Friday, July 15, 2011

MAKSUD AYAT QURAN





BAIK DAN JAHAT

Sesiapa yang melakukan perbuatan baik seberat zarah (atom), akan dilihatNya (Allah).
Dan sesiapa yang melakukan perbuatan jahat seberat zarah (atom) akan dilihatNya (Allah).
– Al Zilzal (Kegoncangan):7,8.

Nota:
Zarah atau atom, bukan sebesar bom atom, tetapi zarah itu satu dari sebuk yang paling halus.

Thursday, July 14, 2011

PANTUN KHAMIS





NYEOR PANDAN

Nyeor gading punck mahligai,
Sayang ketupat tidak berisi;
Hancur daging badan berkecai,
Belum dapat belum berhenti.

Nyeor pandan berbuah lebat,
Dijual dara saban hari;
Hancur daging tulang empat,
Belum jumpa sesuai di hati.

Nyeor pandan nyeor gading,
Bekal anak pindah ke kota;
Biar badan hilang daging,
Asal tidak patah cinta.

Nyeor gading nyeor pandan,
Asal dari Malaka lama;
Biar daging hancur di badan,
Kekal kasih kita berdua.


MAKSUD AYAT QURAN




MENYEMBUHKAN PENYAKIT

Ingatlah, sesungguhnya, kepunyaan Allah apa yang ada di langit dan di bumi. Ingatlah, sesungguhnya, janji Allah itu benar, tetapi kebanyakan mereka – manusia – tidak mengetahui (nya).Dia – Allah – lah yang menghidup dan mematikan dan hanya kepadaNya kalian di kembalikan.Hai umat manusia, sesungguhnya telah datang kepada kalia, pelajaran, dari Penguasa – Allah – kalian, dan menyembuhkan bagi segala jenis penyakit (yang ada) dalam dada – dalam ruang dada hingga seluruh ruang usus - dan petunjuk serta rahmat bagi orang – orang yang beriman. – Yunus:55,56,57.

Nota.
Ayat Quran no. 57, jika dengan izin Allah, amat mujarab membetuah atau menyembuhkan penyakit dalaman, iaitu segala jenis penyakit termasuk sakit jiwa, runsing, rasa cemburu, hasad dengki dan hampir putus asa atau hampir gila.
Yang utama setia yang hendah mengamlnya, mestilah kuat iman kepada Allah dan yakin, bahawa wahyu Allah ini, jika dengan izinNya, penyakit anda akan sembuh.
Cara: Air mata air, air telaga, air sungai atau air zamzam (jenis meneral yang berkat).
Baca. Kalimat taubat tiga kali. Al Fatihah, ikut dengan membaca ayat 57. Ikut dengan: Lau haula wala hingga akhir dan salawat kepada Nabi Muhammad sallallahu alaihi wa sallam. Ulang tiga kali atau tujuh kali.

Wednesday, July 13, 2011

PENGETGAHUAN


PENCEGAHAN RASUAH



BAHAGIAN 3

KETERANGAN (KESAKSIAN)

Anggapan mengenai rasuah dalam perkara-perkara tertentu

14. Apabila dalam mana-mana pembicaraan terhadap seseorang atas sesuatu kesalahan di bawah seksyen 3 atau 4 jika dibuktikan bahawa apa-apa suapan telah dibayar atau diberi kepada atau diterima oleh seseorang yang bekerja dalam mana­mana badan awam, suapan itu adalah disifatkan sebagai telah dibayar atau diberi dan diterima oleh secara rasuah sebagai suatu dorongan atau hadiah seperti yang tersebut dahulunya, melainkan jika dibuktikan sebaliknya.

Pernyataan yang diberi kepada polis boleh diterima

15. (1) Dalam mana-mana pembicaraan atau siasatan oleh mahkamah mengenai sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mengenai sesuatu kesalahan yang ditetapkan apa-apa pemyataan oleh seseorang yang dipertuduh, sarna ada pemyataan itu terjumlah kepada suatu pengakuan salah atau tidak atau secara lisan atau bertulis, yang dibuat pada bila-bila masa, sarna ada sebelum atau selepas orang itu dipertuduh dan sarna ada dalam masa polis menjalankan penyiasatan atau tidak, atau sarna ada atau tidak kesemuanya atau sebahagiannya sebagaijawapan kepada soalan-soalan, oleh orang itu kepada atau dalam pendengaran seseorang pegawai polis, sarna ada di terjemahkan kepadanya atau tidak oleh mana-mana pegawai polis yang lain atau oleh mana-mana orang lain yang berkenaan atau tidak dalam penangkapan itu, hendaklah diterima sebagai keterangan dalam pembicaraannya walaupun berlawanan dengan apa-apa yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis dan, jika orang itu menawarkan dirinya sebagai seorang saksi, apa-apa pemyataan yang tersebut boleh digunakan dalam pemeriksaan balas dan bagi maksud mencabar kebenarannya:

Dengan syarat bahawa pemyataan itu tidak boleh diterima sebagai keterangan atau digunakan seperti yang terse but di atas ­–

(a) jika mahkamah berpendapat bahawa pernyataan itu telah dibuat oleh sebab sesuatu dorongan, ancaman atau janji berhubung dengan pertuduhan terhadap orang itu, yang datangnya daripada seseorang yang berkuasa dan yang cukup pada pendapat mahkamah, untuk memberi orang itu alasan-alasan yang pada pendapatnya munasabah bagi menyangkakan bahawa dengan membuat pernyataan itu ianya akan memperolehi apa-apa faedah atau mengelakkan apa-apa bahaya keduniaan berhubung dengan pembicaraan terhadapnya itu; atau

(b) mengenai sesuatu pernyataan yang dibuat oleh orang itu selepas ianya ditangkap, melainkan jika malikamah berpuas hati bahawa suatu amaran telah diberi" kepadanya dengan perkataan-perkataan yang berikut atau dengan perkat_an-perkataan yang bermaksud seurnparnanya: "Adalah menjadi kewajipan saya memberi amaran kepada kamu bahawa kamu tidak diwajibkan berkata apa-apa atau menjawab apa-apa soalan, tetapi apa-apa jua yang kamu katakan, sarna ada sebagai menjawab sesuatu soalan atau tidak, boleh diberi sebagai keterangan".

(2) Walau apa pun peruntukan yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis, seseorang yang dituduh atas sesuatu kesalahan yang disebutkan dalam seksyen kecil (1) tidaklah terikat supaya menjawab apa-apa soalan berhubung dengan kesalahan itu selepas diberikan mana-mana amaran seperti yang tersebut di atas itu kepadanya.

Keterangan mengenai adat tidak boleh diterima

16. Dalam mana-mana pembicaraan sivil atau jenayah di bawah Akta ini maka keterangan tidaklah boleh diterima untuk menunjukkan bahawa sesuatu suapan seperti yang disebutkan dalam Akta ini adalah ada kebiasaan dalam mana-mana profesion, perdagangan, pertukangan atau pekerjaan.

Keterangan mengenai sumber-sumber wang atau harta

17. (1) Dalam mana-mana pembicaraan atau siasatan oleh mahkamah mengenai sesuatu kesalahan di bawah Akta ini at au mengenai sesuatu kesalahan yang ditetapkan nyataan (perkara) bahawa seseorang dituduh ada memiliki, yang mengenainya ia tidak dapat memberi penjelasan yang memuaskan, sumber-sumber wang atau harta yang tidak seimbang dengan sumber-sumber wangnya yang diketahui, atau bahawa pada masa kesalahan yang diperkatakan itu, ia telah menerima sesuatu pertambahan pada sumber-sumber wang atau hartanya, yang mengenainya ia tidak dapat memberi penjelasan yang memuaskan, boleh diterima dan boleh dipertimbangkan oleh mahkamah sebagai keterangan menyokong bagi keterangan mana-mana saksi dalam pembicaraan atau siasatan itu bahawa orang dituduh itu telah menerima atau mendapat atau bersetuju menerima atau telah cuba mendapat apa-apa suapan dan sebagai menunjukkan bahawa suapan itu telah diterima atau didapati atau dipersetujui untuk diterima atau dieuba untuk mendapat seeara rasuah sebagai suatu dorongan atau hadiah.

(2) Seseorang dituduh hendaklah, bagi maksud seksyen keeil (1), disifatkan sebagai memiliki sumber-sumber atau harta atau telah mendapat sesuatu pendapatan daripadanya jika sumber-sumber atau harta itu adalah dipegang atau pertambahan itu didapati oleh mana-mana orang yang, memandang kepada perhubungannya dengan orang yang dituduh itu atau kepada apa-apa hal keadaan lain, ada sebab bagi mempereayai ada memegang sumbet;-sumber atau harta itu atau telah mendapat pertambahan sebagai amanah untuk atau bagi pihak, atau sebagai suatu pemberian daripada, orang yang dituduh itu.

Keterangan rakan sejenayah

18. Walau apa pun hukum undang-undang atau undang-undang bertulis yang berlawanan, seseorang saksi dalam mana-mana pembicaraan atau siasatan seperti yang disebut dalam seksyen 17, tidak boleh dianggap sebagai tidak boleh dipereayai kebenarannya semata-mata oleh sebab sesuatu suapan dibayar atau diserah olehnya atau bagi pihaknya kepada seseorang ejen atau anggota badan awam.

Pemeriksaan pesalah-pesalah

19. (1) Apabila dua orang atau lebih dipertuduh atas sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau sesuatu kesalahan yang ditetapkan, mahkamah boleh menghendaki seorang atau lebih daripada mereka supaya memberi keterangan sebagai seorang saksi atau saksi-saksi untuk pihak pendakwa.

(2) Mana-mana orang yang tersebut dalam seksyen keeil (1) yang enggan _engangkat sumpah atau menjawab apa-apa soalan yang sah hendaklah diambil tindakan terhadapnya dengan eara yang sarna seperti saksi-saksi yang enggan sedemikian boleh diambil tindakan undang-undang terhadapnya oleh Mahkamah Majistret atau Mahkamah Sesyen, mana yang berkenaan. .

(3) Tiap-tiap orang yang dikehendaki memberi keterangan di bawah seksyen kecil (1), yang pada pendapat mahkamah memberi penzahiran yang benar dan penuh mengenai semua perkara yang mengenainya ia diperiksa dengan sah, adalah berhak menerima suatu perakuan perlindungan dari Majistret atau Presiden itu, mana yang berkenaan, menyatakan bahawa ia telah memberi suatu penzahiran yang sebenar mengenai semua perkara yang mengenainya ia telah diperiksa, dan perakuan itu hendaklah menjadi suatu penghalang terhadap segala tindakan undang-undang terhadapnya mengenai semua perkara yang tersebut itu.

Perlindungan bagi pemberi maklumat

20. (1) Keeuali sebagaimana yang diperuntukkan kemudian daripada ini, sesuatu pengaduan mengenai sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau sesuatu kesalahan yang ditetapkan, tidak boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana jua pembicaraan sivil atau jenayah, dan tiada seorang saksi pun boleh diwajib atau dibenarkan menzahirkan nama atau alamat seseorang pemberi maklumat, atau menyatakan apa-apa perkara yang mungkin menyebabkan ia diketahui.

(2) Jika sesuatu buku, suratan atau kertas yang dikemukakan sebagai keterangan atau yang boleh dikenakan pemeriksaan dalam apa-apa jua pembicaraan sivil atau jenayah ada mengandungi sesuatu catatan dalam mana seseorang pemberi maklumat disebabkan namanya atau diperihalkan atau yang mungkin menyebabkan ianya diketahui maka, mahkamah di mana pembicaraan itu diadakan hendaklah mengarahkan supaya catatan-catatan itu cftsembunyikan dari pandangan atau dihapuskan setakat mana yang perlu untuk memperlindungi pemberi maklumat itu daripada diketahui, tetapi tidak lebih daripada..itu.

(3) Jika dalam mana-mana pembicaraan berhubung dengan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau sesuatu kesalahan yang ditetapkan mahkamah berpendapat, selepas dari siasatan penuh berkenaan dengan kes itu, bahawa pemberi maklumat itu telah bersengaja membuat dalam pengaduannya suatu pernyataan matan yang ia ketahui atau percaya sebagai palsu atau yang ia tidak percaya sebagai benar, atau berpendapat bahawa keadilan tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya di antara pihak­ pihak dalam pembicaraan itu tanpa mengetahui pemberi maklumat itu, mahkamah boleh menghendaki supaya pengaduan yang asal, jika bertulis, dikemukakan, dan membenarkan siasatan dan boleh menghendaki penzahiran yang penuh mengenai pemberi maklumat itu.

BAHAGIAN IV

KUASA-KUASA POLIS

Kuasa-kuasa bagi menggeledah dan mengambil

21. (1) Apabila didapati oleh seseorang Majistret dari maklumat dan selepas apa-apa siasatan yang difIkirkannya perlu bahawa ada sebab yang munasabah bagi mempercayai bahawa di sesuatu temp at ada apa-apa keterangan mengenai berIakunya sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, atau sesuatu kesalahan yang ditetapkan, ia boleh, dengan waran yang diarahkan kepada mana-mana pegawai polis memberi kuasa kepada pegawai itu untuk memasuki temp at itu, dengan kekerasan jika perIu, dan di situ mencari, mengambil dan menahan apa-apa keterangan itu.

(2) Apabila didapati oleh seseorang pegawai polis yang berpangkat Inspektor atau lebih bahawa ada sebab yang munasabah bagi mempercayai bahawa di sesuatu temp at ada disembunyikan atau disimpan apa-apa keterangan mengenai berlakunya sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, atau sesuatu kesalahan yang ditetapkan dan pegawai itu ada alasan-alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa oleh sebab lengah bagi mendapatkan waran geledah tujuan penggeledahan itu mungkin kecewa, ia boleh menjalankan di tempat itu dan berkenaan dengan temp at itu segala kuasa yang disebut dalam seksyen kecil (1) dengan langkah yang sepenuh dan seeukup seolah-olah ia diberi kuasa berbuat demikian dengan waran yang dikeluarkan di bawah seksyen keeil itu.

Kewajipan di sisi undang-undang untuk memberi maklumat

22. Tiap-tiap orang yang dikehendaki oleh seseorang pegawai polis supaya memberi apa-apa maklumat mengenai apa-apa perkara yang pegawai polis itu berkewajipan menyiasat di bawah Akta ini atau sesuatu kesalahan yang ditetapkan dan yang orang itu berkuasa memberin3ra, adalah terikat di sisi undang-undang untuk memberi maklumat itu.

BAHAGIAN V

ATURAN-ATURAN BERKENAAN DENGAN PEGAWAI PENDAKWA RAYA

Kuasa-kuasa khas mengenai penyiasatan

23. (1) Walau apa pun yang terkandung dalam mana-mana undang-undang yang lain, Pendakwa Raya, jika berpuashati bahawa ada alasan-alasan yang munasabah bagi mengesyaki bahawa sesuatu kesalahan di bawahAkta ini, atau sesuatu kesalahan yang ditetapkan, telah dilakukan oleh seseorang, boleh dengan perintah memberi kuasa kepada mana-mana pegawai polis yang berpangkat Penolong Penguasa atau lebih tinggi yang dinamakan dalam perintah itu untuk membuat sesuatu penyiasatan mengenai perkara itu mengikut apa-apa eara atau kaedah sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu. Perintah itu boleh memberi kuasa supaya disiasat apa-apa akaun bank, akaun syer, akaun beli, akaun belanja atau apa-apa akaun lain, atau apa-apa peti deposit selamat dalam mana-mana bank, dan hendaklah menjadi kuasa yang eukup bagi seseorang menzahir atau mengemukakan segala atau, apa­apa maklumat atau akaun atau suratan atau benda yang dikehendaki oleh pegawai yang diberi kuasa sedemikian.

(2) Mana-mana orang yang tidak atau enggan menzahirkan maklumat tersebut atau mengemukakan apa-apa akaun atau suratan atau benda tersebut kepada orang yang diberi kuasa sedemikian adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak lebih daripada dua ribu ringgit atau penjara selama tidak lebih daripada satu tahun atau kedua-duanya.

Kuasa-kuasa Pendakwa Raya untuk memerintahkan diperiksa buku-buku banker

24. (1) Pendakwa Raya, jika difikirkannya apa-apa keterangan mengenai berIakunya sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, atau sesuatu kesalahan yang ditetapkan, yang dilakukan oleh seseorang yang dalam perkhidmatan mana-mana badan awam mungkin dijumpai dalam mana-mana buku banker berhubung dengan orang itu, isteri atau anaknya, atau pada seseorang yang munasabah dipereayai oleh Pendakwa Raya menjadi ejen atau pemegang amanah bagi orang itu, boleh dengan perintah memberi kuasa kepada mana-mana pegawai polis yang berpangkat Penolong Penguasa atau lebih tinggi yang dinamakan dalam perintah itu untuk memeriksa apa-apa buku tersebut dan pegawai polis yang diberi kuasa sedemikian boleh, pada setiap mas a yang munasabah, memasuki bank yang dinyatakan dalam perintah itu dan memeriksa buku-buku yang disimpan dalamnya dan boleh mengambil salinan-salinan bagi mana-mana catatan yang berkaitan dalam mana­mana buku itu.

(2) Bagi maksud seksyen ini ­_

"bank" ertinya mana-mana bank yang berlesen di bawah Ordinan Bank, 1958, dan termasuklah Bank Simpanan Pejabat Pos yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan Bank-bank Simpanan Pejabat Pos, dan mana-mana syarikat kerjasama yang berdaftar di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan syarikat kerjasama;

"buku banker" termasuklah lejar, buku harian, buku wang tunai, buku akaun dan semua buku dan suratan lain yang digunakan dalam kelaziman urusan sesebuah bank.

Kuasa-kuasa Pendakwa Raya bagi mendapatkan maklumat

25. (1) Dalam masa sesuatu penyiasatan atau pembicaraan mengenai atau berhubung dengan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, atau sesuatu kesalahan yang ditetapkan, yang dilakukan oleh mana-mana orang, walaupun berlawanan dengan apa-apa yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain, Pendakwa Raya boleh dengan notis bertulis ­

(a) menghendaki mana-mana orang supaya memberi suatu pernyataan bersumpah dengan bertulis mengandungi senarai semua harta yang boleh dialih atau tidak boleh dialih yang dipunyai atau dimiliki oleh orang itu, ejen atau pemegang amanahnya, dan oleh isteri atau suarni, anak lelaki dan anak perempuannya, dan menyatakan tarikh bila tiap­tiap satu harta yang disenaraikan itu telah diperolehi sarna ada dengan cara pembelian, pemberian, pemberian wasiat, perwarisan atau lain­lain;

(b) menghendaki mana-mana orang supaya memberi pernyataan bersumpah dengan bertulis mengenai apa-apa wang atau apa-apa harta lain yang dihantar keluar Malaysia olehnya dalam masa apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu;

(c) menghendaki mana-mana orang supaya memberi suatu pernyataan bersumpah dengan bertulis

mengandungi senarai semua harta yang boleh dialih atau tidak boleh dialih yang dipunyai atau dimiliki oleh orang itu, jika Pendakwa Raya ada mempunyai alasan-alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa maklumat itu boleh membantu penyiasatan;

(d) menghendaki orang yang menjaga mana-mana badan awam supaya mengemukakan atau memberi, sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu, apa-apa suratan atau suatu salin an yang diperakui mengenai apa-apa suratan yang ada dalam miliknya atau di bawah kawalannya;

(e) menghendaki pengurus mana-mana bank supaya memberi salinan­salinanakaun kepunyaan orang itu atau kepunyaan isteri atau suami atau seseorang anak lelaki atau anak perempuan orang itu dalam bank itu.

(2) Tiap-tiap orang yang dihantarkan notis kepadanya oleh Pendakwa Raya di bawah seksyen kecil (1), walaupun berlawanan dengan peruntukan mana-mana undang-undang bertulis atau apa-apa sumpah rahsia, hendaklah mematuhi kehendak­kehendak notis dalam tempoh yang dinyatakan dalamnya itu; dan mana-mana orang yang bersengaja cuai atau tidak mematuhi sedemikian adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak lebih daripada dua ribu ringgit atau penjara selama tidak lebih daripada satu tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan kesalahan-kesalahan

26. (1) Sesuatu pendakwaan di bawah Akta ini tidak boleh dimulakan kecuali dengan persetujuan Pendakwa Raya:

Dengan syarat bahawa seseorang yang dipertuduh atas sesuatu kesalahan itu boleh ditangkap, atau suatu waran bagi menangkapnya boleh dikeluarkan dan dilaksanakan, dan mana-mana orang yang ditangkap itu boleh ditahan dalamjagaan atau dalamjaminan, walaupun persetujuan dari Pendakwa Raya bagi memulakan pendakwaan atas kesalahan itu belum didapati, tetapi kes itu tidak boleh didakwa selanjutnya sehingga persetujuan itu didapati.

(2) Apabila seseorang dibawa ke hadapan mahkamah di bawah seksyen ini sebelum Pendakwa Raya mempersetujui pendakwaan, pertuduhan itu hendaklah dihuraikan kepadanya tetapi ia tidak boleh diminta memberi jawapan atas pertuduhan itu, dan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa pada masa itu berhubung dengan acara jenayah hendaklah diubahsuai dengan sewajarnya.

(Disunting dari manusikrip buku, Pencegahan Rasuah, oleh: Mokhtar Petah)

MASAKAN HARINI





GULAI BUAH JERING DENGAN IKAN ASIN

Buah jering yang telah tua kira – kira 20 biji, di potong agak nipis, kemudian direbud hingga empuk dan buang airnya.
Masak gulai rempah dengan ikan sungai – boleh: Patin, kaloi, sebarau, toman, belida, jelawat, temoleh, hangus ekor dan ikan pepuyu atau sepat.
Rempah tumbuk atau giling sendiri.
* Bagi yang suka, boleh masukkan rebung buluh beting yang dirincit.
Sedaaaap!

MAKSUD AYAT QURAN





BAGAI KELEDAI

Itulah kurniaan Allah, dianugerahkanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dan Allah itu mempunyai kurnia yang besar. Perumpamaan orang – orang yang dipikulkan ke atas (bahu mereka) kitab Taurat, tetapi mereka tidak memikulnya, bagai keledai yang memikul kitab – kita tebal ( tetapi tidak mengerti isi atau kandungan kita itu). Amatlah buruk perumpamaan kaum (umat) yang mendustakan keterangan – keterangan Allah. Dan Allah tidak memberi pimpinan kepada kaum (umat) yang bersalah.
Al Jumu’ah: 4, 5.

Nota.

Maksud dari firman Allah dalam Quran seperti di atas ini, ialah Allah menceritakan tentang orang – orang Yahudi yang tidak mengikut atau tidak faham akan ajaran dan hukum Allah dalam kitab Taurat.
Kita umat Islam. Katalah orang Melayu, mempunyai keadaan sama dengan makasud firman Allah di atas, kerana kita beriman kepada Allah dan Allah telah mengurniakan Quran kepada kita; di dalamnya ada ajaran dan hukum – hukum, tetapi kita tidak mengikutnya. Kita mengikut hukum – hukum yang dibuat atau dikanun oleh orang – orang Yahudi dan Kristian.

Tuesday, July 12, 2011

PENGETAHUAN




PENCEGAHAN RASUAH

Penerima suapan menjadi salah walaupun maksudnya tidak dijalankan, dsb.
6. (1) Da1am mana-mana perbicaraan terhadap seseorang ejen atas mana-mana kesa1ahan di bawah seksyen 4(a) jika dibuktikan bahawa ia secara rasuah te1ah ¬menerima, mendapat atau bersetuju menerima atau cuba mendapatkan apa-apa suapan dengan ada sebab bagi mempercayai atau mengesyaki bahawa suapan itu te1ah ditawarkan sebagai suatu dorongan atau hadiah supaya ia melakukan atau jangan me1akukan apa-apa perbuatan atau supaya memberi atau jangan memberi kemudahan atau kepayahan kepada mana-mana orang berhubung dengan perkara atau urusan prinsipa1nya, ia ada1ah me1akukan suatu kesa1ahan di bawah seksyen ini wa1aupun ia tidak mempunyai kuasa, hak atau pe1uang untuk me1akukannya, memberi atau tidak memberi atau bahawa ia te1ah menerima suapan tanpa bermaksud me1akukan, memberi ;ltau tidak memberi atau bahawa ia sebenarnya tidak me1akukan, memberi atau tidak memberi atau bahawa kemudahan atau kepayahan itu tidak ada perhubungannya dengan pekara-perkara atau urusan prinsipa1nya.
(2) Da1am mana-mana pembicaraan terhadap seseorang atas sesuatu kesa1ahan di bawah seksyen 4(b) jika dibuktikan bahawa ia secara rasuah te1ah memberi, bersetuju memberi atau menawarkan apa-apa suapan kepada mana-mana ejen sebagai suatu dorongan atau hadiah supaya me1akukan atau jangan me1akukan apa-apa perbuatan atau supaya memberi atau jangan memberi apa-apa kemudahan atau kepayahan kepada mana-mana orang dengan ada sebab bagi mempercayai atau mengesyaki bahawa ejen itu ada kuasa, hak atau pe1uang me1akukan, memberi atau tidak memberi dan bahawa perbuatan, kemudahan atau kepayahan itu ada perhubungan dengan perkara-perkara atau urusan prinsipa1nya, ia ada1ah me1akukan suatu kesa1ahan di bawah seksyen itu wa1aupun ejen itu tidak ada kuasa, hak atau pe1uang atau bahawa perbuatan, kemudahan at au kepayahan itu tidak ada perhubungan dengan perkara-perkara atau urusan prinsipa1nya.
Secara rasuah mendapatkan tender ditarik balik
7. Seseorang ¬-
(a) yang, dengan niat hendak mendapat sesuatu kontrak bagi me1aksanakan apa-apa kerja, menyediakan apa-apa perkhidmatan, membuat apa-apa jua, atau membeka1kan apa-apa barang, bahan atau benda, daripada mana-mana badan awam, menawarkan apa-apa suapan kepada mana-mana orang yang te1ah membuat tender untuk kontrak itu, sebagai suatu dorongan atau hadiah supaya menarik ba1ik tendemya itu; atau
(b) yang meminta atau menerima apa-apa suapan sebagai suatu dorongan atau hadiah supaya ia menarik balik sesuatu tender yang dibuat olehnya untuk kontrak itu,adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau penjara selama tidak lebih daripada tujuh tahun atau kedua-duanya.
Rasuah terhadap majlis perundangan
8. Mana-mana orang yang menawar\an kepada seseorang Abli Parlimen atau Ahli Dewan Negeri, atau, yang menjadi ahli yang seumpama itu, meminta atau menerima, apa-apa suapan sebagai suatu dorongan atau hadiah supaya ia melakukan atau jangan melakukan apa-apa perbuatan atau supaya memberi atau jangan memberi apa-apa kemudahan atau kepayahan dalam sifat jawatannya sebagai ahli, walaupun ahli itu tidak mempunyai kuasa, hak atau peluang melakukan, memberi atau tidak memberi, atau bahawa ia sebenarnya tidak melakukan, memberi atau tidak memberi, atau bahawa dorongan atau hadiah itu tidak ada perhubungan dengan perkara-perkara Parlimen atau Dewan Negeri, adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau penjara selama tidak lebih daripada tujuh tahun atau kedua-duanya.
Rasuah mengenai anggota badan awam
9. Mana-mana orang yang menawarkan kepada seseorang anggota badan awam atau, yang menjadi seseorang anggota mana-mana badan awam meminta atau menerima apa-apa suapan sebagai suatu dorongan atau hadiah kerana ¬
(a) anggota itu mengundi atau tidak mengundi dalam mana-mana mesyuarat badan awam bagi menyokong atau menentang apa-apa langkahan, keputusan atau soalan yang dikemukakan kepada badan awam itu;
(b) anggota itu melaksanakan, atau tidak melaksanakan, atau menolong untuk mendapat, mencepat, melengah, melambat atau mencegah daripada melaksanakan, apa-apa tindakan rasmi;
(c) anggota itu menolong untuk mendapat atau mencegah daripada meluluskan apa-apa undi atau pemberian mana-mana kontrak atau faedah bagi pihak mana-mana orang; atau
(d) anggota itu memberi atau tidak memberi apa-apa kemudahan atau kepayahan dalam sifat jawatannya sebagai seorang anggota,walaupun anggota itu tidak mempunyai kuasa, hak atau peluang untuk melakukan, memberi atau tidak memberi, atau bahawa dorongan atau hadiah itu tidak ada perhubungan dengan perkara-perkara mengenai badan awam itu, adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau penjara selama tidak lebih daripada tujuh tahun atau kedua¬duanya.
Menghalang pemeriksaan
10. Mana-mana orang yang ¬-
(a) enggan membenarkan mana-mana
pegawai polis yang bertindak
melaksanakan kewajipannya di
bawahAkta ini masuk ke mana-mana
tempat;
(b) menyerang, menghalang, melambat atau melengahkannya untuk dimasuki mana-mana
tempat yang ia berkuasa masuk di bawahAkta ini atau semasa menjalankan'kewajipannya
atau kuasa yang diberi oleh Akta ini;
(c) tidak mematuhi mana-mana permintaan yang sah dari seseorang pegawai polis dalam melaksanakan kewajipannya di bawahAkta ini; atau
(d) enggan atau cuai daripada memberi
apa-apa maklumat yang munasabah
dikehendaki darinya dan yang ia
berkuasa memberi,adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak lebih daripada dua ribu ringgit atau penjara selama tidak lebih daripada satu tahun atau kedua-duanya.
Bersubahat melakukan kesalahan di luar Malaysia
11. Barang siapa bersubahat, dalam erti Kanun Keseksaan, melakukan di luar Malaysia mana-mana perbuatan berhubung dengan perkara-perkara atau urusan atau bagi pihak seseorang prinsipal yang mendiarni dalam Malaysia, yang mana jika dilakukan dalam Malaysia boleh menjadi suatu kesalahan di bawab Akta ini, sarna ada perbuatan itu dilakukan atau tidak oleh sebab subahat itu, hendaklah disifatkan sebagai telah melakukan kesalahan itu dan dihukum sewajarnya.

Kewajipan pegawai awam yang diberi atau ditawarkan suapan kepadanya
12. Seseorang Ahli Parlimen, Ahli Dewan Negeri, seseorang anggota badan awam atau pegawai yang diberi;dijanji atau ditawarkan kepadanya apa-apa suapan secara rasuah hendaklah seberapa segera yang boleh kemudiannya melaporkan pemberian, perjanjian atau tawaran itu, berserta dengan namanya, jika diketahui orang yang memberi, berjanji atau menawarkan suapan itu kepadanya, ke balai polis yang hampir sekali; dan jika ia tidak berbuat demikian tanpa alasan yang berpatutan ia adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara selama tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya.
Bila penalti boleh dikenakan sebagai tambahan kepada hukuman yang lain
13. Apabila mahkamah mensabitkan mana-mana orang mengenai sesuatu kesalahan yang dilakukan oleh kerana menerima apa-apa suapan dengan melanggar mana-mana peruntukan Akta ini, jika suapan itu adalah wang atau jika nilai suapan itu boleh ditaksirkan, maka mahkamah itu bo1eh, sebagai tambahan kepada mana¬mana hukuman lain yang dikenakan kepada orang itu, memerintahkan ia supaya membayar sebagai penalti kepada badan itu dalam masa dan mengikut cara yang dinyatakan dalam perintah itu, sejumlah_ang yang sarna banyaknya dengan jumlah suapan itu atau nilai suapan itu, iaitu mengikut pendapat mahkamah itu, dan penalti itu boleh dituntut sebagai suatu denda.
(Disunting dari manuskrip buku, Pencegahan Rasuah, oleh: Mokhtar Petah)

MENGENANG MASA SILAM




SULTAN TIDAK MAHU AMPUN

IKUT HUKUM ISLAM

Bermula dari pertemuanku dengan Sultan Idris Shah di rumah Sheikh Abdullah Fahim, di Kepala Batas, Seberang Perai pada tahun 1954, apabila Baginda menduduki takhta Kerajaan Negeri Perak, maka aku sebagai rakyat marhein sentiasa berdampingan dengan Baginda.

Elok aku mencatat pengalamanku di sini, iaitu kira-kira dua tahun sebelum Sultan Yusuf Izzuddin Shah mangkat, aku sering mengadap Baginda dan Raja Perempuan Ta’yah di Istana Iskandariyah, Bukit Chandan. Kadang-kadang aku datang ke Istana Iskandariyah bersama Raja Razman dan Raja Hanif Shah. Mereka adalah pensasihat kebudayaan dan hal ehwal rakyat kepada Sultan Yusuf.

Sultan Yusuf seorang Raja memerintah yang kuat berpegang pada semangat kebangsaan Melayu. Dalam percakapan denganku, Baginda lebih cenderung kepada parti-parti politik yang telah diharamkan oleh Kerajaan Inggeris, iaitu kesatuan Melayu Muda (KMM), Hizbul Muslimin dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).

Mengenai UMNO, Sultan Yusuf telah menerangkan kepadaku sama dengan yang telah diterangkan oleh Panglima Bukit Gantang, Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz bekas Setiausaha Agung UMNO Malaya.

BRITISH RASA TERGUGAT

Menurut Sultan Yusuf, apabila parti Hizbul Muslimin dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya(PKMM) telah ditubuhkan, Kerajaan British rasa tergugat dan sentiasa mencurigai parti-parti itu. Pada satu malam Ahad, akhir bulan Disember 1945, Penasihat-penasihat British (British adviser) Negeri-negeri Pahang, Perak, Kedah, Selangor, Negeri sembilan dan Johor telah mengadakan majlis jamuan makan malam dan tari menari, di sebuah hotel, di Cameron Highlands, iaitu sempena menyambut perayaan Hari Christmas.

Di antara orang-orang kenamaan Melayu yang telah diundang ke majlis itu, ialah Raja Muda Yusuf, Onn bin Jaafar, Panglima Bukit Gantang, Haji Ab dul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz, Raja Kamaruzzaman bin Raja Mansor (Raja Kecil Tengah), Zainal Abidin bin Haji Abas, Raja Haji Shahar bin Raja Harun dan Raja Azam bin Raja Kamaruzzaman.

Dalam majlis itu, para Penasihat British tersebut telah mengingatkan Onn Jaafar, Panglima Bukit Gantang, Haji Abdul Wahab dan mereka yang hadir, bahawa ’bahaya dari gunung’ akan tiba, iaitu Parti Hizbul Muslimin pimpinan Ustaz Abu Bakar al Baqir, Gunung Semanggul, Perak, bahaya kepada orang-orang Melayu yang mendapat pendidikan England atau London Orientation dan masa depan mereka akan menjadi kabur.

Cerita Sultan Yusuf lagi, bahawa penasihat-penasihat British itu telah menjelaskan, iaitu Hizbul Muslimin adalah membawa ideologi Islam seperti yang dianut oleh parti Ikhwanul Muslimin Mesir. Kalau parti itu berjaya memerdekakan Tanah Melayu, masalah besar akan timbul, di antaranya mereka yang berpendidikan England atau London Orientation akan tidak ada tempat atau peluang memerintah Tanah Melayu kerana mereka tidak mempunyai ilmu pengetahuan Islam.

PARTI KEBANGSAAN MELAYU

Penasihat-penasihat British itu telah menasihatkan pemimpin-pemimpin Melayu itu supaya menubuhkan sebuah parti politik nasionalis Melayu untuk membunuh Hizbul Muslimin dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).

Menurut Sultan Yusuf, para menasihat British itu menentang konsep perjuangan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), iaitu Satu negara:Negara Melayu, satu bangsa:Bangsa Melayu, satu bahasa: Bahasa Melayu dan agama Islam menjadi agama Negara Melayu.

Dalam perjumpaan itu, Onn Jaafar telah memaklumkan kepada penasihat-penasihat British itu, iaitu orang Melayu sukar untuk disatukan dalam sebuah parti politik, kerana mereka mempunyai sikap kenegerian yang kuat. Penasihat-penasihat British itu telah memberi jaminan, bahasa pihak Pejabat Setiausaha Tanah Jajahan British ada isu yang boleh menyatukan orang-orang Melayu.

”...ape isunye..., mike tau?’ Sultan Yusuf bertanya kepadaku.

”Ampun, Tuanku, patik ..., Tuanku...,”aku menyembah kata.

”...Malayan Unionle..., deme udah susun...,”titah Sultan

Yusuf.

Sultan Yusuf memberitahu lagi, setelah British mengadakan Malayan Union, maka Onn Jaafar dan Haji Abdul Wahab serta rakan-rakan mereka telah menubuhkan parti kebangsaan Melayu, iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu – PEKEMBAR atau UMNO.

DAYANG – DAYANG ISTANA

Raja Perempuan Taayah suka membuat kuih muih tradisional Melayu dan almarhumah juga suka santap kuih muih tersebut. Kuih muih itu di antaranya, ketayap, anak dara dua sebilik, lepat pisang, buah Melaka, badak berendam dan lepat ubi. Tetapi kebanyakan kuih muih itu dibuat oleh tukang-tukang masak (perempuan) atau dayang-dayang Istana.

Aku sering dijemput oleh Raja Perempuan Taayah untuk makan kuih muih di istananya. Baginda memerintahkan pemandu kereta istana, Chu Saad mengambilku dengan kereta istana (Morris Minor) dan membawaku ke Istana Iskandariyah.

Pada satu hari, Raja Perempuan Ta’ayah telah bertanya kepadaku mengenai hukum orang menyiksa anak yatim. Aku telah menerangkan kepadanya mengenai Allah menegah melakukan tidak baik kepada anak yatim. Almarhumah telah memberitahu kepada aku, bahawa dia telah menyiksa seorang anak yatim di istana, di Batu Gajah, iaitu dengan menggosok kepala anak yatim itu dengan seterika yang menggunakan arang kayu. Tidak lama kemudian kepala Allahyarhamah telah menjadi botak.

Sultan Yusuf menceritakan kepadaku akan hal-hal mengenai kehidupan rakyat jelata, karenah para politikus Melayu yang berselisih faham sesama mereka. Ada di antara mereka menyertai perjuangan orang Melayu menuntut kemerdekaan, tetapi mereka itu menjadi orang-orang harapan penjajah Inggeris.

KISAH PUTUS CINTA

Almarhum Sultan Yusuf juga telah menceritakan kisah ’putus cinta’nya dengana bekas kekasih dan isterinya Nurizan. telah bercerai dengan Nurizan kerana perempuan itu telah jatuh cinta kepada seniman P.Ramlee. Perkahwinan Norizan dengan P.Ramlee berakhir dengan perceraian juga.

Sepanjang tahun-tahun aku berdampingan dengan Sultan Perak, Al marhum Sultan Idris Shah,aku telah melibatkan diriku dengan Baginda sebagai:

1 Juru foto.

Pada waktu-waktu mengikut Baginda melawat ke kawasan luar bandar, aku telah diminta menggunakan kameranya untuk mengambil berbagai-bagai objek.

1 Pemburu binatang liar.

Mengikut Baginda memburu haiwan-haiwan liar seperti rusa

dan kijang dengan dikawal oleh anggota-anggota Pasukan Keselamatan dalam rimba raya Banding, Hulu Perak.

2 Tukang motorbot.

Pada waktu-wakut Baginda bertukang motorbotnya, bila aku tiba, baginda berbincang denganku mengenai botnya, seperti huluan dan buritan, perut, lantai bot dan sebagainya.

3 Pelukis.

Baginda sering melukis gambar-gambar pemandangan dan abstract. Pada waktu-waktu aku berada di sisi Baginda sedang melukis, Baginda telah bertitah tentang keindahan lukisan-lukisannya yang abstract itu. Kadang-kadang kami ketawa melihat gambar gadis berbogel lukisan karya Baginda.

4 Bomoh.

Pada masa Baginda baru pulang dari Keroh (Pengkalan Hulu), iaitu setelah bertemu dengan perempuan cantik – isteri seorang lelaki petani Siam di Teluk Ayam, Betong, Selatan Siam-Baginda telah menunjukkan kepadaku gambar perempuan itu yang diambil dengan kameranya. Baginda telah meminta aku menjampi gambar prempuan itu supaja dia jatuh hati kepada Baginda.Mahu tidak mahu aku telah menjampi gambar perempuan itu dengan al Fatihah dan ayat-ayat Quran. Kemudian perempuan itu telah menganut agama Islam dan berkahwin dengan Baginda, memakai Satira.

5 Penggubah lagu.

Pada waktu Baginda sedang menggubah lagu untuk pancaragamnya, “Rashah Combo’, Baginda telah bertanya kepadaku tentang kata-kata puitis untuk lagunya. Sepanjang bulan-bulan ‘cinta dan rindu’ Baginda kepada Satira, Baginda telah minta aku menulis sajak atau lirik lagu-lagunya yang berunsur cinta dan rindu. Di antaranya ’Gunung Kenerong’ Lagu itu telah dimainkan oleh ‘Rishah Combo’ dan Radio Malaysia stesen Ipoh.

6 Orang bijak Raja.

Pada masa Tan Sri Ghazali Jawi menjadi Menteri Besar Perak kali yang kedua (1974 – 1977) dan Datuk Seri Wan Mohamed bin Haji Wan Ten (1977 –1982) telah berlaku krisis antara Baginda dengan Menteri Besar dan pihak UMNO, maka aku telah diminta oleh Baginda menjadi ’orang bijak raja’ penasihat hal ehwal politik peribadi Baginda.

Pada satu malam dalam bulan Puasa, telah berlaku satu kejadian menggemparkan penduduk-penduduk di sekitar Bukit Chandan, kerana seorang remaja anak jirannya yang masih menuntut di sekolah menengah, terkena peluru dari senapang adik kepada Sultan Idris, Raja Ahmad Saifuddin atau Tengku Tam.

MAHKAMAH MENENTUKAN HUKUMANNYA

Perkara itu telah menjadi perkara atau kes polis. Sultan Idris Shah, adalah seorang raja pemerintah yang tegas dan berpegang kepada falsafah dan adat Melayu, iaitu, ’biar mati anak jangan mati adat’. Baginda tidak mahu campur dalam perkara itu, seperti menggunakankan kuasa Baginda membatalkan perkara tersebut. Adinda Baginda sendiri telah melakukan kesalahan, maka dia mesti dibicarakan dan terpulang mahkamah menentukan hukumannya. Berikut ini adalah tulisanku untuk sebuah surat khabar Melayu:

”Aku tak campur, cederakan orang, ...bunuh orang, aku tak boleh ampun, kerja Allah Taala...,” titah Sultan Idris Shah kepada adindanya, Raja Ahmad Saifuddin atau Tengku Tam.

”Raja lain boleh ampun, tapi aku tak, ...hee, tak sior nganggun dosa oghang weh, dosa aku sendighi pun tak tertanggung.” titah Sultan lagi.

Sultan telah bertitah kepada adindanya pada hari yang kedua setelah polis menjalankan penyiasatan ke atas Raja Tam kerana sabit dengan satu kejadian dia telah menembak seorang penuntut yang menjadi jirannya.

Kejadian itu telah berlaku dalam bulan puasa dalam tahun 1970-an, iaitu pada satu malam yang hampir dengan malam tujuh likur, penuntut itu bersama rakan-rakannya sedang bermain mercun dan panjut di halaman rumah mereka di Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Pada Malam itu Raja Tam sedang mengalami kerunsingan..... Dia telah mempunyai isteri pertama dari keturunan raja juga dan mempunyai beberapa orang anak.

MEMBERI PENGAMPUNAN DIRAJA

Setelah polis menjalankan penyiasatan, Raja Tam telah pergi ke Istana Iskandariyah untuk mengadap kekandanya, Sultan Idris Shah dan dia telah memohon kekandanya memberi pengampunan diraja sekiranya pada hari perbicaraan dalam Mahkamah Tengah dia didapati bersalah.

Memang telah menjadi kelaziman kepada Sultan-Sultan di Tanah Melayu memberi pengampunan kepada saudara mara dan keluarga mereka kalau mahkamah mendapati mereka bersalah melakukan sesuatu perbuatan jenayah.

Sultan Johor, Sultan Ismail pernah mengampunkan anaknya. Hakim yang membicarakan kes itu ialaha Hakim Raja Azlan Shah (kini Yang Dipertuan Agong) dan pendakwaan dijalankan oleh Pendakwa Raya Tan Sri Salleh Abas (sekarang Tun).

Sultan Idris tetap tidak mahu mengampun adiknya jika didapati bersalah.

DEWAN UNDANGAN NEGERI

Pada masa itu Raja Arif Shah menjadi majistret Mahkamah Rendah Kuala Kangsar.

Kerana perbicaraan atas Raja Tam akan diadakan di Mahkamah Tengah, maka Mahkamah Rendah Kuala Kangsar akan bertukar (sementara) menjadi Mahkamah Tengah dan Presidennya seorang Cina dari Pulau Pinang.

Kira-kira seminggu sebelum perbicaraan dijalankan, Kadi Mahkamah Syariyah Kuala Kangsar, Allahyarham Haji Zakaria bin Mat Dohor menjemput saya datang ke pejabatnya kerana menurutnya ada perkara mustahak nak dibincangkan.

(Allahyarham Haji Zakaria, setelah bersara dari jawatan kadi, dia telah bertanding sebagai calon PAS dalam kawasan Dewan Undangan Negeri- Belanja - , Parit, Perak).

Saya telah tiba di pejabatnya dan saya mendapati Allahyarham Raja (Dato’) Hanif Shah bapa saudara Sultan Idris, Raja Arif Shah majistret (bapa mertua Sultan Idris) dan Allahyarham Ustaz Najmuddin bin Haji Ahmad (Guru Pelawat agama sekolah-sekolah Kebangsaan daerah Kuala Kangsar).

KAMI CARI JALAN

Sebaik-baik sahaja saya memberi salam dan mengambil tempat duduk di sisi Raja (Dato’) Hanif Shah, Haji Zakaria berkata, ” Ha, dia ni boleh beri fikiran.”

Saya telah merenung wajahnya dan wajah-wajah di kiri kanan saya. Mereka merenung kepada saya.

”...apa, apa hal ni?” Saya bertanya.

”Begini...,”Raja Arif Shah bersuara.

“...Tuanku titah kami cari jalan, macam mana nak buat,...ialah Tengku Tam yang nak bicara seminggu lagi,” katanya lagi.

“Dia tu akan dituduh tembak orang, …mike bukan tak tau, kan mike yang tulis beritanya…?” celah

Raja (Dato’) Hanif Shah.

” Macam mana, bicaralah..., kalau didapati bersalah Sultan boleh ampun,” saya berkata dengan merendahkan suara.

”Itu benor, tapi Tuanku tak mau ampun...,Baginda titah, kalau Baginda ampun, dosa adindanya kepada Allah dan orang itu tak lepas juga,” kata Raja Arif Shah.

”Ia, itu betul, Engku,”saya membetulkan cakap majistret tua itu.

Saya melihat Raja (Dato’) Hanif Shah menggaru-garukan kepalanya dan Haji Zakaria menggelisah.

“Ini Sultan titah, Mokhtar...,”kata Raja (Dato’) Hanif Shah.

”Begini, kita sembahkan kepada Baginda, biar perbicaraan tu dijalankan ikut Mahkamah Islam, ...kalau diyat, bayar sajalah...”kata saya.

”Ia, ia, ...jalan tu sangat baik, “kata Haji Zakaria.

Raja Arif Shah Mengangguk. Raja (Dato’) Hanif Shah mengangguk dan merenung saya.

“Tapi bolehkah mahkamah sekarang ni dijadikan Mahkamah Islam buat sementara” saya bertanya kepada Raja Arif Shah.

“...itu, saya agak boleh, kita boleh berunding dengan Tuan Presiden, ...kalau Sultan mau, tentu boleh kerana Baginda Ketua Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu negeri ini,” kata Raja Arif Shah.

Pendapat saya itu telah diterima sebagai pendapat yang hak untuk menentukan kehendak Sultan Idris Shah.

BICARA MENGIKUT ISLAM

Esoknya kami telah mengadap Sultan Idris Shah.Setelah Baginda mendengar pendapat kami itu, Baginda setuju kes adindanya itu dibicarakan

mengikut Islam dalam Mahkamah yang tidak bercorak Islam.

Apabila perbicaraan berjalankan, Haji Zakaria telah menjadi penasihat hukum Islam – qisas dan diyat -, kepada Presiden Mahkamah Tengah, manakala aku berada dalam kamar hakim untun membantu Haji Zakaria.

Perbicaraan itu berakhir dengan mahkamah mendapati Tengku Tan tidak sengaja atau tertembak pemuda itu, maka dia telah dijatuhkan hukuman mengikut hukum Islam yang berdasarkan hukum dalam Quran, iaitu Tengku Tam dikenakan membayar diyat. Pertimbangan yang telah dilakukan oleh Presiden dengan nasihat Kadi Haji Zakariah, Tengku Tam didiyatkan dengan tiga ekor atau sembilan ekor lembu atau wang tunai sebanyak nilai sembilan ekor lembu itu.

Sultan Idris telah menolong adindanya, iaitu dengan wang Baginda sendiri telah membayar diyat yang telah dikenakan ke atas adindanya.

(Disunting dari manuskrip buku, Memoir Mokhtar Petah – Patah Sayap Bertongkatkan Paruh, oleh: Mokhtar Petah)