Thursday, June 12, 2008

HADIS

Depan masjid putrajaya.

WASPADA DALAM URUSAN

Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: Aku (dari Allah) perintahkan kepada kamu untuk bertaqwa kepada Allah dan waspada (berhati-hati, berfikir sebelum terkena) dalam semua urusan.

Perawi: Sahal bin Saad dan Al Baihaqi

Huraian: Semua urusan dalam hadis di atas, maksudnya semua urusan kecil dan besar hingga kepada urusan mentadbirkan negara dan rakyat.

Semenjak pemerintahan para sahabat dan khalifah hingga pada masa ini, akibat daripada tidak berhati-hati dalam urusan pemerintahan telah berlaku rasuah membelanjakan wang Negara dengan tidak cermat atau boros,seperti perancangan yang lebih mengutamakan hawa nafsu dari fikiran yang berlandaskan ajaran Islam.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.