UMAT ISLAM DI LONDON
Oleh: Mokhtar Petah
Perang Dunia II dan kerakusan bangsa-bangsa yang beragama Kristian, Yahudi dan tidak beragama memerangi umat Islam, di seluruh dunia, telah menjadikan Bandaraya London sebuah ‘dunia baru’ kepada perkembangan agama Islam.
Pengaruh agama Islam telah berkembang di kalangan penduduk-penduduk Bandaraya yang lebih 6.7 juta jiwa (1983) itu dan dikatakan pengaruhnya telah masuk ke dalam Istana Ratu Inggeris.
Umat Islam terdiri dari orang Inggeris dan pendatang-pendatang, di antaranya orang Arab, Iran, India, Pakistan, Bangaladesh, Azbek dan kepulauan Melayu. Kebanyakan mereka itu terdiri dari ilmuwan, cendekiawan Islam, ahli perniagaan dan pekerja-pekerja biasa.
Di antara mereka itu, Sheikh Ahmad Yaman, Mufti, Sheikh Hashim Al Manjini, Pengarah Institut Islam London dan Sheikh Ahmad Saud salah seorang anggota tertinggi Majlis Syura London.
Kecederungan kepada agama Islam di kalangan keluarga Ratu Inggeris di katakan menggalakkan. Suami Ratu Inggeris sendiri telah merasmikan masjid yang baru dibina oleh umat Islam dari golongan Qadani.
Sebilangan umat Islam tidak mengikut mana-mana mazhab dalam Islam. Mereka mnengikut Quran dan Hadis. Manakala mazhab Maliki, Hambali, Hanafi dan Shafie menjadi ikutan umart Islam dari berbagai negara itu. Mazhab Shafie didapati kurang popular di London dan seluruh England.
Penulis
Satu lorong di London
Manakala mazhab Si’ah, Qadiani dan beberapa mazhab kecil lagi menjadi ikutan sebilangan kecil umat Islam.
Selain dari masjid besar – Masjid Regent’s, terdapat berpuluh masjid di sekitar London, di antaranya, Masjid taalimul Quran (Empress Street), Masjid Al Ahlil Hadis ( Stanhope Street), Masjid Nurul Islam (Snowdon Street), Masjid Bilal (Willows Crescent), Masjid Jami’ Mehrul Millat (Shakespeare Street), Masjid E.Quba ( Wyecliff Road), Masjid Saddam Hussein (Trinity Road) dan Masjid Makki / Makah ( Wimberley Street)).
Menarik. Sebuah gereja Kristian Brick Lane dalam Bandaraya London yang berusia 47 tahun telah dibeli oleh masyarakat orang Yahudi. Kemudian dijual kepada masyarakat Islam London unjtuk dijadikan masjid.
Seorang rakyat Britain keturunan Pakisan, M. Yausuf isterinya perempuan Islam Francis mmberitahu, bahawa umat Islam di London menjadi masjid sebagai tempat beribadat, masyuarat, seminar dan kegiatan masyarakat.
“Masjid menjadi tempat umat Islam dari berbagai keturunan bekumpul dan mengeratkan perpaduan,” katanya.
“Di London, umat Islam dengan umat Kristian dan Yahudi hidup sebagai satu keluarga, tidak pernah berlaku persengketaan,” tambahnya.
Selain dari masjid dan madrasah telah menjadi pusat pengajian Islam, beberapa buah kolej Islam dan peringkat Institut Pengajian Tinggi, termasuk yang bekerjasama dengan universiti-unvesiti di Bandaraya itu.
Semua masjid, madrasah, kolej Islam dan rumah-rumah kebajikan dikendalikan oleh badan-badah umat Islam di sana dan telah mendapat sumbangan kewangan dari negara masing-masing.
Negara yang paling banyak memberi sumbangan, ialah Arab Saudi dan Iran.
Fadh Faundation - Yayasan Fadh, iaitu Raja Arab Saudi telah memberi sumbangan kewangan kepada umat Islam, terutama orang-orang Arab menjalankan poerniagaan besar dan kecil.
Sumbangan kewangan itu diberi kepda peniaga dengan cara diambil 30% dari keuntungan setelah ditolak untuk zakat.
Demikian juga dari Negara-negara lain seperti Iran, Pakistan, Iraq, Lebanon, Mesir, Libya dan Negara-negara di Benua Afrika, telah memberi bantuan kewangan kepada ahli-ahli perniagaan mereka di London.
Di Bandaraya London terdapat orang-orang Arab, Pakistan dan India menjalan perniagaan pelancongan, perhotelan, air wangi, pakaian dan restoran.
Manakala pakaian yang berjenama kebanyakannya dikeluarkan oleh perusahaan orang Pakistan dan India, seperti baju dan jaket kulit, pakaian lelaki.
Di kota London terdapat dua buah restoran orang Melayu, iaitu Restoran Mawar (kini dikendalikan orang Inggeris Islam dan isterinya orang Melayu Johor) dan Majid Sate.
Orang Melayu ramai tinggal di London, tetapi kebanyakan dari mereka tidak seperti orang-orang Islam lain, mereka lebih suka menyendiri dan tidak bergaul dengan orang Islam lain.
Di masjid Regent’s pada hari Jumaat, saya telah bertemu dengan beberapa orang cendekiawan Islam dari Arab Saudi, Iran, Iraq dan Palestin. Mereka menjadi penyumbang ilmu pengetahuan di kolej-kolej dan unversiti Bandaraya itu. Mereka juga mengetuai atau membimbing beberapa pertubuhan kebajikan umat Islam di London.
Sebuah surat khabar ‘MuslimNews’ menjadi media umat Islam di London. Selain dari surat khabar itu, terdapat banyak surat khabar bahasa Arab dijual pada tiap-tiap hari di Kondon dan di Bandar-bandar seutuh England.
Akhbar bahasa Arab Al Kayat dan Al Ahram tersebar luas di London dan seluruh England.\
Pada umumnya umat Islam di London gemar membaca surat khabar, majalah dan buku, terutama buku-buku agama Islam dalam bidang ilmu sufi.
Di antara pertuhuhan-pertubuhan kebajikan umat Islam, ialah, Darul Arqam, Islamic Promotion Organisation (IPO), Al Hijrah Trust, UK Islamic Education Waqf dan Madinah House – rumah kanak-kanak Islam.
Pada tiap pagi Jumaat, beribu-ribu buah buku mengenai Arab Saudi dihadiahkan kepda pengujung-pengunjung masjid Regent’s.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.