Kuala Lumpur: Orang Cina Islam yang bermastautin di Kuala Lumpur akan membina sebuah pusat kebudayaan Cina dan Islam di Negeri Selangor atau Kuala Lumpur tidak lama lagi.
Tujuan pembinaan itu untuk mencari pendekatan antara umat Islam dan orang-orang Cina Islam dengan orang-orang Cina bukan Islam, sesuai dengan usaha kerajaan untuk menyatu padukan rakyat.
Menurut satu punca, pihak orang Cina Islam telah berbincang dengan Orang Besar Gombak merangkap pengerusi Masjid Kemensah, Hulu Kelang, Datuk Wan Mahmud untuk melaksanakan rancangan itu.
Di Kuala Lumpur dan Negeri Selangor terdapat lebih 30,000 Cina Islam.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.