BOM LABU SAYUNG DI IRAQ
[Cerita ini, jika dibaca sekali lalu, terasa sebagai kejadian yang benar-benar berlaku. Cerita ini diadun oleh pengarangnya dari ilhamnya sendiri. Labu Sayung telah dijadikan bom membunuh musuh umat Islam Iraq. Alimin Putera Kampung Sayung dan isterinya, Tengku Intan dari Bukiit Chandan, Kuala Kangsar, telah berjihad bersama umat Arab di sana.Cerita ini diangkat dari novel Cinta Dan Jihad, karya
– Editor, Petah Shahrir Aidid.]
Subuh dingin membungkus Bandaraya Baghdad. Suara juruazan dari masjid mendayu-dayukan perasaan anak-anak dagang di rantau orang. ’Alimin dan Tengku Intan menunaikan fardu Subuh. Seperti biasa dia membaca doa pada akhir sembahyangnya. Pada waktu bangun dari hamparan,’Alimin bersalaman dan memeluk tubuh Isterinya yang sarat mengandung. Mereka bercium dan berkucup di situ sejenak.
“…Eli, …ngapa, Intan rasa tak sedap hati,”kata Tengku Intan kepada suaminya.
“Rasa macam mana, sayang?”Tanya ‘Alimin.
“…tak tau, Intan tak tau,…tapi ada rasa tak sedap hati …,”jawab Tengku Intan..
“Agaknya tengah hamil begini ada perasaan begitu, sayang,”kata ‘Alimin.
“Agaknya,…wallahu a’lam,” sahut Tengku Intan.
Mereka berjalan keluar beriringan dari bilik. Di meja makan, ‘Alimin memakan sekeping roti dan minum air kopi hitam.
“…hati-hati, Eli,…perjalanan ke Mosul tu jauh, sayang,”pesan Tengku Intan.
“Insya Allah, sayang,”sahut Alimin.
‘Alimin merenung wajah isterinya. Renungannya laksana merenung bulan di dada langit pada waktu dinihari. Sayup. Sayu. Ada madah dalam hatinya. Madah itu tidak dapat diterjemahkan.
“Sayang, jangan lupa panggil kakak, kalau apa-apa hal,” pesan ‘Alimin.
“Ia, mungkin lusa, Intan pergi ke hospital, kan doktor kata lusa Intan akan bersalin,”kata Tengku Intan.
“Tak apa, petang esok saya akan balik, telefon saya,”pesan Alimin lagi.
“Ia, …jaga diri, ya, yang…,”pesan Tengku Intan.
“…insya Allah,”sahut ‘Alimin.
Tengku Intan merenung legat pada wajah ‘Alimin.
“…bertuah kita, sayang, akan dapat anak, cantik macam emaknya,”kata ‘Alimin.
“Anak lelaki tentu wajahnya kacak macam Eli,”sahut isterinya.
“Tak sangka anak kita akan lahir dalam suasana perang, ia, Intan, kata ‘Alimin.
“Ia, anak kita akan jadi anak yang berani,…taatkan Allah, berakhlak mulia,”sahut Tengku Intan.
“Insya Allah, sayang,”sahut ‘Alimin pula.
Bunyi derum enjin kereta di halaman rumah rakan-rakan seperjuangan dengan ‘Alimin telah tiba. ‘Alimin bangun dari duduknya dan merapati tubuh isterinya. Tubuh subur itu dipeluk erat. Dicium kedua pipi dan dijujut dua bibir nan segar itu.
Dengan menggonggong seketul hatinya yang penuh sarat dengan madah rahsia ’Alimin mencapai bujam berisi kamera dan barang-barang keperluannya. Tengku Intan mengiringinya dengan perasaan hiba turun ke halaman rumah mereka. Rakan-rakan ‘Alimin berdiri setia di halaman rumah itu.
“As alamu alaikunna,”lapaz ‘Alimin.
“Wa alaikum,”ucap isterinya.
Alimin berjalan ke kereta dan masuk ke dalamnya. Sepuntung tangan kanannya dilambai-lambaikan kepada isterinya. Isterinya yang sedang didera risau. Duka itu melambai-lambaikan tangan kepadanya. Kereta bergerak meninggalkan Tengku Intan yang masih berdiri atas halaman.
Subuh itu ‘Alimin telah bertolak ke Mosul. Kereta dan diri mereka menggunakan tanda pengenalan dan toha ‘Press’. Pengenalan antarabangsa itu menjamin perjalanan mereka yang jauh dan tidak akan dihalang gugat oleh askar-askar Amerika. Kereta pacuan empat roda membelah kabus pagi atas jalan raya Baghdad menuju ke Mosul.
Di Mosul mereka akan menjalankan beberapa tugas komunikasi dan mengatur penghantaran bom-bom kepada pejuang-pejuang Islam di seluruh Iraq.
Sepanjang perjalanan mereka ke Mosul, mereka terpaksa berhenti pada tiap-tiap point atau sekatan jalan raya askar-askar Amerika. Kerana ‘Press’, maka mereka tidak di halang dalam perjalanan. Askar-askar Amerika itu yakin, mereka itu adalah ‘News men’. Wartawan-wartawan yang menyokong mereka.
Dalam perjalanan itu, ‘Alimin berfikir; apa akan berlaku kepada rakyat Iraq pada masa akan datang. Apakah corak politik negara itu. Mungkinkah akan berubah menjadi sebagai Negara Iran, sebuah Negara Islam tulen atau sebuah negara kapitalis di bawah telunjuk kuasa-kuasa besar dunia.
Wajah Abu Musa Al Zarqawi, pemimpin Al Qaeda di Iraq, menerpa ke jaring mindanya. Apakah Syi’ah atau Ahlus Sunnah wal Jamaah atau Sunni akan menjadi rasuk dan gelegar negara yang baru betah dari sakit tenat itu nanti.
‘Alimin tidak percaya kepada parti-parti politik Iraq yang tumbuh laksana cendawan pada musim hujan. Semua parti politik di Iraq telah ditubuhkan dengan tajaan pihak Amerika dan kaum kapitalis.
Parti Barisan Bersatu Iraq, Barisan Kerajaan Iraq, Parti Iraq, Pakatan Kurdis, Perhimpunan Demokrat Bebas, Kesatuan Rakyat, Barisan Rafidain Kebangsaan (Kristian), tidak boleh dipercayai.
“Parti-parti itu tajaan Amerika, tak boleh di harap,”hati ‘Alimin bersuara.
“Semua anggota parti itu fro Amerika,”suara hatinya lagi.
“Iraq perlukan sebuah parti Islam,…parti yang dapat menyatukan golongan Sunni dan golongan Syi’ah,” kata lelaki yang duduk di sebelah ‘Alimin.
“…ia, saya fikir begitu,”sahut ‘Alimin.
“Semua orang dalam parti-parti politik sekarang boneka Amerika,”kata lelaki itu.
“Ia, boleh jadi,”sahut ‘Alimin.
Mereka tiba di markas sulit Pergerakan Islam di Mosul. Pejuang-pejuang Islam menyambut mereka dengan laungan ‘Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar’. Mereka berpelukan. Bersemangat. Berani mati kerana Allah.
‘Alimin berdiri dalam bilik musala di markas itu. Dalam bilik itulah, dia dan bapa mertuanya telah sembahyang fardu Asar dan kemudian mereka telah berbincang untuk membuat bom labu tanah. Labu-labu tanah akan dibuat dari tanah liat dalam kawasan tanah tepi sungai. Kawasan tanah di situ telah diserahkan oleh orang tua itu kepadanya dan Syamila.
Lebih sepuluh biji labu tanah terletak atas meja-meja dalam bilik itu. Semua labu-labu tanah itu sebesar labu tanah biasa. Tidak seperti yang dijadikan bom. Labu-labu tanah itu dijadikan perhiasan dalam bilik tersebut.
Sambil memegang sebiji bom labu tanah warna hitam, fikiran ‘Alimin melayang ke kampung Sayung. Wajah-wajah arwah Mak Usu, Pak Usu dan Mimi laksana bunga-bunga mekar menjelma dalam mindanya. Mereka telah bersemadi dalam bumi di Mekah. Wajah rakan-rakannya menjelma pula. Hatinya dimamah rindu. Rindunya, rindu anak perantau yang berkelana di rantau orang.
“Tak sangka dulu aku tempa labu tanah di kampung sayung, …sekarang ni, labu tanah jadi bom di sini pula,” suara hati ‘Alim.
Labu tanah di tangannya diletakkan semula atas meja.
“…bom labu tanah, bunuh askar Amerika, Yahudi, British di sini,”hatinya bersuara lagi.
‘Alimin terkenangkan jasa Alang Mat Ali, Ngah Saidin dan Pak Usunya yang telah mengajar dia menempa labu tanah.
Seorang pejuang telah memanggil nama ‘Alimin. Dia berpaling kepada pejuang itu. Mereka berjabat tangan dan wajah masing-masing dalam warna mesra.
“Kita akan berangkat sekarang,”suara pejuang itu.
“Ia, kita pergi…,”sahut ‘Alimin.
Mereka keluar dari bilik itu. Bersama tujuh orang pejuang Islam lagi, mereka menaiki dua buah kereta menuju ke suatu destinasi yang telah ditentukan.
“…Intan, …jika saya terkorban, …saya dah mati, …jagalah anak kita, …dia adalah diri kita berdua, …anugerah Allah dari cinta kita…,” hati ‘Alimin bersuara.
*** ***
Pada pagi ‘Alimin bertolak ke Mosul, Syamila datang mengambil Tengku Intan dan dibawa ke rumahnya. Syamila mahu Tengku Intan tinggal bersamanya. Kalau apa-apa kemungkinan akan berlaku, mudahlah dia membantunya.
“Kakah fikir, adik dan ’Alimin pindah ke rumah kakak ini,”kata Syamila sebaik-baik sahaja tiba di rumahnya.
“Kakak tinggal dengan Umar Safwan saja, kalau adik berdua tinggal di sini, kami tidaklah kesunyian,”kata Syamila.
“…nantilah ‘Alimin balik, kakak, saya ikut saja,”sahut Tengku Intan.
“Ialah, …kakak tidak ada orang lain, adik berdua tempat kakak menumpang kasih, menggantung harap …,”kata Symila.
“Ia, kakak, ‘Alimin dengan Intan pun begitu, kakak,”kata Tengku Intan.
“Kakak tidak ada siapa lagi,…kakak hanya ada adik dengan 'Alimin,”kata Syamila.
“Ia,kakak, kami pun tidak ada siapa di sini,… hanya kakak,”sambut Tengku Intan.
Mereka berpeluk sejenak
Tengku Intan mengangkat Umar Safwan dari atas katil. Bayi itu diampu dan dibawa ke atas sofa lalu diribanya sambil mencium pipinya.
“Kalau ayahmu ada, sayang…,”bisik Tengku Intan.
Syamila datang membawa minuman. Tengku Intan mengangkat Umar Safwan dan menyerahkan kepada Syamila. Perutnya terasa sakit. Mungkin telah tiba waktu akan bersalin. Sakit begitu belum pernah dialami oleh Tengku Intan sebelumnya.
“Kakak, saya rasa perut saya tidak sedap,”kata Tengku Intan sambil tangannya mengusap perutnya.
“Ia, kakak ingat baik kita pergi ke hospital, mana tau…,”kata Syamila.
“Ia, kakak,”sahut Tengku Intan.
“Mungkin telah sampai waktunya,”kata Syamila.
“Tak taulah, kakak, …menurut doktor, lusa…,”sahut Tengku Intan.
“Ia, kita pergi,…mana tau,”kata Stamina.
“Kakak, saya ingat nak rehat di hospital,”kata Tengku Intan.
“Ia, …kita kena bersiaplah,”kata Syamila.
Tengku Intan merenung bujamnya yang terletak atas sofa. Semua surat-surat dan dokumen penting dirinya dan ‘Alimin ada dalam bujam itu.
“Kakak, …dalam bujam tu ada semua dokumen kami,…rumah saya di London, syarikat saya di Malaysia, bank dan lain lagi, kakak simpanlah,”kata Tengku Intan.
“Baik, …kakak simpan,”sahut Syamila.
Syamila mengambil bujam itu dan dibawa masuk ke biliknya. Pada waktu itu hatinya rasa tidak sedap. Mungkin ada sesuatu yang akan berlaku. Tetapi entah apa. Sambil mengucap istighfar beberapa kali, dia melangkah keluar dari biliknya.
“Macam mana, adik telah telefon ‘Alimin?”Tanya Syamila kepada Tengku Intan.
“…ia, sudah lebih lima kali, tetapi tidak dapat, …tidak ada jawapan,”jawab Tengku Intan.
“Tak pa, kita cuba lagi,”Syamila memujuk Tengku Intan.
Tengku Intan pulang ke rumahnya bersama Syamila. Bayi, Umar Sawfan dipangku oleh Syamila. Setelah Tengku Intan mengambil pakaian dan barang-barang keperluannya, mereka bertolak ke hospital. Dalam perjalanan, Tengku Intan terasa sakitnya kian kuat. Terasa semua isi perutnya akan keluar berlonggok. Saat-saat akan melahirkan anak sulungnya hampir tiba. Sebaik-baik tiba di hospital, dia dikejarkan ke wad bersalin.
Syamila menunggu di luar bilik bersalin. Risau mendera hatinya. Doanya kepada Tuhan, agar diselamatkan perempuan yang amat disayanginya itu. Dengan telefon bimbitnya, dia menghubungi ‘Alimin, tetapi tidak mendapat jawapan. Pada saat-saat begitu perasaan hairan. Risau. Cemas membelit hatinya.
Dua orang doktor perempuan dengan beberapa orang bidan dan jururawat sedang membidani Tengku Intan. Beberapa saat kemudian Tengku Intan telah lulus ujian dari Tuhan. Selamat melahirkan bayi lelaki.
“Anak saya…, sihatkah anak saya doktor,?”Tengku Intan bertanya dalam bahasa Inggeris.
“Alhamdulillah, sihat,”jawab doktor.
“Terima kasih,”ucap Tengku Intan.
“Sama-sama,…nanti kami bersihkan bayi itu dulu…,”kata Bidan yang berdiri di sisi katil Tengku Intan.
“Terima kasih,”sahut Tengku Intan.
Dari katil tempat bersalin itu,Tengku Intan telah dipindahkan ke sebuah katil dalam sebuah bilik khas. Seorang jururawat datang menjemput Syamila masuk mendapatkan Tengku Intan.
Sebentar kemudian, bayi Tengku Intan yang telah dipotong tali pusat dan dibersihkan, dibawa oleh seorang bidan kepada ibunya..
“Siapa yang akan azan?” Ketua bidan bertanya.
“…tak ada orang, bapanya tidak ada di sini,”jawab Tengku Intan.
“Tak apa, saya akan dapatkan juruazan,…ada seorang pensyarah universiti di luar tadi,” sahut ketua bidan.
“Terima kasih,”kata Tengku Intan.
Ketua bidan keluar mendapatkan juruazan.
“Syukurlah, adik, selamat....,”kata Syamila.
“Alhamdulillah, kakak,”sambut Tengku Intan.
Air mata Tengku Intan mengalir atas kedua belah pipinya. Tangisnya kerana gembira mendapat anak lelaki. Dan tangisnya kerana suaminya tidak ada di sisinya, pada detik-detik dia berjuang antara hidup dengan mati sebentar tadi.
“Adikku, siapa nama anak kita ini?”Syamila bertanya.
“ ‘Alimin dan saya telah setuju akan namakan, Muhammad Iskandar, kakak,”jawab Tengku Intan.
“Alhamdulillah, bagus nama itu, ...adik bisikkan nama itu kepada telinga anak kita itu,”kata Syamila.
Tengku Intan merapatkan mulutnya kepada telinga kanan anaknya. Dia berkata kepada anaknya dengan suara manja, “ Dengan nama Allah dan Muhammad, rasul-Nya, namamu anak emak, Muhammad Iskandar.”
Ketua bidan masuk mengiringi Profesor Dr. Abdul Rauf. Pensyarah di sebuah universiti di Bandaraya Baghdad.
“Assalamualaikunna...,”Profesor Dr. Abdul Rauf memberi salam.
“…waalaikumussalam,”suara Tengku Intan dan Syamila menjadi satu.
“Nasib baik Profesor ada di luar,”kata ketua bidan.
“Ia, kebetulan, saya datang menziarahi anak saudara saya,” sahut Profesor Abdul Rauf.
“Minta maaf Prof,”kata Tengku Intan.
“Ia, apa saya boleh tolong?”Tanya Profesor Dr. Abdul Razak
“Saya orang Melayu, dari Malaysia, saya minta lepas Prof. azan, tolong buka mulut bayi saya sekali,” minta Tengku Intan.
“Boleh, insya Allah,…saya tau adat orang Melayu…,saya pernah tinggal di Kuala Lumpur,”kata Profesor Dr. Abdul Rauf.
Profesor Dr. Abdul Rauf mengangkat bayi Tengku Intan dan di pangkunya. Sebaik-baik sahaja selesai membaca Al Fatihah, dia melakukan azan di telinga kanan bayi itu.
Selesai azan, Profesor Dr. Abdul Rauf. menyerahkan bayi itu kepada Tengku Intan. Sambil merenung bayi itu, dia berkata, “…bayi ini, bila telah besar, dia akan jadi seorang yang bijak, berani….”
Tengku Intan mengeluarkan botol kecil mengandungi manisan lebah dari bujamnya. Botol itu diserahkan kepada Syamila. Kemudian botol itu berpindah pula ke tangan Profesor Dr. Abdul Rauf.
“Manisan itu telah disediakan oleh suami saya,”kata Tengku Intan.
“Ia, saya akan buka mulut bayi puan,”kata Profesor.
“…ia, tuan,silakan,”sahut Tengku Intan.
Profesor Dr. Abdul Razak melangkah ke besen dalam bilik air untuk membasuh tangannya. Dia datang semula dan membuka penutup botol. Madu dalam botol itu dikeluarkan sedikit. Dititikkan madu lebah itu pada jari manis tangan kanannya. Basmalah dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. dilafazkannya. lalu Jari manisnya yang bersalut madu itu diletakkan dan dipekapkan pada dua ulas bibi bayi itu sebagai syarat membuka mulutnya.
“Allah berkatilah bayi ini. Jadikanlah bayi ini manusia pintar, bijaksana, petah dan percakapannya didengar oleh sekalian manusia. Taatkan Allah dan taatkan ibu bapa, amin,” Profesor Dr. Abdul Rauf telah melafazkan doa kepada Tuhan.
“ Insya Allah... dia menjadi seorang yang petah bercakap, beriman dan bertakwa kepada Allah,” kata Profesor Dr. Abdul Rauf.
“Terima kasih, Prof.,” ucap Tengku Intan.
“Terima kasih,” ucap Syamila pula.
“Al hamdulillah,…terima kasih,”sahut Prof.Dr. Abdul Rauf.
Profesor Dr. Abdul Rauf mencelup jari manis bermadunya kepada mulutnya. Di jujub jarinya itu. Dengan sapu tangannya,dia mengelap jari manisnya.
“Siapa nama bayi ini?” Profesor Dr. Abdul Rauf bertanya kepada Tengku Intan.
“Muhammad Iskandar, Doktor,”jawab Tengku Intan.
“Alhamdulillah, dua nama besar..., nama Nabi keturunan Nabi Ismail, Muhammad...,nama Iskandar penakluk dunia..., Zulqarnain...,”kata Profsor Dr. Abdul Rauf.
Profesor Dr. Abdul Rauf merenung Muhammad Iskandar. Renungannya berpindah kepada wajah Tengku Intan. Senyum.
“ Maafkan saya, siapa suami puan?”Profesor Dr. Abdul Rauf bertanya.
“Beliau, ‘Alimin, Prof.,”jawab Tengku Intan.
“ …dia Timbalan Editor majalah At Tahrir, Prof...,”sambut Syamila.
“Ooo, ia, dia adalah mahasiswa saya, dalam tahun dua,…di mana dia sekarang?” Tanya Profesor Dr. Abdul Rauf.
“Dia, di Mosul, Doktor,”jawab Tengku Intan.
“Syukurlah, saya kirim salam kepada beliau,” kata Profesor Dr. Abdul Rauf.
“Insya Allah,” sahut Tengku Intan.
Profesor Dr. Abdul Rauf meninggalkan bilik itu. Tinggal Tengku Intan dan Syamila dengan bayi masing-masing.
Tengku Intan mengangkat telefon bimbitnya. Ditekan punat telefon itu untuk menghubungi suaminya. Tetapi tiada jawapan diterima.
“Saya khuatirlah, kakak, ‘Alimin, kakak,…telefon tak berjawab,”kata Tengku Intan. Wajahnya muram. Dala dua telaga mata bergenang air jernih.
“Sabarlah, adik, tak apa, mungkin dia berada di kawasan yang sukar dihubungi, …mungkin bawah tanah,” Syamila memujuk.
“Ia, kakak,”kata Tengku Intan.
Pada ketika itu berbagai ingatan buruk. Rasau. Sedih. Takut. Ngeri membubui hatinya
Seorang bidan masuk ke bilik Tengku Intan. Wajahnya berhias senyuman mesra. Sambil memberi salam dan berjabat tangan dengan Tengku Intan dan Syamila. Setelah melakukan pemeriksaan ringkas ke atas Tengku Intan,dia memberitahu, pihak berkuasa hospital beranak telah membenarkan Tengku Intan pulang.
“…dalam keadaan sekarang, elok balik berehat di rumah,”katanya.
“Ia, terima kasih,”ucap Tengku Intan.
“…, al hamdulillah,”sambutnya.
“Kita tidak tahu, entah apa yang berlaku, bom, peluru menjadi mainan askar Amerika, askar kuffar,”katanya.
“Ia, sungguh,”sahut Syamila.
Tengku Intan membawa bayinya, Muhammad Iskandar meninggalkan bilik hospital beranak itu. Syamila memangku Umar Safwan mengiringi mereka ke kereta. Seorang jururawat membantu Tengku Intan membawa bujam dan barang-barangnya.
“Sampai di rumah, kakak akan panggil bidan,”kata Syamila.
“Baik, kakak,”sahut Tengku Intan.
Tengku Intan kembali ke rumah Syamila. Keluh kesah benar keadaannya. Dia risaukan suaminya kalau-kalau sesuatu yang buruk telah menimpanya.
Pada ketika Muhammad Iskandar sedang nyenyak tidur, Tengku Intan membisikkan kepada telinga bayinya akan lagu dari kalimat-kalimat suci Quran. Kalimat-kalimat itu diterjemahkan kepada bahasa ibundanya:
“Hai, anakku,
Muhammad Iskandar, sayang,
Jangan anakku sekutukan,
Allah.
Alaaa payung! anak Sayung!
Anakku,
Muhammad Iskandar,
Sekutukan Allah,
Sangat besar salahnya.
Alaaa payung! anak Sayung!
Pada ketika hatinya resah. Seluruh diri Tengku Intan ditukarkan oleh risau dan sedih, dia bertekad; jika Tuhan mentakdirkan suaminya meninggal dunia, dia ditinggalkan bersama anaknya, maka dia tidak akan pulang ke Malaysia. Mereka akan menetap di Iraq. Sesekali dia akan kembali ke Malaysia dan berkunjung ke Bandaraya London.
*** ***
Malam hitam. Hujan turun renyai-renyai. Beribu-ribu bintang bercahaya sedih di dada langit, Bandar Tarmiyah.
Umat Islam telah berhimpun dalam sebuah masjid di bandar itu untuk sembahyang hajat. Mereka akan memohon kepada Allah agar peperangan diberhentikan segera. Meminta Allah melindungi mereka dari kekejaman orang-orang kafir. Mereka mengutuk Bush, Blair dan ketua-ketua negara yang terlibat jenayah memerangi rakyat Iraq.
Siang tadi pejuang-pejuang Islam telah menerima laporan sulit. Laporan sulit itu diberi oleh askar Amerika yang beragama Islam. Askar-askar Amerika akan menyerang bandar Tarmiyah. Masjid tempat umat Islam sembahyang hajat akan dimusnahkan. Ketua tentera Amerika di Iraq mengadakan tuduhan palsu; kononnya orang-orang yang akan sembahyang hajat dalam masjid itu terdiri dari penyokong-penyokong Al Qaeda pimpinan Osama bin Laden.
Pejuang-pejuang Islam telah menyusup masuk ke bandar Tarmiyah. ‘Alimin telah dipilih mengetuai satu pasukan pejuang berani mati yang bergerak ke sana. Mereka akan menyerang askar-askar Amerika dalam beberapa serang hendap di jalan-jalan raya ke Tarmiyah. Menyerang tentera-tentera musuh dalam bandar dan luar bandar.
Pemergian ‘Alimin dan pasukannya ke Tarmiyah satu pemergian yang akan menentukan mereka membunuh atau terbunuh. Kembali ke pangkuan keluarga dengan keadaan hidup atau mayat kujur dengan tubuh tembus-tembus dan hancur dimamah peluru dan bom.
‘Alimin memegang sepucuk senjata automatik buatan Rusia. Sepucuk pistol automatik buatan Afghanistan, dalam sarung tersangkut kemas pada tali pinggangnya. Bercupak-cupak peluru dalam jabil pelurunya. Sebilah pisau waja tajam lunit dalam sarung tersangkut pada tali pinggangnya juga.
Hati ‘Alimin, hati anak Melayu berani mati. Seberani orang Melayu pada zaman Hang Tuah, di Melaka. Mat Kilau, Tok Gajah, di Pahang. Sama nekad dengan pahlawan-pahlawan Melayu pada zaman Dato’ Sagor, di Pasir Salak, Negeri Perak. Laksana semangat angkatan Melayu dalam perjuangan parang panjang tahun 1945- 47 . Segarang dan seberani orang Melayu pada tragedi 13 Mei ’69, di Kuala Lumpur.
‘Alimin anak kampung Sayung. Keturunan Melayu menjulang keris. Jiwa raganya anak Melayu menunai wasiat ayah, ‘berjihad pada jalan Allah’, berani mati demi Allah dan Islam.
Dalam detik-detik menunggu ketibaan musuh, ‘Alimin mengambil tempat di sebalik batu besar. Dua biji matanya mudah melihat datangnya trak-trak askar kuffar. Allah amat hampir dengan dirinya. Cekal hatinya. Waja semangatnya. Dengan tulus dan kudus dia membisikkan zikir firman–firman Tuhan. Ayat-ayat suci itu difahami dan dihayati dalam bahasa ibundanya.:
“Kalau Quran ini diturunkan atas sebuah gunung, sudah tentu kamu akan melihat gunung itu tunduk dan belah kerana takutnya kepada Allah. Itulah misalan yang Kami buat untuk manusia, supaya mereka dapat memikirkan.
Dialah Allah, tiada tuhan selain dari-Nya. Maha Tahu perkara yang tersembunyi dan yang terang. Dia Pemurah dan Penyayang.
Dialah Allah, tidak ada tuhan selain dari Dia. Raja, Maha Suci, Pembawa Keselamatan, Pemelihara keamanan, Penjaga segala sesuatu, Maha Kuasa, Maha Perkasa, Maha Agung, Maha Suci Allah dari semua yang mereka persekutuan.
Dialah Allah, Pencipta, Yang Mengadakan, Pembentuk Rupa. Dia mempunyai nama-nama yang baik. Apa yang ada di langit dan di bumi mentasbihkan memuliakan-Nya. Dan Dia Maha Kuasa dan Bijaksana.”
Semua muncung senjata pejuang-pejuang Islam di halakan ke arah satu selekoh jalan raya. Trak-trak askar Amerika akan tiba di selekoh itu. Menanti waktu akan memuntahkan peluru api. Serangan begitu mesti dilakukan untuk melengahkan musuh-musuh kuffar. Mereka mesti dihalang dari menyerang dan memusnahkan masjid dan membunuh beramai-ramai sidang jemaah. Sembahyang hajat mesti diselesaikan. Mereka akan dapat pulang ke rumah masing-masing dengan selamat.
Dada langit cerah. Hanya bintang-bintang bercahaya cahaya muram. Tidak ada sebuah helikopter atau kapal terbang di ruang udara. Sebuah trak askar tiba di selekoh. Tiga buah trak lagi menyusul di belakangnya. Lampu-lampu dari trak-trak itu menyuluh terang ke sekitar kawasan kiri kanan jalan.
’Alimin melepaskan tembakan senjata automatiknya. Peluru-peluru api menyambar dan membakar trak pertama dan trak kedua. Di susul pula oleh beratus-beratus butir peluru dan beberapa biji bom kecil pejuang menerpa trak ketiga dan keempat menjadi unggun-unggun api yang marak .
Dalam api menyala marak itu dapat dilihat askar-askar kuffar terpelanting keluar dari trak-trak itu. Jerit. Lolong Raung mereka kedengaran ke mana-mana.
Pejuang-pejuang Islam berpecah. Mereka mengambil tempat masing-masing. Di udara kedengaran enjin beberapa buah helikopter. Helikopter- helikopter itu berlegar-legar di udara. Seorang pejuang Islam menembak sebuah helikopter yang melintas atas kawasan serang hendap indusemen itu terbakar dan jatuh kira-kira dua kilometer dari situ..
Beberapa orang askar Amerika yang berjalan susup sasap ke arah pejuang-pejuang Islam dapat ditembak oleh ‘Alimin. Kawasan tempat mereka bertahan menjadi terang kerana pancaran lampu-lampu dari helikopter -helikopter.
“Allahu Akbar,”ucap ‘Alimin. Beberapa tembakan dilepaskan ke arah sebuah helikopter. Peluru-peluru api menembusi dinding dan lantai pesawat canggih itu. Beberapa saat kemudian helikopter itu meletup dan berkecai di udara dan gugur entah di mana.
“Allahu Akbar,”ucap ‘Alimin untuk menguatkan daya dirinya.
Trak-trak musuh berpatah ke belakang. Askar-askar kuffar itu telah tidak berjaya membakar masjid dan membunuh sidang jemaah yang sedang sembahyang hajat. Sidang jemaah itu segera pulang ke rumah masing-masing. Mereka meninggalkan masjid itu dalam keadaan terburu kerana bunyi letupan bagaikan bertih dan bunyi bom menggegarkan alam maya.
Sebuah helikopter melintas laju di atas kawasan pejuang-pejuang Islam. Peluru-peluru api yang muntah dari muncung machine gun menerjah dan meluru sasaran. Pokok-pokok kayu terkopak, dahan-dahan putus dan dedaun berguguran di sambar peluru-peluru. Sebutir peluru telah menyambar dada ‘Alimin. Dadanya tembus, terkopak dan darahnya melimpah keluar. Bajunya basah kuyup dek darahnya. Senjata automatik panas kaku di sisinya.
Seorang pejuang Islam yang berlindung di sebilik batu besar, telah berjaya menembak helikopter itu dengan mortarnya. Helikopter tersebut telah ditembusi peluru dan terbang membawa api yang membakar badannya. Beberapa saat kemudian helikopter itu meletup di udara.
“ …Intan, …Intan, …Intan, …la ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah,” suara‘Alimin tersekat-sekat pada halkumnya.
Darah merah menerjah keluar dari dadanya seperti air banjir menerjah benteng dan tembok. Daging-daging merah basah seperti ‘daging korban’ berkecai dan tersangkut, terlekat, tertempek dan terleleh pada batu besar, batang kayu dan dedaun di sekitar ‘Alimin yang sedang berjuang antara mati dengan hidup itu.
“…la ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah,” mengucap ‘Alimin.
“Lailaha illallah, …Muhammadur Rasulullah,”suaranya amat lemah.
“…la…ialaha…illa….llah, …Muhammadud …Rasulullaaah,”suara ‘Alimin tersangkut-sangkut pada halkumnya.
‘Alimin telah terdaya mengucap kali yang terakhir. Ucapannya telah mengiringi rohnya yang berpisah dari tubuhnya. Roh syahidnya telah ditatang Malaikat maut.‘Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un’. Dia seorang dari makhluk-makhluk bernyawa; ‘Apabila telah sampai ajal, tidak dapat bertempoh walau pun sesaat’.
Tubuh ‘Alimin longlai berlumuran darah. Anak Melayu telah mati syahid di bumi peninggalan dua cucu Nabi Muhammad s.a.w., Hassan dan Hussein. Bumi yang telah dibasahi oleh darah para syuhada. Bumi wali abdal dan para wali Allah.
“Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un,” ucapan pejuang- pejuang yang meriba dan memangku tubuhnya.
“…syahid, …dia syahid,”kata seorang pejuang.
“Ia, syahid,…siapa mati syahid,… dia tidak mati,” sahut seorang pejuang lagi.
Beberapa orang pejuang Islam telah mengangkat tubuh ‘Alimin. Mereka membawa tubuh syahid itu ke suatu tempat. Di sana tubuh ‘Alimin dibalut dengan kain putih. Beberapa orang pejuang dengan wajah muram telah melakukan sembahyang jenazah ke atas mayatnya.
Pejuang-pejuang membawa mayat Alimin dengan sebuah kereta pacuan empat roda. Pada cermin hadapan kereta itu masih tertampal pelekat ‘Press’. Kereta berlari atas jalan raya membelah malam dan kabus duka, menuju ke suatu tempat berhampiran dengan Bandaraya Baghdad.
Untuk mengelakkan keluarga-keluarga para pejuang Islam dari dianiayai atau dizalimi oleh askar Amerika, maka setiap pejuang Islam yang terkorban dalam mana-mana pertempuran, mayat mereka tidak dibawa pulang ke rumah masing-masing. Mayat ‘Alimin telah dihantar ke sebuah rumah sulit kira-kira satu kilometer dari sempadan Bandaraya Baghdad.
Pihak hospital telah mengeluarkan sijil kematian ‘Alimin. Sijil kematian itu sama dengan sijil-sijil kematian yang telah dikeluarkan pejuang-pejuang sebelumnya. Hospital telah menyertakan surat yang mengesahkan kematian ‘Alimin. Dia telah meninggal dunia kerana sakit biasa.
Jenazah ‘Alimin telah disembahyangkan sekali lagi oleh kira-kira lima puluh orang yang terdiri dari anggota-anggota ‘MAFI’ dan pejuang Islam. Sembahyang jenazah itu telah diimamkan oleh Profesor Dr. Abdul Rauf.
“…asy syahid ini orang Malaysia,…mahasiswa saya di universiti,”Profesor Dr. Abdul Rauf memberitahu orang-orang berwajah sedih dalam rumah itu.
“Dia anak Melayu,…seorang Muslim yang berani,…dia berani…, jihad, berani mati kerana Allah,” kata Profesor Dr. Abdul Rauf lagi.
“…dia, ‘Alimin, …sedang menuntut,Tuan?” seorang lelaki bertanya.
“Tidak lagi, sudah tamat,…tetapi dia tidak pulang ke Malaysia,”jawab Profesor Dr. Abdul Rauf.
“Begitu, Allah berkati dia,”sahut lelaki itu.
“Ia,… dia wartawan, … editor majalah At Tahrir,”jelas Profesor Dr. Abdul Rauf.
‘Allahu Akbar, kami tau namanya,” sambut seorang lelaki berjanggut.
Profesor Dr. Abdul Rauf berjalan keluar dari rumah itu. Dua orang pejuang Islam datang menghadapnya. Secebis kertas kecil diserahkan oleh profesor itu kepada seorang pejuang.
“…tuan-tuan pergi ke rumah ini, jemput isteri as syahid dan kakaknya…, kita hendak kebumikan jenazah as syahid ini segera,” kata Profesor Dr. Abdul Rauf.
“Ia, Prof.,”sahut seorang dari mereka.
“Hati, hati,” pesan Profesor Dr. Abdul Rauf.
“Baik, Prof.,”sahut mereka.
Dua pejuang Islam itu berjalan menuju ke kereta pacuan empat roda di tepi padang. Kereta itu bergerak menuju ke jalan rayapkan Dr. Abdul Rauf masuk semula ke rumah yang sedang menunggu para pejuang Islam, para malaikat, jin-jin Islam dan wali-wali.
Profesor Dr. Abdul Rauf dan tujuh orang pejuang Islam menunggu jenazah ‘Alimin. Mereka menunggu sambil membaca ayat-ayat suci Quran hingga menjelang waktu Subuh.
*** ***
Bandaraya Baghdad berbungkus dalam kabus pagi masih dara. Dingin. Pada dada langit biru masih berkelip beberapa biji bintang bercahaya duka.. Bunyi tembakan dan letupan senapang, mortar dan bom kedengaran di sana sini. Beberapa buah kapal terbang tentera Amerika melintas ganas di udara Baghdad.
Pada sepanjang malam tadi, Syamila dan Tengku Intan tidak dapat tidur. Mereka duduk dan baring atas hamparan di ruang tamu. Masing berhati walang. Orang yang mereka tunggu belum juga pulang. Menurut jadual, pada malam itu ‘Alimin telah berada di rumahnya. Dia bersama isterinya membelai anak sulung mereka.
Tengku Intan dan Syamila tidak mengetahui; orang yang mereka nanti-nanti itu telah meninggalkan mereka. Pergi tidak kembali lagi. Pulang ke hadrat Allah dengan tubuhnya tembuk-tembuk, terkopak sana sini. Tubuhnya syahid. Darah merah menyelimuti tubuhnya yang syahid. Dia tidak pulang lagi buah selama-lamanya.
Sesekali Syamila merenung bayinya yang nyenyak tidur atas katil. Bayi itu sihat dan sedang nyenyak tidur. Bibirnya. Hidungnya. Dahinya. Jari jemarinya mewarisi bapanya. Sepasang matanya. Sepasang telinganya. Rambutnya saling tak tumpah seperti mata, telinga, rambut ibunya. Putera Muhammad Iskandar ditakdirkan lahir ke dunia tidak sempat melihat bapanya. Muhammad Iskandar bin Alimin, anak yatim di rantau orang.
Ada suatu perasaan luar biasa telah bertenggek pada hati Tengku Intan. Rawan, hiba dan sedih membendung hatinya. Entah berapa ribu kali dia mewiridkan nama Tuhan dan nama suaminya. Tidak putus-putus mulutnya mengucapkan istighfar dan dua kalimat syahadat.
“Kakak, saya rasa tak sedap hati,”kata Tengku Intan kepada Syamila.
“Sabarlah, adikku, kakak pun rasa tidak sedap hati juga,”sahut Syamila.
Pada malam tadi Tengku intan telah terlena sejenak. Dalam nyenyaknya, mimpi telah mengulik dirinya; dia bersama suaminya telah berdiri atas bukit yang tinggi. Curang bukit itu amat dalam. Pada waktu mereka berpelukan mesra, tiba-tiba kaki kanan suaminya tergelincir dan tubuhnya terlerai dari pelukannya. Suaminya terjatuh ke dalam gaung itu. Dia terjaga dan mengucap beberapa kali istighfar dan kalimat syahadat.
Tengku Intan terlena lagi, sebuah mimpin yang indah telah membuainya. Mereka berlari-lari di pantai laut yang indah. Bersama berenang dalam air laut yang dingin. Entah dari mana ‘Alimin mendapat sekuntum bunga mawar dalam laut itu dan bunga itu diselitkan pada rambutnya. Dengan penuh kasih sayang ‘Alimin mencium kedua belah pipi dan dahi isterinya.
Sebaik-baik sahaja lepas sembahyang subuh, Tengku Intan membaca satu surah dari Quran, iaitu surah yang sering dibaca oleh suaminya:
‘Maha berkat (Allah)Yang tangan-Nya kerajaan,dan Dia Maha Kuasa atas segala-galanya. Yang mencipta kematian dan kehidupan,kerana hendak menguji kamu, siapa di antara kamu yang amat baik pekerjaannya,dan Dia Maha Kuasa, Maha Pengampun.
‘….Katakan. Adakah kamu perhatikan; kalau air kamu menjadi kering, siapakah yang dapat mendakan mata air yang Jernih’.
Ayat-ayat dalam surah Al Mulk itu dibaca oleh Tengku Intan dengan hati yang penuh debar. Pada ketika itu air matanya mengalir membasahi sepasang pipinya. Dia seperti seorang yang memiliki ilmu kasyaf; Allah telah memancarkan khabar duka kepada hatinya. Suaminya telah berhijrah ke alam abadi.
“Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar,” .Tengku Intan tidak pernah melupakan ayat Quran itu. Ayat suci itu sentiasa menjadi penawar hatinya.
Pada layar kaca televisyen menyiarkan berita ringkas dari stesen televisyen di sebuah negara Arab. Berita mengenai ramai askar Amerika terbunuh di Tarmiyah. Lebih tiga buah trak musnah dan tiga buah helikopter telah ditembak, terbakar dan jatuh berkecai ke bumi.
“Berita terbaru,” kata Syamila.
“Ia, kakak, ramai askar Amerika terbunuh,” sahut Tengku Intan.
“Allah telah jahanamkan syaitan-syaitan itu,” sahut Syamila.
Sebuah kereta pacuan empat roda masuk ke halaman rumah Syamila. Tengku Intan dan Syamila memangku anak masing-masing dan menerpa ke pintu hadapan. Bukan ‘Alimin yang pulang. Dua orang lelaki keluar dari kereta. Seorang memegang secebis kertas warna putih. Mereka berjalan ke arah pintu rumah dan memberi salam kepada Syamila dan Tengku Intan.
“Kami hendak berjumpa dengan isteri Tuan ‘Alimin,”kata seorang lelaki.
“Saya, isteri dia,”sahut Tengku Intan.
“Siapa tuan-tuan berdua ini?”Syamila bertanya.
“Kami wakil Profesor Dr Abdul Rauf,…kami hendak sampaikan nota ini,” jawab lelaki yang memegang kertas nota. Wajahnya teduh. Sedih.
“…nota, nota apa?”Tanya Tengku Intan.
“…Sabar, Puan, …Tuan ‘Alimin telah meninggal dunia,”jawab lelaki itu.
Tengku Intan tergamam. Terpegun. Rongga dadanya sebab seperti dituangkan selonggok batu batan. Tubuhnya luruh bersama bayinya di tepi dinding di situ. Air jernih membenak dalam dua tasik matanya.
“Inna lillahi... wa inna... ilaihi... raji’un,”suara Tengku Intan tersangkut-sangkut. pada anak lidahnya.
“….adikku, Inna lillahi wa inna ilahi raji’un,”suara Syamila terluah dari mulutnya.
Syamila mengangkat Muhammad Iskandar dari riba Tengku Intan. Dia memangku dua orang bayi. Dua putera kepada dua pejuang Islam yang mati syahid. Dua pejuang Islam memapah Tengku Intan masuk ke dalam rumah. Tubuh Tengku Intan diletakkan atas sofa. Seketika kemudian Tengku Intan dapat bercakap semula.
“Di mana dia meninggal?” Tanya Syamila.
“Dalam pertempuran dengan askar kuffar di Tarmiyah,” jawab lelaki itu.
Syamila memberi segelas air sejuk kepada Tengku Intan. Air sejuk itu diminum separuh gelas. Dua telaga matanya masih ditabiri air jernih. Air itu mengalir atas pipinya dan luruh atas pahanya.
“Saya hendak ke sana,”kata Tengku Intan.
“Ia, kami hendak pergi,”kata Syamila.
“Baik, Profesor Dr. Abdul Rauf telah berpesan, kakak berdua naik kereta kami,”kata lelaki itu sambil senyum.
“Kalau kereta saya, macam mana?”Tanya Syamila.
“Lebih baik dengan kereta kami,”sahut lelaki itu.
Pada waktu dalam perjalanan, lelaki yang duduk di sebelah pemandu memberitahu Syamila dan Tengku Intan; mereka dari briged berani mati pejuang Islam.
Kereta masuk ke pekarangan sebuah rumah. Sebaik-baik sahaja kereta itu berhenti di halaman rumah, lelaki di sebelah pemandu segera keluar dari kereta dan membuka pintu dan mempersilakan Tengku Intan dan Syamila turun. Beberapa orang dalam rumah itu berwajah murah, keluar menyambut mereka.
Tengku Intan dan Syamila memangku bayi masing-masing berjalan masuk ke rumah itu. Profesor Dar. Abdul Rauf menyambut mereka dengan senyum berbaur warna duka.
“Sabarlah anak-anakku,”kata Profesor Dr. Abdul Rauf.
Tengku Intan menangis.
Syamila mengiring Tengku Intan yang melangkah lemah mengikuti Profesor Dr. Abdul Rauf ke arah mayat ‘Alimin. Mayat syahid itu terbujur kaku dalam kapan putih, atas hamparan dalam dewan rumah itu. Sedih memamah Tengku Intan. Rongga dadanya sebak laksana anak sungai kebanjiran. Tubuhnya yang menggigil itu diluruhkan di sisi mayat suaminya. Terjelepok di situ bersama bayinya. Tangisan dan sedu sedan menjadikan tubuhnya yang baru bersalin itu menggigil-gigil dan terketar- ketar seperti perempuan sakit meroyan.
“…yang, …Allah,…Eli,…Intan,…Eli, …Intan datang, Eli,…anak kita, …ini anak kita, ,…Eli, …inna …lillahi wa …inna ilaihi… raj’un …,”suara Tengku Intan tersangkut-sangkut pada halkumnya.
“…Eli tinggalkan Intan, anak kita, Muhammad Iskandar ,…Eli, Muhammad Iskandar, …sayang, …Allahu Akba...r,” suara Tengku Intan dalam sedu sedannya.
“…Intan nak mati sama, …kita dah janji,…kita akan mati bersama, …Eli,” suara Tengku Intan lemah bagaikan suara orang kelemasan.
Air matanya luruh atas bayinya. Setitik demi setitik air matanya luruh atas mayat suaminya.
Profesor Dr. Abdul Rauf mengangkat bayi dari riba Tengku Intan. Bayi itu diampu sambil menyebut namanya, “Muhammad Iskandar, Muhammad Iskandar...."
Sambil menangis, Tengku Intan memeluk mayat suaminya. Seorang pejuang Islam membuka kain kapan bahagian wajah ‘Alimin. Tengku Intan mencium wajah dan mengucup wajah suaminya. Darah merah. Kental. Pekat. Beku pada muka ‘Alimin berpindah dan melekat pada hidung. Sepasang mata. Dua ulas bibir. kedua-dua belah pipi. dahi. wajahnya. Perasaan sedihnya laksana malam hitam pekat langit mendung dilanda hujan dan ribut di laut tidak bertepi.
Syamila merenung wajah ‘Alimin beberapa ketika. Air matanya membenak dalam dua telaga matanya. Air jernih luruh bagaikan butir-butir mutiara putus karangannya.
“…adikku, Allah lebih menyayangi kamu adikku, …inna lillahi, wa inna ilaihi raji’un,”kata Syamila dalam tangisannya.
Profesor Dr. Abdul Rauf merapati mereka. Tangan kirinya menyentuh bahu Syamila. Wajahnya keruh. Warna wajahnya seperti wajah bapa sedang menghadapi mayat anaknya.
“Sabar anak-anakku, Wallahi, innallahu ‘ala kulli syaiin qadir,” kata Profesor Dr.Abdul Rauf.
Enam orang pejuang Islam masuk menghampiri jenazah ‘Alimin. Profesor Dr. Abdul Rauf membaca al Fatihah dikuti dengan selawat kepada Nabi Muhammad s. a. w. Wajah ‘Alimin ditutup semula oleh seorang pejuang Islam. Tengku Intan memeluk tubuh suaminya sambil melafazkan tiga kali, “Allahu Akbar”.
Wajah Tengku Intan rapat pada dada suaminya.“Intan cinta Eli..., Intan rindu Eli....,”suara Tengku Intan mesra dalam rangkulan duka.
Tengku Intan mengangkat wajahnya dari dada suaminya. Tangisannya mulai reda. Hatinya sabar. Tawakal. Reda. Waja semangatnya.
“Puan, kami minta izin hendak mengangkat as syahid ini, …hendak dikebumikan,” seorang pejuang Islam meminta izin dari Tengku Intan.
“…ia, silakan,”sahut Tengku Intan.
“Ia, anak-anakku, jenazah as syahid ini akan dibawa pergi, …akan dikebumikan...,”kata Profesor Dr. Abdul Rauf.
“Ia, …silakan,” suara Tengku Intan dan suara Syamila sama.
“Anak-anakku, tak usah ikut,…keadaan merbahaya,” kata Profesor Dr. Abdul Rauf.
“Ia, Prof.,” sahut Tengku Intan.
Jenazah ‘Alimin diangkat oleh enam orang pejuang Islam. Cermat benar mereka mengangkat mayat itu dan menatangnya Dr. Abdul Rauf membaca al Fatihah dan selawatkan kepada Nabi Muhammad. Sebaik-baik sahaja Profesor Dr. Abdul Rauf selesai membaca selawat, mereka berjalan dengan menatang mayat ‘Alimin ke sebuah van sedang menunggu di luar. Tengku Intan dan Syamila yang memangku puteranya mengikuti jenazah ‘Alimin hingga ke pintu van itu.
“Adikku, ‘alimin, kamu pejuang Islam, ‘berjuang pada jalan Allah dengan harta dan dirinya lebih tinggi darjatnya di sisi Allah, dan itulah orang yang cita-citanya berhasil’,” suara Syamila terluah harum dari celah dua ulas bibirnya.
“Allahu Akbar,”ucap Tengku Intan.
Van bergerak perlahan-lahan. Jenazah ‘Alimin terbujur atas tandu. Empat orang pejuang Islam duduk menghadapinya. Tengku Intan berdiri atas rerumput di situ merenung van itu berlari atas jalan raya hingga hilang dari pandangannya. Syamila menangis teresak-esak di sisinya.
“…sayang, …hajat sayang nak mati syahid dah tercapai,…sayang dah tunaikan wasiat ayah sayang…,” suara Tengku Intan dalam keluhan.
Seorang perempuan muda, sebaya dengan Tengku Intan, berpakaian jubah dan selendang hitam, memimpin Tengku Intan masuk semula ke dalam rumah. Syamila mengikuti mereka dengan memangku bayinya, Umar Safwan.
“Kita berjumpa lagi, anak-anakku,”kata Profesor Dr. Abdul Rauf dengan wajahnya senyum. Mesra.
“Ia, Doktor, saya tidak menyangka,”sambut Tengku Intan.
“Ia, Prof. pagi semalam kita telah berjumpa, hari ini…,”kata Syamila.
“Allah Maha Kuasa, …hamba-hambanya mengikut kehendak-Nya,”sahut Profesor Dr. Abdul Rauf.
Profesor Dr.Abdul Rauf menyerahkan Muhammad Iskandar kepada Tengku Intan.
“Pagi semalam saya telah membuka mulutnya,”kata Profesor Dr. Abdul Rauf.
“Ia, Prof.,”sahut Tengku Intan.
Profesor Dr. Abdul Rauf merenung wajah Syamila dan wajah bayinya, Umar Safwa.
“…siapa bapa bayi ini?”Tanya Profesor Dr. Abdul Rauf.
“Abbas Marwan,…telah meninggal dunia, … di Palestin, Prof,”jawab Syamila.
“…maafkan saya, Inna lillahi wa inna ilahi raji’un,…dua bayi ni anak yatim,”kata Profesor Dr. Abdul Rauf.
“Ia, Prof.,”sahut Syamila.
Profesor Dr. Abdul Rauf merenung wajah Tengku Intan. Renungannya seperti renungan seorang bapa kepada anak kandungnya.
“…bagaimana lepas ini,…akan pulang ke Malaysia?” Profesor Dr. Abdul Rauf bertanya kepada Tengku Intan.
“…tidak, Doktor, …saya akan tinggal di sini, Doktor., …saya tak akan pulang ke Malaysia...,”jawab Tengku Intan.
“Ia, Doktor., adik saya ini akan tinggal bersama saya...,”Sahut Syamila.
“Alhamdulillah, bagus,”sahut Profesor Dr. Abdul Rauf.
Profesor Dr. Abdul Rauf memandang kepada perempuan muda. Usianya kira-kira 22 tahun. Memakai jubah hitam yang telah mengirim Tengku Intan tadi. Dia memanggil perempuan itu lalu berkata:
“…Fadhilah, …ini isteri as Syahid ‘Alimin.”
“Ia, …kita sama bersedih dengannya...,” perempuan itu berkata.
“…Intan, sabarlah, Allah lebih menyayanginya...,“ Profesor Dr. Abdul Rauf berkata kepada Tengku Intan.
“…ia, Doktor, ”sahut Tengku Intan.
“Allahu akbar, maaf anakku, …saya terlupa, ini cincin as syahid, nah terimalah...,”kata Profesor Dr. Abdul Rauf, lalu memberi cincin dalam plastik kecil kepada Tengku Intan.
“Terima kasih, Doktor,” ucap Tengku Intan.
“Alhamdulillah wa barakatuh,”sahut Profesor Dr. Abdul Rauf.
Tengku Intan membelek-belek cincin suasa itu. Pada cincin itu terukir hurup ‘IA’ - Intan dan ‘Alimin.
“…ha, Intan, Syamila, ini isteri saya, Fadhilah...,”Profesor Dr. Abdul Rauf memberitahu Tengku Intan dan Syamila.
Tengku Intan dan Syamila mengangguk. Senyum.
“…ia, Fadhila, atas nama Allah, saya terima Intan ini menjadi anak angkat saya, bayi ini, Muhammad Iskandar, cucu kita...,”kata Profesor Dr. Abdul Rauf.
“Alhamdulillah, syukur, suamiku, sayangku...,”sambut isterinya.
Fadhilah memeluk Tengku Intan. Air jernih mengalir dari lubuk mata masing-masing. Mereka membiarkan air mata itu luruh.
Muhammad Iskandar berpindah dari pangkuan ibunya ke pangkuan Fadhilah.
“Anakku, Syamila, bapa kamu kawan seperjuangan saya, kami sebaya,…usia kami 70 tahun...,”kata Profesor Dr. Abdul Rauf kepada Syamila.
“Ia, bapaku,”sahut Syamila.
“…bapa kamu telah berjuang bersama kita menentang kaum kuffar Amerika, British dan…, dia telah banyak menyumbangkan wangnya kepada perjuangan kita,” jelas Profesor Dr. Abdul Rauf
“…ia, bapaku,”sahut Syamila.
Syamila merenung wajah cendekiawan di hadapannya. Sesungguhnya pada masa-masa sebelumnya, dia tidak pernah bertemu dengan profesor itu, tetapi bapanya sering menyebut nama orang tua tersebut.
Tengku Intan senyum dalam duka. Dirinya tidak keseorangan di rantau orang.
Muhammad Iskandar, si anak yatim masih dalam pangkuan Fadhilah.
“...Eli, Intan cinta, rindukan Eli, sayang...,” bisik Tengku Intan dalam keluhannya.
Sepasang bola mata Tengku Intan memeluk gumpalan-gumpalan awan di dada langit biru yang memayungi bumi Iraq yang duka.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.