Friday, April 25, 2008

Perpaduan Melayu

PERPADUAN MELAYU tidak akan mencapai kejayaan dengan hanya badan-badan penulis dan NGO sahaja mengadakan kongres, kerana untuk menuju kepada perpaaduan itu mestilah semua parti politik Melayu dan Islam, seperti PAS dan UMNO turut memikul tanggungjawab bersama.
Walaupun begitu perpaduan begitu, perpaduan tidak boleh dicapai kalau dua buah parti politik itu berlainan ideologi. Atau sebuah parti ada ideologi, dan sebuah lagi tidak berideologi.
Sebahagian besar Orang Melayu yang kuat dengan akidah dan iman, mereka tetap yakin dengan Islam, atau semua orang Melayu dan parti politik Melayu kembali kepada Islam tidak akan menyebelahi parti politik yang tidak berideologi, lebih-lebih lagi parti itu masih kuat dengan konsep dan fahaman kapitalisnya.
UMNO perlu mengkaji semula perlembagaannya. Kalau boleh dipinda sehingga wujud pegangannya yang nyata. Ke arah mana hala tujunya.
Hakikatnya kongres perpaduan Melayu harus dilihat sebagai satu perayaan membuang masa sahaja.
Kalau benar-benar serius ke arah menyatukan Melayu, dua buah parti Melayu mesti bersatu dan sama-sama memikul tanggungjawab k arah tujuan murni itu.



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.