HOTEL BULUH KASAP
Pulau Pangkor: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin diminta menyiasat sebuah hotel milik Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perak, di Teluk Air Dalam, di sini, kerana kecurangan, nasibnya seperti berniaga buluh kasap, nampak hujung pangkal lesap.
Hotel untuk sektor pelancongan itu telah beroperasi lebih lima belas tahun lalu dan Perbadanan Ekonomi Negeri Perak telah membelanjakan wang berjuta ringgit, tetapi tidak mendapat keuntungan disebabkan kecurangan pegawai perbadanan itu sendiri.
Penyelidik sektor pelancongan, Encik Ahmad Rashidi bin Marzuki memberitahu, bahawa hotel itu dijalankan oleh seorang tauke Cina dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri membiayai kemajuan hotel itu.
“Hotel itu beroperasi sepanjang masa dan tauke yang mengendali hotel itu bersama keluarganya tinggal dalam kawasan hotel itu juga, tetapi tidak pernah mendapat keuntungan.” katanya.
“Saya mendapati pegawai Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri itu yang bertanggungjawab ke atas perjalanan hotel itu, seperti ada yang tidak kena, perlu disiasat rapi,” tambahnya.
Sementara itu difahamkan, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perak sedang menghadapi masalah kewangan, banyak tanah miliknya telah dikaut oleh pihak-pihak yang berurus niaga dengan perbadanan itu pada masa lalu.
Kejadian yang merugikan itu telah berlaku pada masa Menteri Besar, Datuk Seri Tajol Rosli.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.