MENYANGKUT KASIH PADA KUCING
Oleh:Mokhtar Petah
Seorang perempuan, Siti Zainab binti Harun, 55 tahun, dalam menghadapi hari tuanya, menyangkut kasih kepada lebih 40 ekor kucing, dalam teratak, di bawah pokok kelapa sawit, di Kampung Klang Gate, Hulu Kelang, dekat Kuala Lumpur.
Saiti Zainab yang tamat tingkatana lima dan memiliki MCE, di sekolah Perempuan Methodist, Kuantan, bekerja sambilan sebagai broker hartanah
Dia tinggal bersama suaminya, Mahmud bin Karib, 62 tahun, tidak bekerja, di rumah mereka di Kampung kelang Gate.
. Anak- anak mereka, Masitah, 32 tahun dan Maisara, 29 tahun, tinggal bersama suami masing-masing di Kuantan, Pahang.
Kucing-kucing telah menjadi tempat dia menyangkut kasih sayangnya, di samping berbuat kebajikan kepada makhluk-makhluk Tuhan itu.
“Saya minat pelihara kuciang, saya sayang kucing, saya kutip kucing-kucing terbuang, saya bela di sini ...,” katanya.
“Banyak wang saya belanjakan untuk memberi makan dan merawat kucing-kucing yang sakit di klinik swasta di Taman Melawati,” katanya lagi.
“Saya pelihara kucing-kucing ni bukan untuk cari untung, saya rasa gembira dapat menyangkut kasih sayang saya kepada kucing-kucing ini, sekurang-kurang hilang rasa sunyi saya,”tambahnya.
Pada tiap-tiap pagi Siti Zainab datang memberi makan kucing-kucingnya, kalau ada yang sakit dibawa ke kelinik.
Ada juga di antara kucing-kucing jantan terpaksa dikasi, supaya tidak membiak.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.