Sunday, April 27, 2008

Bekas Menteri mencabul

ROMPIN - Berita dari polis mengenai bekas Menteri Kabinet mencabul seorang gadis, di Kuala Lumpur telah menimbulkan keresahan di kalangan para pengundi dalam kawasan Dewan Rakyat di sini, kerana mereka menyangka bekas menteri itu dari kawasan mereka.

“Kami khuatir bekas menteri itu wakil rakyat di tempat kami, kerana kami hitungkan, bekas menteri yang ada hanya Dato’ Dr.Jamaluddin Jarjis, Datuk Abdul Aziz Shamsuddin (Perak), Datuk Abdullah Mat Zin (Terangganu) dan Datuk Rafidah Aziz.

“Takkan Datuk Rafidah Aziz buat perkara macam tu, dia perempuan, kalau tak salah seorang dari tiga orang, tak ada orang lain,” kata seorang penduduk yang tidak mahu disiarkan namanya.

Sementara itu beberapa orang penduduk dalam kawasan Dewan Rakyat Shah Alam berharap pihak polis segera menjalankan siasatan, supaya dapat diketahui nama bekas wakil rakyat itu, kerana mereka khuatir bekas wakil rakyat kawasan mereka.

Beberapa orang ahli UMNO dalam bahagian Gopeng berharap yang sama kepada polis Kuala Lumpur kerana mereka takut yang telah melakukan keburukan itu Ketua Bahagian mereka, iaitu Datuk Abdul Aziz Shamsuddin.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.