Friday, October 29, 2010

BERITA




PROF. NIK ANUAR MENINGGAL DUNIA

Prof Nik Anuar Nik Mahmud, Universiti Kebangsaan Malaysia, telah kembali ke rahmatullah di Hospital Universiti Kebangsaan, Kualas Lumpur, pada jam 6.55 ptg tadi - 28 Oktober 2010 - Khamis. Jenazah beliau telah dibawa balik ke rumah beliau, di No.3, Jln 1/3D, Bandar Baru Bangi.

Pada malama tdi, rakan Allahyarham, Mokhtar Petah bersama isterinya, Sitti Haishah binti Abdul Rahman telah menziarah beliau dalam keadaan koma, di Hospital UKM.

KHUTBAH JUMAAT


BADAN BERSIH HATI TENANG

Saya berpesan kepada tuan-tuan dan diri saya sendiri marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan memperkukuhkan pengabadian diri kita kepada-Nya dengan melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan pada hari yang penuh berkat ini menjadikan kita insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Tajuk khutbah pada hari ini ialah:

BADAN BERSIH HATI TENANG.

Dalam Islam menjaga kebersihan diri dan mewujudkan suasana yang bersih serta selesa menjadi satu tuntutan kerana ia berkait rapat dengan menjaga kesihatan. Kebersihan adalah asas kepada kesihatan. Islam amat menyukai orang yang cintakan kebersihan serta sentiasa menjaga kebersihan diri kerana sihat adalah suatu nikmat Allah SWT yang amat besar nilainya yang perlu dijaga dan dipelihara. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 222 dan maksudnya:

Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang yang sentiasa mensucikan diri.

Oleh yang demikian untuk menjaga kebersihan diri dan membina persekitaran serta suasana yang bersih, maka menjadi keutamaan kepada kita untuk menjaga kebersihan tubuh badan dan persekitaran dititik-beratkan sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 'Mandi itu adalah wajib ke atas setiap orang Islam yang mana pada setiap tujuh hari, satu hari daripadanya wajib membasuh kepala dan jasmaninya”.dan sabdanya lagi dengan maksud :

Lima perkara yang menjadi fitrah manusia iaitu berkhatan, mencukur bulu ari-ari, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak.

(Riwayat at- Tabarani)

Apa yang dapat difahami bahawa membersihkan badan seperti mandi, mencukur misai, memotong kuku serta mencukur bulu adalah amalan yang dituntut oleh Islam. Amalan-amalan seperti itu perlulah dilakukan oleh setiap daripada kita kerana ia merupakan usaha untuk mengelakkan diri daripada mendapat pelbagai penyakit di samping menjadi lambang kecantikan, kekemasan, kebersihan dan nilai personaliti orang Islam. Menjaga kebersihan ini dapat diperolehi dengan melakukan ibadat-ibadat khususnya seperti berwuduk,bersolat,berpuasa dan sebagainya.

Ibadah wuduk memiliki kedudukan yang tersendiri di sisi Allah SWT. Ianya merupakan kunci permulaan bagi satu ibadah yang paling mulia di dalam Islam iaitu solat. Sewajarnya sebelum kita mendirikan solat, hendaklah badan kita dibersihkan dan jiwa dikosongkan dari memikirkan apa jua perkara berkaitan dengan kehidupan seharian yang telah dan bakal dilalui. Dengan mengambil wuduk secara sempurna dapat menenangkan jiwa seseorang dan dapat membantu untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap ibadah solat. Air yang dipergunakan untuk berwuduk bukan sekadar akan menyegarkan tubuh badan tetapi ianya juga dapat mengembalikan tenaga sehingga membolehkan melakukan ibadah solat dengan sempurna mungkin. Dengan berwuduk dapat membersihkan anggota-anggota badan yang sentiasa terdedah kerana tidak ditutupi pakaian dan juga boleh menghilangkan jangkitan kuman, habuk-habuk daripada terus melekat dibadan atau didalam rongga-rongga.

Solat yang pada hakikatnya merupakan satu ibadah di mana seseorang sedang bermunajat kepada Allah SWT secara langsung. Oleh itu adalah lebih wajar bagi kita untuk membersihkan anggota badan melalui wuduk sebelum bertemu dengan Allah SWT ketika bersolat. Ibadah wuduk ini mempunyai peranan yang berkesan bukan sahaja dari segi rohani malah juga dari segi fizikal. Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah rahimahullah menyatakan bahawa:

Sunnah Rasulullah datang dengan membawa ajaran untuk menghindari kekotoran yang ada pada tubuh badan manusia, sebagaimana dia juga datang dengan membawa ajaran bagi menghindari kekotoran rohani.

Sabda Rasulullah SAW dan maksudnya:

Ketika salah seorang daripada kamu bangun dari tidur maka hendaklah menghirup air ke hidung dan mengeluarkannya kembali sebanyak tiga kali. Sesungguhnya syaitan bermalam di batang hidungnya.

(Riwayat al-Bukhari)

Bagi mereka yang sentiasa berwuduk dan mengambil wuduk dengan sempurna akan mendapat banyak kelebihan dari Allah SWT. Antaranya angota-angota wuduk tersebut akan bercahaya di akhirat dan Rasulullah SAW akan dapat mengenali umatnya melalui cahaya tersebut. Diriwayatkan bahawa para sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah SAW bagaimana baginda dapat mengenali umatnya yang belum pernah ditemui setelah wafatnya baginda. Lalu baginda bersabda dengan maksudnya:

Tahukah kamu seandainya seseorang mempunyai kuda belang putih di kening dan kakinya yang berada di antara kuda-kuda yang hitam kelam, bukankah dia dapat mengenali kudanya? Para sahabat menjawab: Tentu wahai Rasulullah, Baginda bersabda: Sesungguhnya mereka umatku akan datang kepadaku dalam keadaan putih bercahaya di kening dan kaki kerana cahaya wuduk dan aku menanti mereka di sebuah telaga”.

Ibadah wuduk dapat meningkatkan darjat seseorang di sisi Allah SWT dan akan diberi ganjaran syurga di akhirat. Mereka yang berwuduk dengan sempurna akan dihapuskan segala dosa-dosa yang lalu selagi mana ia tidak termasuk di dalam kategori dosa-dosa besar. Dalam satu riwayat bahawa Rasulullah SAW bersabda dengan maksudnya:

Bila seorang itu berwuduk lalu berkumur-kumur maka keluarlah dosa-dosa dari mulutnya, jika dia membersihkan hidung, dosa-dosa akan keluar pula dari hidungnya, begitu juga tatkala dia membasuh muka, dosa-dosa akan keluar dari muka sampai dari bawah kelopak matanya. Jika dia membasuh kedua tangan, dosa-dosanya akan turut keluar sampai dari bawah kukunya, demikian pula halnya bila dia menyapu kepala, dosa-dosanya akan keluar dari kepala bahkan dari kedua telinganya. Begitupun tatkala dia membasuh kedua kaki, keluarlah pula dosa-dosa tersebut dari dalamnya, sampai bawah kuku-kuku jari kakinya. Kemudian tinggallah perjalanannya ke masjid dan solatnya menjadi pahala yang bersih baginya. Sabda Rasulullah SAW:

Barangsiapa yang berwuduk, kemudian dia menyempurnakan wuduknya, maka keluarlah dosa-dosa dari jasadnya hingga keluar dari kuku-kukunya.

(Riwayat Muslim)

Persoalan besar timbul pada hari ini ialah bagaimana kita untuk mencapai wuduk yang sempurna, kerana wuduk ini ada kaitannya dengan sumber utama iaitu air. Air merupakan asal kejadian atau penciptaan semua unsur yang hidup di alam ini. Semua benda jika dikaji dari sudut asalnya adalah terjadi daripada unsur air. Air yang bersih ialah air yang sentiasa mengalir. Jika air itu kaku disuatu tempat maka ia akan menjadi busuk dan kotor.

Berdasarkan pemerhatian mimbar, dengan perubahan iklim dan kerakusan manusia untuk mencapai pembangunan maka kebanyakan kawasan tadahan air pada masa ini seperti gunung-ganang, hutan rimba, sungai-sungai, telaga telah dicemari, dan ini akan memberi kesan kepada penyempurnaan terhadap wuduk kita. Mimbar mengingatkan kerosakan alam sekitar dan pencemaran alam sekitar akan mengancam kebersihan serta bekalan air kepada kita. Insaflah bahawa sebahagian dari khazanah alam dan warisan untuk kegunaan kita dan generasi akan datang janganlah dicemarinya kerana pada masa depan kita akan kehilangan nikmat Allah SWT ini.

Berdasarkan tuntutan Islam, bahawa amalan menjaga kebersihan bermula dari diri sendiri, halaman rumah dan alam sekitar. Sempena sambutan minggu Alam Sekitar Malaysia peringkat Kebangsaan 2010, mimbar menyeru marilah sama-sama kita menjaga alam sekitar terutamanya sumber air sebagai asas kepada wuduk. Amalan menjaga keindahan dan kebersihan alam sekitar adalah satu amalan yang baik dan mulia. Sekiranya umat Islam tidak menjaga dan mengambil berat terhadap perkara tersebut, mereka akan hidup di dalam suasana yang tidak selesa, gundah gulana,tidak tenteram dan terdedah kepada pelbagai penyakit. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

Bersihkan halaman-halaman kamu, kerana sesungguhnya orang Yahudi tidak membersihkan halaman-halaman rumahnya.

Mengakhiri khutbah marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 6 dan maksudnya:

Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung kepayahan, tetapi Ia berkehendak membersihkan kamu dan hendak menyempurnakan nikmat-Nya kepada kamu, supaya kamu bersyukur. "

(Khutbah Jumaat ini disediakan oleh JAKIM untuk Jumaat,29 Oktober 2010 /21 Zulkaedah1431H)

PERPADUAN MELAYU



MELAYU WAJIB BERSATU


Dia (Allah) telah menurunkan keterangan – keterangan yang
jelas kepada hamba - Nya (Muhammad s.a.w.) untuk
mengeluarkan kalian dari kegelapan kepada cahaya yang
terang dan sesungguhnya Allah itu Petunjuk dan Penyayang
kepada kalian. - Al Hadid: 9.
Orang Melayu boleh menjadi bangsa yang kuat dan disegani oleh umat manusia di seluruh dunia, hanyalah jika ditangan mereka ada kuasa Melayu (Malay power). Kuasa Melayu tidak akan diperolehi sampai bila – bila, selagi orang Melayu tidak mengikut petunjuk Allah dalam Quran, iaitu tidak berpecah belah – bersatu padu di bawah kalimah Allah.

Ketuanan Melayu tidak penting, kerana ketunanan itu satu warisan dari bangsa Arab kuno sebelum Islam, iaitu 'Syed atau tuan' yang mengusai orang - orang miskin dari bangsa mereka sendiri. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka sebelum 1511 dan zaman Sutan Abdullah di Perak sebelum 1874, telah wujud Ketuanan Melayu. Ketuanan Melayu itu telah memberi peluang kepada golongan Istana dan peodal (ketuanan) Melayu memperhambakan orang ramai Melayu yang miskin atau marhein.

Orang Melayu boleh bersatu – padu, jika semua organisasi politik Melayu, UMNO (berpegang kepada kebangsaan Melayu) dan PAS (berpegang kepada Islam sebagai amalan dalam semua bidang kehidupan insan), ketepikan sentimen politik dan mengorbankan pegangan tidak mengikut Islam dan sama – sama berepegang kepada Islam sebagai dasar hukum dan amalan dalam kehidupan negara dan rakyat.

Maka, jika benar orang Melayu mahu bersatu - padu dan mendapat kembali kuasa Melayu (Malay power), maka UMNO dan PAS hendaklah membuangkan yang keruh dan ambil yang jernih; saling bekerjasama dalam semua bidang.

Saya yakin, jika orang Melayu tidak bersatu - padu, dalam tempoh 10 hingga 20 tahun sahaja lagi, bangsa Melayu akan hilang. Bukan hilang kerana ribut dan banjir seperti maksud Quran di atas ini, tetapi kerana corak politik yang berbeza dengan corak politik UMNO dan PAS, akan melanda dan akan menjadi besi waja kekuatan bangsa lain menguasai negara pusaka bangsa Melayu ini.

Bagaimana nasib UMNO dan PAS di pulau Singapura yang kuat pada masa belum kuasa bangsa lain yang membawa basi waja politik sosio - demokrsi ke pulau pusaka bangsa Melayu itu?

Najib Tun Razak, Muhyiddin Yassin, Haji Hadi Awang, Nik Aziz dan Anwar Ibrahim bertanggung jawab atas menyatu padukan orang Melayu. Mereka perlu kembali kepada firman Allah, ' berpegang teguh pada tali Allah (berpadu) dan jangan berpecah belah'.(mp)

QURAN



KEANDAAN MANUSIA

(Sesungguhnya) Allah yang mencipta kalian bermula dengan keadaan daif – lemah, setelah berkeadaan daif – lemah – itu Dia menjadikan (kalian) kuat. Setelah itu Dia (Allah) menjadikan kalian lemah pula serta tua beruban. Dia (Allah) mencipta apa yang dikehendaki – Nya, dan Dia (Allah)lah yang mengetahui lagi Maha Kuasa. – Ar Rum:54

Oleh demikian, bersabarlah (hai Muhammad s.a.w.), sesungguhnya janji Allah itu benar; dan janganlah orang – orang yang tidak meyakini apa yang anda (Muhammad s.a.w.) sampaikan itu menjadikan anda resah gelisah. – Ar Rum:60

Thursday, October 28, 2010

PERPADUAN MELAYU




MELAYU WAJIB BERSATU

Dia (Allah) telah menurunkan keterangan – keterangan yang
jelas kepada hamba - Nya (Muhammad s.a.w.) untuk
mengeluarkan kalian dari kegelapan kepada cahaya yang
terang dan sesungguhnya Allah itu Petunjuk dan Penyayang
kepada kalian. - Al Hadid: 9.
Orang Melayu boleh menjadi bangsa yang kuat dan disegani oleh umat manusia di seluruh dunia, hanyalah jika ditangan mereka ada kuasa Melayu (Malay power). Kuasa Melayu tidak akan diperolehi sampai bila – bila, selagi orang Melayu tidak mengikut petunjuk Allah dalam Quran, iaitu tidak berpecah belah – bersatu padu di bawah kalimah Allah.

Ketuanan Melayu tidak penting, kerana ketunanan itu satu warisan dari bangsa Arab kuno sebelum Islam, iaitu 'Syed atau tuan' yang mengusai orang - orang miskin dari bangsa mereka sendiri. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka sebelum 1511 dan zaman Sutan Abdullah di Perak sebelum 1874, telah wujud Ketuanan Melayu. Ketuanan Melayu itu telah memberi peluang kepada golongan Istana dan peodal (ketuanan) Melayu memperhambakan orang ramai Melayu yang miskin atau marhein.

Orang Melayu boleh bersatu – padu, jika semua organisasi politik Melayu, UMNO (berpegang kepada kebangsaan Melayu) dan PAS (berpegang kepada Islam sebagai amalan dalam semua bidang kehidupan insan), ketepikan sentimen politik dan mengorbankan pegangan tidak mengikut Islam dan sama – sama berepegang kepada Islam sebagai dasar hukum dan amalan dalam kehidupan negara dan rakyat.

Maka, jika benar orang Melayu mahu bersatu - padu dan mendapat kembali kuasa Melayu (Malay power), maka UMNO dan PAS hendaklah membuangkan yang keruh dan ambil yang jernih; saling bekerjasama dalam semua bidang.

Saya yakin, jika orang Melayu tidak bersatu - padu, dalam tempoh 10 hingga 20 tahun sahaja lagi, bangsa Melayu akan hilang. Bukan hilang kerana ribut dan banjir seperti maksud Quran di atas ini, tetapi kerana corak politik yang berbeza dengan corak politik UMNO dan PAS, akan melanda dan akan menjadi besi waja kekuatan bangsa lain menguasai negara pusaka bangsa Melayu ini.

Bagaimana nasib UMNO dan PAS di pulau Singapura yang kuat pada masa belum kuasa bangsa lain yang membawa basi waja politik sosio - demokrsi ke pulau pusaka bangsa Melayu itu?

Najib Tun Razak, Muhyiddin Yassin, Haji Hadi Awang, Nik Aziz dan Anwar Ibrahim bertanggung jawab atas menyatu padukan orang Melayu. Mereka perlu kembali kepada firman Allah, ' berpegang teguh pada tali Allah (berpadu) dan jangan berpecah belah'.(mp)

QURAN


TOLAK QURAN


Orang – orang yang kafir berkata: “Kami tidak akan beriman sama sekali kepada Quran ini (termasuk hukum hudud dan hal ehwal kehidupan mengikut ajaran Allah dalam Quran) dan kepada kitab – kita agama yang dahulu (Taurat, Zabur dan Injil) daripadanya (Quran)”. Dan (sungguh ngeri) jika kalian melihat orang – orang yang zalin (kafir) di bawa berdiri di hadapan Allah (Untuk dihisab atau dibicarakan), masing – masing tuduh mnenuduh antara satu dengan yang lain. Orang – orang yang tertindas berkata kepada mereka yang sombong (yang menjadi ketua mereka): “ Kalaulah tidak kerana kalian menindas dan membahayakan kami, tentulah kalian telah menajdi orang – orang yang beriman.

Orang – orang yang sombong itu menajwab kepada orang – orang yang tertindas: “Kamilah yang menghalang kalian daripada menerima hidaya – petunjuk - yang didatangkan (dalam Quran) kepada kalian (Bukan kami yang menghalang) bahkan kalian sendirilah yang menyebabkan menjadiorang – orang yang berdosa – Saba:31,32

Friday, October 22, 2010

BERITA


Terpateri kemas

"Seandainya mempunyai majoriti dua pertiga dalam Parlimen pun, tidak akan mampu mengubah setitik apa jua, tanpa kebenaran Majlis Raja-Raja Melayu" - Datuk Seri Najib Razak, Presiden UMNO. - Foto Effendy Rashid
"Seandainya mempunyai majoriti dua pertiga dalam Parlimen pun, tidak akan mampu mengubah setitik apa jua, tanpa kebenaran Majlis Raja-Raja Melayu" - Datuk Seri Najib Razak, Presiden UMNO. - Foto Effendy Rashid

Hak orang Melayu, kaum lain dijamin Perlembagaan Persekutuan

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menjelaskan kedudukan dan hak istimewa orang Melayu serta kepentingan kaum lain dari segi politik sudah terkunci kemas dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak boleh dipinda tanpa perkenan Majlis Raja-Raja Melayu.
“Seandainya mempunyai majoriti dua pertiga dalam Parlimen pun, tidak akan mampu mengubah setitik apa jua, tanpa kebenaran Majlis yang dianggotai sembilan Raja-Raja Melayu.

“Dalam kata lain, sia-sia saja jerit pekik untuk menggunakan peruntukan tentang kerakyatan bagi mengancam kaum lain kerana peruntukan yang tertulis ini begitu konkrit sekalipun darurat diisytiharkan, ia tetap tidak boleh disinggung,” katanya dalam ucapan dasar Perhimpunan Agung UMNO ke-61 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

Dalam ucapan bertema ‘Mendaya Bangsa Meneraju Kemakmuran’, Perdana Menteri berkata, Perlembagaan memperincikan secara jelas dalam artikel Bahagian 3 mengenai kewarganegaraan, Perkara 38 berkaitan Majlis Raja-Raja, Perkara 152 mengenai Bahasa Kebangsaan dan Perkara 153 mencakupi antara lain rizab kuota perkhidmatan dan permit untuk orang Melayu.

Perkara 159 pula menjelaskan bahawa pindaan terhadap artikel-artikel itu tidak boleh dilakukan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja dan diperkukuhkan lagi dengan Perkara 10 Fasal 4, yang memberi Parlimen kuasa menggubal undang-undang melarang perbuatan mempersoal apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak kedaulatan yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian 3, Perkara 152, 153 dan Perkara 181.

Sehubungan itu, Presiden UMNO dalam ucapan lebih sejam, mengingatkan isu itu tidak perlu diperbahaskan di mana-mana saja bagi mengelakkan keresahan serta mengapi-apikan ‘primordial instinct’ atau naluri asal wujud antara etnik.
“Hendaklah kita mengetahui bahawa apa yang menjadi polemik hebat hari ini, sama ada tentang kerakyatan selepas merdeka atau hak istimewa orang Melayu sebenarnya sudah menjadi perdebatan akademik. Dari segi perundangan, peruntukannya sudah tersurat dan sekali gus terpateri kemas.

“Di sebalik semuanya, suka tidak suka, ada sebab yang amat kuat mengapa perkara ini tidak dibenarkan untuk dipinda kecuali dengan perkenan Majlis Raja-Raja.

“Hikmahnya, adalah supaya peruntukan itu di letakkan luar daripada forum perbincangan. Jika dibuka juga kepada perbahasan, maka kita bimbang, kita khuatir, ia akan membangkitkan keresahan serta mengapi-apikan ‘primordial instinct’ atau naluri asal wujud antara etnik,” katanya.

Beliau berkata, rakyat perlu sedar jika naluri asal itu tidak diuruskan dengan baik, negara mungkin menyaksikan kezaliman sangat dahsyat yang dinyalakan oleh sikap dan disemarakkan sifat tabie manusia sendiri.

Katanya, situasi itu boleh berlaku tanpa mengambil kira betapa majunya sesebuah ekonomi, betapa berevolusinya sesebuah tamadun, betapa terpelajarnya manusia dan betapa tinggi tahap toleransi.

“Pada abad ke-20, kita dipampangkan dengan kes hukuman tanpa perbicaraan di Amerika Syarikat, tragedi holocust di benua Eropah, penyembelihan rakyat Palestin serta penghapusan etnik di Bosnia dan Rwanda.

“Bayangkanlah kesudahannya jika setiap generasi serta rakyat mengambil pendirian untuk mempersoalkan kewajaran kontrak sosial kebangsaan yang sudah dimuafakatkan pendahulu kita sebelum ini.

“Pucuk pangkalnya, mengapa mahu diubah apa yang telah berjalan dengan begitu baik. Janganlah yang elok menjadi retak, janganlah yang bersambung menjadi putus,” katanya.

BERITA



Galas: Dr Zulkefli calon PAS
Mohd Nor Yahya

GUA MUSANG, 21 Okt: Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N.45 Dun Galas.

Pengumuman itu dibuat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis pengisytiharan calon di Dataran Ilmu, di sini sekitar jam 11.54 malam ini.

“Inilah pemimpin yang PAS pilih sebagai ‘Calon Kita’ bagi Pilihan Raya Kecil N.45 Dun Galas. Beliau adalah Dr Zulkefli Mohamad,” umumnya yang juga Menteri Besar Kelantan.

Menurut Tuan Guru Nik Aziz, Zulkefli dipilih kerana diyakini mampu meneruskan kerja cemerlang yang telah diusahakan wakil rakyat sebelum ini, Allahyarham Chek Hashim Sulaima.

Hadir sama pada majlis tersebut, semua pimpinan utama PAS Pusat termasuk Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Nasharudin Mat Isa. Turut serta ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Setiausaha Agung DAP, Datuk Ngeh Koo Ham.

Biodata Zulkefli:

Beliau merupakan anak kepada seorang pemimpin PAS, Mohamad Awang yang pernah dinobatkan sebagai Tokoh Penerangan PAS Kelantan tahun 1996.

Bapanya juga adalah bekas Adun Guchil, Kuala Krai tahun 1974-1978.

Ibunya pula, Ramelah Mat Jusoh seorang yang gigih mendidik 10 orang anak.

Hasilnya, calon PAS ini adalah anak yang ketujuh, seorang yang benar-benar mewarisi bakat perjuangan ayahnya.

Dr Zulkefli dilahirkan pada tanggal 16 Januari 1966 bertempat di Guchil 3, Kuala Krai.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Banggol Guchil, Kuala Krai. Kemudian meneruskan pengajian di peringkat menengah di Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra.

Kecemerlangannya dalam pelajaran terbukti apabila mendapat tawaran belajar di Universiti Malaya dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan tahun 1992.

Pengalamannya sebagai seorang doktor kerajaan di Hospital Taiping, Perak (1992) kemudian berpindah ke Hospital Besar Kota Bharu (1993) dan Pusat Kesihatan Ciku 3 Gua Musang; telah mendidik beliau menyayangi masyarakat dan memahami kesusahan hidup rakyat.

Justeru itu, beliau mengambil keputusan membuka klinik sendiri di Ciku 3, Gua Musang sebagai meneruskan khidmat dan merapatkan lagi hubungannya dengan rakyat.

Dr Zulkefli mula aktif dalam PAS apabila terlibat dengan cawangan ketika berkhidmat di Ciku 3, sehinggalah beliau terpilih untuk jawatan Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang.

Beliau juga pernah bertanding dalam pilihan raya umum 2004 di Dun Galas dan pilihan raya umum 2008 bagi Parlimen Gua Musang.

Meskipun begitu, beliau menyedari bertanding di kubu kuat Tengku Razaleigh bukanlah mudah untuk mencapai kemenangan, namun dengan kegigihan dan kesungguhan, beliau tetap menghadapinya dan sedia memikul tanggungjawab parti.

Justeru, masyarakat dan parti menilainya sebagai seorang pemimpin yang ikhlas, taat dan rela berkorban demi perjuangan Islam.

------------------------------------------

PAS Kepala Batas bantu mangsa ribut
Ali Hashim

KEPALA BATAS, 8 Okt: Enam belas buah rumah dari tiga buah kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Penaga, Kepala Batas rosak dilanda ribut, petang kelmarin.

Angin kencang yang bermula pada waktu Maghrib itu dengan sekelip mata sahaja menerbangkan kebanyakan bumbung rumah.

Penyelaras Dun Penaga, Rosidi Hussain bersama dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta PAS Kawasan Kepala Batas segera turun padang bagi meninjau kawasan yang ditimpa bencana tersebut.

Semasa tinjauan dibuat sebanyak 12 buah rumah mengalami kerosakan teruk di Lahar Minyak, 3 di Permatang Tok Brain dan 1 di Permatang Tok Labu.

Menurut Rosidi, sumbangan segera yang berupakan bantuan wang tunai telah disalurkan bagi membantu meringankan beban yang ditanggung oleh kebanyakan mangsa.

"Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pusat Urus Zakat dan orang perseorangan turut memberi bantuan segera bagi membantu kebanyakan mangsa yang tidak sempat menyelamatkan barangan mereka.

"Setelah ribut melanda, hujan pula turun dengan lebat sehingga mengakibatkan ramai terpaksa berlari untuk mendapatkan perlindungan, " katanya.

Beliau yang juga merupakan Yang Dipertua PAS kawasan telah mengadakan perbincangan segera dengan Unit Amal bagi membantu untuk memperbaiki sebahagian besar rumah yang terlibat dengan bencana tersebut.

Katanya lagi, bantuan dari segi kepakaran dalam membaiki rumah yang ada pada sebahagian besar Unit Amal dan JKKK serta penduduk kampung akan dimanfaatkan segera bagi membantu semua mangsa yang memerlukan bantuan.

Selain dari bantuan yang diberikan untuk memperbaiki rumah, lain-lain keperluan akan diusahakan segera bagi memberi keselesaan kepada mangsa yang terlibat dalam masa terdekat.

Rosidi juga berkata, tanggungjawab itu adalah sebagai salah satu komitmen yang perlu diberi perhatian oleh semua golongan masyarakat bagi membantu mereka yang memerlukan tanpa mengira fahaman dan ideologi politik mereka.

(Berita ini diambil dari Harakah Daily online, pada 21 Oktober 2010)