Monday, March 21, 2011

KISAH DARA




KISAH ENAM DARA


1 - Seorang dara lepasan universiti. Usianya meningkat 27 tahun.
Dia tidak ambil berat tentang memilih bakal suaminya. Kalau
boleh, biarlah bakal suaminya seorang yang bepelajaran dan
beriman kepada Allah. Pada usianya mencecah 28 tahun, dia
bernikah dengan pemuda bekerja kerani dan imam masjid di
Feldan.
2 – Seoang dara gemar fb. Kadang – kadang dia terlupa
sembayang fardu. Dia jatuh cinta dengan pemuda betwajah
kacak dalam fb. Pada hari perkahwinannya, pengantin lelaki
berkaki kudung sebalah, tetapi memiliki ijazah Ph D. Dia
bersykur. Rezeki.
3 – Seorang dara kampung ikut pilihan ibunya yang mahu
bermenantukan pemuda pegawai askar. Setelah berlaku
perkahwinan dara itu, rupa – rupanya suaminya askar prebet
cuma. Dia bersyukur juga.
4 – Seorang dara bersahabat baik dengan seorang perempuan
yang telah membangga diri, suaminya tidak akan
memadukannya. Bila berkahwin, rupanya si dara itu bermdu
dengan rakannya sendiri.
5 - Seorang dara berjawatan tinggi dalam kerajaan. Dia tidak
ingin berkahwin dengan pemuda berpangkat bawahan dan
tidak lepasan universiti. Kehendak Allah mengatasi
kemahuannya; dia berkawin dengan pemuda peon
pejabatnya sendiri.
6 - Seorang dara di sebuah sekolah, dia jatuh cinta terhadap guru
besarnya. Bila dia risik – risik, guru besarnya telah
mempunyai empat isteri. Dara itu berkahwin dengan pemuda
bekas muridnya.

MAKSUD AYAT QURAN




KISAH CURANG ANAK – ANAK KEPADA BAPA


Kami – Allah – menceritakan kepada anda – Muhammad s.a.w. – sebaik – baik kisah dengan jalan Kami – Allah – wahyukan kepada anda – Muhammad s.a.w. – al Quran ini, hal yang sebenarnya – berlaku – sebelum datang wahyu ini, adalah dari orang – orang yang tidak pernah menyedari akan halnya.
Tatkalan Nabi Yusuf – putera Nabi Ya’akub dan, Nabi Ishak dan cicit Nabi Ibrahim Khalilullah – berkata kepada ba-panya: Ya, ayah, sesungguhnya saya telah bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan; “saya melihat mereka tunduk memberi hormat kepada saya.”
Bapanya berkata: “Hai anak ayah, jangan anda ceritakan mimpi anda itu kepada saudara – saudara anda – sama bapa - , kerana ayah khuatir mereka akan menjalankan sesuatu rancangan jahat terhadap anda. Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia.
Dan demikianlah caranya Penguasa anda – Allah - memilih anda – Yusuf untuk menjadi Nabi dan RasulNya - , danakan mengajar anda ta’bir mimpi, serta akan menyempurnakan nikmatNya kepada anda dan kepada keluarga Ya’akub sebagaimana Ia – Allah – telah menyempurnakannya kepada datuk nenek anda dahulu, Nabi Ibrahim dan Nabi Ishak. Sesungguhnya Penguasa anda – Allah – Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Demi sesungguhnya – kisah – Nabi Yusuf dengan saudara – saudaranya itu mengandungi beberapa pengajaran bagi bagi orang – oran g yang bertanya – belajar – tentang hal mereka untuk mengambil i’tibar.
- Kisah tersebut – tatkala saudara –kandung Nabi Yusuf bercakap sesama mereka - : Sesungguhnya Yusuf dan adiknya – Bunyamin – Yusuf dan Bunyamin sama ibu, iaitu Rahil - lebih disayangi oleh bapa kita daripada kita, pada hal kita ini satu kumpulan – yang ramai dan berguna - , sesungguhnya, bapa kita dalam keadaan tidak adil yang nyata.
- Di antara mereka berkata - : “Bunuhlah Yusuf atau buangkan dia ke suatu tempat yang jauh supaya perhatian dan kasih sayang bapa kalian tertumpu kepada kalian semata- mata, dan agar setelah itu kalian menjadi orang – orang yang baik dan berguna.”
Salah seorang dari mereka berkata: “ Jangan kalian membunuh Yusuf, tetapi buangkan dia ke dalam perigi, supaya dia diambil oleh orang – orang musafir – yang lalu dekat perigi itu – jika kalian tetap hendak menjalankan rancangan kalian itu.”
Mereka pun – pergi menemui bapa mereka, lalu – berkata: “Wahai ayah kami, mengapa bapa tidak percayakan kami tentang Yusuf, sedangkan kami sentiasa tulus ikhlas mengambil berat terhadapnya?”
“Benarkan dia pergi bersama kami pada esok hari, supaya dia bersuka ria, makan minum dan bermain dengan bebasnya; dan sesungguhnya, kami akan menjaganya dengan sebaik – baiknya.”
Bapa mereka – Nabi Ya’akub - menjawab: “Pemergian kalian bersamanya – Yusuf – sangatlah mendukacitakan ayah, dan ayah juga bimbang dia akan dimakan oleh serigala, pada ketika kalian lalai dari mengawalnya.”
Mereka berkata: “ Kalau dia – Yusuf – di makan oleh serigala, sedang kami ramai, sesunggunya, tentulah kami menjadi orang – orang yang rugi.”
Setelah mereka pergi dengan membawanya – Yusuf – bersama dan setelah mereka berkata hendak membuang dia ke dalam perigi – mereka pun melakukan perbuatan demikian - , dan Kami – Allah – pula mengilhamkan kepadanya – Yusuf - : Sesungguhnya anda – wahai Yusuf – akan terselamat – akan memberitahu mereka tentang hal perbuatgan mereka ini, sdang mereka tidak sedar.”
Dan setelah itu –mereka membuangkan Yusuf ke dalam perigi - mereka balik mendapatkan bapa mereka pada waktu senja sambil menangis - pura – pura -.
Mereka memberitahu: “Wahai ayah kami, Sesungguhnya kami telah pergi berlumba – lumba berburu dan kami telah tinggalkan Yusuf menjaga barang – barang kami, lalu dia – Yusuf – dimakan oleh serigala; dan tentulah ayah tidak percaya kepada kata – kata kami ini, sekalipun kami ini orang – orang yang benar.”
Dan – untuk mengesahkan cerita mereka) mereka melumurkan baju Yusuf dengan ‘dammin kazib’ darah palsu. Bapa mereka berkata: “Tidak. Bahkan nafsu kalian memperelokkan kepada kalian suatu perkara – perbuatan yang tidak diterima akal - . Jika demikian, bersabarlah saya dengan sebaik – baiknnya, dan Allah jualah yang dipohon pertolonganNya, mengenai apa yang kalian katakan itu.”

Dan (pada waktu Yusuf dalam pergi) tibalah ke tempat itu serombongan - ahli perniagaan - yang sedang mengembara, lalu mereka menyuruh seorang pecari air untuk mereka – setelah pencari air itu tiba di perigi itu – dia menghulurkan tiba bertali ke dalam perigi tersebut – dan manakala dia meloihat Yusuf bergantung pada timbanya - dia melaungkan dengan kata – kata: “Hoi, sungguh menggembirakjan! Ini adalah seorang kanak – kanak lelaki.” – Setelah mengetahui hal tersebut, saudara – saudara Yusuf pun datang – dan mereka sembunyikan keadaan Yusuf yang sebenarnya – untuk dijual – sebagai barang dagangan. Dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.
Dan setelah berlaku – rundingan – mereka menjual Yusuf dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja jumlahnya, dan mereka adalah orang – orang yang tidak menghargainya.
Dan (setelah Yusuf dijual i negeri Masir -, berkatalah orang yang membeli Yusuf – hartawan terkenal dengan gelaran Al Aziz – kepada isterinya – Zulaikha – “Berilah dia layanan yang sebaik – baiknya, moga – moga dia berguna kepada kita atau kita jadikan dia anak – anak angkat - . Dan demikianlah caranya Kami – Allah – menetapkan kedudukan Yusuf di bumi – Masir dan disayangi serta dihormati - , dan untuk Kami mengajarnya sebahagian dari ilmu ta’bir mimpi. Dan Allah Maha Kuasa melakukan semua perkara yang telah ditetapkanNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
– Surah Yusuf: 3 - 22.
NOTA:
Perhatikan kisah – kisah dalam ayat Quran di atas ini, iaitu,Kuasa Allah mengisahkan kejadian dan mengurniakan darjat kepada orang yang teraniaya dan menjadikan Nabi Yusof seorang yang awal sebagai juruaudit atau ketahui hal – hal perbendaharaan negeri.
Sejauh mana kejujuran anak – anak kepada bapa mereka. Betapa buruk hati saudara – saudara sebapa terhadap adik mereka kerana iri hati.
Dalam masyarakat orang Melayu sering belaku perbuatan curang terhadap bapa dan saudara kandung atau saudara sebapa ataupun seibu sebapa. Perkara itu berlaku disebabkan iri hati, tamak atau haloba, iku hawa nafsu dan sebagainya.
Jika dihayati ayat – ayat di atas ini, bagi seorang penulis atau novelis, boleh dijadikan pandujan utama untuk menulis sebuah novel yang tebalnya lebih 300 halaman.



*****


FIIKIR SETAPAK


PILIHAN RAYA UMU TELAH HAMPIR

Semua orang - orang yang bermalkan politik, tidak kira politik Islam, politik nasional, politik kapitalis dan politik sosialis, sedang ternanti - nanti dengan jantung bedebar akan pilihan raya umum akan tiba tidak lama lagi. Mereka menanti perubahan, pembaharuan dan untung rugi rakyat jelata.
Dalam keadaan ternanti - nanti, ramai orang politikik - politikus - yang berhajat, berkeinginan dan bernafsu besar untuk menjadi calon dan untuk mendapat nama besar ' wakil rakyat' dan bergelar 'Yang Berhormat'.
Saya teringat akan kata - kata Allahyarham Tun Ghafar Baba kepada saya pada tahun 1960 - an: " Kalau jadi calon UMNO, tunggul kayu, sandangkan bendera parti, UMNO atau BN, tetap menang."
Sejak tahun 1955 dan negara mencapai kemerdekaan pada 1957, kebanyakan wakil rakyat terdiri dari orang - orang berpendidikan rendah; darjah lima dan enam sekolah Melayu, guru normal Melayu, peniaga kecil Melayu dan lain.
Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad memegang jawatan PM Malaysia dan Presiden BN, bilang orang berpelajaran tinggi besar jumlahkan dalam Dewan Rakyat - Parlimen - dan dewan - dewan negeri. Dr Mahathir Mohamad yakin; orang berpelajaran tinggi adalah paling baik ,menjadi pemimpin orang ramai.
Saya berpedapat, hanya lembu gagah tetapi bodoh sahaja yang layak menarik kereta dari kayu - kayu dan besi bodoh dan dungu.
Sekarang ramai orang politik - politikus - ingin jadi wakil rakyat.
Dalam UMNO, di tiap - tiap cawangan dan bahagian ramai yang berdebar - debar hati hendak jadi wakil rakayat. Jadi pengganti wakil rakyat yang lama. Ketepikan wakil rakyat lama ganti yang baru.
Begitu juga dalam PAS, PKR dan DAP.
Saya berpedapat siapa pun jadi wakil rakyat tidak mengapa. Parti politik mana menjadi penguasa kerajaan tidak mengapa. Siapa menjadi Perdana Menteri tidak mengapa. Siapa pun jadi Menteri Besar dan Ketua Menteri tidak mengapa. Yang penting rakyat tidak terus menerima keadaan: Sepuluh jung - tongkang besar - masuk - membawa barangan yan banhyak - anjing bercawat ekor juga. Eartinya selaung mana PM dan MB, sekaya mana orang, tetapi rakayat jelata miskin dan papa jua.

Sunday, March 20, 2011

AL KITAB



MUFTI PERAK RISAU
UMAT ISLAM AKAN MELENTING


KUALA LUMPUR, 18 Mac — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria memberi amaran keputusan Putrajaya untuk melepaskan naskhah kitab Injil yang ditahan Kementerian Dalam Negeri di Pelabuhan Klang dan Kuching akan membawa kepada rasa tidak puas hati dan kemarahan orang umat Islam.
Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Harussani berkata beliau bimbang umat Islam akan bangkit menentang keputusan itu dan menyebabkan lebih banyak ketegangan dalam situasi semasa yang dilihat sangat sensitif.
“Saya takut, apa pun boleh berlaku di sini. Orang tidak gembira dan apa jua boleh berlaku,” kata beliau lagi.
Harussani berkata beliau telah berusaha untuk berhubung dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sejak mendengar keputusan itu Selasa lalu bahawa kerajaan telah memutuskan untuk memenuhi gesaan pemimpin-pemimpin Kristian dan beberapa parti politik agar melepaskan Al Kitab, dalam Bahasa Malaysia, yang ditahan oleh Kementerian Dalam Negeri.
“Tetapi, saya tidak dapat bercakap dengan beliau (Najib) dan pembantu beliau juga tidak dapat menawarkan saya dengan sebarang maklumat,” katanya lagi.
Masyarakat Kristian dan Islam negara ini terlibat dalam ‘rebutan’ berkaitan dengan penggunana kalimah Allah sejak beberapa tahun lalu dan ia berakhir dengan kes mahkamah di mana pada akhir 2009 keputusannya memihak kepada gereja Katolik yang menerbitkan akhbar The Herald.
Bagaimanapun Peguam Negara membuat rayuan dan ia masih di peringkat Mahkamah Rayuan.
Umat Islam menganggap kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh mereka.
Bagaimanapun penganut Kristian pula berhujah ia adalah perkataan Arab yang turut digunakan oleh pengiut agama lain termasuk Yahudi bagi merujuk kepada Tuhan, termasuk di negara-negara Arab dan Indonesia.
Harussani berkata, tidak kira sama ada isu itu masih didengar di mahkamah atau sebaliknya, kalimah Allah hanya harus digunakan oleh umat Islam dan eksklusif bagi mereka.
Harussani juga berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Peguam Negara pada 25 Mac ini untuk membincangkan perkara tersebut dan berusaha memujuk pihaknya agar menghentikan pelepasan naskhah Al Kitab.
“Saya juga akan cuba bertemu dengan Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri. Saya akan bercakap dengan mereka,” katanya lagi.
Harussani menambah, beliau tiada pilihan memandangkan berhadapan dengan tekanan daripada masyarakat Islam untuk menghentikan naskhah-naskhah itu daripada dikeluarkan.
“Sejak diumumkan tentang pelepasan (naskhah Al Kitab), saya menerima SMS demi SMS. Umat Islam memberitahu saya yang mereka marah dan mereka bertanya saya, mencabar saya ... apa yang hendak dilakukan?
“Disebabkan saya selalunya lantang dalam isu-isu ini, jadi apa yang perlu saya lakukan? Saya akan cuba bertemu dengan kementerian,” katanya lagi.
Harussani berkata umat Islam tidak menentang penggunaan kitab Injil dalam Bahasa Malaysia, tetapi hanya perkataan Allah yang digunakan sebagai pengganti kepada Tuhan.
“Alasan kami mudah. Islam adalah agama rasmi di negara ini dan Allah, dalam al-Quran, didefinisikan sebagai “Yang Maha Tunggal’, yang bermakna satu-satunya Tuhan,” kata beliau lagi.
Harussani berkata meskipun kementerian membenarkan pelepasan dengan dua syarat tetapi tiada jaminan bahawa naskhah-naskhah itu tidak akan sampai ke tangan Muslim.
“Apa jaminan yang mereka ada? Apa jaminan yang mereka ada bahawa mereka (masyarakat Kristian) tidak akan menyebarkannya kepada Muslim?
“Mereka akan berkata, oh, kami tidak memaksa mereka (Muslim) untuk mengambil kitab itu, mereka sendiri akan mengambil. Jadi mengapa mencetuskan masalah ini?” katanya lagi.
Selasa lalu, kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran dan pengedaran secara terhad dan terkawal kitab Injil dalam Bahasa Malaysia, yang ditahan di Pelabuhan Kuching Sarawak, dan Pelabuhan Klang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala berkata langkah kerajaan itu adalah selaras dengan warta 1982 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri dan kitab itu mesti dicop dengan tag “Untuk Penganut Agama Kristian sahaja”.
“Sejak peruntukan undang-undang itu digunakan pada tahun 1982, tiada sebarang masalah atau isu yang timbul dengan pelaksanaannya,” katanya.
Selain itu, Idris berkata kajian teliti oleh Jabatan Peguam Negara juga mendapati pengeluaran kitab-kitab itu tidak akan menggangggu dalam prosiding mahkamah berkaitan penggunaan kalimah Allah.
“Oleh itu, dalam konteks berikut Kerajaan telah dapat secara amnya mengeluarkan kitab Injil tersebut,” katanya. (Dari The Malaysian Insider).

********

Sesuai dengan keadaan negara sekarang, Kerajaan patut mendengar dan menerima pendapat Mufti Kerajaan Negeri Perak ini. Jika kerajaan lebih mengutamakan perpaduan dan mendengar kata – kata orang bukan Islam yang berhajat buku Al Kitab dilulus masuk ke negara ini, ada banyak kemungkinan akan berlaku seperti kata mufti tersebut.
Kementeran Dalam Negeri amat baik jika berhati – hati dan menghormati umat Islam di negara ini. – Mokhtar Petah.

KISAH DARA


KISAH LIMA DARA


1 - Habbah, dara kampung, bercinta dengan Mjuhyidin lebih
tiga Tahun. Pada satu hari mereka berkahwin. Besoknya mereka
bercerai. Ibu bapa masing – masing mencari sebab mengapa
mereka bercerai.
2- Seorang dara, di pinggir bandar menolak cinta dan lamara
bebereapa orang pemuda yang bekerja kerani dan
berpangkat rendah, kerana dia hendak kahwin dengan lelaki
kaya. Kemudian dia berkahwin dengan lelaki kaya. Pada
malam pertama, suaminya ditangkap kerana dia salah
seorang pengedar dadah.
3 - Seorang dara, pada masa sekolah menengah telah jatuh hati
kepada pelajar lelaki yang sering membantunya, gtetapi dia
berat mulut untuk meluahkan rasa cintasnya kepada
rakannya itu,maka rakannya itu telah kahwin dengan dara
lain dan kini ada tujuh anak. Dar berat mulut, kini berusia
lebih 30 tahun, belum bersuami.
4 - Seorang dara, bercinta dengan seorang pemuda lebih lima
tahun, tetapi ibu bapanya memaska dia berkahwin dengan
pemnuda pilihan mereka. Setelah kahwin si dara yang telah
hilang dara didera penyakit HIV.
5 - Seorang dara di kampung pendalaman, dia terpaksa
memutuskan percintaannya dengan pemuda di kampung
seberang, kerana lelaki berusia 55 tahun mahu berkahwin
dengannya untuk menjadikan teman menunai fardu haji di
Makkah.
6 - Seorang dara di sebuah kampung dalam George Towan,
Pulau Pinang, terpaksa menjadi pengantin ’ gagak dengan
telur’ kerana berkahwin dengan lelaki mamak tua dan hitam
legam, disebabkan ibu bapanya banyak berhutang pada lelaki
tersebut.
Besok ada kisa 6 dara lagi.

KISAH DARI NOVEL



KEBUN PESAKA


Aku tinggal bersama ibuku selama tiga hari. Selama itu aku dapat mengetahui akan punca-punca yang menyebabkan ayah dan ibuku bercerai. Punca utama dari orang yang hendak
merebut jawatan ketua kampung dari bapakku. Orang itu pendatang yang menumpang di kampung itu.
Tiga tahun yang lalu orang itu berhijrah bersama isteri ke kampung kami. Mereka orang susah yang mencari tempat baru untuk melarikan diri mereka dari kesusahan. Bapaku telah menolong dia dan isterinya. Mereka telah ditolong mendapatkan rumah tempat tinggal dan mendapatkan habuan-habuan bersama orang-orang kampung kami. Setelah orang itu menjadi orang yang hidup senang, dia hendak menjadi ketua kampung itu pula.
BERKAHWIN DENGAN
SEORANG DUDU
Dua tiga orang perempuan di kampungku tidak suka melihat ibuku berbaik-baik dengan madunya, Makcik Mahani. Mereka takut suami mereka mengikut jejak ayahku dan ada di antara perempuan-perempuan di kampung itu akan mengikut ‘rela’ ibuku bermadu dengan mak cik Mahani.
Mereka bertepuk tangan kerana ayah dan ibuku bercerai. Mereka mencari ikhtiar supaya kedua-dua orang tuaku itu tidak rujuk semula. Jalan yang mudah bagi mereka, sebaik-baik sahaja ibuku habis edah, mereka memujuk kakak ibuku supaya memaksa ibuku berkahwin dengan seorang duda yang datang menumpang di kampung itu. Duda itu bekerja menoreh getah di kebun kepunyaan salah seorang dari perempuan-perempuan tersebut.
Aku tidak dimaklumkan oleh ibu akan hal dia telah menikah dengan duda itu. Tiga bulan setelah dia bersuami baru, aku telah pulang ke kampungku. Pada waktu itulah baru aku mengetahui ibuku telah berkahwin.
“Emak tak dapat buat apa-apa, emak terpaksa nikah, kerana Mak Ngahmu paksa emak,”ibuku memberitahuku setelah aku bertanya kepadanya.


“Ialah, saya tak larang emak nikah, tapi taklah dengan kaki judi tu,”aku berkata.
Ibuku diam.
“Apa boleh buat, emak,…saya tak dapat kata apa-apa lagi,”kataku.
MEMEGANG KDUA – DUA
PUNTUNG TANGAN
Pada sebelah malamnya, aku sedang membaca sebuah buku di anjung rumah. Ibuku datang membawa beberapa helai surat dan dia duduk di hadapanku. Pada wajahnya ada warna sedih. Hatinya terpekasam oleh duka.
“…emak susah hati, kerana nile, Lamin,” kata ibuku.
Ibuku mengunjukkan beberapa helai surat kepadaku.
“Apa ni,emak?”Aku bertanya. Hairan.
“…Pakcikmu dah gadai kebun getah kita,”jawab ibuku.
“Haaa, dia gadai kebun getah emak?” Akuk bertanya.
“Ia, tengok surat tu, dah lebih sebulan,”jawab ibuku.
“Gadai kepada siapa, emak?”Aku bertanya.
“ …Haji Dali,…tiga ribu ringgit,”jawab ibuku.
Air mata berladung dalam dua telaga mata ibuku. Dia terlalu sedih kerana khuatir kebun itu tidak dapat ditebus.
“Surat pejanjian ni emak yang tanda tangan,”kataku.
“Ngapa emak beri dia gadai, …jual janji kebun ni?”aku bertanya.
“Emak terpaksa,”jawab biuku.
“Ia,emak terpaksa,kalau emak tak tanda tangan dia nak cekik emak,nak bunuh emak,”jawab biuku dalam tangisannya.
“Dia buat apa duit tu,emak?”Aku bertanya.
“Emak tak tau,”jawab biuku.
Dia menangis lagi. Aku memegang bahu biuku dan meminta dia bersabar.
“Mana pak cik, emak?”Aku bertanya.
“Dalam jail, dia kena tangkap, …dia main judi,”jawab biuku.
“Ya Allah, …aku tak sangka suami biuku kaki judi,”aku bersungut seperti pemandu teksi tidak dapat penumpang.
Aku melibat semula surat-surat itu dan aku masukkan ke dalam sampulnya. Aku memegang kedua-dua puntung tangan ibuku – dua puntung tangan lembut itulah telah membeli aku pada masa aku masih bayi.
“…sabarlah, …emak, tak apalah ,…esok Lamin tebus,”aku memujuk biuku.
“Adake duit nak tebus…?”Biuku bertanya.
“… ada,emak,”aku menjawab.
“Emak syukur kepada Allah, …kebun tu pesaka dari tukmu, Lamin...,”jelas biuku.
“Ia,emak,…tanah pusaka nak dijaga, walaupun tak sebanyak mana harganya, tapi sensitif, ada kesan dalam jiwa, kalau jadi milik orang lain, emak,”aku berkata.
“Ia,lamin, sebab tulah emak susah hati,”kata biuku.
UNTUK MENEBUS
KEBUN GETAH
Pada keesokan harinya,akuk bersama biuku telah pergi ke rumah Haji Dali untuk menebus kebun getah tersebut. Dia seorang petualang atau lintah darat yang menghisap darah orang-orang kampung. Berpuluh-puluh hektar tanah – kebun getah, tanah kampung dan sawah padi milik orang-orang kampung telah berpindah menjadi miliknya.
Haji Dali memberi pinjam wangnya kepada orang-orang kampung dengan cara menerima ‘jual janji’ tanah-tanah mereka. Kalau tuan tanah lima ekar kerana meminjam wangnya sebanyak lima ratus ringgit dalam tempoh lima bulan, dengan perjanjian yang disertakan borang tukar milik tanah dari pejabat tanah yang ditanda tangan oleh peminjam wang itu, jika cukup tempohnya tanah itu tidak ditebus, maka semua tanah itu menjadi miliknya.
CAGAR TANAH
LIMA EKAR
Aku telah menebus tanah biuku itu dengan jumlah wang tiga ribu lima ratus ringgit. Wang pokok tiga ribu ringgit dan wang lama ratus ringgit untuk sewa atau bunga untuk tempoh sepuluh bulan mengikut perjanjian, walaupun tempoh pinjaman itu baru dua bulan.
“Pak Aji ni pandai berniaga,”aku menyindir Haji Dali sebaik-baik sahaja aku selesai menebus kebun getah ibuku itu.
“He, he, he,…saya ni tolong orang kampung yang susah,”sahut Haji Dali.
“Eloklah, tapi Pak Aji ni lebih dahsyat dari ceti...,”aku berkata.
“…ngapa kata Pak Aji macam tu” Haji Dali bertanya.
“Apa tidak, dengan alasan jual janji, Pak Aji peras orang kampung,”jawabku.
Haji Dali diam.
“ ... pinjam seribu ringgit, cagar tanah lima ekar ...,lambat tebus, semua tanah tu Pak Aji ngap..., rampas...,”aku berkata sambil senyum.
“Aku berniaga, akuk nak untung,”katanya.
Wajah Haji Dali merah.
“Berniaga, cari untung, tak salah,”aku berkata.
“...habis?”Dia bertanya.
“Pak Aji pemeras ... , hisap darah...,”jawabku.
Haji Dali diam. Tunduk.
“Ceti beri pinjam, terima gadai tanah, kalau tak dapat tebus, dia lelong tanah tu, dia ambil wang pokok dengan bunga saja, wang bakinya diserahkan kepada tuan tanah, ... tapi Pak Aji terus rampas tanah tu,”aku berkata.
“Tak salah, aku berniaga,”katanya dengan dua biji matanya terbeliak.
“Pak aji kata tak salah?”Aku bertanya.
“...ia, tak salah,”jawabnya.
“...Pak Aji makan haram, hasil peras orang..., Islam larang memeras manusia...,”aku berkata.
Haji Dali gelisah.
“Pak Aji orang Islam, dah ke Mekeh...,Islam larang makan haram, rampat harta orang, laba berlebihan, duit bunga, makan riba...,”aku meluahkan kata-kataku kepada Haji Dali.
Haji Dali diam. Dua bibirnya bergerak-gerak. Tiada perkataan yang terluah dari mulutnya.
Aku meninggalkan Haji Dali di anjung rumahnya. Ibukuku mengikuti aku sambil bersungut kerana aku telah berkasar dengan orang tua lintah darat itu.
“…ni semua salah emak, “kata ibuku sebaik-baik sahaja kami tiba di rumah.
“Tak baik kata begitu, emak,”kataku.
Bapa tiriku telah menjalani hukuman penjaja tiga bulan. Dari pintu penjara dia melangkahkan kakinya entah ke mana. Dia tidak pulang ke rumah biuku. Orang orang memberitahu dia telah pergi ke selatan Thailand.
Lebih tiga bulan kemudian, dengan berbekalkan sijil nikah ibukuku, aku telah membantunya menuntut cerai taklik dari suaminya, di pejabat kadi. Kadi telah meluluskan perceraian ibuku dengan bapa tiriku.
(Disunting dari novel ‘Kasih Ibuku’, oleh: Mpkhtar Petah)
MASUK SYURGA

Apakah kalian kira – sangka – bahawa kalian akan masuk syurga, pada hal belum tiba kepada kalian – ujian dan cubaan – seperti yang telah berlaku pada umat manusia yang terdahulu daripada kalian? Mereka telah ditimpa kepapaan, kemusnahan harta benda – dan serangan penyakit serta digoncangkan – oleh ancaman bahawa musuh - , sehingga bersanbdalah para rasul dan orang – orang yang beriman yang ada bersama mereka: Bilakah – datang – pertolongan Allah?” Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat - asalkan kalian bersabar, tawakal dan berpegang teguh kepada agama Allah, iaitu Islam - .
– Al Baqarah: 214


N OTA:
Setiap orang mukmin dan mnukminah jangan menyangka
akan masuk syurga dengan hanya beribadat semata,
sedangkan mereka tidak menerima ujian dsri Allah dan tidka
berani berjihat kerana menegakkan agama Allah atau berjuang
pada jalan Allah.



HADIS

BERMUKA DUA

Rasulullah Muhmmad s.a.w. memberitahu: Sesaungguh orang yang paling jahat ialah yang bermuka dua, datang kepada orang ini dengan satu muka dan datang dengan kepada orang itu dengan satu muka yang lain.
– Perawi: Abu Hurairah dan Imam Bukhari.

NOTA.
Orang bermuka dua ini sama dengan talam dua muka. Orang begini adalah dalam golongan orang munafik – tidak boleh dipercayai – dan menjadiu musuh bagi seseorang dan organisasi.
Orang demikian ramai pada masa ini, sama ada dalam organisasi politiik, agama, masyarakat dan pergaulan.



-------------------------------------------------------------------------

UMNO DAN PAS

UMNO ditubuhkan di Kampung Baru, Kuala Lumpu, pada 1946. PAS ditubuhkan oleh individu - individu dalam UMNO yang mahukan Semananjung Tanah Melayu menjadi negara Idlam, di Butterwirth - Pulau Pinang, pada 1951.
Dari Dato' Onn Jaafar sampai kepada Tunku Abdul Rahman dan Kalangan ahli UMNO percaya UMNO yang ahlinya terdiri dari orang Melayu, ialah sebuah parti Islam, kerana mereka tidak memahami Islam secara menyeluruh.
Manakala individu yang menubuhkan PAS mengetahui UMNO adalah sebuah parti politik nasionalis dan kapitalis Melayu.
UMNO tidak menolak agama Islam, kerana parti politik itu yakin dan berpegang, bahawa seorang cukup bergelar orang Islam atau muslim, dengan: dengan mengalmalkan fardu ain dan kifaya, ibadat, nikah dan cerai, mal, iaitu faraid dan sebagainya.
Mereka juga tidak faham yang Islam ada amalan politik atau siasatul Islamiyah.Mereka berpendapat seperti orang Inggersi beragama Keristian, bahawa agama Islam seperti agama Keristian tidak ada amalan politik.
Penjajah Inggerii membenarkan orang Melayu mengamalkan Islam cara demikian.
Tetapi kalangan PAS bepegang kepada ajaran Quran dan Hadis.Umat Islam mempunyai negara Islam. Mempunyai sistem politik, iaitu politik Islam dan semua sistem negara mesti mengikut Islam, kecuali sesuatu yang tidak yang tidak ada dalam maka boleh diambil - terima pakai, selagi tidak bercanggah dengan Islam.
Menilik dari dua pendapagt yang berbada inilah, maka para ulama yang faham benar akan agama Islam dan politik Islam, tetapi mereka terpaksa mengikut UMNO kerana kepentingan hidup mereka, seperti kebendaan, kedudukan dan sebagainya.
Saya berpedapat orang Melayu dan umat Islam di Malaysia tidak akan bersatu secara padu dan kukuh selagi dua parti politik , UMNO dan PAS tidak sama pendapat dantidak sama perjuangan.
Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Dato' Seri Najib Tun Razak ' gagal' mengukuhkan perpaduan, selagi orang - orang Melayu tidak sekata tyentang memahami Islam dan tidak sepadang datar dalam perjuangan.
Saya bangga dengan gagasan 1 Malaysia yang diadakan oleh Naji Tun Razak. Tetapi 1 Malaysia akan menerima nasib seperti gagasan Islam Hadhari yang dibawa oleh Abdullah Ahmad Badawi juga. Ada yang menerima menyanjung dan ada yang menolak dan kutuk.
Orang - orang bukan Melayu rakyat negara ini akan bersatu dengan orang Melayu secara jujur sekiranya orang - orang Melayu dalam UMNO dan PAS bersatu di bawa Islam yang syumul dan dua buah parti politik itu sama - sama dalam sebuah negara Islam.
Anggaplah pilihan raya akan datang UMNO dan BN kalah dan tidak dapat membentuk kerajaan dan parti - parti politik dalam Pakatan Rakyat dapat membentuk kerajaan, tetapi perpaduan orang Melayu tidak akan tercapai jua dan rakyat Malaysia tidak berpaduj juga selagi Islam dan negara Islam tidak dibangun dan didaulatkan bersama oleh semua orang Melayu.
Saya yakin, jika orang Melayu menolak negara Islam, maka semua orang Melayu dan rakyat Malaysia tyidak akan mencapai perpaduan yang ikhlas. Merteka hanya ibarat rambutan jantan; 'orang berbunga awak berbunga, orang berbuah awak tidak'.

Thursday, March 17, 2011

QURAN DAN HADIS

REZEKI

... sesiapa yang berrtakwa kepada Allah – mengerjakan semua suruhan dan meninggalkan laranganNya - , nescaya Allah akan ada baginya jalan keluar – dari segala yang menyusahkan -.

Serta mengurniakan rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.

At Talaq: 2,3.

HADIS

BERI MAKANAN

Rasul Allah Muhammad s.a.w. menasihati umat manusia: Hai umat manusia, ratakan salam, berikan makanan – kepada fakir miskin dan anak yatim - , sembahyang – sembahyang sunat, berbagai – pada waktu malam pada ketika manusia – manusia sedang tidur, aka kalian akan dapat memasuki syurga dengan selamat.

- Perawi: Abdullah ibnu Salam dan Imam Termizi.

Monday, March 14, 2011

FIKIR BERSAMA





RASUAH MUSNAHKAN NEGARA


‘Pada suatu hari, pada ketika saya sedang bercakap dengan Datuk Abdullah Badawi di pejabatnya, di Menara Tun Razak, Kuala Lumpur, tiba-tiba datang dua orang lelaki yang berpakaian kemas. Mereka daripada golongan korporat di Kuala Lumpur. Mereka kenal akan diri saya tidak tergolong dalam manusia-manusia pengamal politik.
Dalam pertemuan dengan Datuk Abdullah Badawi kira-kira empat puluh lima minit, mereka menawarkan bantuan kewangan cara ‘sponsor’ daripada orang-orang tertentu kepada beliau untuk digunakan bagi menjalankan kempennya.
Saya yang turut serta dalam pertemuan itu dan biasa atau berpengalaman dengan sikap kebanyakan tokoh-tokoh politik nasional di negara ini; biasanya apabila seseorang menawarkan wang kepada mereka, maka mereka akan bertanya, “Berapa…?” Tetapi Datuk Abdullah Badawi dengan wajahnya yang senyum ikhlas menolak tawaran orang-orang itu.
“…tak apalah. Biar saya bertanding tak guna duit, kalau Allah Ta’ala berkehendak saya menang, saya menang juga..,” katanya.
Setelah orang-orang itu beria-ia benar hendak menolongnya, beliau berkata, “…kalau nak tolong saya kempen saya terima, tapi jangan duit.”
Dua orang korporat itu kelihatan termangu-mangu. Mereka saling memandang antara satu dengan lain. Saya merenung wajah Datuk Abdullah Badawi dan dalam detik-detik begitu saya teringat akan kata-kata datuknya, Sheikh Abdullah Fahim pada waktu mengajar ilmu Hadis kepada saya dan rakan-rakan dalam satu majlis di Kepala Batas pada 1954, bahawa orang yang makan suap dan yang memberi suap akan dilaknat oleh Allah Ta’ala.
Menurutnya, hasil daripada sesuatu yang dilaknat Allah, seperti wang dan harta benda adalah haram digunakan dan dibelanjakan untuk membeli makanan.
Wang haram tidak boleh digunakan untuk melakukan ibadat haji,sedekah dan amal jariah,men urutnya.
Allahyarham Sheikh Abdullah Fahim men jelaskan, bahawa orang-orang yang mendapat laknat Allah akan mendapat akibat seperti berikut:
* Kalau dia kaya daripada hasil yang dilaknat oleh Allah
itu, maka kekayaan itu akan memalukan dirinya dan
akan menghinanya.
* Kalau dia memperoleh pangkat dan kedudukan,
Maka pangkat dan kedudukannya itu akan
menjatuhkan dirinya dan dia akan menerima
kehinaan di kalangan umat Islam. Dia akan dimasukkan ke dalam neraka.’
Kisah di atas telah berlaku pada hari-hari menghadapi Perhimpunan Agung UMNO pada tahun 1990. Pada masa itu Abdullah Badawi tidak memegang sebarang jawatan dalam kabinet kerana beliau telah disisih atau disingkirkan oleh Dr. Mahathir Mohamad. Pada masa itu ada tokoh lain yang lebih penting daripada Abdullah Badawi. Seperti peribahasa Melayu, ‘sudah dapat gading bertuah tanduk tidak berguna lagi’.
Semenjak itu saya mula berminat untuk menulis sebuah buku tentang diri Abdullah Badawi. Pada firasat saya; beliau akan naik ke atas hingga menjadi Perdana Menteri Malaysia pada satu masa nanti.
POLITIK WANG
Apabila beliau memegang jawatan Menteri Hal Ehwal Luar Negara Malaysia – berpejabat di Wisma Putera – dekat Dewan Bahasa dan Pustaka dalam Bandaraya Kuala Lumpur, saya telah mengunjungi beliau dan menyatakan hasrat saya untuk menulis buku tentang diri beliau.
Sebaik-baik sahaja Abdullah Badawi memegang jawatan Perdana Menteri negara ini, beliau telah menyuarakan hasratnya untuk mencegah dan membasmi perbuatan rasuah di semua kementerian dan jabatan kerajaan dan sebagainya. Di samping itu beliau telah melihat secara langsung ke dalam parti yang memimpin kerajaan,iaitu UMNO yang telah dinodai oleh perbuatan rasuah - politik wang – oleh sebilangan ahli-ahli parti itu di peringkat nasional,negeri,bahagian dan cawangan.
Abdullah telah bertemu dan berbincang dengan pegawai-pegawai tinggi kerajaan,terutama para hakim, pendakwa raya dan pihak-pihak lain mengenai rasuah. Semua rakyat negara ini bagai terpukau dan ada yang terpaksa mengurut dada, apabila seorang bekas menteri,bekas anggota exco kerajaan negeri telah dihadapkan ke mahkamah- mahkamah atas tuduhan rasuah.
MANUSIA ISLAM
Dalam satu kenyataan kepada akhbar pada 4 Disember 2004, bahawa Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO telah mengambil langkah positif membenarkan Badan
Pencegah Rasuah menyiasat politik wang dalam UMNO yang berelau pada masa pemilihan UMNO September 2003, jika perbuatan itu melanggar undang-undang negara.
‘Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah, Datuk Seri Zulkipli Mat Noor menganggap kegiatan membeli undi pada pemilihan jawatan seuatu parti politik sebagai jenayah rasuah walaupun tiada laporan dikemukakan kepada badan itu.’
Sesungguhnya, kalau penyiasatan dilakukan secara bersungguh- sungguh dan yang telah mengamal dan terlibat dapat berdiri sebagai seorang ‘manusia Islam’, relah ke hadapan, membuat laporan dan sebagainya, tentulah masalah itu dapat dilaksanakan.
AMAKLUMT RASUAH
Seorang ahli pemuda dari sebuah negeri pada waktu bertemu dengan saya, mengakui dia telah kalah dalam pertandingan merebut ketua pemuda bahagian,kerana dia tidak ada wang dan kalau ada wang pun tidak sanggup melakukan rasuah; yang menentang banyak wang. Pada hari diadakan pemilihan bahagian ada orang-orang telah memberi wang kepada ahli-ahli Pergerakan Pemuda yang hadir hingga dalam tandas.
Sebenarnya, selagi individu-individu yang mengamalkan rasuah – pemberi dan penerima – tidak mempunyai iman yang kuat, akhlak mulia dan menghormati undang-undang dan takut kepada hukuman selagi itu sukar untuk menghapuskan perbuatan rasuah di negara ini.
Cara memberi dan menerima rasuah pada zaman serba canggih itu berbeda dari zaman lalu. Pada zaman lalau pada umumnya rasuah diberi secara berunjuk kepada penerima atau cara-cara lain yang mudah dikesan atau dilihat. Tetapi pada masa ini ada berbagai-bagai cara, di antaranya:
1. Memberi wang rasuah kepada penerima rasuah melalui orang tengah atau wakilnya.
2. Memberi rasuah kepada penerima rasuah di padang atau kelab golf, iaitu menghadiahkan satu uncang alat-alat golf dan dalam uncang itu dimasukkan wang sogokan.
3. Memberi kad dan nombor pin mengeluarkan wang dari bank atas nama pemberi rasuah atau orang lain kepada penerima rasuah dan penerima bolehlah mengeluarkan wang itu mengikut kehendaknya.
4. Memberi wang kepada penerima rasuah dengan cara
memindahkan wang melalui bank perdagangan.
5. Penerima rasuah boleh menerima rasuah dengan cara memberi barang kemas atau barang-barang lain di luar negara seperti England, Australia, Singapura dengan menggunakan kad kredit pemberi rasuah atau pemberi rasuah memindahkan wang dari akuannya dalam bank ke akaun gedung atau kedai yang menjual barang kemas atau barang lain itu.
BERAKHLAK MULIA
Dalam Negara Islam dengan rakyatnya yang beragama Islam – beriman dan berakhlak mulia – mungkin dapat mengurangkan perbuatan rasuah, tetapi tidak dapat menghapuskannya, kerana manusia tetap manusia – lemah, mengikut hawa nafsu dan ada ketikanya manusia sanggup menentang hukum Allah. Perhati dan insaflah maksud firman Allah yang maksud berikut ini:
Sesungguhnya manusia itu diciptakan bersifat gelisah. Apabila sahaja (ada yang) menyinggungnya, dia keluh kesah.

Sesungguhnya manusia itu bertindak melanggar batasan (hukum). Disebabkan dia melihat dirinya serba boleh.
Suatu peringatan untuk manusia. Bagi siapa di antara kamu semua yang hendak maju atau mundur ke belakang. Setiap diri tergadai kerana perbuatannya.
Setelah memahami maksud firman- firman Allah di atas, maka selain daripada tanggungjawab Badan Pencegah Rasuah menjalankan tanggungjawabnya membanteras atau menghapuskan perbuatan rasuah, maka tanggungjawab demikian terpikul atas batu jemala pihak-pihak yang bertanggungjawab dengan agama Islam di negara ini, seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Majlis Fatwa Kebangsaan, semua majlis dan jabatan agama Islam di negeri-negeri, badan-badan dakwah dan alim ulama untuk menjalan tugas atau tanggungjawab, seperti mengadakan kempen, penerangan, kursus, dakwah dan sebagai mengenai salah dan buruknya perbuatan rasuah di sisi agama Islam.

Allah tidak menerima sembahyang seseorang
sedangkan dalam perutnya berisi makanan
haram.

Allah melaknat – kutuk – pemberi rasuah
dan penerima rasuah.
(Disunting dari manuskrip buku , Pencegahan Rasuah, oleh: Mokhtar Petah)

QURAN, HADIS DAN LAIN





ISTERI DAN ANAK


Hai orang – orang yang beriman, sesungguhnya ada di antara isteri – isteri dan anak – anak kalian menjadi musuh bagi kalian – kerana disebabkan mereka suami atau bapa terpaksa melakukan sesuatu yang tidak baik, seperti berjudi, menyamun, merampas harta orang lain, rasuah dan sebagainya - ; oleh itu jaga – jagalah kalian terhadap mereka. Dan kalau kalian mema’afkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampun kesalahan mereka (maka Allah akan melakukan demikian jua kepada kalian), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
– At Taghabuun: 14



HADIS

MENJUAL DAN MELAMAR

Rasulullah Muhammad s.a.w. melarang: Orang mukmin itu adalah saudaranya orang mukmin jua, maka tidak halal – haram – jika dia menjual atas jualan saudaranya itu dan jangan pula melamar – gadis atau janda – yang dilamar saudaranya, sehingga saudaranya meninggal – memutuskan – lamarannya.
- Perawi: Imam Muslim



*****

DENDA ZINA DAN KHALWAT

Para Raja Melayu sebagai sipat ketua agama Islam di negeri masing - masing dan semua yang memikul tanggungjawab atas Majlis Agama Islam dan Adat Isdtiadat Melayu , termasuk Jabatan - jabatan Agama Islam dan adat Istiadat Melayu, di tiap - tiap negeri di Malaysia, ' wajib memikul tangungjawab' meminda undang - undang mengenai hukuman denda ke atas pasangnan yang bersalah kerana ' khalwat' - lelaki dan peempuan sah nikah duduk berdua - duaan' dalam tempat sunyi yang boleh disaki melakuikan maksiat', kerana undang - undang itu tidak sesuai dengan hukum Islam.
Hukum dalam Islam seperti yang ditetapkan dalam Quran, ialah: 'Perempuan dan lelaki yang berzina hendaklah kalian - penguasa - sebat tiap tiap seorang seratus (100) ; dan jangan kalian terpengaruh oleh perasaan belas akasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah ...' - (surah An Nur: 2).
Sejak undang - undang syariah dikuat kuasakan, undang - undang mengenai hukum ini tidak sesuai dengan agama Islam, kerana pada masa negara baru merdeka, terpaksa mengikut nasihat dari penasihat undang - undang tiap negeri mengikut undang - undang ciptaan manusia, iaitu tidak boleh sabat, kononnya tidak berperikemanusiaan.
Hukum ditetapkan atas pesalah khalwat dan zina, ialah dengan penjara atau denda atau kedua - dua hukum itu.
Dalam agama Islam dan hukum yang ditetapkan Allah, tidak boleh didenda dan dipenjara, iaitu mesti disebat. Mesti disebat, iaitu sebatan dengan cara yang makruf, tidak seperti sebatan dalam penjara - penjara di Malaysia sekarang.
Islam tidak boleh menerima dan menggunakan wang dari denda atas hukum hudud.
Malangnya, kerana kita mengikut undang - undang ciptaan manusia, maka, pada masa ini setiap pesalah khalwat dan pesalah zina di kenakan hukum penjara atau denda.
Wang hasil denda itu dimasukkan ke dalam tabung khazanah atau perbendaharaan negeri - negeri . Wang itu sama dengana hasil pelacoran yang dikutip oleh bapak - bapak atau ibu - ibu ayak di rumah - rumah pelacuran.
Wang tersebut bercampur dengan wang halal dan wang haram lain dalam perbendaharan tersebut. Kemudian dari wang itu di bayara gaji para pegawai dan kaki tangan kerajaan negeri termasuk mufti, kadi - kadi dan semua ulama yang menerima gaji atau lain dari kerajaan negeri.
Maknanya para mufti, ulama dan lain menerima wang dari hasil khlwqat dan zina.
Maka, saya berpendapat, undang - undang tersebut perlu dipinda dan diselaraskan dengan hukum dalam Quran.

Sunday, March 13, 2011

KISAH DARI NOVEL





CINTA SI GADIS


Malam menyerkup kampung Mandi Angin. Gelap. Hitam seperti dalam terowong bumi. Cengkerik dan cacing gila menjerit-jerit di sekitar rumah Cikgu Zainab. Bunyi burung tukang, kalut seperti orang bertukang menenggelamkan bunyi pungguk lara.
Pada senja tadi Mahyun telah tiba di rumah ibu dan bapa angkatnya. Tujuannya hendak menemui Azmi. Kalau dia bertemu Azmi. Kalau dia dapat menemuinya akan dicubitnya pipi pemuda buah rindunya itu. Ketus kulit pehanya. Biar pemuda itu mengaduh dan menjerit kesakitan. Mahyun masih marah-marah sayang akan Azmi kerana membohonginya, kononnya dia hanya belajar di sekolah rendah.
Mahyun duduk di hadapan ibu dan bapa angkatnya. Di hadapan mereka terletak berceratuk tiga cawan air kopi hitam. Sepiring wajib dan sepiring ubi keladi goreng.
Mahyun telah menceritakan kepada dua orang tua itu Azmi. Dia bukan calang-calang pemuda. Nampak saja macam pemuda tamat sekolah rendah, tetapi dia lepasan universiti bidang pertanian dan memiliki ijazah dari universiti luar negara. Pandai berpidato.
“…ayah tak tau pula Azmi tu lepasan universiti,” kata Haji Adnan.
“Takkanlah lulus universiti, emak tak percaya,”sampuk Cikgu Zainab.
“…ia, emak,sungguh, emak,”kata Mahyun.
“Emak ni Cikgu sekolah tau…, mana ada orang lulus universiti berkebun, …cari madu lebah dalam hutan banat,” kata Cikgu Zainab.
“Ia, emak, dia lulus universiti, ada ijazah ilmu wahyu, syari’ah dari universiti luar negeri…,”kata Mahyun.
FASAL FARDU
KIPAYAH RIMBA
Mahyun bercakap dengan wajah yang serius. Dua orang tua itu sedar yang anak angkat mereka tidak pernah bercakap bohong. Mereka mulai yakin akan cerita mengenai Azmi itu.
“Mana Yun tau, Azmi beritahu Yun…, dia…?” Tanya Haji Adnan.
“Ha, yang emak tau dia dalam hutan, bila pula Yun jumpa dia,”Cikgu Zainab memotong percakapan suaminya.
“ Haaa, pada hari Sabtu baru ni,Yun dengan kawan- kawan Yun pergi seminar ‘Usahawan Muda’,” jawab Mahyun.
”Di mana?” Haji Adnan bertanya.
”Di dewan FELDA, Kuala Lumpur ayah, ...Yun tengok Encik Azmi tu beri ceramah fasal madu lebah rimba, fasal perniagaan herba, macam-macam lagi,”jelas Mahyun.
”Ia..., dia beri ceramah...?”Tanya Cikgu Zainab.
Haji Adnan hampir tersedak air kopi kerana melihat mata isterinya terbeliak.
“Ia, …juruacara seminar tu umumkan, Encik Azmi lulus Universiti Putra, bidang pertanian,”jelas Mahyun lagi.
Mulut Haji Adnan dan mulut isterinya melopong.
“Laa, tak sangka pula, ingatkan budak sekolah rendah saja...,”kata Cikgu Zainab.
” ...dia menuntut jarak jauh ilmu wahyu, Syari’at di universiti Islam di Iraq..., dia alim, emak,” terang Mahyun.
”Itulah awak, ...dia datang nak sewa tanah dulu, awak rendah-rendahkan dia tu,...ha, sekarang siapa yang ata baca tinggi...?” Haji Adnan bergurau.
”Mana nak buatnya, Nab tak tau...,” jawab Cikgu Zainab.
” ...Yun pun ingat dia belajar setakat darjah rendah aje, ayah,”kata Mahyun.
”Itulah, kita hidup dalam dunia ni, jangan suka rendahkan orang, ... awak tu guru pencen ...,” Haji Adnan menghalakan kata-kata kepada isterinya.
Wajah Cikgu Zainab moyok.
”Ialah, ayah, mana ada orang keluar universiti nak kerja di kampung...,”kata Mahyun.
”Kan ayah dah kata dulu..., dia tu ada pelajaran tinggi...., emak awak tak percaya,”balas bapa Haji Adnan.
”...ialah, abang ajilah menang...,”kata Cikgu Zainab.
”Ialah, ayah, tak sangka...,”sahut Mahyun.
Haji Adnan meneguk air kopi hitam dalam cawan.
”Esok pagi Yun nak jumpa dia…, ”kata Mahyun.
“Eloklah…,”sahut Haji Adnan.
“…kalau Nab nak jumpa dia, …esok pagi emak nak masak nasi lemak,”kata Cikgu Zainab.
“Ialah, emak,” sahut Mahyun.
Haji Adnan telah masak dengan tabiat isterinya. Kalau orang ada yang tak kena, kalau dia semuanya betul. Berbaik dengan orang memandang bulu. Kalau tak ada berada masakan tempua bersarang rendah, telah menjadi budaya hidupnya.
Haji Adnan tiga beranak bercakap seketika di situ. Sambil menekan-nekan belakang pinggangnya dengan tangan kanannya, dia bangun masuk ke bilik tidurnya. Cikgu Zainab bangun payah dan masuk ke bilik air.
Mahyun membwa piring-piring dan cawan-cawan kosong ke ruangan dapur. Wajah Azmi terbayang-bayang dalam otaknya. Azmi telah menjadi madat kepada gadis itu.
MAHYUB PERCAYA
AZMI TELAH TIDUR
Cikgu Zainab masuk ke bilik tidur mendapatkan suaminya. Haji Adnan berbaring di birai katil. Pinggangnya terasa sengal-sengal.
”Nab suka Yun tu baik dengan Azmi tu...,”kata Cikgu Zainab.
”Ha, sudaaah, ...adalah tu...,”sambut Haji Adnan.
Cikgu Zainab sengeh. Haji Adnan merenung isterinya dengan matanya yang rabun ayam.
Mahyun menjenguk melalui jendela dapurnya dan memandang ke arah rumah Azmi. Rumah itu gelap. Hitam. Tiada cahaya lampu di dalamnya. Mahyun percaya Azmi telah tidur. Kalau tidak kerana ibu dan bapa angkatnya, pada waktu itu juga dia akan meraba dalam gelap pergi mendapatkan Azmi.
Mahyun menutup daun jendela itu. Sambil mengesat tangannya dengan tuala tangan, dia berjalan masuk ke biliknya. Sambil meletakkan punggungnya atas birai katil, dia mengelamun sejenak melayan hatinya yang merindukan Azmi.
BERTONGKATKAN
KOREK API
Mahyun seperti kebanyakan orang bercinta; tidak cukup dengan bertemu dan bercakap sahaja, surat cinta mesti diserahkan kepada kekasih untuk bekal pada waktu kesunyian dan kerinduan. Surat untuk Azmi yang ditulisnya di asrama universiti lagi diambil dari bujam siswanya.
Encik Azmi yang mulia.
Yun rasa tidak tentu arah, nak menangis ada, nak menjerit pun ada kerana Encik Azmai tidak menjawab surat Yun. Mengapa tak jawab surat Yun, sayang.
Pada tiap-tiap malam, jarang Yun nyenyak tidur, macam pelupuk mata Yun bertongkatkan korek api, terbuka, ternganga macam mata ular, kerana ingatkan Encik Azmi.
Yun balik ke kampung ni kerana nak jumpa Encik Azmi. Nak tengok wajah Encik Azmi, nak bercakap dengan Encik Azmi dan nak menangis depan Encik Azmi.
Encik Azmi, betul-betul Yun jadi bodoh. Encik Azmi kata, Encik Azmi belajar sekolah rendah, Yun percaya. Encik Azmi pun bercakap depan Yun macam pemuda tamat sekolah rendah saja. Rupa-rupanya Encik Azmi lepasan universiti, belajar pula di universiti luar negeri. Yun tau semua ni sebab Yun tengok, Yun dengar Encik Azmi berucap di dewa FELDA, Kuala Lumpur pada minggu lalu.
Yun ada dalam majlis itu bersama kawan-kawan Yun. Bila Encik Azmi berucap, Yun rasa nak menjerit kepada Encik Azmi, nak kata “Hoi, siswazah sains pertanian ..., mengapa kata tamat sekolah rendah saja.Yun kena tipuuu...”
O.K.lah, hari ini Yun ada depan Encik Azmi, Yun cintakan Encik Azmi, Yun sayangkan Encik Azmi. Encik Azmi kekasih Yun.
Lepas ini Yun tak nak panggil Encik lagi. Tak nak panggil nama lagi. Buat apa orang dah bercinta nak panggil nama. Panggillah abangke, sayangke, darlingke, apa-apa ajele, asalkan manja.
Peluk cium dan salam dari Yun.
Sekianlah sahaja..
Yang cintakanmu,
Mahyun Sidik.
Seperti biasa, sama ada dia datang bulan atau tidak, bila hendak tidur Mahyun mengambil air sembahyang. Mahyun percaya kepada pendapat pensyarah agama Islam di universitinya, ”jika tidur dengan air syaitan, iblis tak hampiri kita, orang-orang jahat tak dapat memukau kita”. Air sembahyang masih membasahi wajah dan anak-anak rambutnya. Mahyun merebahkan tubuhnya atas tilam. Dia terlena di situ.
Mahyun telah berjalan seorang diri di sebuah kampung di kaki gunung. Di kampung itu berdiri indah sebuah masjid besar dan domnya berwarna hijau. Dari menara masjid itu kedengaran suara qari memdayu-dayu membaca ayat-ayat Quran.
Sambil menikmati suara qari itu, Mahyun melangkah, selangkah demi selangkah menjejaki jalan berturapkan pasir halus, berwarna perak. Sebaik-baik sahaja dia tiba di halaman masjid itu, dia melihat ramai orang-orang lelaki sedang sembahyang di dalamnya.
LAKSANA
MENJULANG TINGGI
Seketika kemudian, Mahyun telah berjalan keluar dari halaman masjid itu mengikut pintu pagar ke arah utara lalu menyimpang ke sebatang jalan yang di kiri dan kanannya berderet rumah-rumah tua setingkat yang dia sendiri tidak mengetahui bentuknya.
Tiba-tiba seorang perempuan tua memakai jubah hitam dan selendang hitam juga membungkus kepalanya, telah keluar dari sebuah rumah dekat jalan yang dijejaki oleh Mahyun. Perempuan tua itu senyum dan memberi salam kepadanya. Mahyun telah menyambut ucapan salamnnya. Mereka berkenalan di situ.
”...siapa nama anak ni?”Tanya perempuan tua itu.
”Mahyun,”jawab Mahyun.
”Ooo, panggil Yun aja boleh kan, ...saya Musalmah,”katanya.
Mereka berpeluk di situ sejenak seperti amalan orang-orang Arab. Wangi tubuh dan pakaian Musalmah menjadikan Mahyun suka memeluknya lama-lama. Segar rasa perasaannya.
”Mari ke rumah makcik, mari,”ajak Musalmah.
”Baik makcik,”sahut Mahyun.
Mahyun mengikuti perempuan tua itu menuju ke sebuah rumah tidak jauh dari jalan itu. Rumah kayu setingkat itu berbumbung laksana menjulang langit. Tidak berbentuk bumbung lima dan tidak juga seperti rumah orang Minangkabau.
MEMAKAI
JUBAH HITAM
Setibanya di kaki tangga, Musalmah memberi salam. Tiga orang perempuan hampir sebaya menerpa ke pintu sedang menganga. Masing-masing menjawab salam. Seorang dari mereka menjemput Mahyun naik ke rumah.
Seorang demi seorang perempuan-perempuan itu telah memeluk Mahyun dengan mesra. Kemudian mereka telah mempersilakan Mahyun duduk atas tikar rumput yang terhampar atas lantai papan berkilat.
”Anakku, Yun, ini isteri-isteri suami saya, Sofiah, ini Fadhilah , yang ini Rasiqah isteri suami saya yang muda sekali,”kata Musalmah.
Mahyun berjabat tangan dengan mereka. Dari lembut tangan mereka, Mahyun dapat mengagak usia perempuan-perempuan itu. Rasiqah berusia kira-kira lapan belas tahun. Dia dan madu-madunya memakai jubah hitam. Kerana mereka berada dalam rumah, kepala masing-masing dengan rambut hitam berkilat terdedah bebas.
”Suami kami belum balik lagi, dia di masjid mengajar tafsir Quran,”Sofiah memberitahu Mahyun.
”Maafkan saya, kakak-kakak ni tinggal dengan makcik?” Mahyun bertanya.
”Ia, ...kami tinggal dengan kakak Musalmah,...rumah ni ada lapan bilik,”jawab Rasiqah.
”Ooo, begitu,”sahut Mahyun.
”Kami ni seronok sangat hidup bermadu, kami sama-sama sayangkan suami kami, suami kami sayangkan kami, ...adil...,”jelas Fadhilah.
”Kami reda terima takdir, kami sukakan suami kami, Mualim Abdul Rashid, mualim sayangkan kami, kakak Musalmah pula terima kami, ...kami hidup bahagia begini,”jelas Fadhilah lagi.
”Macam nilah, anak Yun, ...hukum Allah ada dalam Quran, orang lelaki boleh ada isteri lebih dari seorang, ...mengapa pula kita nak larang...,”kata Musalmah pula.
”…Allah mengetahui segala-galanya, semua hukum-Nya ada hikmat, ada nikmat, ada fadilat,”kata Musalmah lagi.
”Sebagai perempuan mukminah, solehah, kena reda dengan hukum Allah, reda suami ada isteri banyak, suami boleh adil, cukuplah,”tambah Musalmah
”Jadi isteri ni tak boleh nak kejar kaya, rumah besar, kenderaan besar, barang kemas banyak, macam orang-orang di luar sana tu, itu tak cukup iman, tak reda dengan Allah, boleh jadi melawan hukum Allah, tak dapat hidayat,”kata Fadhilah.
”Allah Maha Kaya, susahkah, senangkah kita, itu hak Allah, ...tak nak pula kami jadi isi neraka,” kata Fadhilah lagi.
”Saya ni sayangkan mualim, saya minta kepada kakak-kakak saya ni, saya nak nikah dengan mualim, ...merekalah meminang saya,”kata Rasyiqah.
Mahyun merenung wajah-wajah mukminah depannya. Mereka senyum. Musalmah berkata sesuatu kepada Rasiqah. Rasiqah bangun meminta diri kerana dia hendak membuat minuman. Sofiah dan Fadhilah mengikut Rasiqah ke dapur.
“Makcik rasa nikmat sangat, rasa bahagia sangat duduk bersama madu-madu makcik,”kata Musalmah.
“Anak Yun, macam mana, kalau bermadu macam kami?”tanya Musalmah sambil senyum.
“Saya, …saya macam makcik, reda, …tidak sempurna iman Yun kepada Allah kalau tak reda…,”jawab Mahyun.
“Elok, …elok sangat, tak ramai orang perempuan yang jadi penghuni syurga...,”kata Musalmah.
”Ia, makcik,”sahut Mahyun.
DITEKAPKAN
BIBIR GELAS
Rasiqah masuk sambil menatang talam berisi cawan-cawan minuman. Fadhilah dan Sofiah masing-masing membawa pinggan berisi makanan.
Mahyun meneliti lima biji cawan dan tiga biji pinggan di hadapannya Semuanya, mungkin kristal, mungkin delima, mungkin juga jed.
”Ada sedikit makanan, silakan,”Musalmah persilakan Mahyun.
”...ini air pati buah delima,”Kata Rasiqah.
“ …dalam pinggan tu halwa dari Saba,”kata Fadhilah.
. “Yang ini Sofiah buat sendiri, Dodol Kharsan,” sambut Sofiah sambil menunjukkan dengan jari maninya kepada dodol dalam pinggan.
”Minumlah, kak,”ajak Rasiqah.
”Ialah,”sahut Mahyun.
Mahyun mengangkat gelas. Direnung air pati delima itu. Merah. Ditekapkan bibir gelas itu kepada bibir bawahnya. Terasa dingin gelas itu pada isi bibirnya. Air delima semanis madu lebah, mengalir ke dalam mulutnya, lalu tumpah ke halkumnya.
Lapan biji mata para isteri bermadu itu merenung Mahyun. Semua mata bercahaya ikhlas dan menandakan pancaran dari hati yang kental iman kepada Allah.
Bunyi burung tukang masih galak mengocak kesepian malam. Mahyun terasa air mengalir pada lembah pipinya. disedutnya air itu. Dihisap. Air itu tawar rasanya. Berbau tidak enak. Mahyun terjaga dari tidurnya.
“Allahu Akbar, aku bermimpi…,”sungut Mahyun.
RENDANG
DAGING LEMBU
Mahyun mencari-cari erti mimpinnya. Menggagau ta’birnya. Tetapi dia tidak mencapai ertinya dan tidak menemui tamsil dan ibaratnya.
Pagi itu Mahyun telah minum secawan air suam cuma. Hajatnya, nasi lemak berlaukkan sambal ikan bilis dan rendang daging lembu akan dimakan bersama Azam dan Long. Hatinya riang laksana riangnya unggas-unggas mandi di tepi sungai, pada musim kemarau.
Mahyun telah menjinjing raga kecil berisi makanan. Surat untuk Azmi diselit dalam bajunya di bahagian dadanya. Dia berjalan menggonggong hati anak dara, menuju ke rumah Azmi. Di halaman rumah itu, Mahyun berdiri dan memberi salam.
“Assalamu alaikum.”
“Assalamu alaikum.”
“Assalamu alaikum,Encik Azmi.”
Rumah itu sepi. Tidak ada suara menjawab salam Mahyun. Hairan mendera hatinya. Mahyun nampak Long sedang bekerja dalam kebun. Dengan hatinya yang yakin; Azmi ada di sana, maka dia berjalan ke kebun madu lebah sambil membisikkan nyanyian rindu.
“Asslamu alaikum, pak Long,”Mahyun mengucap salam.
“Wa alaikum salam,…ha, CikYun,” jawab Long.
“Apa khabar, pak Long?” Tanya Mahyun.
“Khabar baik, baru dua hari Encik sebut-sebut nama Cik Yun,”jawab Long. Senyum.
“…ia, mana Encik Azim?”Tanya Mahu.
“…Tak ada, pagi kelmarin dia pergi ke rimba..., dia kata, dia lambat balik, seminggu di sana...,”jawab Long.
”AA, Yu ingat dia ada...,”kata Mahyun. Hampa.
”Duduklah dulu,”kata Long sambil menghampiri Mahyun.
KEPOMPONG
DITINGGALKAN ULAT SUTERA
Mahyun melabuhkan punggungnya atas pangkin dalam bangsal. Terasa hatinya kosong amat. Hampa, sehampa kepompong ditinggalkan ulat sutera. Kalau tidak kerana malukan Long, mahu dia menjerit dan melolong di situ, macam orang diserang histeria.
”Ni, ada nasi lemak,...makanlah,” Mahyun mempelawa Long.
”Baiklah,”sahut Long.
Mahyun telah makan nasi lemak bersama Long. Makanya tidak berselera. Seperti mengunyah hampas tebu. Rindunya kepada Azmi tidak terlerai. Terasa tersumbat dan sebak rongga dadanya.
Sebelum meninggalkan Long, Mahyun menyerahkan suratnya untuk Azmi kepadanya.
“…Yun minta pak Long beri surat ni kepada Encik Azmi,”kata Mahyun.
”Ialah, ...dia balik, saya sampaikan,”sahut Long sambil meletakan surat itu atas pangkin.
”Esok pagi Yun nak balik ke Kuala Lumpur, ingatkan dapat jumpa...,”kata Yun.
”Ialah, mana nak buatnya...,”sahut Long.
Mahyun diam.
“Minggu sudah Encik Azmi ke Kuala Lumpur, …dia kata nampak macam Yun dalam dewan, …dia tengah bercakap,…dia nampak Yun keluar…”kata Long.
“Salah orang kot,”balas Mahyun.
“Entahlah, agaknyalah…,”sambut Long.
Sebak lagi rongga dada Mahyun. Azmi telah tahu dia telah meninggalkan dewan tempat seminar ‘Usahawan Muda’. Mahyun menyesali kesilapannya sendiri. Kalau dia tidak meninggalkan dewan itu, tentu dia dapat bertemu dengan Azmi.
Pada sepanjang hari itu, perasaan hampa dan hiba memamah diri Mahyun. Kesal ada dan menyesal pun ada. Apa hendak dikatakan, hendak meraung malu rasanya dan hendak menangis bukannya kanak-kanak.
Pagi esok Mahyun menggonggong hatinya yang hampa berangkat pulang ke Lembah UIA. Di sana dia akan menjadi penunggu batu gunung. Dalam bas ekspres yang meluru ke ibu negara, hati Mahyun diratah sedih. Derita. Kecewa kerana tidak dapat bertemu dengan Azmi.
Tiba-tiba Mahyun terdengar suara Azmi mengusap dan menjilat sepasang lubang telinganya. Suara itu sayup sesayup bunyi kuang mengigal dalam Banjaran Titiwangsa.
“Sayang, apa yang sayang sedihkan di lembah derita, ...renungkan dirimu yang cantik, milik saya, tunggulah, alam ini indah dengan cinta kita.”
Mahyun senyum.
“Di mana, sayang...,”suara Mahyun berbisik.
Sepasang matanya mencari Azmi.
Jantungnya, jantung dara, berdebar lagi. Siksa lagi.
(Disunting dari manuskrip novel, Madu Dan Cinta, oleh: Mokhtar Petah)

QURAN DAN HADIS




PILIH HUKUM LAIN

...tidak patut bagi orang mukmin dan tidak patut bagi orang mukminah, apabila Allah dan RasulNya – Muhammad s.a.w. telah telah menetapkan sesuatu ketetapan – hukum – dan mereka memilih – ketetapan atau hukum yang lain – tetentang urusan mereka – peribadi, rumah tangga, masyarakat dan negera - .
– An Nisa:65

HADIS

JIHAD
Nabi Muhammad s.a.w. memaklumkan: (Sesungguhnya) jihad yang paling afdal - paling baik - , ialah memperkatakan kalimah yang benar – kritik – di hadapan pemerintah yang zalim.
–Perawi: Abu Daud, Termizi dan Ibnu Majah.

SAJAK (ulangan)




ANAKKU BAKAL AYAH


Hari ini 12 Mac 2011.

Petah Wazzan Iskandar,
Anaku,
Halal bersama isterinya,
Cik FarehaAleas.

Walupun dihina jurunikah Selangor,
Namun anakku mencapai hajat,
Bergelar suami setia,
Direda Allah.

Cinta dan kasih anakanda berdua,
Akan mencatat sejarah,
Bergelar ayahanda dan bunda,
Berkat cinta kalian lahir zuriat.

Mokhtar Petah .............Putrajaya.

Nota.

HINA PENGANTIN LELAKI

DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Ketua Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Selangor, Majlis dan Jabatan Hala Ehwal Agama Islam Selangor ' patut dan wajib' mengubah cara dan ragam para jurunikah yang melakukan amalan menghina dan menjatuhkan maruah para pengantin lelaki dalam majlis - majlis perkahwinan di seluruh negeri tersebut.
Jurunikasn menghina dan menjatuhkan maruah pengantin lelaki, telah berlaku dalam majlis perkahwinan, di Taman Cupec, Kajang, kira -- kira jam 3.40 petang semalam.
Dalam majlis pernikahan wartawan Lelaki, Petah Wazzan Iskandar Jauhari dengan Cik Fareha binti Haji Aleas, jurunikan dari Jabatan Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Selangor - daerah Kajang - telah mengina dan menjatuhkan maruah pengantin di hdapan lebih 100 orang lelaki dan perempuan yang hadir dalam majlis tersebut.
Pengantin lelaki, adalah lepasan Maahad Qiblah - Tahfiz Al Quran , Bangi, Sekolah menengah agama Maahad Nurul Anuar, Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan, lepasa Kolej Islam Selangor, Bukit Mahkota, Bangi dan Kolej Kewartawan Kuala Lumpur.
Khutbah nikah dibaca oleh jurunikah dan akad nikah dilakukan oleh bapa kepada pengantin perempuan.
Pada ketika memulakan akad nikah, jurunikah mengemukan pertanyaan dengan kelakarnya, iaitu bertanya rukun nikah, sehingga pengantin lelaki gugup dan salap menjawab.
Jurun ikah membelek - belek salinan sijil kursus perkahwinan milik pengantin lelalki. Dia berkata, " Sijil betulkan, adakah awak beli sijil ni (ertinya sijil palsu).
Dia menghunjamkan pertanya - pertanyaan lagi dan berkata. Dia bertanya kepada pengangtin perempuan yang dujduk di bahagian belakang pengantin lelaki. Pengantin perempuan menjawab.
Jurunikah berkata kepada pengantin lelaki" Kalau tak ingat tanya bakal isteri awak ."
Semua yang hadir ketawa.
Kemudian jurunikah megeluarkan kata - kata di luar tugasnya pada ketika menyuruh pengantin lelaki melafazkan ta'alik.
Perbuatan jujrunikah itu amat tidka patut.
Saya telah beberapa kalia melihat jurunikah di Masjid - masjid dalam wailayah Persekutuan Kuala Lumpur, masjid Selayang, Masjin dan majlis kahwin di rumah - rumah di Gombak telah melakukan istiadat akad nikah kepada pengantin lelaki dengan penuh peraturan dan berkahlak mulia.
Maka, saya harap pihak berkenaan di Selangor memberi tarbiah kepada para jurunikah agar mengamalkan tuntutan dan aturan agama Islam, iaitu: Berdisiplin dan menjalankantugas dengan penuh akhlak, menghormati orang lain, tidak menghina dan menjatuhkan maruah pengantin. Dan jaga maruah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang menjaga adat istiadat Melayu negeri tersebut.
Ikutlah cara akad nikah yang dilakukan oleh para jurunikah dalam Wailayah Persektuan Kuala Lumpur.
Menjaga maruah sesama Islam dalam majlis perkahwinan adalah salah satu amalan menjaga maruah sualtan Selangor sebagai Ketgua Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu negeri tersebut.

Saturday, March 12, 2011

SAJAK




ANAKKU BAKAL AYAH


Hari ini 12 Mac 2011.


Petah Wazzan Iskandar,

Anaku,
Halal bersama isterinya,
Cik Fareha Aleas.


Walupun dihina jurunikah Selangor,

Namun anakku mencapai hajat,
Bergelar suami setia,
Direda Allah.

Cinta dan kasih anakanda berdua,

Akan mencatat sejarah,
Bergelar ayahanda dan bunda,
Berkat cinta kalian lahir zuriat.

Mokhtar Petah .............Putrajaya.

Friday, March 11, 2011

QURAN, HADIS DAN LAIN




SERU DENGAN HIKMAH


Seru – ajak – suruh – umat manusia kepada jalan Penguasa – Allah – anda – hair Muhammad s.a.w. – dengan pengajaran dan nasihat yang baik – termasuk brain wash – dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik; ssaungguhnya Penguasa – Allah – anda itu Dialah yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dilah yang lebih mengetahui akan orang – orang yang mendapat hidayat – petunjuk.
– An Nahl: 125.



HADIS

PAKAIAN

Allah melaknat lelaki yang memakai pakaian menyerupai perempuan – termasuk memakai inai dan emas – dan Allah juga melaknat perempuan yang memakai pakaian menyerupai lelaki – Perawi: Imam Abu Daud dan Imam Ahmad.





----------------------------------------


MENCARI MELAYU ASLI

Sekarang, telah menjadi penguatg nafsu - jahat dan keji - pada kebanyakan orang Melayu sehingga mereka menjadi orang yang tidak berakhlak dan jahil akan ilmu pngetahuan yang bersifat internasional, itu membambikit asal usul atau keturunan pemimpin negara dan negeri - negeri.
Mereka mempertikaikan Tun Dr Mahathir Moahamad dan MB Perak, Dato' Seri Zambir Abdul Kadir keturunan orang India Islam atau mamak.
Agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan dengan huikmatt dan arahan Allah, bahawa ketuanan Arab di hapuskan, bangsa Arab digunakan selagi bangsa itu menerima agama Islam, dan semua bangsa dianggap mulia di sii Allah, selagi bangsa itu, beragama Islam, beriman kepada Allah, bertakwa kepada Allah, beramanah dan berakhlak mulia.
Di Malaysia ini tidak ada lagi orang Melayu Asli (iaitu anak Melayu keturunan dari Tanah Semenanjung Melayu ini) yang menjadi pemimpin. Sejak zaman berzaman, kebanayakan Raja Melayu dan pemimpin dari keturunan orang Melayu di luar Tanah Semenanjung Melayu, iaitu orang Melayu Nusantara, iaitu Patani dan kepulayan Melayu atau Nusantara.
Dalam Nusantara ada orang Melayu Pattani, orang Melayu Aceh, orang Melayu Minangkabau, orang Melayu Jawa, orang Melayu Banjar,orang Melayu Siak, orang Melayu Rawa. Orang Melahyu Mendahiling, orang Melayu Bugis.
Raja - Raja Melayu:
Kedah keturunan orang Iran - Pattani.
Perak, orang Melayu Aceh dan Minangkabau.
Kedah, Melayu - Parsi atau Iran.
Perlis, Melayu - Arab.
Selangor, orang Melayu Bugis.
Pahang, orang Melayu Bugis.
Terengganu, orang Melayu, Pattani dan Arab.
Kelantan, orang Melayu Pattani.
Negeri Sembilan, orang Melayu Pagar Ruyung atau Minangkabau.
Johor, orang Melayu Bugis.
Semua pemimpin Melayu di negeri - negeri tidak terdiri dari orang Melayu Asli. Mereka dari berbagai keturunan seperti Raja Melayu juga.
Orang - orang Melayu Asli Selangor telah tidak ada di tengah padang, mereka terepinggir di Hulu Selangor. Orang Melayu Asli Perak terbuang ke tebing sungai Perak. Orang Melayu Kedah, terpinggir entah ke mana. Dan begitulah juga orang Melayu di negeri - negeri lain.
Menurut Pertembagaan adalah penting bagi orang Malaysia. Kita harus terima pemimpin dari orang Melayu: DKK, DCA, DCB, DCI dan DC dan DI.
Agama Islam membolehkan orang Islam menerima pemimpin dari apa bangsa sekalipun, asalkan mereka itu beragama Islam, ertinya tidak munafik dan tidak kafir.
Sekarang, yang pentingkan bagi kita, sejauhmanakan orang - orang Melayu beriman kepada agama Islam danm mempraktikan petunjuk - petunjuk Allah dalam Quran, terutama kenengaraan.
Kita bernegara apa sebenarnya? Negara nasional kapitalis, negara sosialis atau negara Islam. Kalau negara Islam mengapa segala hukum, undang - undang hudud seperti yang ditetapkan Allah dalam Quran tidak digunakan.

Thursday, March 10, 2011

QURAN, HADIS DAN LAIN

SEPERTI ANJING

Muhammad Rasul Allah s.a.w: ... baca – umumkan – kepada mereka berita, seorag yang Kami – Allah – kurniakan kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat – ayat Kami – kitab Allah - ,kemudian dia dia menjadikan dirinya terkeluar dari memtuhinya – ayat – ayat kitab -, lalu didiikuti oleh syaitan – orang – orang jahat dan kafir - , maka ia menjadi dari orang – orang sesat.
Dan kalau Kami - Allah – kehendaki nescaya Kami – Allah – tinggikan pangkatnya dengan - sebab mengamalkan – ayat – ayat itu. Tetapi dia cenderung kepada kepada dunia – segala kemewahan dan keburukan – dan menurut hawa nafsunya, maka bandingan dia adalah seperti anjing, jika anda menghalaunya, ia menjelirkan lidahnya termengah – mengah dan jika anda membiarkannya, ia menghulurkan lidahnya termengah – mengah. Begitulah bandingan orang – orang yang mendustakan ayat – ayat Kami – Quran dan kitab lain yang Allah telah turunkan kepada para rasul sebelumnya - , maka maklumkanlah kisah – kisah tersebut agar mereka – orang – orang yang tidak mahu mengikut petunjuk dalam Quran – berfikir.
- Al A’araaf: 175 , 176.

NOTA:
Di antara orang – orang yang disebut dalam ayat di atas, ialah seorang alim besar dan kerabat Nabi Musa alaihis salam, iaitu Qarun.
Mengikut petunjuk dalam kitab – kita Allah – segala yang mudah, seperti ibadah, tetapi petunjuk – petunjuk lain, seperti ekonomi, sosial dan politik atau kenegaraan tidak. Dia mengikut petunjuk orang – orang kafir.


HADIS

AKHLAK

Rasul Allah Muhammad s.a.w. memaklumkan: Sesaungguhnya, saya dibangun – utuskan - untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak – budi pekerti - .
– Perawi: Al Baihaqi



---------------------------

"SAYA ORANG FELDA"

Beberapa orang dari dunia Felda di Pahang, setelah mendengar penceramah wanita dari Kuala Lumpur membelasah, memfitnah dan mengeluarkan kata - kata yang amat ditegahkan oleh Agama Islam - terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim seorang Islam - dalam kempen pilihan raya kecil di DUN di Pahang baru - baru ini, mereka memberitahu saya, bahawa mereka sedih dan rasa takut berdosa kerana UMNO - BN bawa perempuan celupar mulut seperti itu.
"Saya orang Felda, janganlah nak pedaya kami dengan bawa perempuan macamn tu untuk beri ucapan," kata seorang dari Felda Jengka.
"Saya orang Felda, bila saya dengar perempuan tu cakap buruk kepada pemimpin kita, saya tengok dia macam golongan isi neraka, saya langsung benci kepada UMNO," kata orang Felda dari Padang Piol.
"Saya sedih, MB Pahang bawak perempuan macam tu, dia tu belum tentu baik buruknya, kata orang tak takut dosa," kata peserta Felda Kota Gelengi.
Beberapa orang lagi memuji Anwar Ibrahim dan mengemukakan sedih kerana Najib Razak yang kuat berpegang kepada agama Islam dan adat istiadat Melayu membenarkan perempuan tersebut masuk berbohong kepada ahli - ahli Felda yang kuat berpegang kepada agama Islam dan adat istiadat Melayu.
Sesungguhnya, saya tahu, walaupun diluar brlaku perpecahaan masyarakat kerana politik yang berbeda, tetapi dalam semua Felda tidak berlaku demikin.
Harap Najib Raza beri asuhan moral atau akhlakmulia kepada orang - orang UMNO. Carilah kemenangan, tetapi jangan gunakan segala yang ditegah atau dilarang Allah.
Saya khuatir, perbuatan demikian akan dilaknat Allah. Bila dilaknat Allah:
Kalau kaya, macam Qrun.
Kalau menang dan berkuasa,
macam Fir'un.
Kalau baik, macam Abu Lahab.
Kalau dihormati orang,
macam orang jahil hormat syaitan dan hantu raya.

Wednesday, March 9, 2011

MENGENANG MASA SILAM

CINTA BAPA DAN BERUK

Bapaku telah jatuh cinta kepada seorang janda beranak seorang,(Ani-bukan nama sebenar).Dia ada bau-bau bacang dengan ibuku dan tinggal sekampung – kampung seberang. Cinta bapaku kepadanya telah bersambut dan kemudian mereka berkahwin . Ibuku yang faham dengan firman Allah dalam Quran mengenai Allah membolehkan orang lelaki beristeri lebih dari seorang, maka dengan hari yang ikhlas dia reda dimadukan .

Cinta bapaku kepada Ani bermula dari seekor beruk bernama Pandak. Beruk itu dipelihara oleh seorang penduduk kampung itu. Dia telah menggunakan beruk jantan dan besar itu sebagai ’buruh haiwan’nya. Beruk itu dinamakan Pandak dan pandai mengambil buah kelapa atas pokok, mengambil buah petai dan menyelam dalam lubuk memungut siput sedut.

Tuan beruk itu sentiasa menambat Pandak dengan rantai pada sebatang tiang di belakang rujmahnya. Di bahagian atas tiang itu dibuat ran atau pondok kecil tempat Pandak berteduh. Biasanya pada waktu malam, apabila Pandak ’naik minyak’, tenaganya menjadi lebih kuat dari tenaga biasanya. Rantainya sering putus. Tiap-tiap kali rantainya putus, Pandak berkejar ke rumah Ani yang jauhnya kira-kira sesuku kilometer dari rumah tuan beruk itu. Pandak telah naik ke atas bumbung rumah Ani yang beratapkan daun rumbia kering itu.

MELOMPAT – LOMPAT GATAL

Mungkin pandak ’berkenan’ kepada janda itu. Ia telah menyelak rabung dan atap untuk melihat Ani yang sedang ketakutan dalam rumahnya. Sambil membunyikan suara ’ hok, hok, hok’, pandak melompat-lompat gatal atas atap itu. Ani menjerit dan melolong ketakutan. Setiap kali Pandak terputus rantai dan datang ke rumah Ani, tuan beruk itu telah datang menangkapnya dan dibawa pulang. Tidak ada siapa yang berani menangkap beruk tersebut, selain dari tuannya dan bapaku.

Pada satu malam, tuan beruk itu tidak ada di rumah, Pandak telah mengacau Ani. Jiran tetangga Ani tidak berani menghampiri rumahnya kerana mereka takutkan Pandak. Seorang berdua jiram Ani telah memberitahu kepada bapaku supaya datang menangkap beruk itu. Bapaku telah datang menangkap Pandak. Sebentar kemudian tuan beruk itu telah tiba dan bapaku menyerahkan Pandak kepadanya.

Semenjak kejadian pada malam itu Ani telah terhutang budi kepada bapaku, kemudian ’cinta’ seperti ’Laila dengan Qais’ dalam kisah klasik ’Laila dan Majnun’ telah menghanyutkan Ani dan bapaku.

ISTERI YANG SOLEHAH

Bapaku telah memberitahu ibuku yang dia berhasrat hendak berkahwin dengan Ani. Ibuku seorang isteri yang solehah – kasih dan tulusnya kepada bapaku ’berbunga kembang’ dalam dirinya. Ibuku reda dimadukan. Apa salah berkongsi suami dengan perempuan lain, kalau perkongsian itu secara halal dan mengikut sunnah Nabi Muhammad.

Ibuku amat yakin, seseorang isteri yang membantu suaminya hendak berkahwin lagi, Allah akan menganugerahkan kepadanya syurga. Dua hari kemnudian ibuku telah datang meminang Ani. Ibuku telah berharap; moga-moga madunya itu menerimanya sebagai kakaknya sendiri.

Seminggu kemudian, bapaku telah diijabkabulkan dengan Ani, dalam satu majlis yang sederhana di rumah Ani. Setelah bapaku berkahwin dengan Ani, ibuku dan madunya berkeadaan seperti dua beradik seibu sebapak.

MELAKSANAKAN HAJAT SUAMI

Semenjak ibuku bermadu, ramai perempuan di kampungku marahkannya kerana dia baik dengan madunya dan ramai pula memujinya, kerana dia telah menjadi seorang isteri contoh dan isteri solehah.

Ibuku tidak menghiraukan benci dan puja perempuan-perempuan di kampung kami, yang penting dia telah dapat melaksanakan hajat suaminya dan mematuhi hukum-hukum Allah. Ibuku amat faham akan tujuan firman Allah dalam Quran.

’Kahwinlah dengan perempuan-perempuan yang kamu sukai (cinta), dua, tiga dan empat, tetapi kalau kamu khuatir tidak dapat berlaku adil (antara isteri-isteri), hendaklah satu (seorang isteri) sahaja...’[1]

Aku anak ibuku. Aku mengesyorkan kepada perempuan-perempuan yang beriman kepada Allah; amat baik bagi mereka merelakan suami masing-masing memadukan mereka(jika cukup syarat-syaratnya), kerana dengan kerelaan itu mereka akan dapat menolong ramai gadis dan janda yang tidak bersuami. Ada di antara mereka itu meneruskan kehidupan dengan tidak bersuami hingga ke akhir hayat.

(Disunting dari manuskrip buku, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh, oleh: Mokhtar Petah)


[1] Quran - An Nisa: 3