Friday, May 16, 2008

KAMPUNG BATU RENG

Puja Ada Kasih Tiada

Oleh: Mokhtar Petah

Kisah dalam sejarah tidak bertulis; dua buah kampung, Batu Reng dan Beng, yang terasing di Seberang Sungai Perak, dalam daerah kecil Lenggong, Perak, telah wujud lebih satu setengah abad lalu.

Penduduk-penduduknya terdiri dari keturunan Orang Melayu dari empat wilayah, di selatan Thailand dan pahlawan Melayu dari Negeri Pahang.

Pada zaman empat wilayah, di selatan Thailand, terutama Pattani diserang oleh askar-askar Siam ‘perut hijau’, beberapa rombongan orang Melayu dari sana telah melarikan diri ke Baling, Kedah dan ke kawasan Koh De Hulu, iaitu Grik, Hulu Perak.

Menurut cerita, askar-askar Siam ‘perut hijau’ sangat kejam. Mereka membunuh orang-orang lelaki dan merogol perempuan-perempuan muda.

Pada masa ini keturunan orang Melayu Patani berada di sekitar Hulu Perak hingga ke kawasan Kuala Kangsar, Batu Kurau dan Selama di Negeri Perak.

satu keluarga di kampung Batu Reng

Penduduk-penduduk Kampung Batu Reng dan kampung Beng bercakap tidak dengan dialek orang Pattani lagi, kerana mereka menggunakan dialek orang Melayu Pahang, terutama kawasan Raub.

Pada zaman orang Melayu berperang dengan askar Siam di Kota Tempat, Lubuk Kawah, pahlawan-pahlawan Melayu dari Negeri Pahang telah membantu mereka.

Setelah perang tamat, kebanyakan pahlawan Melayu dari Negeri Pahang tidak pulang ke negeri masing-masing. Mereka tinggal di kampung Chepor, Labit, Luat, Beng yang terletak di seberang sungai Perak hala ke belantra dan pergunungan sempadan Negeri perak dengan Negeri Pahang.

Perhubungan dua buah kampung itu dengan kawasan luar, melalui sungai Perak – Tasik Chenderoh. Kini boleh melalui jalan luar Bandar yang dibina dari Lasah,Sungai Siput ke Hulu Perak, iaitu di belakang dua kampung tersebut.

Penduduk-penduduk Kampung Beng dan Batu Reng bekerja kampung, iaitu bertani – ladang getah, bersawah dan menangkap ikan di Sungai Perak - Tasik Cenderuh.

Kedua-dua kampung tersebut masih mundur. Semenjak Negara mencapai kemerdekaan, penduduk-penduduknya lebih banyak menelan janji dari wakil-wakil rakyat, pembangunan kurang dan masalah kehidupan mereka masih mewarisi kehidupan tradisi orang Melayu yang kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.

Mereka menjalani kehidupan di bawah kerajaan semenjak lepas negara mencapai kemerdekaan 1957 hingga Pilihan Raya Umum ke- 12, dalam keadaan puja ada kasih tiada, kerana mereka di layan tidak sama dengan kawasan-kawasan Menteri Besar.

Walau bagaimanapun keadaan kehidupan mereka, namun ramai pemuda dan pemudi dua buah kampung itu telah melanjutkan pelajaran di peringkat menengah dan universiti. Ada di anatara mereka yang menjalankan perniagaan kontraktor binaan.

1 comment:

  1. Assalamualaikum,

    Mungkin tuan dapat memberi sedikit maklumat tentang asal-usul penghijarahan orang Melayu Rao (Rawa) yang datang ke Perak melalui Raub, Pahang dan Kalumpang, Hulu Selangor. Di samping peranan mereka dalam sistem pemerintahan diraja dan kerajaan Perak masa kini.

    Terimakasih.
    Wassalam.

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.