Friday, June 25, 2010

KHUTBAH JUMAAT

PERGI TIDAK AKAN KEMBALI

(25 JUN 2010 / 12 REJAB 1431H)

Di kesempatan berada pada hari Jumaat dan di atas masjid yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat sekalian marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita memperolehi keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah SWT di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah bertajuk: PERGI TIDAK AKAN KEMBALI.
Sebagai seorang Islam yang berpegang kepada al-Quran dan hadith, kita mempercayai bahawa kehidupan, kematian dan kehidupan selepas mati adalah peringkat kewujudan yang wajib dilalui oleh semua manusia. Dalam peringkat kehidupan kita di dunia, jarang umur manusia melebihi 100 tahun tetapi puratanya mencapai umur antara 60 hingga 80 tahun . Umur pendek atau panjang tidak menjadi persoalan kerana akhirnya manusia pasti mati. Bagaimana sihat seseorang, bagaimana megah kuasa dan kayanya, namun manusia pasti mati dan meninggalkan dunia fana ini. Malah para nabi, rasul iaitu manusia yang paling dekat dengan tuhan, bahkan manusia yang menjadi kekasih Allah SWT pun tidak dapat lari dari kematian, menghadapi alam barzakh dan hari penghakiman di padang Mahsyar. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisaa’ ayat 78:

Di mana sahaja kamu berada, pasti mati mendatangi kamu, sekalipun kamu bersembunyi di atas mahligai atau benteng yang paling kuat.
Setiap manusia pasti mati kerana mati bermakna manusia kembali kepada asal kejadiannya. Ia berasal dari tanah, maka pastilah ia akan kembali menjadi tanah agar menjadi peringatan kepada manusia. Persoalan mati adalah suatu kejadian yang paling hebat, suatu kejadian yang tidak dapat dielakkan. Bila seseorang manusia itu mati, ia dikatakan kiamat kecil berlaku pada diri manusia kerana jasadnya menjadi busuk, dimakan cacing, tulang belulang menjadi hancur lebur kembali menjadi tanah dan roh telah keluar dari badan manusia. Rohlah yang menyebabkan kita hidup, boleh mendengar, melihat, berakal, merasai dan berfikir.
Kubur atau alam barzakh adalah sebagai tempat permulaan alam akhirat. Sebagaimana kesukaran manusia menghadapi keperitan saat nazak kematian, maka jenazah juga sekali lagi menghadapi kesukaran siksaan kubur di alam barzakh. Sebaik sahaja ahli keluarga dan sahabat handai selesai mengkebumikan dan dalam perjalanan pulang ke rumah maka dalam suasana yang gelap gelita dua malaikat iaitu Munkar dan Nakir datang menghampiri dan mendudukkan jenazah. Bagi jenazah yang beriman dan berbekalkan amal soleh serta ketakwaan yang unggul maka alam barzakh adalah suatu kerehatan yang damai. Tetapi bagi jenazah yang ingkar, sarat dengan beban dosa kerana melanggar perintah Allah SWT, maka alam barzakh adalah episod ngeri yang dipenuhi gelombang azab sengsara hingga datangnya hari kiamat. Mereka berkeadaan seperti orang yang lemas dalam air yang meraung meminta pertolongan.
Mimbar mengingatkan jemaah dan umat Islam sekalian bahawa pada akhir zaman ini, semakin kurang atau amat sedikit dari kalangan manusia yang bercakap tentang kematian, alam berzakh dan Mahsyar, kerana manusia sedang sibuk dengan pembangunan kerjaya dan kelazatan kehidupan dunia. Akhirnya mereka terkejut besar apabila malaikat Izrael datang dengan mencabut nyawanya. Saididna Ali r.a. telah berkata:
Manusia tidur lena, apabila kematian tiba baru dia terjaga dari tidurnya. Demikianlah orang yang tidak mengingati mati itu sentiasa dalam keadaan lalai atau bagaikan orang yang tertidur dia akan terkejut bila kematian datang secara mendadak.
Kesibukan mencari keseronokan dan kelazatan dunia merupakan penyumbang terbesar kelalaian manusia mengingati mati dan membuat persediaan menghadapi kematian. Sebagai contoh mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti penagih dadah sanggup melakukan apa saja termasuk mengambil ubat-ubat jalanan yang mengandungi dadah dan bahan-bahan terlarang yang tidak diluluskan oleh Kementerian Kesihatan bagi menambah lagi nikmat keseronokan. Perbuatan ini seolah-olah mengali lubang kubur sendiri.Mereka ini akan menanggung siksaan hidup dengan penyakit-penyakit kronik yang akhirnya membawa kepada kehancuran dan kematian.
Berdasarkan kajian JAKIM terdapat kelompok ajaran sesat tidak menerima hakikat kematian pemimpinnya. Mereka sering mendakwa keajaiban pemimpin yang kadangkala lebih hebat dari Rasulullah s.a.w. dan Khulafa’ al-Rasyidin. Dakwaan terbaru kumpulan ajaran sesat ini ialah pemimpin mereka yang silih berganti tidak akan mati sampai bila-bila, mereka hanya ghaib. Sebelum ini mereka mendakwa pemimpin mereka sering bertemu dan berbincang dengan Rasulullah s.a.w. dalam keadaan sedar untuk menerima arahan baru dari Rasulullah s.a.w. Ketaksuban kepada pemimpin dengan mendewa serta memujanya menjadi salah satu ciri ajaran sesat. Pendewaan ini berterusan sehingga kematian pemimpin tersebut. Pernah berlaku diluar negara terdapat mayat pemimpin di awet untuk dikekalkan jasadnya seterusnya di dewa dan di puja. Firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 185:
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Maka sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan tiadalah kehidupan di dunia ini melainkan kesenangan yang memperdayakan.
Menghadapi kematian pemimpin yang disayangi sememangnya amat perit dan sukar diterima. Kita perlu mencontohi sikap waras Abu Bakar RA ketika berhadapan dengan kewafatan nabi. Beliau memujuk Umar al-Khattab RA yang masih terkejut dengan pemergian Nabi Muhammad s.a.w. seraya bersabda:
Ketahuilah, sesiapa yang menyembah Muhammad s.a.w, maka sesungguhnya Muhammad telah wafat. Sesiapa yang menyembah Allah, maka sesungguhnya Allah sentiasa hidup tidak akan mati.
Persoalan tentang perkara ghaib misalnya mengenai kematian, alam barzakh, hari kiamat, syurga, neraka dan sebagainya adalah hak Allah S wT yang sama sekali tidak boleh dicerobohi oleh manusia atau malaikat. Islam menetapkan dasar akidah dan perkara ghaib adalah bersandarkan kepada dalil al-Quran dan hadith-hadith sahih. Dasar akidah yang bersumber qiyas, ilham manusia atau ramalan kosong seperti yang diamalkan oleh penegak ajaran sesat adalah ditolak. Para nabi dan malaikat yang mulia hanya dapat mengetahui sesetengah perkara ghaib setakat yang diizinkan oleh Allah SwT sahaja. Firman Allah SwT:
Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahui-Nya itu kepada sesiapa pun. Melainkan kepada sesiapa yang di redhai-Nya dari Rasul-Nya maka Ia mengadakan di hadapan dan di belakang mereka malaikat yang menjaganya.
Mengakhiri khutbah pada minggu ini, mimbar menyeru, insaflah dan sedarlah bahawa kematian merupakan perjalanan hidup yang tidak akan kembali lagi ke dunia yang fana ini. Kita sering bercakap tentang kematian rakan dan sahabat kita yang telah kembali menyahut seruan Ilahi. Bagaimanapun sayang sekali apakah kematian rakan-rakan kita itu telah menimbulkan keinsafan dan kesedaran untuk kita membuat persiapan serta menyediakan bekalan yang mencukupi menghadapi kematian yang pasti itu. Ingatlah dan sedarlah bahawa alam barzakh sentiasa menanti-nanti kehadiran kita dan sentiasa membuka pintunya untuk kita. Tidak kira di mana kita berada atau bila masanya kematian pasti mendatangi dan menjemput diri kita, Cuma persoalannya adakah kita sudah bersedia menghadapi kematian ini.
Sebagai renungan marilah sama-sama kita menghayati firman Allah SwT dalam surah Ali-Imran ayat 144:
Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul. Apakah kalau ia pula mati atau terbunuh, kamu berbalik ke belakang (murtad)? Dan sesiapa yang berbalik ke belakang maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikit pun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu).
(Khutbah Jumaat ini disediakamn oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM, untuk Masjid Putra dan Masjid Besi – Masjid Sultan Mizan,Putrajaya, pada hari ini)

SEJARAH KITA

Bila Dr Mahathir tidak belajar sejarah

Angkasanuri

Saya tak pasti kitab sejarah mana yang Tun Dr. Mahathir baca apabila beliau berkata Pas yang tertubuh hari ini diasaskan oleh bekas ulama yang sebelum ini berada di dalam Umno.
Beliau berkata demikian sebagai menghangatkan spekulasi penyertaan 100 'ulama' yang akan masuk secara borong ke dalam Umno esok.
Untuk makluman Dr. Mahathir sewaktu mengambil subjek sejarah di sekolah dahulu saya tidak pernah dapat gred A- ke bawah.
Minat dalam subjek sejarah menyebabkan saya membuat pengkhususan dalam subjek sejarah semasa di universiti walaupun kerjaya saya sekarang tidak lagi berkaitan dengan subjek sejarah.
Bukan nak bangga diri tetapi sekadar nak beritahu bahawa beliau mungkin boleh kelentong penyokong Umno tegar tetapi bukan generasi seperti saya.
Tidak pernah pun saya terbaca dalam mana-mana kitab sejarah bahawa tokoh-tokoh terulung yang mengasaskan penubuhan Pas seperti Ustaz Abu Bakar Al Baqir, Dr. Burhanudin Al Helmy,Dr. Hj Abbas Alias Ustaz Ahmad Fuad dan ramai lagi yang mengisi borang menjadi ahli Umno.
Mereka terdiri daripada golongan yang mendapat didikan di Timur Tengah yang digelar sebagai Kaum Muda yang berjuang secara konsisten menentang penjajah British.
Mereka mengasaskan institusi pendidikan untuk mendidik anak bangsa tentang Islam sebenar seperti Ehya Al sharif di Gunung semanggol yang disifatkan oleh British sebagai 'bahaya dari gunung'.
Kronologi kisahnya panjang tetapi sehingga hari ini tokoh-tokoh ulama yang mengasaskan Pas tidak sama sekali 'kebulur' untuk menjadi ahli Umno. (Harakah online24 Jun 2010)

BENARKAH BEGITU?
Saya bertanya dalam hati sendiri, “benarkah penulis artikel di atas ini, dalam Harakah, semalam, seorang bekas mahasiswa jurusan sejarah?”, kerana tulisannya seperti tulisan orang tidak menuntut ilmu sejarah.
Memang benar seperti kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bahawa PAS ditubuhkan oleh ulama bekas ahli UMNO dan saya kira bekas PM itu lebih betul dari penulis Angkasanuri.
PAS ditubuhkan dalam kongres Alim Ulama – ketiga - , anjuran UMNO, di Kelab Melayu, Butterworth, pada tahun 1951. Kongres pertama di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur dan kongres kedua, di Kota Tinggi, Johor, dirasmikan oleh (datuk kepada PM Najib Tun Razak), Allahyarham Dato’ Haji Mohd. Noah bin Omar, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Johor.
Haji Ahmad Fuah bin Hassan, ahli UMNO dan Pengerusi Jawatankuasa Khas Agama Islam dalam UMNO (mengganti tempat Sheikh Abdullah Fahim).Dia berasal dari Manong, Kuala Kangsar, Perak dan guru agama, di Madrasah Al Masriah, Bukit Mertajam.
Bersama beliau menubuhkan PAS, beberapa orang ulama lagi, di antara mereka itu, Ustaz Haji Ahmad Maliki bin Haji Ahmad (Kepala Bata, Seberang Perai), Haji Hussein Ce’ Dol dan Haji Abdul Rahman Merbuk (Kedah), Haji Ahmad bin Tuan Hussein (Pokok Sena, Seberang Perai).
Ustaz Abu Bakar Al Baqir, bekas Yang Dipertua parti Hizbul Muslimin, adalah murid kepada Sheikh Abdullah Fahim dan Dr. Burhanuddin Helmi tidak terlibat dengan alim ulama yang menubuhkan PAS.
Idea asal untuk menubuhkan sebuah parti Islam, ialah oleh Sheikh Abdullah Fahim, pada ketika Allahyarham pengerusi Jawatankuasa Khas Agama Islam dalam UMNO, tetapi tidak berhasi, kerana beliau meninggalkan jawatankuasas tersebut. Idea itu tinggal menebal dalam otak beberapa orang ulama dalam UMNO, Haji Ahmad Fuad bin Hassan, Haji Ahmad Maliki bin Haji Ahmad, Haji Ahmad Badawi bin Haji Abdullah dan beberapa orang lagi.
Kongres ulama itu diadakan dengan tujuan hubungan UMNO dengasn Raja – Raja Melayu tidak ‘berpatah arang’ dan ‘ berkerat rotan’, kerana pada masa itu Yang Dipertua UMNO, Dato’ Onn Jaafar bertelagah (krisis) dengan Raja – Raja Melayu ekoran dari isu Dato’ Onn menghantrar memorandum kepada Raja – Raja Melayu dan Kerajaan Inggeris, agar dilantik seorang anak Melayu untuk memegang jawatan Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu.
Raja – Raja Melayu menentang dengan alas an ‘ jika Pesuruhjaya Tinggi dari anak Melasyu, bererti si anak Melayu berkedudukan lebih tinggi dari Raja Melay’, tetapi orang Inggeris tidak mengapa.
Antara sebab – sebab PAS ditubuhkan oleh para ulama ahli UMNO (pada hari penubuhan itu mereka masih ahli UMNO dan belum disingkirkan dari UMNO), Ialah:
* UMNO atau PEKEMBAR, menolak Negara Islam (seperti yang diperjuangkan oleh Hizbul Muslimin). UMNO tetap mempertahankan Ketuanan Melayu dan Raja Melayu’, bertapak atas nasionalis Melayu dan berdasarkan kapitalis.
* UMNO menolak cita – cita perjuangan Hizbul Muslimin dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya PKMM), iaitu: Satu Negara; Negara Melayu, satu bangsa; Bangsa Melayu, satu bahasa; bahasa Melayu, Agama Islam; Agama Negara.
* Dato’ Onn adalah pegawai tinggi kerajaan Inggeris bertaraf Menteri Dalam Negeri, bertanggungjawab bersama Pesutuhjaya Tinggi Brisith, Sir Edward Geme (keputusan Kerajaan Inggeris di London kerana takutkan gerakan Islam dan gerakan komunis di Tanah Melayu) mengistiharkan Undang – Undang Darurat pada 17 Jun 1948.
Dengan kuat kuasa Undang _ Undang Darurat berates – ratus pejuang kemerdekaan Tanah Melayu , termasuk Ustaz Abu Bakar Al Baqir dan Ishak Haji Muhammad), ditangkap dan ditahan dalam khemah tahanan.Di antara mereka di tahan, di Jil Pudu, Batu Gajah, Kelian Pauh Taipin,Pulau Jerjak, Ipoh dan Tajung Berus Melaka. – mokhtar petah.

MELAYU WAJIB BERSATU

PERPADUAN MELAYU

Dia (Allah) telah menurunkan keterangan – keterangan yang jelas kepada hamba - Nya (Muhammad s.a.w.) untuk mengeluarkan kalian dari kegelapan kepada cahaya yang terang dan sesungguhnya Allah itu Petunjuk dan Penyayang kepada kalian. - Al Hadid: 9.
Orang Melayu boleh menjadi bangsa yang kuat dan disegani oleh umat manusia di seluruh dunia, hanyalah jika ditangan mereka ada kuasa Melayu (Malay power). Kuasa Melayu tidak akan diperolehi sampai bila – bila, selagi orang Melayu tidak mengikut petunjuk Allah dalam Quran, iaitu tidak berpecah belah – bersatu padu di bawah kalimah Allah.
Ketuanan Melayu tidak penting, kerana ketunanan itu satu warisan dari bangsa Arab kuno sebelum Islam, iaitu 'Syed atau tuan' yang mengusai orang - orang miskin dari bangsa mereka sendiri. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka sebelum 1511 dan zaman Sutan Abdullah di Perak sebelum 1874, telah wujud Ketuanan Melayu. Ketuanan Melayu itu telah memberi peluang kepada golongan Istana dan peodal (ketuanan) Melayu memperhambakan orang ramai Melayu yang miskin atau marhein.
Orang Melayu boleh bersatu – padu, jika semua organisasi politik Melayu, UMNO (berpegang kepada kebangsaan Melayu) dan PAS (berpegang kepada Islam sebagai amalan dalam semua bidang kehidupan insan), ketepikan sentimen politik dan mengorbankan pegangan tidak mengikut Islam dan sama – sama berepegang kepada Islam sebagai dasar hukum dan amalan dalam kehidupan negara dan rakyat.
Maka, jika benar orang Melayu mahu bersatu - padu dan mendapat kembali kuasa Melayu (Malay power), maka UMNO dan PAS hendaklah membuangkan yang keruh dan ambil yang jernih; saling bekerjasama dalam semua bidang.
Saya yakin, jika orang Melayu tidak bersatu - padu, dalam tempoh 10 hingga 20 tahun sahaja lagi, bangsa Melayu akan hilang. Bukan hilang kerana ribut dan banjir seperti maksud Quran di atas ini, tetapi kerana corak politik yang berbeza dengan corak politik UMNO dan PAS, akan melanda dan akan menjadi besi waja kekuatan bangsa lain menguasai negara pusaka bangsa Melayu ini.
Bagaimana nasib UMNO dan PAS di pulau Singapura yang kuat pada masa belum kuasa bangsa lain yang membawa basi waja politik sosio - demokrsi ke pulau pusaka bangsa Melayu itu?
Najib Tun Razak, Muhyiddin Yassin, Haji Hadi Awang, Nik Aziz dan Anwar Ibrahim bertanggung jawab atas menyatu padukan orang Melayu. Mereka perlu kembali kepada firman Allah, ' berpegang teguh pada tali Allah (berpadu) dan jangan berpecah belah'.(mp).

MENARIK HATI

Ada di antara umat manusia itu, individu yang perkataannya tentang kehidupan di dunia ini, amat menarik hati(terpengaruh) anda, dan dipersaksikan kepada Allah apa yang ada dalam hatinya, sedangkan dia, adalah musuh (Allah dan musuh anda) yang paling keras. – al Baqarah: 204
Dan di antara umat manusia itu ada individu yang mengorbankan dirinya (ertinya sanggup mati dan memnafkahkan wang dan hartanya pada jalan Allah) untuk mencari keredaan Allah. Dan Allah itu lemah lembut terhadap hamba – hamba – Nya. – al Baqarah: 207

Nota: Pada masa ini, sebilangan manusia berusaha dan berjuang pada jalan Allah. Melakukan amalan baik untuk kehdupan dunia dan kehidupan akhirat, tetapi ada segolongan mamnusia pula yang mempengaruhi mereka dengan mengajak mereka kepada kehidupan di dunia secara kapitalis, sosialis, komunis dan sebagainya
Apabila sebilangan manusia itu tidak mahu mengikut atau tiak terpengaruh dengan ajakan mereka, maka, mereka menuduh golongan itu dengan berbagai – bagai cara dan melaungkan pula ada sebilangan ulama Islam menyokong mereka. Kononnya, merekalah yang betul dan benar.
Pada zaman ini menuntut manudia berilmu pengetahun dan intelektual dan tidak buta hati dengan hidayat dan taufik yang dikurniakan Allah.

Thursday, June 24, 2010

ULAMA DAN UMNO

HIDAYAT: "Orang buta huruf pun..."

Tindakan 100 ulama berpendidikan tinggi termasuk mempunyai Phd yang didakwa akan menyertai Umno Jumaat ini bukan sesuatu yang pelik, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Pada zaman Rasulullah s.a.w dahulu, katannya, ahli kitab juga tidak bersama Islam.
"Tak pelik, zaman Nabi dulu ahli kitab, tak masuk Islam pun. Ori...entalis, buat pengajian agama Islam, tapi tidak masuk Islam pun," katanya ketika ditemui di parlimen hari ini.
Mengulas lanjut beliau berkata, isu sebenar bukan tahap pendidikan, tetapi persoalan hidayah.
"Masalah ini masalah hidayah, orang buta huruf pun kalau dapat hidayah, akan bersama Islam," katanya lagi.
Jika benar dakwaan laman web Umno berhubung perkara itu, Tuan Guru berkata, ulama tersebut membuat sesuatu yang bercanggah dengan pengajian mereka.
Ulama, jelasnya mesti mempelajari tentang Islam dengan berpandukan al-Quran dan Hadis dan semestinya tahu membuat perbezaan baik buruk.
"Kalau dia mengaji matang, rujuk al-Quran dan Hadis, dia boleh menilai mana parti yang berjuang ikut al-Quran dan Hadis," jelasnya.
Yang lebih penting katanya, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri pernah melabelkan ulama Umno sebagai penakut kerana menolak debat politik dengan PAS.
"Dr Mahatir dalam ucapannya tahun 1995 ketika himpunan bahagian-bahagian Umno, sebut ulama Umno penakut.
"Mereka tahu mana betul mana salah, tapi kerana mengejar kepentingan dunia," katanya.
Ulama Umno juga, jelas Tuan Guru, menyokong siapa sahaja pemerintah, bukan berdasarkan siapa benar, siapa salah. - Lapor: Abdul Fatah Karim.

MELAYU WAJIB BERSATU

PERPADUAN MELAYU

Dia (Allah) telah menurunkan keterangan – keterangan yang jelas kepada hamba - Nya (Muhammad s.a.w.) untuk mengeluarkan kalian dari kegelapan kepada cahaya yang terang dan sesungguhnya Allah itu Petunjuk dan Penyayang kepada kalian. - Al Hadid: 9.
Orang Melayu boleh menjadi bangsa yang kuat dan disegani oleh umat manusia di seluruh dunia, hanyalah jika ditangan mereka ada kuasa Melayu (Malay power). Kuasa Melayu tidak akan diperolehi sampai bila – bila, selagi orang Melayu tidak mengikut petunjuk Allah dalam Quran, iaitu tidak berpecah belah – bersatu padu di bawah kalimah Allah.
Ketuanan Melayu tidak penting, kerana ketunanan itu satu warisan dari bangsa Arab kuno sebelum Islam, iaitu 'Syed atau tuan' yang mengusai orang - orang miskin dari bangsa mereka sendiri. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka sebelum 1511 dan zaman Sutan Abdullah di Perak sebelum 1874, telah wujud Ketuanan Melayu. Ketuanan Melayu itu telah memberi peluang kepada golongan Istana dan peodal (ketuanan) Melayu memperhambakan orang ramai Melayu yang miskin atau marhein.
Orang Melayu boleh bersatu – padu, jika semua organisasi politik Melayu, UMNO (berpegang kepada kebangsaan Melayu) dan PAS (berpegang kepada Islam sebagai amalan dalam semua bidang kehidupan insan), ketepikan sentimen politik dan mengorbankan pegangan tidak mengikut Islam dan sama – sama berepegang kepada Islam sebagai dasar hukum dan amalan dalam kehidupan negara dan rakyat.
Maka, jika benar orang Melayu mahu bersatu - padu dan mendapat kembali kuasa Melayu (Malay power), maka UMNO dan PAS hendaklah membuangkan yang keruh dan ambil yang jernih; saling bekerjasama dalam semua bidang.
Saya yakin, jika orang Melayu tidak bersatu - padu, dalam tempoh 10 hingga 20 tahun sahaja lagi, bangsa Melayu akan hilang. Bukan hilang kerana ribut dan banjir seperti maksud Quran di atas ini, tetapi kerana corak politik yang berbeza dengan corak politik UMNO dan PAS, akan melanda dan akan menjadi besi waja kekuatan bangsa lain menguasai negara pusaka bangsa Melayu ini.
Bagaimana nasib UMNO dan PAS di pulau Singapura yang kuat pada masa belum kuasa bangsa lain yang membawa basi waja politik sosio - demokrsi ke pulau pusaka bangsa Melayu itu?
Najib Tun Razak, Muhyiddin Yassin, Haji Hadi Awang, Nik Aziz dan Anwar Ibrahim bertanggung jawab atas menyatu padukan orang Melayu. Mereka perlu kembali kepada firman Allah, ' berpegang teguh pada tali Allah (berpadu) dan jangan berpecah belah'.(mp).

TITIK - TITIK SEJARAH

KEPALA BATAS
TAPAK PERJUANGAN ULAMA
MENUNTUT KEMERDEKAAN

Kata-kata falsafah orang Melayu; “tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain”. Kepala Batas bukan sahaja tempat bermain dan tempat ‘orang berpadu kasih’, bahkan bumi bertuah itu adalah tempat pertemuan para pejuang kemerdekaan pada masa silam. Atas bumi itulah bergema suara orang Melayu dari berbagai peringkat dan golongan – pelajar, ulama,.petani, buruh peniaga kecil dan kaki tangan kerajaan Inggeris menjerkah suara keramat ‘merdeka’.
Setelah Abdullah Ahmad Badawi melonjak naik - Timbalan Perdana Menteri hingga menduduki kerusi Perdana Menteri Malaya -, saya sering datang ke Kepala Batas. Saya telah melihat kawasan sekitar; sekolah Daeratul Maariful Wataniah yang dulunya menjadi seperti universiti tempat saya mempelajari ilmu pengetahuan Islam, Sains Politik Islam, Sains Sosial Islam, kemanusiaan dan alam maya ini..
Masjid yang dulunya tempat saya berguru kepada Sheikh Abdullah Fahim. Rumah kediaman ulama itu bersama puteranya Haji Ahmad Badawi dan cucunya Abdullah sering saya kunjungi.
“KALAU HANG JADI MENANTU OGHANGB SINI,
UBI KEMILI , IKAN KELI, GHUAN, NI ...,LA
HANG DUKMAKAN HAGHI – HAGHI ...”
Pekan Kepala Batas tempat saya membeli biskut lutut untuk ganti nasi. Di belakang Permatang Bertam tempat saya sering kunjung. Di sana ada kebun tanaman. Saya sering makan ubi kemili rebus dengan kelapa berparut sering menikmati ikan keli bakar dan ikan haruan gulai lemak cili api.
“Kalau hang jadi menantu oghang sini, ubi kemili, ikan keli, ghuan ni ...la, hang duk makan haghi-haghi ... ,” seorang ibu kepada gadis jelita telah berkata kepada saya.
Terbayang wajah-wajah petani yang kini telah tiada; dulu sering memberi kepada saya ikan haruan dan keli, ubi kemili dan kuih muih – cucur kodok dan pengat ubi keledek. Semuanya menjadi kenangan bagi diri saya. Sedih rasa hati, lara memamah jiwa, bila mengenangkan guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan yang telah pergi ke alam abadi. Pergi meninggalkan saya dan tidak kembali lagi.
SEMANGAT SAYA DIBAKAR,
TERBAKAR DAN MEMBAKAR
Dalam sedih dan lara begitu, saya tidak tersedar air membenak dua telaga mata saya sendiri. Air jernih itu lalu tumpah dan luruh ke bumi. Lalu hati yang dewasa dan dimakan usia melagukan puisi begini:
Mana kawan dulu sama berjuang,
Berani mati demi agama Islam,
Demi membela bangsa,
Pertiwi bumi pusaka.

Kini, aku berdiri di sini,
Di tengah umat yang merdeka,
Lalu hati tertanya jua,
Adakah mereka kenangkan anda semua?

Atas keupayaan sebagai seorang penulis dan daya seorang manusia yang telah menimba banyak pengetahuan dan pengalaman di Kepala Batas, maka jiwa dan semangat saya ‘dibakar, terbakar dan membakar’, pada ketika menapak di bumi bertuah peninggalan guru saya. Dengan hati yang terbakar dan membakar, saya terkenangkan warna warni masyarakat dan ke manusiaan di bumi Kepala Batas pada tahun-tahun pendakian bangsa kita ke alam kemerdekaan.
SEBAGAI MANUSIA
DENGAN SIFAT – SIFAT KEMANUSIAANNYA
Pengetahuan yang saya pungut dan pengalaman yang saya timba di bumi bertuah itu, telah menjadikan diri saya manusia yang cintakan negara ini dan menghargai kemerdekaannya. Seperti tulisan pengamat revolusi umat Indonesia, Prof. Dr. R. Soagarda Poerbakawaja , “Kerana hanya manusia merdeka yang dapat mempunyai perasaan sebagai manusia dengan segala hak dan kemampuannya, sebagai manusia dengan sifat-sifat kemanusiaannya yang membezakannya dari makhluk-makhluk Tuhan lainnya.”
Mungkin para anak watan Malaysia yang lahir selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan tidak terasa bertapa jerih, derita dan sengsaranya mereka yang telah berjuang menuntut kemerdekaan. Ada yang patah di pertengahan jalan. Ramai terseksa dalam khemah tahanan atau penjara penjajah. Tidak sedikit pula suami dan isteri yang bercerai. Dapat dibilangkan pula mereka yang telah menjadi sasau dan ada yang dilontar ke Tanjung Rambutan, Perak, atau Tampoi, Johor. Mereka dianggap sebagai orang gila.
Mungkin ada di antara anak-anak watan Malaysia menganggap ‘tidak sukar menuntut kemerdekaan’ seperti mereka menganggap ‘tidak sederita mana ibu mereka mengandung dan melahirkan mereka’.
TIUPAN SERUNAI
BUDAYA CINTA MERENTAS SEMPADAN
Artikel ini satu catatan pengalaman saya dengan berharap setiap individu orang Melayu pada hari ini , dapat merasakan, bahawa Kepala Batas bukanlah kawasan gersang laksana gurun pasir, tetapi ia adalah bumi subur yang dianugerahkan oleh Allah. Bumi tempat membesar seorang kanak-kanak pintar yang kemudian menjadi pemimpin kita, Abdullah Ahmad Badawi. Pemimpin yang berjuang dengan serampang tiga mata: Negara bertuah. Bangsa berdaulat dan Agama Islam penyelamat manusia dunia dan akhirat.
Abdullah Ahmad Badawi melaungkan suara hati kepada rakyat bumi merdeka ini dengan sajaknya:
Kita sulam pencakar langit dengan jernih susu kemanusiaan,
Anyamkan cita-cita Alfred Nobel dengan puisi Jalaluddin Rumi,
Bagai kembang kemboja keamanan pada kubur rasanya perang,
Tiupkan serunai budaya cinta merentas sempadan,
Sambil memacak panji-panji di puncak khairul ummah, Cemerlang, gemilang, terbilang.

Kepala Batas terkenal di seantero dunia. Ia terkenal kerana puteranya telah menyulam pencakar langit zaman dengan susu kemanusiaan. Beliau terkenal dengan sanjungan pemimpin dunia yang memperjuangkan kemanusiaan sejagat. Suaranya melaungkan keamanan di mana-mana. Jerkahnya untuk meredakan penindasan bergema dalam gedung PBB dan ke seluruh dunia. Semuanya itu adalah bermula dari bumi Kepala Batas yang bertuah.
Kita semua pengembara dalam perjuangan. Pengembara ke alam abadi, maka saya memohon sudi kiranya (Mukmin dan mukminah) membaca fatihah sekadar sekali untuk para pejuang kemerdekaan di bumi Kepala Batas dan seluruh bumi Malaysia yang telah pergi meninggalkan kita dan tidak akan kembali lagi. – mokhtar petah

QURAN

AMANAH

Sesungguhnya Allah memerintahkan kalian supaya menyerahkan segala jenis amanah (Amanah wajib dipelihara. Orang yang tidak memelihara dan tidak memunaikan amanah, adalah pengkhianat dan tidak boleh dipercayai) kepada ahlinya (yang berhak menerima).Dan apabila kalian menjalankan hukum (perintah dan memutuskan sesuatu keputusan perbiacaraan) di antara umat manusia, kalian menghukum dengan adil. Sesungguhnya (perintah Allah) itu memberi pengajaran yang sebaik – baiknya kepada kalian. Sesungguhnya, Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat. – An Nisa:58

Wednesday, June 23, 2010

PENJARA PUDU

ROBOHLAH PENJARA PUDU

Apa erti sebuah penjara lama,
Hanya nerak dunia,
Bagi ribuan penjenayah,
Bersalah atau disalah tanpa salah.

Mungkin di neraka itu juga,
Digantung mati pejuang kemerdekaan kita,
Ulama junjung Quran mulia,
Kerana Inggeris anggap derhaka.

Dato' Bandar dan pak menteri bangga,
Penjara tua musnah,
Hanya tinggal bumi rata,
Para kapitalis ketawa dalam selera.

Penjara Pudu peninggalan penajajah,
Laksana istana para Raja,
Sekolah, musium, mahkamah juga gerej,
Wajah bangun ada hikmah bagi kita.

Bangunan pencakar langir ganti penjara pudu,
Simbul kapitalis di Tanah Melayu,
Kita, putera puteri bumi ini,
Akan mengemiskah di bawah redupnya?

Bukit Belacan .............Mokhtar Petah

MELAYU WAJIB BERSATU

PERPADUAN MELAYU

Dia (Allah) telah menurunkan keterangan – keterangan yang jelas kepada hamba - Nya (Muhammad s.a.w.) untuk mengeluarkan kalian dari kegelapan kepada cahaya yang terang dan sesungguhnya Allah itu Petunjuk dan Penyayang kepada kalian. - Al Hadid: 9.
Orang Melayu boleh menjadi bangsa yang kuat dan disegani oleh umat manusia di seluruh dunia, hanyalah jika ditangan mereka ada kuasa Melayu (Malay power). Kuasa Melayu tidak akan diperolehi sampai bila – bila, selagi orang Melayu tidak mengikut petunjuk Allah dalam Quran, iaitu tidak berpecah belah – bersatu padu di bawah kalimah Allah.
Ketuanan Melayu tidak penting, kerana ketunanan itu satu warisan dari bangsa Arab kuno sebelum Islam, iaitu 'Syed atau tuan' yang mengusai orang - orang miskin dari bangsa mereka sendiri. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka sebelum 1511 dan zaman Sutan Abdullah di Perak sebelum 1874, telah wujud Ketuanan Melayu. Ketuanan Melayu itu telah memberi peluang kepada golongan Istana dan peodal (ketuanan) Melayu memperhambakan orang ramai Melayu yang miskin atau marhein.
Orang Melayu boleh bersatu – padu, jika semua organisasi politik Melayu, UMNO (berpegang kepada kebangsaan Melayu) dan PAS (berpegang kepada Islam sebagai amalan dalam semua bidang kehidupan insan), ketepikan sentimen politik dan mengorbankan pegangan tidak mengikut Islam dan sama – sama berepegang kepada Islam sebagai dasar hukum dan amalan dalam kehidupan negara dan rakyat.
Maka, jika benar orang Melayu mahu bersatu - padu dan mendapat kembali kuasa Melayu (Malay power), maka UMNO dan PAS hendaklah membuangkan yang keruh dan ambil yang jernih; saling bekerjasama dalam semua bidang.
Saya yakin, jika orang Melayu tidak bersatu - padu, dalam tempoh 10 hingga 20 tahun sahaja lagi, bangsa Melayu akan hilang. Bukan hilang kerana ribut dan banjir seperti maksud Quran di atas ini, tetapi kerana corak politik yang berbeza dengan corak politik UMNO dan PAS, akan melanda dan akan menjadi besi waja kekuatan bangsa lain menguasai negara pusaka bangsa Melayu ini.
Bagaimana nasib UMNO dan PAS di pulau Singapura yang kuat pada masa belum kuasa bangsa lain yang membawa basi waja politik sosio - demokrsi ke pulau pusaka bangsa Melayu itu?
Najib Tun Razak, Muhyiddin Yassin, Haji Hadi Awang, Nik Aziz dan Anwar Ibrahim bertanggung jawab atas menyatu padukan orang Melayu. Mereka perlu kembali kepada firman Allah, ' berpegang teguh pada tali Allah (berpadu) dan jangan berpecah belah'.(mp).

QURAN

MUSUH ISLAM

Sesungguhnya Kami mengurniakan anda (Muhammad s.a.w.) kebaikan yang banyak. Sebab itu sembahlah Penguasa (Allah) anda dan berkorbanlah (dengan harta benda, seperti zakat). Sesungguhnya musuh anda menjadi putus (Musuh – musuh Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. itu akan menderita kekalahan, binasa dan putus harapan).
– al Kauthar: 1 – 3.

Tuesday, June 22, 2010

PENJARA PUDU

ROBOHLAH PENJARA PUDU

Apa erti sebuah penjara lama,
Hanya nerak dunia,
Bagi ribuan penjenayah,
Bersalah atau disalah tanpa salah.

Mungkin di neraka itu juga,
Digantung mati pejuang kemerdekaan kita,
Ulama junjung Quran mulia,
Kerana Inggeris anggap derhaka.

Dato' Bandar dan pak menteri bangga,
Penjara tua musnah,
Hanya tinggal bumi rata,
Para kapitalis ketawa dalam selera.

Penjara Pudu peninggalan penajajah,
Laksana istana para Raja,
Sekolah, musium, mahkamah juga gerej,
Wajah bangun ada hikmah bagi kita.

Bangunan pencakar langir ganti penjara pudu,
Simbul kapitalis di Tanah Melayu,
Kita, putera puteri bumi ini,
Akan mengemiskah di bawah redupnya?

Bukit Belacan .............Mokhtar Petah

TITIK - TITIK SEJARAH

KETUANAN MELAYU

Pada abad orang Melayu mencari erti ‘Ketuanan Melayu’, ‘kuasa Melayu’ dan ‘Melayu bangsa terjulang di langit zaman’ ini, maka negeri Melaka dan negeri Perak – Pasir Salak tidak lagi menjadi dataran tempat mengenang keunggulan kuasa Melayu, kerana dua negeri itu telah menjadi padang rumput tempat tumpah air mata orang Melayu, kerana bumi mereka dijajah oleh penjajah Belanda, Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun.

Negeri Melaka dan Perak – Pasir Salak hanya tempat mengenang betapa ‘tulang berserakan’, ‘darah membasahi bumi’ dan ‘air mata berladung, menitik lalu tumpah membasahi tanah subur’ kerana Raja dan Orang Besarnya. Darah, tulang dan air mata orang Melayu kerana menentang penjajah tetapi kecundang kerana bumi pusaka mereka terlepas ke tangan orang lain.

Jangan salahkan ibu mengandung,

Usah diungkit bapa pemirah,

Kerana Raja hilang punca,

‘Beraja di mana bersultan di hati’.

Apa diratap nasib diri,

Memang kita keturunan mulia,

Tapi dik penjajah berkuasa,

Di bumi sendiri menjadi hamba.

Apa ditampi nyiru di huma,

Padi telah menjadi lalang,

Kita berbudi orang merasa,

Kita kebulur orang kenyang,

Tanah sebidang milik orang,

Anak cucu jadi hamba orang.

Kini kita membina dalam minda kita; bahawa Kepala Batas adalah secebis dari bumi Melayu yang menjadi tempat mulanya orang Melayu mendapat ruang untuk membela diri mereka. Tempat menaikkan nama menjadi bangsa yang berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan semua bangsa di dunia ini.

MUALIM TERKENAL

Di bumi Kepala Batas inilah bermulanya ‘reformasi’ perjuangan orang Melayu setelah kejatuhan Malaka dan Pasir Salak serta beberapa negeri di Tanah Melayu ini. Reformasi berdasarkan ajaran agama Islam itu mula ditarbiahkan oleh seorang mualim terkenal, Sheikh Abdullah Fahim kepada para pelajarnya di institusi pondoknya yang kini terkenal dengan nama besar, Daeratul Maariful Wataniah.

Selain ajaran membebaskan diri dari penjajah Inggeris, di dedah dan disebarkan kepada pelajar-pelajarnya, Sheikh Abdullah Fahim telah mentarbiahkan mereka dengan daya fikir dan semangat untuk membebaskan diri dari belenggu penjajah kepada individu-individu dari masyarakat Kepala Batas yang mengaji kepadanya di masjid – masjid atau mendengar ucapannya di mana-mana.

Ajaran itu telah diamalkan oleh semua bekas pelajar yang kembali ke kampung halaman mereka di seluruh Tanah Melayu ini. Di antara mereka itu, ialah Ustaz Abu Bakar Al Baqir yang telah menubuhkan parti Islam pertama di Tanah Melayu, iaitu Hizbul Muslimin di Gunung Semanggol, Perak, pada bulan Mei 1945.

TOKOH ILMUAN

Elok dinyatakan di sini, iaitu sekitar tahun 1924 dan 1926, Sheikh Abdullah Fahim telah bersahabat rapat dengan dua orang tokoh ilmuwan dan pengarang Melayu, iaitu Sheikh Tahir Jalaluddin dan Syed Sheikh Al Hadi, penerbit dan pengarang majalah Al Imam di Pulau Piang.

Setelah negara kita mencapai kemerdekaan, Sheikh Abdullah Fahim memegang jawatan Mufti Kerajaan Pulau Pinang. Anaknya, Haji Ahmad Badawi naik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri, ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) dan Pemangku Ketua Menteri Pulau Pinang.

Putera Sheikh Tahir Jalaluddin, bekas Naib Canselor Universiti Sains Malaysia, Tun Hamdan Sheikh Tahir telah diangkat ke takhta Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang. Kemudian dengan ketentuan Allah, cucu Sheikh Abdullah Fahim, Abdullah Haji Ahmad Badawi terjulang ke atas sebagai Perdana Menteri Malaysia.

BEKAS PELAJAR

Pada bulan Oktober 1945, bertempat di hotel FMS, Ipoh, beberapa orang bekas pelajar Sheikh Abdullah Fahim, bersama Ishak Haji Muhammad, Dr. Burhanuddin dan Mukhtaruddin Lasso (dari Indonesia) telah menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan kemudian wujud Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS).

Apabila Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) atau United Malays National Organisation (UMNO) ditubuhkan pada tahun 1946, sebilangan ulama telah menyertai UMNO, maka Sheikh Abdullah Fahim ikut menyertai parti politik orang Melayu itu. Allahyarham adalah ahli pertama parti politik tersebut di Pulau Pinang. Kemudian Allahyarham dipilih memegang tanggungjawab sebagai ‘Pengerusi Jawatankuasa Khas Agama Islam’ dalam UMNO. Jawatan kuas itu menjadi tenaga penasihat hal ehwal agama Islam kepada parti politik orang Melayu tersebut.

Menilai dari segi sejarah Alam Melayu, bahawa Hizbul Muslimin dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang telah ditubuhkan selepas Kesatuan Melayu Muda (KMM), pimpinan Ibrahim Yaacob, adalah menjadi politcal pilot kepada penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) atau United Malaysia Nasional Organisation (UMNO).

MENUNTUT KEMERDEKAAN

Dato’ Onn Jaafar dan beberapa orang berpendidikan Inggeris telah mendapat kesedaran betapa derianya orang Melayu di bawah kuasa penjajah Inggeris. Manakala sebilangan orang Melayu yang berpendidikan dari institusi pengajian tinggi di Barat, tidak yakin yang orang Melayu boleh merdeka. Ada di antara mereka telah merendah-rendahkan orang Melayu yang berjuang menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.

Mereka telah mengeluarkan kata-kata kesat yang boleh melemahkan orang Melayu yang berjuang. Di antara kata-kata itu:

“Macam mana orang Melayu nak merdeka, nak buat jarum pun tak tahu.”

“Kalau merdeka pun, sudahnya mati kebulur.”

“Kalau tak ada orang putih, orang Melayu mati tak makan.”

“Kalau merdeka, orang putih dah tak ada, kita tak makan mentegalah, jawabnya.”

Pada masa itu, mereka yang insaf dan rasa menderita di bawah penjajah Inggeris dan berjuang menuntut kemerdekaan adalah terdiri dari para guru agama, pelajar sekolah agama (rakyat) dan pondok, guru Melayu, peniaga kecil, petani, nelayan, buruh, penarik beca dan lain.

PENARIK BECA

Apabila Dato’ Onn Jaafar menganjurkan kongres orang Melayu menentang gagasan Malayan Union oleh penjajah Inggeris, pada 1, 2, 3 dan 4 Mei 1946, maka sebilangan kecil sahaja dari mereka yang berpendidikan Barat yang menyertai kongres itu. Yang ramai adalah dari golongan guru agama hingga ke penarik beca seperti yang telah saya nyatakan di atas.

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) telah menghantar paling ramai Wakil dan pemerhatinya ke perhimpunan menentang Malayan Union itu, iaitu 22 orang. Di antara mereka lepasan sekolah Melayu yang menyertai Perhimpunan Orang Melayu Menentang Malayan Union itu, ialah Abdul Ghafar Baba, kemudian menyertai UMNO dan sebelum meninggal dunia, memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia; Datuk Abdul Aziz Tapa (Melaka) kemudian menyertai UMNO dan dipilih memegang tugas sebagai ahli Dewan Undangan Negeri dan anggota Exco Kerajaan Negeri Melaka.

Antara para bekas pelajar sekolah agama rakyat, ialah Haji Hassan Yunus, bekas pelajar Maahad Ehyausy Syarif, Gunung Semanggol, Perak dan mufti Negeri Johor, Dato’ Haji Hassan Yunus (Setelah Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, dia telah memegang jawatan Menteri Besar negeri itu. Dia adalah Menteri Besar pertama setelah merdeka.), Haji Ahmad Abdul Malik (Ahmad Maliki) dan Haji Ahmad Scor , Pajak Song.

AGAMA ISLAM

Semenjak tahun 1946 hingga pada tahun-tahun saya tinggal di Kepala Batas, saya mendapati orang Melayu yang berpelajaran – sama ada berpendidikan Inggeris, Melayu mahupun agama Islam telah sama-sama menyertai perjuangan menuntut kemerdekaan. Ada yang menyertai UMNO dan ada yang menyertai PAS. Tetapi mereka mempunyai matlamat yang sama, iaitu merdekakan Tanah Melayu, bangsa dan agama.

Seorang mualim dari Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Ali Baladram, pada ketika berucap dalam satu majlis ihtifah (perayaan tahunan) Daeratul Maariful Wataniah telah mengeluarkan pendapat (mungkin fatwanya), bahawa setiap orang Islam mesti menyokong perjuangan menuntut kemerdekaan negaranya, kalau tidak mereka itu terhitung dari orang-orang yang berdosa.

Para petani sekitar Kepala Batas khasnya dan Seberang Perai amnya, apabila mereka bekerja dalam sawah atau waktu berehat, mereka telah menyanyikan lagu yang membakar semangat mereka. Di antara rangkap-rangkap nyanyi itu, ialah:

Kaum tani sudah berjaya,

Memoga hutan rimba dan paya,

Bersatu kita mara bersama,

Menuntut kemerdekaan negara.

Kaum tani sudah berjaya,

Berjuang membela bangsa,

Dalam lumpur kita bersuara,

Penjajah, penjajah, musuh kita.

Seorang gadis – guru sekolah Melayu, tinggal di Kepala Batas, dia kenal saya seorang penulis. Pada satu hari dia mengirim surat kepada saya melalui seorang kanak-anak lelaki. Dalam surat itu dia meminta saya menulis sebuah sajak yang menunjukkan dia seorang yang turut berjuang menuntut kemerdekaan.

AKHIR HAYAT

Saya masih ingat-ingat lupa akan sajak yang saya telah tulis itu. Lebih kurang begini:

Biarlah kutinggalkan semua,

Cinta dan kasih penuh rela,

Demi tanah air kita,

Aku terus berjuang membela nusa.

Tinggallah sayang,

Air mata dibuang jangan,

Tepuk dadamu, laksana perwira,

Ke mana kita,

Ke medan jaya, merdeka.

Sebenarnya saya tidak pernah kenal guru itu. Setelah sajak yang saya tulis itu diterimanya, saya telah menerima surat daripadanya yang menyatakan terima kasihnya. Dan dalam surat itu ditulisnya, ‘saya mengenangmu hingga ke akhir hayat saya.’

Dia tahu, kalau dia memperkenalkan dirinya kepada saya, di takdirkan pula kami bersahabat akrab; mungkin saya akan dikenakan tindakan ‘buang sekolah’ kerana sekolah tempat saya belajar itu ketat peraturannya.

Sesungguhnya, Kepala Batas ada dua, yang satu lagi di negeri Kedah. Tetapi Kepala Batas, Seberang Perai, telah menjadi bumi bertuah dan memiliki banyak kisah dan catatan sejarah orang Melayu berjuang untuk membebaskan tanah air mereka dari penjajah.

Sheikh Abdullah Fahim, Haji Ahmad Badawi, Haji Ahmad bin Abdul Malik (Ahmad Maliki), Hashim Awang, Haji Ahmad Scor, Cikgu Ahmad Awang, Haji Ahmad bin Mat Nor, Cikgu Azmir Haji Mohd. Nor dan ramai lagi adalah insan yang tidak boleh dilupakan perjuangan dan jasa mereka.

Selain dari Subky Abdul Rauf (kemudian Ahli Dewan Rakyat kawasan Balik Pulau, Pulau Pinang dan bergelar Datuk) yang paling rapat dengan keluarga Haji Ahmad Badawi, sayalah satu-satunya orang luar yang rapat dengan keluarga itu. Sekurang-kurangnya seminggu sekali saya dijemput oleh Haji Ahmad Badawi atau Sheikh Abdullah Fahim datang ke rumah mereka (kini rumah sejarah). Isteri Haji Ahmad Badawi, Allahyahamah Hajah Kailan binti Haji Hassan sering menasihati saya supaya belajar bersungguh-sungguh. Katanya “Kalau wang ringgit, harta benda boleh hilang, boleh lesap, tapi ilmu tak hilang, ke mana kita pergi ilmu ikut kita.” – mokhtar petah

MELAYU WAJIB BERSATU

PERPADUAN MELAYU

Dia (Allah) telah menurunkan keterangan – keterangan yang jelas kepada hamba - Nya (Muhammad s.a.w.) untuk mengeluarkan kalian dari kegelapan kepada cahaya yang terang dan sesungguhnya Allah itu Petunjuk dan Penyayang kepada kalian. - Al Hadid: 9.
Orang Melayu boleh menjadi bangsa yang kuat dan disegani oleh umat manusia di seluruh dunia, hanyalah jika ditangan mereka ada kuasa Melayu (Malay power). Kuasa Melayu tidak akan diperolehi sampai bila – bila, selagi orang Melayu tidak mengikut petunjuk Allah dalam Quran, iaitu tidak berpecah belah – bersatu padu di bawah kalimah Allah.
Ketuanan Melayu tidak penting, kerana ketunanan itu satu warisan dari bangsa Arab kuno sebelum Islam, iaitu 'Syed atau tuan' yang mengusai orang - orang miskin dari bangsa mereka sendiri. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka sebelum 1511 dan zaman Sutan Abdullah di Perak sebelum 1874, telah wujud Ketuanan Melayu. Ketuanan Melayu itu telah memberi peluang kepada golongan Istana dan peodal (ketuanan) Melayu memperhambakan orang ramai Melayu yang miskin atau marhein.
Orang Melayu boleh bersatu – padu, jika semua organisasi politik Melayu, UMNO (berpegang kepada kebangsaan Melayu) dan PAS (berpegang kepada Islam sebagai amalan dalam semua bidang kehidupan insan), ketepikan sentimen politik dan mengorbankan pegangan tidak mengikut Islam dan sama – sama berepegang kepada Islam sebagai dasar hukum dan amalan dalam kehidupan negara dan rakyat.
Maka, jika benar orang Melayu mahu bersatu - padu dan mendapat kembali kuasa Melayu (Malay power), maka UMNO dan PAS hendaklah membuangkan yang keruh dan ambil yang jernih; saling bekerjasama dalam semua bidang.
Saya yakin, jika orang Melayu tidak bersatu - padu, dalam tempoh 10 hingga 20 tahun sahaja lagi, bangsa Melayu akan hilang. Bukan hilang kerana ribut dan banjir seperti maksud Quran di atas ini, tetapi kerana corak politik yang berbeza dengan corak politik UMNO dan PAS, akan melanda dan akan menjadi besi waja kekuatan bangsa lain menguasai negara pusaka bangsa Melayu ini.
Bagaimana nasib UMNO dan PAS di pulau Singapura yang kuat pada masa belum kuasa bangsa lain yang membawa basi waja politik sosio - demokrsi ke pulau pusaka bangsa Melayu itu?
Najib Tun Razak, Muhyiddin Yassin, Haji Hadi Awang, Nik Aziz dan Anwar Ibrahim bertanggung jawab atas menyatu padukan orang Melayu. Mereka perlu kembali kepada firman Allah, ' berpegang teguh pada tali Allah (berpadu) dan jangan berpecah belah'.(mp).

QURAN

KAUM DIMURKAI ALLAH

Hai orang – orang yang beriman, jangan kalian mengambil kaum yang dimurkai Allah (mereka yang tidak bergama Islam dan tidak beriman kepada Allah) itu kalian ambil menjadi pemimpin. Sesungguhnya mereka telah putus asa terhadap hari akhirat, sebagaimana orang – orang kafir itu putus asa terhadap orang – orang yang di dalam kubur. – Asy Syaf:13

Monday, June 21, 2010

LESUNG BATU

Isteri memakai kain batik ketang dada, tanpa baju, duduk
bercangkung dan sedang menumbuk sambal; cili aspi, garam,
belcan dan asam buah mempelam muda, dalam lesung batu
di ruang dapur.

Suaminya duduk di sisinya. Wajahnya senyum dan penuh cinta kepada isterinya, sambil merenung kain batik isterinya terbuka hala ke lesung batu.

Katanya: "Cinta kita suci benar sayang." Usah ada syah dan
sangka dalam hati sayang." Demi Allah, mas tetap jujur
dan bertanggungjawab kepada sayang.

Biar kita hidup semati;
jika terlentang sama - sama meneguk embun,
bila terterap,
sama - sama membaham pasir.

Ditakdirkan kita mendapat cahaya mata, abang hendak anak
kita sarat dengan ilmu duniawi dan ukhrawi, tidak bermuduh dengan
orang - orang sebangsa, tidak sombong sesama mukimin dan mukminah,
Jihadnya dijalan, ajaran Allah.

Insya Allah dia tidak akan hidup merempat di bumi pusaka
datuk moyang kita.

mp