Tuesday, April 29, 2008

Karenah mahasiswa universiti

MAHASISWA

Seorang gadis, mahasiwi Universiti Utara Malaysia, Sintok, Sakinah (buakan nama sebenar), 23 tahun, dalam pejalanan pulang ke Kuala Lumpur pada waktu malam.Dia terlena dalam bas. Lenanya telah mengundang mimpi yang indah bagiknya; dia telah berkahwin dengan seorang lelaki berusia 89 tahun.
Sakinah telah marah, sangat marah, sampai maki hamun kepada suaminya, kerana dia telah hamil. Dia tidak mahu hamil dan tidak mahu anak kerana dia berhajat untuk melanjutkan pelajarannya ke peringkat lebih tinggi - sampai memperolehi ijazah Ph.D dalam bidang undang-undang purba.
Suaminya tidak berkata apa-apa kepadanya. Dia hanya mengucap 'selamat tinggal' dan mengucap dua kaliamat syahadat. Diam. Sakinah memegang tubuhnya, goyang-goyang, tetapi lelaki itu diam.
Sakinah menjerit sekuat-kuatnya kerana suaminaya telah mati.Dia terjaga. Kawan - kawannya dalam bas itu telah ketawa.

1 comment:

  1. Dato' Mokhtar Petah, Selamat Hari LAhir yang ke 75! Semoga diberkati Allah selalu. Kami di Kelab Tasik Putrajaya mendoakan kebahagian Dato' dunia akhirat.

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.