan peperiksaan 8A dalam peperiksaan SPM tahun lalu akan mengikuti jurusan perakaunan selama setahun lima bulan, di Universiti Teknologi Mara (UITM) Shah Alam sebelum menyambungkan pelajarannya di Australia, New Zealand atau Kanada.

Pada malam Jumaat lalu, bapanya, Encik Hassan bin Mohd Simboh dan ibunhya, Puan Zanariah binti Hashim telah mengadakan majlis jamuan kesyukuran, di Surau Al Ikhlas, Bukit Jelutung.

1 comment:

  1. Terima kasihlah YBhg Dato' & Datin kerana sudi datang pada majlis berkenaan. Sebenarnya majlis berkenaan juga dibuat sempena kesyukuran terhadap ibu mertua, Hajjah Sharome yang telah menjalani pembedahan & beransur pulih sekarang ini.

    Terima kasih & wassalam.

    Hassan

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.