Kuala Kangsar: Sekolah agama – Masrasah Idrisiah, Bukit Chandan, di sini, menunggu bantuan kewangan Kerajaan Pusat untuk membaik pulih dan membina bangunan tambahannya yang memerlukan kos kira-kira RM10 juta.
Guru Besar sekolah itu, Ustaz Hamaruddin Ahmad memberitahu, jawatankuasa sekolah itu telah memohon bantuan wang sebanyak RM10 juta kepada Perdana Menteri kira-kira setahun yang lalu, tetapi tidak mendapat sebarang jawapan.
Menurutnya, surat permohonan itu dihantar kepada Perdana Menteri melalui Setiausaha Politik beliau, Datuk Osman desa.
Sekolah yang dibina dengan wang wakaf Sultan Perak, Sultan Idris I itu pada tahun 1930-an itu telah banyak bahagian dalamnya yang rosak dan keadaannya sempit untuk menempatkan para pelajar.
“Kami harap Perdana Menteri dapat membantu sekolah kami ini, kerana kami mengalami masalah kewangan untuk membina bangunan tambahan dan membaik pulih bangunan yang lama,” kata Ustaz Kamaruddin Ahmad.
Sekitar tahun 1932, datuk kepada Abdullah Badawi, iaitu Sheikh Abdullah Fahim pernah menjadi guru besar sekolah tersebut.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.