Friday, May 28, 2010

KHUTBAH JUMAAT



CABARAN MENJANA EKONOMI UMAT ISLAM

(28 Mei 2010/ 14 Jamadil akhir 1443H)

Di kesempatan berada pada hari yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat sekalian marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SwT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita memperolehi keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah SwT di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah bertajuk:

CABARAN MENJANA EKONOMI UMAT ISLAM

Dalam al-Quran dinyatakan bahawa nabi Muhamad SAW diutuskan sebagai rahmat bagi semesta alam, sepertimana firman Allah SWT dalam surah al-anbiyaa’ ayat 107. Justeru itu Islam memberi tumpuan kepada usaha menyusun diri, masyarakat dan negara semoga memperoleh kemajuan dalam pelbagai aspek kehidupan sehingga wujudnya sebuah masyarakat Malaysia yang peradaban tinggi. Bagaimanapun salah satu halangan yang menghalang bagi tercapainya matlamat itu ialah kemunduran ekonomi masyarakat Islam. Di negara kita, umat Islam mewakili 60% daripada penduduk tetapi mereka hanya menguasai 20% sahaja daripada kekayaan ekonomi negara. Di peringkat antarabangsa umat Islam hanya menyumbang 5 peratus kepada ekonomi dunia. Kebanyakan negara Islam jatuh ke dalam kategori negara kurang membangun. Oleh itu, usaha untuk memajukan ekonomi negara adalah usaha keagamaan.
Menurut laporan terakhir Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), 40% daripada isi rumah di Malaysia memperoleh pendapatan secara purata RM1,500 ke bawah sebulan dan mereka tergulung dalam kategori dipinggir kemiskinan. Mimbar percaya kesan daripada kemiskinan ini boleh membawa kualiti hidup yang lemah, mudah terjebak dalam kegiatan sosial dan boleh membawa kekufuran. Sabda Rasulullah SAW:
Hampir sahaja kemiskinan itu membawa kepada kekufuran. – Riwayat: Abu Naim
Dalam usaha untuk melonjakkan imej, maruah dan harga diri umat Islam sebagai pembawa rahmat ini, maka Islam menggalakan umatnya berkerja bersungguh-sungguh secara berkesan untuk meningkatkan kekuatan ekonomi dan kekayaan. Firman Allah dalam surah al-Qasas : 77 :
Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia, dan berbuat baiklah (kepada hamba2 Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah), dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat kerosakan.”

Ketika menekankan perkara yang sama Sabda Rasulullah s.a.w:

Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan ia melakukan dengan tekun (memperbaiki dan mempertingkatkannya).
- Riwayat: al-Baihaqi
Kemajuan ekonomi justeru itu menjadi agenda penting bagi mengurangkan kemiskinan dan menaikkan taraf hidup ummah yang rendah. Dalam usaha mencapai niat suci dan murni ini menjelang tahun 2020, kerajaan telah melancarkan Model Ekonomi Baru. Model ini diperlukan sesuai dengan hakikat ekonomi semasa untuk melonjakkan ekonomi negara menjadi negara maju menjelang tahun 2020 dan meningkatkan pendapatan rakyat secara keseluruhan. Ke arah pencapaian tersebut kerajaan telah melakukan perubahan yang besar kepada dasar negara.
Pertama: Gagasan Satu Malaysia: Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan
kedua: memfokuskan bidang keberhasilan utama
ketiga: Melakukan transformasi ekonomi dan
keempat: Menggubal Rancangan Malaysia ke sepuluh.
Salah satu keberhasilan utama Model Eonomi Baru ialah melonjakkan kadar pendapatan perkapita rakyat kepada RM49,000 setahun atau kira-kira RM 4,000 sebulan. Pendekatan untuk mencapai ekonomi berpendapatan tinggi sangat tepat dengan senario semasa. Kebijaksanaan dan keikhlasan kepimpinan negara melaksana tindakan tersebut adalah jalan terbaik untuk menyelamat ekonomi negara pada suasana semasa. Matlamat akhirnya ialah tiada rakyat negara ini yang hidup dalam kemiskinan, semuanya mendapat pelbagai peluang secara saksama untuk berjaya dan berkongsi kemakmuran negara.
Model Ekonomi Baru merupakan satu cabaran kepada orang Islam supaya mengubah sikap dari bekerja sekadar cukup makan kepada berusaha bagi mendapatkan pendapatan yang lebih tinggi agar mereka dapat berada diarus perdana ekonomi negara. Maka dalam hal ini, kita dapat melihat bahawa pihak kerajaan begitu serius dan komited dalam membangunkan negara untuk masa depan rakyat.
Setiap negara dan bangsa sentiasa bersaing untuk memaju kekayaan dan kekuatan ekonomi. Kita amat bersyukur dengan usaha kerajaan kebelakangan ini sehingga melonjakkan negara kita mampu bersaing dengan negara luar dalam memacu pertumbuhan ekonomi. Dalam Laporan Tahunan terkini Daya Saing Ekonomi Dunia 2010 yang diterbitkan oleh Institute For Management (IMD) telah menyenaraikan negara kita di tangga ke sepuluh teratas negara paling berdaya saing di dunia. Tahun lepas kita berada di tangga ke lapan belas. Kejayaan ini adalah hasil usaha kerajaan dan rakyat dalam memacu pertumbuhan ekonomi yang mapan yang berjaya menarik pelabur luar dan dalam negara untuk sama-sama menambah baik ekonomi negara . Kejayaan ini juga menjadikan negara kita dipandang tinggi oleh negara-negara lain serta menjadi contoh kepada negara-negara Islam.
Menurut laporan Unit Perancang Ekonomi Negara, Jabatan Perdana Menteri prestasi suku pertama ekonomi negara kita bertambah baik dengan pertumbuhan ekonomi empat bulan pertama tahun ini pada 10.1% berbanding pada tahun 2009 pada kedudukan negatif 1.7% .
Dalam menyusun dan mengendali kegiatan ekonomi, mimbar mengingatkan kita perlu berwaspada, agar ianya dilaksanakan berdasarkan semangat Islam yang berpandukan panduan prinsip al-adl wal ihsan – iaitu menghayati semangat keadilan dan muafakat. Pendekatan Islam amat menitik berat soal keadilan dalam semua perkara, dengan mengharamkan segala bentuk penindasan, amalan riba, penipuan, rasuah, monopoli yang tidak seimbang, manipulasi pasaran dan segala bentuk penyelewengan atau perkara-perkara yang menzalimi dan merugikan pihak-pihak tertentu. Firman Allah SwT. dalam Quran:
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu.- an-Nisaa’ ayat 29:
Kita juga perlu mengambil contoh sifat-sifat usahawan Islam yang berjaya seperti Abdul Rahman bin Auf, Zubair Ibnu A’wwam, Talhah bin Ubaidillah dan ramai lagi. Mereka bukan sahaja menjadi usahawan yang berjaya tetapi mereka turut memainkan peranan penting dalam penyebaran dan pengembangan dakwah Islam. Oleh itu kebijaksanaan mereka mengenal pasti peluang ekonomi dengan disertai amalan etika dan keperibadian para sahabat tersebut perlu dicontohi oleh pentadbir, peniaga dan pengusaha pada hari ini.
Tetapi malangnya terdapat segelintir umat Islam yang memandang remeh dan menganggap bahawa usaha memaju dan mengukuhkan ekonomi tidak penting dan bukan satu lapangan yang dituntut serta tidak ada hubungkait dengan agama. Ini merupakan satu tanggapan dan pemahaman yang salah, kerana Islam adalah suatu agama yang mementingkan kepada kehidupan dunia. Kehidupan di alam akhirat adalah penerusan daripada alam dunia. Tidak akan adanya akhirat jika tidak adanya dunia. Justeru urusan keduniaan hendaklah di susun menepati ajaran al-Quran dan al-Hadis.
Sebagai kesimpulan khutbah ini,mimbar menyeru, marilah kita semua menginsafi dan menyedari, bahawa umat yang bertakwa dan maju yang mana mereka bebas dari kemiskinan akan menjadi umat yang kuat, bangsa yang disegani, dihormati dan mempunyai harga diri yang tinggi. Dengan demikian sekali lagi mimbar menyeru marilah kita berjihad memajukan status ekonomi diri dan negara dengan mengambil peluang dan merebut kesempatan yang disediakan dalam pendekatan Model Ekonomi Baru ini. Jika kita gagal mengambil peluang keemasan ini maka orang lain akan memperolehi manfaat dan kita akan terus tinggal kebelakang.
Mengakhiri khutbah pada minggu ini marilah sama-sama kita merenung firman Allah SwT :
Dan bahawa sesungguhnya tidak ada bagi seseorang melainkan apa yang diusahakannya.Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan kepada-Nya pada hari kiamat kelak. Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna”.- an-Najm ayat 39-41:
(Khutbah Jumaat ini disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM -, untuk masjid Putra dan Masjid Besi Putrajaya, pada hari ini).

BUKU BARU! AKAN TERBIT!




MOKHTAR PETAH


NAJIB RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA
DI BAWAH SANG SAKA BANGSA


Buku ini merakamkan ketabahan seorang
pemimpin
bangsa menghadapai cabaran
dan dugaan. Anwar
Ibrahim dijatuhkan ketuanya,
Mahathir Mohamad.
Kerana jujurnya Najib Razak,
beliau disayang
i ketuanya, Abdullah Badawi.
Beliau mendaki
ke puncak dengan kehendak
Allah jua. Bahunya
memikul amanah ummah
dan negara Malaysia - 1 Malaysia.


Layari: mokhtarpetah/edit-thinker/whohub.com/www.mokhtarpetah.ws

Buku - Buku lain: Ishak Tadin Jasanya Terukir Di langit Zaman * Norh Omar, Jihadnya Bela Rakyat
* Najib Pelopor 1 Malaysia.

BUKU BARU!

------------------------------------------------------


mokhtar petah

DATO' SERI NAJIB TUN RAZAK

PEMIMPIN




1 MALAYSIA

Belajar pada sejarah
berjuang untuk kemanusiaan

-------------------------------------------------------

Buku ini untuk para penuntut Malaysia. Ditulis dengan cara yang mudah. Menjadi rakan pembimbing pada saban ketika kepada penuntut dan mereka dalam angkatan muda
rakyat
Malaysia.

LESUNG BATU

Isteri memakai kain batik ketang dada, tanpa baju, duduk
bercangkung dan sedang menumbuk sambal; cili aspi, garam,
belcan dan asam buah mempelam muda, dalam lesung batu
di ruang dapur.

Suaminya duduk di sisinya. Wajahnya senyum dan penuh cinta kepada isterinya, sambil merenung kain batik isterinya terbuka hala ke lesung batu.

Katanya: "Cinta kita suci benar sayang." Usah ada syah dan
sangka dalam hati sayang." Demi Allah, mas tetap jujur
dan bertanggungjawab kepada sayang.

Biar kita hidup semati;
jika terlentang sama - sama meneguk embun,
bila terterap,
sama - sama membaham pasir.

Ditakdirkan kita mendapat cahaya mata, abang hendak anak
kita sarat dengan ilmu duniawi dan ukhrawi, tidak bermuduh dengan
orang - orang sebangsa, tidak sombong sesama mukimin dan mukminah,
Jihadnya dijalan, ajaran Allah.

Insya Allah dia tidak akan hidup merempat di bumi pusaka
datuk moyang kita.

mp

QURAN




JARI JEMARI

Adakah umat manusia itu menyangka, bahawa Kami (Allah) tidak akan mengumpulkan gtulang belulangnya. Ia, Kami (Allah) berkuasa menyusun sempurna jari jemarinya.
- al Qiamah:3,4.

Penjelasan: Dari perkataan jari jemari dalam firman Allah ini wujud hikmat cop jari manusia. Pada ibu jari manusia ada garis - garis yang berlingkar sebagai pengenalan akan individu itu.Garisan - garisan pada jari manusia itu tidak sama dengan garisan jari manusia - manusia lain. Dari firman inilah para ahli sains telah menggunakan cop jari.

Thursday, May 27, 2010

QURAN

AMANAH

Sesungguhnya, Kami (Allah) telah mengurniakan amanah (tanggungjawab) kepada langit, bumi dan gunung, tetapi mereka enggan untuk memikulnya dan takut terhadap beban itu, sedangkan manusia mahu memikul tanggungjawab tersebut.Sesungguhnya umat manusia itu amat tidak jujur dan amat bodoh.
– al Ahzab:72.
Huraianan: Para ahli tafsir Quran mempunyai pendapat berbeza mengenai amanah atau tanggungjawab ini, ada yang berpendapat , di jabatan, khalifah atau pemimpin orang ramai dan ada pula berpendapat, ialah penyambung kekuasaan Allah di dunia.

Wednesday, May 26, 2010

POLITIK

PENJAJAH BENTUK BARU
Oleh: Mokhtar Petah
Sesungguhnya, Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak telah dihidayatkan Allah untuk melahirkan dan melaksanakan gagasan 1 Malaysia. Semua rakyat Malaysia patut memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada usaha dan perjuangan beliau itu, agar hasrat murni untuk perpaduan dan keharmonian rakyat terlaksana dengan jaya.
Najib telah mengariskan lapang tunggak kekuatan dalam 1 Malaysia, iaitu: * Ketabahan * Penerimaan * Pendidikan * Integriti * Meritokrasi * Rendah hati *Kesetiaaan * Budaya kecemerlangan. Tunggak ini memperlihatkan kepada kita, bahawa ada faedah yang besar kepada semua rakyat dan negara kita ini.
Gagasan tersebut amat baik bagi semua rakyat negara ini. Ia akan menjadi satu 'gaung neraka', jika dilaksanakan secara tidak baik oleh pihak - pihak tertentu atau yang mahu mengambil kesempat dari dari gagasan tersebut untuk menyingkirkan orang Melayu atau memperhambakan mereka.
KETURUNAN
DARI NEGARA - NEGARA LAIN
Kita semua telah maklum, bahawa Allah telah mencipta alam dan manusia. Dia telah menentukan kawasan - kawasan - kini dikenali dengan nama negara dan mencipta manusia dengan syu'uba (bangsa - bangsa). Seperti kawasan Afarika, Barat, Asia dan lain.
Rakyat Malaysia terdiri dari bangsa Melayu, orang - orang keturunan Cina, keturunan dari orang - orang cina di negara Cina. Orang - orang India dari keturunan orang -orang India di negara India, dan keturunan - keturunan lain dari negara - negara lain.
Seperti yang dimaklumi oleh para ahli sejarah dan politik, bahawa orang Melayu dari bangvsa yang baik budi kepada tetamu atau pendatang. Terdapat dalam kebudayaan Melayu dan menjadi sastera falsafah, iaitu:
Kera dihutan disusukan, anak mati kelaparan dalam buaya,
atau: Dagangb lalu ditanakkan (diberi makan), anak mati kelaparan
dalam buaian.
PERGERAKAN
CINA SEBRANG LAUN
Maka, kerana baiknya orang Melayu, hendaknya tidak boleh wujud perasaan dalam hati orang - orang keturunan pendatang, menggunakan 1 Malaysia sebagai satu kesempatan untuk mengusai negara ini dan bangsa Melayu atau menafikan wujudnya bangsa Melayu.
Dalam sejarah telah berlaku, bahawa pergerakan Cina Seberang laut, pada zaman beluam negara ini mencapai kemerdekaan, mereka menafikan bangsa Melayu atau menghina mereka dengan cara menuntut kepada Penjajah Inggeris agar menyerahkan Tanah Melayu merdeka kepada orang - orang Cina.
Demikian juga kaum Cylon telah menuntut kepada penjajah Inggeris seperti yang dituntut oleh Pergerakan Cina Seberang laut tersebut.
MENGHAPUSKAN
BAHASA MELAYU
I Malaysia adalah era baru. Maka setiap individu keturunan pendatang hendaklah insaf, bahawa, jika mereka menuntut sesuatu yang berlawanan dengan maruah bangsa Melayu, misalnya hendak memerintah negara ini, mengenapikan agamaIslam, menyingkirkan Raja Melayu dan menghapuskan bahasa Melayu, maka mereka itu adalah penjajah bentuk baru.
Penjajah bentuk baru, iaitu selain dari Inggeris; sama ada keturunan Cina, India dan bangsa - bangsa lain mememerintasebahagian atau semua negara orang lain, mereka itu adalam penjajah bentuk baru.
Jika berlaku perkara yang tidak diingini itu, maka 1 Malaysia tidak lagi menjadi satu taman bahagia bagi rakyat negara ini, sebalinya akan menjadi 'gaung neraka' bagi semua rakyat negara ini.

QURAN

SEDEKAH
Selama - lama kalian tidak akan memperoleh kebajikan, hanya (kecuali) kalian menafkah - dermakan sebahagian dari sesuatu yang kalian kasihi (harta benda dan wang ringgit) - kepada jalan kebajikan atau jalan Allah, seperti membina masjid, surau, madrasah, sekolah, membina rumah anak yatim dan membantu mereka, orang - orang menderita atau papa kedana - , Sesaungguhnya, Allah mengetahui akan sesuatu yang kalian nafkahkan itu.
- 'Ali Imran:92

Tuesday, May 25, 2010

MASYARAKAT

MASYARAKAT BERMARUAH


Sejak zaman berzaman, masyarakat Kepala Batas yang terdiri dari orang Melayu, Cina dan India - orang India beragama Islam dan orang India beragama Hindu dan beragama lain. Mereka hidup dalam keadaan bersatu padu dan aman.
Sebilangan besar orang Melayu terdiri dari petani, orang Cina berniaga dan orang India buruh. Manakala kebanyakan orang India yang beragama Islam (baka orang beragama Islam) berniaga pakaian, pinang kotai dan kedai makanan.
Jika dikaji dan diselidik mengenai pembahagian tanah di Seberang Perak dan Pulau Pinang, maka banyak tanah di Seberang Perai dan sepertiga dari keluasan tanah di bandar fi pulau itu, termasuk pejabat agama Islam negeri Pulau Pinang adalah milik seorang India beragama Islam.
Saya mendapat tahu dari satu punca, bahawa waris orang India beragama Islam itu sedang mengambil langkah untuk membuat tuntutan melalui mahkamah.
Sejak zaman berzaman masyarakat Melayu di Kepala Batas hidup dalam keadaan harmoni dan aman. Mereka berpegang kuat kepada Agama Islam, adat istiadat Melayu yang tidak berlawanan dengan Islam. Pendeknya mereka adalah anggota-anggota masyarakat yang bermaruah.
Penduduk-penduduk di Kepala Batas berpegang kepada tradisi ‘bergotong royong’ dan ‘hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicecah’ atau seperti sebatang tubuh manusia, sakit satu anggota terasa sakit seluruh tubuh. Dalam kehidupan seharian, penduduk-penduduknya dengan tradisi:
1 - Kenduri kenara; bergotong royong.
2 - Terdapat jiran tetangga dan warga permatang sakit atau mati; bergotong royong, menziarah dan membantu.
3 - Bersawah; mencedung, merapah, menuai atau memotong padi, bergotong royong.
Pendeknya warga Kepala Batas berpegang kuat kepada cara hidup bergotong royong dan sesuai dengan ajaran Islam. Menjaga hati dan maruah jiran tetangga. Memikul tanggungjawab bersama menjaga keamanan dan maruah desa dan permatang. Gambaran perpaduan penduduk-penduduk Kepala Batas seperti sajak Abdullah Badawi berikut:
Fikiran menggugah zaman remajaku,
Zaman tiada gerbang,
Tiada simbol pencakar langit,
Yang ada hanya siulan burung di bendang,
Tapi di sana kaya kemanusiaan,
Kaya keampunan dan kasih sayang,
Kaya tangan menghulur bantuan,
Di tengah ribuan wira nan di dendang.

Di luar sempadan ada cabaran,
Dunia semakin deras bergelora,
Tidak terperangkap kita dengan kata-kata,
Yang cepat mendapat habuan luar biasa,
Yang lambat mendapat sisa-sisa,
Kita memilih sederhana dari yang mutlak,
Pelbagai dari yang menyendiri,
Percaya daripada mencuriga,
Bersama daripada menguasai,
Ke hadapan dengan acuan kita sendiri,
Yang diwarisi tidak berkurang,
Yang dijaga tidak susut.

Di sini, di bumi ini,
Kita sulam pencakar langit dengan jernih susu kemanusiaan,
Anyamkan cita-cita Alfred Nobel dengan puisi Jalaludin Rumi,
Bajai kembang kemboja keamanan pada kubur rasanya sayang.
Tiupkan serunai budaya cinta merentas sempadan.
Sambil memacak panji-panji di puncak khairul ummah,
Cemerlang, gemilang, terbilang.
Apabila Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan, masyarakat Kepala Batas telah bersedia menyahut cabaran; mereka telah bersedia degan para politikus menyokong pemimpin negara, para pelajar yang melanjutkan pelajaran ke institusi pelajaran dalam dan luar negara, termasuk dalam bidang ilmuwan Islam. Pada hari ini, telah ada di Kepala Batas ini ahli sains Islam, pakar perubatan dan manusia yang berilmu pengetahuan untuk menyahut seruan pemimpin, “bekerja bersama saya bukan untuk saya”.
Pada masa Abdullah Ahmad Badawi – seorang budak lelaki cantik, wajah ceria dan menampakkan tinggi cita-citanya - , masih menuntut di High School - Sekolah Tinggi, Bukit Mertajam, saya pernah berkata kepadanya pada satu petang, bahawa pada satu masa nanti dia akan menjadi seperti Tunku Abdul Rahman. Pada waktu itu dia tidak berkata sepatah pun. Hanya senyum Mungkin pada waktu itu, belum ada dalam mindanya pengetahuan politik dan cita-cita2 untuk menjadi pemimpin negara.
Apabila Abdullah Badawi menjawat jawatan Menteri Luar Malaysia, saya telah menziarahi beliau di pejabatnya, Wisma Putra, Kuala Lumpur. Pada waktu timbul hasrat saya untuk menulis buku tentang diri beliau. Saya telah menulis sebuah buku yang berjudul, ‘Datuk Abdullah Badwi Pejuang Kemanusiaan Sejagat’. Pada masa menulis buku itulah, saya telah berkata kepada beliau, ‘...ana percaya pada masa depan anta akan jadi Perdana Menteri”.
Sesungguhnya, tidak siapa pun menyangka yang putera Kepala Batas itu akan menjadi Perdana Menteri dan pemimpin Negara Malaysia. Allah telah menentukan segala-galanya. Hari ini Kepala Batas menjadi nama besar di Malaysia dan di langit zaman dunia.
Sama-sama kita bina tugu di sini,
Tugu keramat perjuangan bangsa,
Di sini keberanian Melayu bermula,
Teguh Melayu kerana bangsa dan Islam.
Keduanya dipisah jangan,
Jika dipisah, pupuslah Melayu,
Jadi hamba sepanjang zaman!
Pesan pemimpin kita, “Kita bongkar rahsia kitab suci, cari pedoman, bongkar Sunnah Nabi, cari panduan”.

MAZHAB (ulangan)

MAZHADALAM ISLAM

Oleh: Mokhtar Petah


Pada zaman silam, kewujudan Mazhab dalam agama Islam telah dijadikan alat menegak dan mempertahankan kekuasaan seseorang yang memerintah atas umat Islam. Mazhab itu pula menjadi jambatan penjajah-penjajah untuk memperkotak katikkan umat Islam di negara mereka sendiri.
Contoh yang jelas, ialah mazhab Wahabi yang menghancurkan golongan ‘Al Quran dan As Sunnah dan Ijmak Ulama’ dan mazhab Ahlus Sunah wal Jamaah di Hijaz atau Arab Saudi telah menyebabkan kebanyakan umat Islam di Semenanjung Arab dan di Negara-negara lain mengalami kelemahan dalam bidang kemasyarakatan, perekonomian, kepolitikan dan segala bidang kehidupan mereka.
Hasil penyelidikan ilmiah, bahawa mazhab Wahabi yang menjadi alat penjajah-penjajah – Biritish dan Amerika Syarikat -, telah menjadi pegangan umat Islam dalam hal ehwal agama Islam, tetapi pada umumnya kalangan ahli-ahli perniagaan dan golongan tertentu telah menggunakan mazhab tersebeut untuk kepentingan mereka.Akibatnya rakya jelata tinggal mudur dan terus mengamalkan sikap hidup di dunia hanya untuk beribadat dan untuk akhirat semata-mata.Atau dengan mazhab itu mereka memudahkan atau meringankan sebilangan besar dari hukum-hukum Allah.
PADANG PASIR
Sesiapa jua yang pernah melawat ke semenanjung Arab dan negara-negara Arab akan bertemu dengan tiga jenis manusia,iaitu satu jenis berpakaian cantik mengikut tradisi orang-orang Arab dengan tradisi ‘Ahlul bait’ dan bau harum semerbak. Jenis yang kedua berpekaian selekeh mengikut tradisi Arab padang pasir atau golongan sufi dan bau mereka busuk atau hapak.Dan jenis yang ketiga mereka yang berpakaian ala orang-orang barat.Jenis yang pertama dan ketiga kebanyakannya bermazhab Wahabi.
‘Gerakan Wahabi ditubuhkan oleh Muhammad bin Abdul Wahab (1703 – 1792M).Gerakan ini pula mulanya merupakan gerakan intelek, kemudian setelah pertengahan abad ke-18, berubah menjadi gerakan intelek dan politik.
Awalnya, dalam tahun 1740, Muhammad binh Abdul Wahab
mendapat suaka politik dari Muhammad bin Saud, ketua suku Anzah yang
tidak sependapat dengan ketua suku Uyana yang tinggal di ad Dir’iyyah,
yang jaraknya 6 jam perjalanan dari Uyaynah. Di ad Dir’iyyah,pemikiran
Wahabi mendapat sambutan dari penduduk tempatan dan sekelilingnya.
sekelilingnya.Amir Muhammad bin Saud mula mendekatinya.
Pada tahun 1745, British melalui talibarutnya, ‘Abd al Aziz bin Muhammad
bin Saud telah cuba untuk menentang Negara Islam dari
dalam dengan menubuhkan kerajaan Saudi I (1745 -1818M).
Pada tahun 1745, Amir Muhammad bin Saud mengumumkan bersetuju dan menerima pendapat dan pemikiran Muhammad bin ‘Abd al Wahab. Ibn Saud turut menunjukkan sokongan kepada beliau. Kumpulan Wahabi sejak ketika itu telah berubah dari gerakan intelek kepada politik. Britishlah yang membekalkkan senjata dan wang kepada mereka. Kumpulan Wahabi mahu menakluki wilayah khalifah Islam dan memerintahnya berdasarkan kepada faham mazhab mereka, serta mernindas mazhab-mazhab lain secara paksa.
Tahun 1765, Muhammad bin Saud meninggal dunia. Beliau telah digantikan oleh anaknya, Abd al Aziz yang menjadi ketua suku Anzah. Anaknya mengikuti jejak langkah ayahnya dan memerintah kawasan di bawah kekuasaannya.Pada masa ini gerakan Wahabi terhenti.
Walau bagaimanapun, 41 tahun selepas lahirnya gerakan Wahabi, iaitu dari tahun 1747 hingga 1788, dan 31 tahun selepas ianya terhenti (dari tahun 1757 -1787) aktiviti gerakan itu tiba-tiba aktif semula. Gerakan ini menggunakan kaedah baru dalam menyebarkan mazhab ini dan ia turut disebar-luaskan dan mendapat publisiti di luar sempadan negeri hingga tersebar ke seluruh Negara Islam dan lain-lain kuasa untama dunia. Gerakan ini telah menimbulkan kebimbangan di kalangan negara-negara jiran dan seluruh Negara Islam.
Tahun 1788, Kuwait berjaya ditawan oleh gerakan Wahabi.Gerakan ini terus bergerak ke utara sehingga berjaya menawan Baghdad.Mereka mahu menawan Karbala dan makam al Husayni r.a.,memusnahkannya
dan mengharamkan ziarah ke makam tersebut. Perlu dicatat, sebelumnya pihak British telah cuba untuk menawan Kuwait dari Khalifah Uthmaniyyah tetapi gagal. Ini kerana negara-negara lain seperti Jerman, Russia dan Prancis telah menentang British selain tekanan dari Negara Islam.
Tahun 1792, Muhammad bin ‘Abd al Wahab meninggal dunia dan anaknya telah menggantikannya seperti Saud menggantikan ayahnya, Abd al Aziz. Amir Saudi kemudiannya telah dilantik secara warisan dan menjadikan Wahabi sebagai alat untuk menentang Khalifah Uthmaniyyah dan mencetuskan peperangan mazhab di tengah umat Islam.
Tahun 1803, kota Makkah diserang dan dikuasai oleh kumpulan ini.
Tahun 1804, tepatnya pada musim bnunga, Madinah jatuh ke tangan mereka.Mereka telah memusnahkan kubah besar yang melindungi makam Rasulullah s.a.w. dan mengambil semua batu permata dan perhiasan berharga yang melekat di kubah tersebut.Selepas berjaya menakluki keseleuruhn Hijaz, mereka menuju kea rah Sham.
…satu kenyataan yang dikethui umum, ialah bahawa kempen Wahabi tercetus akibat hasutan pihak British memandangkan Saud adalah talibarut British. Mereka mengeksploitasi mazhab Wahabi, yang merupakan salah satu mazhab Islam yang diasaskan oleh seorang mujtahid dan mengheret kumpulan ini dalam kancah politik dengan tujuan untuk menentang Negara Islam dan memulakan pergeseran dengan mazhab-mazhab lain dengan tujuan untuk mencetuskan peperangan mazhab dengan Khlifah Uthmaniyyah.Pengikut mazhab ini tidak mengetahui hal demikian yang semuanya dalam pengetahuan Amir Saudi dan rakyat Saudi. Ini kerana hubungan yang wujud bukan pihak British dengan Muhammad bin Abd al Wahab, tetapi antara pihak British dan Abd al Aziz bin Muhammad bin Saud, kemudian dengan anaknya, Saud.’
Di Malaysia, pada masa Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim satu tindakan yang dikatakanh ada hubung-kait dengan mazhab Wahabi telah dilakukan ke atas kumpulan pendukung mazhab Ahlus Sunnah wal Jamaah, iaitu Darul Arqam pimpinan Ustaz Ashaari Muhammad.Kumpulan itu diharamkan oleh kerajaan dan Ustaz Ashaari Muhammad telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalamj Negeri dan kemudian dibuang ke Labuan.
Pada masa itu hampir setiap ucapannya di khalayak umum, Anwar Ibrahim menggunakan ajaran atau kata-kata Ibnu Taimiyah (Abu Abbas bin Shihabuddin bin Abdul Mahasin Abdul Halim bin Sheikh Majuddin Abil Barakah Abdus Salam bin Abi Muhammad Abdillah bin Abi Qassim al Khadar,bin Al Kadhar bin Ali Abdillah. Lahir di Heran, Palestin, pada 10 Rabiul awal 661H dan meninggal dalam penjara di Damsyik,pada tahun 724H).
Pada perinhgkat awalnya, Ibnu Taimiyah bermazhab Ahlus Sunnah wal Jamaaf,iaitu sebhalah Imam Shafie.Kemudian dia membentuk mazhabnya sendiri bernama ‘Zahiriyah’,iaitu ‘kaum lahir’ atau kaum Mujassimah atau Musabbihah.Dia berfahaman, bahawa Tuhan duduk bersila atas ‘Arras (seperti manusia).Dia pernah mendakwa, “duduk Tuhan di atas Arsy sama dengan duduknya Ibnu Taimiyah atas kerusinya dan turunnya Tuhan dari langit sama dengan turunnya Ibnu Taimiyah dari mimbarnya dan Tuhan itu dilihat atas boleh ditunjuk dengan anak jari ke atas”.
Kebanyakan dari orang-orang Islam di Semenanjung Tanah Melayu pada zaman silam telah menerima ilmu pengetahuan agama Islam dari para mu’allim (guru agama) atau mubaligh yang terdiri dari pengembara – pengembara Arab dari Yaman. Mereka itu penjaja-penjaja Quran, buku-buku agama, minyak atar, manik, batu permata, kayu sugi dan barang-barang perhiasan yang menjaja di kampung-kampung.
Sebilangan dari orang-orang Arab dari Yaman yang berhijrah ke negeri Johor, pada zaman negeri
itu diserang oleh tentera-tentera dari Kedah yang dipimpin oleh Tunku Kudin.Sultan Johor telah mengambil orang-orang Arab dari Yaman untuk menjadi tentera upahan bagi mempertahankan negeri tersebut.
Mereka itu terdiri daripada orang-orang Arab dari Hadhral Maut,Yaman yang masing-masing menyandang gelaran ‘sayed’ pada pangkal nama dan pada hujung nama,di antaranaya: Al Sagaf (Mesir),Al Habshi (Habashah),Al Attash,Al kaf, As Sahab, Al Haddad (tukang besi), Yamani dan Jamalul lail.
Ramai juga yang datang dari India (Pakistan) dan Afghanistan (Qabul), yang bergelar pada pangkal nama masing-masing ‘sayed’(biasanya yang lahir pada malam Jumaat) dan di hujung nama, ‘maulana’,‘faqir’, ‘ghulam’dan ‘muallim’.
Mereka itu terdiri daripada penaiaga-peniaga kecil dan kerana memiliki sedikit sebganyak pengetahuan agama Islam (kebanyakan sekadar fardu ‘ain dan fardhu kifayah yang keciul-kecilan), mereka menjadi pendakwah dan berpeluang mengajar di masjid-masjid.
Ilmu pengetahuan yang mereka ajar kepada orang-orang kampung, dik antaranya, ilmu tauhid, fiqh, tasawuf dan nahu Arab (tidak mengajar bahasa Arab).Pada umumnya merekalah yang mengajar orang-orang Melayu di kampung-kampung yang orang Islam tidak boleh mengerjakan hal-hal duniawi kerana dunia ini untuk orang kafir. Mereka diasak dengan fahaman zuhud, iaitu hidup di dunia ini untuk beramal ibadat untuk hari akhirat sahaja.
Para muallim itu juga telah mengajar amalan ilmu suluk atau tariqat kepada orang-orang Islam.Pengamal-pengamal tarikat itu dijuruskan kepada mengenepikan hal ehwal dunia, lebih-lebih lagi untuk mencari kekayaan dan kemewahan. Ramai orang lelaki meninggalkan rumah tangga berbulan-bulan lamanya untuk beramal ilmu sulkuk atau tariqat. Sepanjang mengerjakan ibadat tersebut mereka tidak memberi nafkah kepada anak-anak dan isteri masing-masing.
Ada pula di antara guru-guru ataga atau muallim mengjar ilmu pengetahuan agama kepada orang-orang kampong dengan serampang dua mata – mengajar dan mencari makan. Biasanya mereka dating mengajar di masjid-masjid atau surau-surau pada tiap-tiap mingu. Tiap-tiap orang kampung yang dating belajar itu membeeri wang kepada mereka. Maka mereka mengajar sesubuah buku hingga bertahun-tahun lamanya,iaitu tidak bertukar-tukar kitab.
Sebagai contok,pada tahun 1951 orang-orang kampung saya mengaji agama di surau kampung menggunakan buku kecil dan nipis ilmu usul atau tauhid bernama ‘Umul barahin’.Pada tahun itu juga saya
telah melanjutkan pelajaran agama ke sekolah agama Islam. Pada tahun 1954, saya telah mencapai pelajaran diperingkat ‘‘Ali’ – menengah atas -, orang-orang kampung saya itu masih belum tamat mengaji buku tersebut.
Kebanyakan dari para mu’allim pendatang itu menggunakan ayat-ayat al Quran, hadis-hadis dan kata-kata para sahabat Nabai Muhammad s.a.w. yang berkisat pada peribadatan sahaja. Mereka juga menterjemahkannya dengan cara yang dianjurkan oleh Ibnu Taimiyah, iaitu, menurut erti lafaznya yang lahir,yakni cara harfiah atau mengikut huruf.
Contoknya, sebuah hadis, “addunya jifah, man talabuha kilab” – “dunia itu bangkai, siapa yang menuntutnya (ialah) anjing-anjing”. Mereka ‘dunia’ dengan hal ehwal kehidupan di dunia.Tetapi dunia pada hadis itu ialah, segala kemewahan hidup yang bersifat kemungkaran atau sesuatu yang ditegah oleh Allah dari melakukannya.
Dua buah hadis Nabi Muhammad s.a.w. mengenai beramal untuk kehidupan dunia, maksudnya:

Beramallah untuk dunia kamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan beramallah untuk hari akhirat kamu seolah-olah kamau akan mati esok.
Laksanakan lima kesempatan sebelum datang lima kesempatan, 1 – Laksanakan kesempatan sihatmu sebelum datang sakaitmu, 2 - Laksanakan kesempatan lapangmu sebekum datang kesempitanmu, 3 – Laksanakan hari mudamu sebelum datang hari tuamu, 4 – laksanakan waktu kekayaanmu sebelum datang
kemiskinanmu , 5 – Laksanakan kesempatan masa hidupmu sebelum datang saat matimu.

Kebanyakan mereka menggunakan perkataan tasyabbuh (syubhat), iaitu menyerupai orang kafir-, dari Hadis Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam-imam besar dalam Islam secara ‘borong’,iaitu tidak diberi keterangan atau menghuraiankan yang mana ‘tasybbuh’ boleh diguna pakai dan yang mana pula tidak boleh. Maka orang-orang kampung yang mendengar ajaran mereka itu telah menjadi ‘jumud’.Mereka tidak tidak mahu memakai,mengguna hatta belajar dan bekerja seperti yang dilakukan oleh orang-orang Kristian dan pemeluk-pemeluk agama lain.
Sunguhpun begitu, kebanyhakan dari para mu’allim tidak pula melarangkerana tashabbuh yang menyerupai orang-orang agama Hindu atau Budha yang menjadi amalan dalam budaya orang Melayu, seperti wayang kulit, istiadat menepung tawar,melenggang perut, istadat memuja dewa-dewa, menjamu penunggu kampung, bersanding dan sebagainya.
Sama ada penyelidikan yang saya telah lakukan mahupun pengalaman yang telah dapat saya timba dari kalangan orang-orang Islam di kampung-kampung dalam beberapa buah negeri di Semenanjung Tanah Melayu, bahawa pada sekitar tahun 1930-an dan l940-an, kerana tasyabbuh atau menyerupai orang kafir, mereka tidak melakukan atau guna pakai, di antaranya:
1 Seluar atau celana panjang (trousers).
2 Tali leher (necktie).
3 Menggunakan garpu dan camca atau penyepit.
4 Bergunting rambut atau berambut panjang bagi lelaki.
5 - Memakai sebarang topi.
6 - Bermain bola sepak,bulu tangkis, hoki, polo,keriket,
golf dan sebarang permainan dari barat.
7 - Bermain alat-alat musik.
8 – Peti menyanyi dan piring hitam.
9 – Menggatih basikal bagi wanita.
Alangkah baiknya kalau mereka menerangkan sesuatu yang menyerupai amalan, ragaman dan pakaian orang kafir yang tidak baik atau melawanan dengan tegahan dalam agama Islam, seperti:

1 - Pegaulan bebas lelaki dan perempuan yang sah nikah.
2 - Pakaian yang mendedahkan aurat bagi lelaki dan perempuan.
3 - Tari menarian; sebarang jenis taria, kerana semua tarian
mempromosi atau mempamira pelakuakn seks dan memberahi,
mennghairah atau mengkhayalkan orang-orang yang menonton.
5 Menyanyi di khlayak ramai oleh perempuan,kerana suara perempuan
adalah aurat atau menimbulkan berahi bagi oranglelakii yang
mendengarnya.
6 - Makan dan minum yang dilarang oleh agama Islam.
7 - Belajar bahasa Inggris mesti didahului atau disertakan
belajar ilmu agama Ialam sekurang-kurangnya fardhu ‘ain.

Mereka juga sering menggunakan hadis Nabi Muhamamad s.a.w., “al ulama warithatul anbia” – “para guru (agama Islam) waris para nabi”,sebagai senjata bagi kepentingan mereka.Orang-orang yang belajar kepada mereka mengikut kata-kata mereka itu secara jahiliyah.Sedangkang kebanyakan daripada mu’allim atau guru-guru agama yang terdiri dari pendatang-pendatang itu belum mencapai taraf ulama seperti yang dimaksudkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Dengan mengunakan cara-cara demikian, guru-guru (agama Islam) pendatang itu dapat mengaut peluang-peluang dari orang-orang kampung yang menjadai murid mereka,di antaranya mereka mendapat harta seperti tanah,wang, sedekah seperti zakat atau fitrah.Ada yang berkahwin dengan janda-janda atau gadis-gadis orang kampung.
Mereka telah mengeluar fatwa, iaitu anak-anak gadis berkahiwn dengan mereka (muallim) akan masuk syurga.
Ada kemungkinan ada di antgara para mu’allim pendatang itu diperalatkan oleh penjajah Inggeris atau Amerika Sayarikat atau mana-mana pihak menerusi mazhab Wahabi , mazhab Qadiani atau tidak bersandar kepada mana-mana mazhab dengan tujuan untuk melemahkan umat Islam.Ajaran-ajaran menjadikan orang-orang Islam berfikiran sempit atau jumud.
Sementara Yahudi antarabangsa telah menjalankan dakwah di kalangan orang-orang Melayu yang berpendidikan tinggi – lepasan universiti atau institusi pengajian tinggi dari begara-negara barat -, menerusiu kelab-kelab dan seumpamanya. Mereka melamahkan orang-orang Islam dengan berbagai-bagai
cara. Di antaranya:
1 – Bermain atau melepak dalam kelab-kelab atau bersukan sehingga
meninggalkan waktu sembahyang fardhu.
2 Bergaul bebas antara lelaki dan perempuan dan masing-masing rela
berukar-tukar pasangan untuk menari dan debagainya.
3– Ajaran orang Islam tidak perlu bekerja keras untuk hehidupan dunia,
kerana Imam Mahadi akan lahir untuk menolong mereka.
4 - Menawarkan biasiswa kepda pelajar-pelajar Melayu untujk melanjutkan
pelajaran ke luar negeri.
5 - Menanamkan ajaran kepada wanita-wanita Islam supaya menuntut hak
dari kaum lelaki hingga melebihi ketentuan dalam agama Islam, seperti
maksud firman Allah berikut ini:

Orang-orang lelaki itu pemimpin atas orang-orang perempuan.
- An Nisa:34

Perhatian: Sekitar tahun 1954 - 1959, saya mempunyai tujuh belas orang rakan karib. Lapan orang dari mereka telah menuntut pelajaran di sekolah agama (sekolah rakyat atau pondok), sembilan orang termasuk dua orang perempuan telah menuntut di sekolah Inggeris hingga ke universiti luar negeri; England, Australia dan Amerika Syarikat. Tiga orang dari mereka anak kepada mu’allim atau guru agama dan seorang cucu kepada seorang ulama.
Rakan-rakan saya yang telah menuntut di sekolah agama meneruskan hidup sampai tua atau hingga ke akhir hayat, kuat beribadat, berkecimpung dalam perniagaan dan perusahaan, seperti kilang kayu balak, percetakan, eksport dan import.


Manakala yang menuntut di sekolah Inggeris dan tidak belajar pengetahuaan agama Islam; Seorang mencapai pelajaran peringkat doktorat atau Ph.D. dan murtad di luar negara.Lima orang memegang jawatan tinggi dalam kerajaan, jadi kaki botol (minum arak),zina dan melakukan perbuatan hampir dengan zina dan hidup berfoya-foya hingga akhir hayat. Dua orang dari mereka, seorang melibatkan diri dalam perniagaan khjinzir dan seorang lagi dalam perniagaan yang bersifat perjudian.Akhirnya mereka muflis.
Manakala yang perempuan, hidup cara orang barat, bebas bergaul, suami menjadi tunggul di tebing dan ramai lelaki menjadi suami part timenya.Pada akhir hayatnya dia mengidap penyakit barah dalam perut.










QURAN



PERTOLONGAN

Sesiapa yang memberi pertolongan kepada usaha – usaha kebaikan (kebajikan), nescaya dia akan mendapat bahagian daripadanya, dan sesiapa yang memberi pertolongan kepada perkara – perkara kejahatan, nescaya dia akan memikul sebahagian tangungjawabnya, dan Allah itu berkuasa atas segala sesuatu.
– an Nisa:85

Sunday, May 23, 2010

PERISTIWA DAN KITA

Mokhtar Petah

-----kita sama - sama fikir ----


BUKAN ISLAM DALAM DEWAN

PAS sedang mempertimbangkan untuk meminda perlembagaan di negeri-negeri di bawah pemerintahan parti itu mengenai penyertaan bukan Islam ke dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) seperti yang pernah dicadangkan di Terengganu pada 1999.

Namun, Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ianya bergantung kepada kedudukan kerusi PAS di Dun masing-masing dan proses yang perlu dilalui setiap negeri.

"Ya, dalam pertimbangan. Tetapi itu bergantung kepada kedudukan kerusi kita (PAS) di Dewan Undangan Negeri dan bergantung kepada proses yang berbeza dengan negeri lain.

"Pindaan perlembagaan negeri perlu melaului penasihat undang-undang, mendapatkan tandatangan Sultan. Banyak proses yang perlu dilalui. Di Terengganu kita dapat melalui proses ini," katanya pada sidang media selepas merasmikan pelancaran Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), di sini, hari ini.

Menurut timbalannya, Nasharuddin Mat Isa pula, meskipun di Kelantan belum membuat pindaan itu namun negeri itu sudah melantik penghulu di kalangan orang bukan Islam.(Harakah)


PERMATA NEGARA
Kerajaan Negeri mensasarkan penubuhan program Permata Negara di setiap kawasan kategori berpendapatan miskin atau sekurang-kurangnya satu dalam setiap daerah di negeri ini bagi menyediakan sistem pendidikan terbaik kepada kanak-kanak.(Sinar Harian)

HUTAN LIPUR LENTANG
Jabatan Perhutanan Negeri Pahang 'patut' menaruh perhatian untuk menjadikan taman hutan lipur Letang, dekat Janda Baik, Pahang, kerana kawasan itu di antara yang terbaik dalam negeri tersebut.
Malangnya, dalam kawasan hutan lipur itu terdapat kawasan tanah hutan simpan diteroka oleh peneroka - petani Cina untuk dijadikan ladang.


KISAH DARI NOVEL



PROFESOR HAMIDI DAN KEKASIHNYA



Lehih dua puluh buah buku bahasa Inggeris dan bahasa Melayu, di antara buku-buku itu, Political Science, Social Science, Human Resorce, History of Islam, The Life of Muhammad, ‘Basmi Rasuah’, ‘Melayu Hilang Dalam Sebuah Parti Politik Tunggal’, ‘Mukaddiman Ibnu Khaldun’ “Kebebasan Media Di Malaysia’ dan ‘Bagaimana Hendak Menjadi Wartawan’ berserakkan atas meja, dalam bilik Profesor Hamidi. Semua buku itu dibeli untuk dihadiahkan kepada Julia Hani.

Julia Hani sedang mengikuti kurus human resorce, di universiti Utara .Walau kursus itu tidak mewajibkan dia belajar ilmu politik, tetapi Profesor Hamidi mahu kekasihnya mempelajari ilmu tersebut dengan membaca buku-buku yang dibelinya itu.

.”Saya nak sayang Study, ialah ilmu politik, ekonomi, kemasyarakatan ..., apa jua ilmu pengetahuan ...,”katanya.

“ ...kerana cinta saya kepada Hani, sayang, saya mahu Hani jadi wanita intelektual,” kataya lagi.

Pada petang itu, Julia Hani duduk di sisi kekasihnya atas sofa. Jari jemari tangan kanannya melurut-lurut jari jemari dan mengusap dua puntung lengan sasa Prosfesor Hamidi.

“Terima kasih, yang,” sahutnya.

“ Hani mesti jadi wanita yang tahu semua ..., boleh menulis atau mengarang artikel, buku ...,” kata Profesor Hamidi selanjutnya.

“... yang tak usah harap pada pelajaran yang tuntut di universiti saja ..., pelajaran pakai hafal untuk lulus periksa, dapat ijazah ...,” tegas Profesoar Hamidi.

‘Ngapa, yang ...,” Julia Hani bertanya mencari kepastian.

“ ...ia, tapi banyakkan pengetahuan dalam dada yang..., macam-macam pengetahuan, kreatkan fikiran, supaya Hani jadi wanita bijaksana atau dalam bahasa Arab, ulul albab ...,” tegas Profesor Hamidi lagi.

“Ia, sayang...,”sahut Julia Hani.

“ Pandai diajar oleh guru, ada guru hanya pandai mengajar, tapi tak pandai praktikan ..., bijaksana Allah yang ajar ..., macam ahi falsafah, pengarang, sasterawan dan lain ...,” Profesor Hamidi berkata sambil membenamkan renungannya ke dalam dua lubuk mata kekasihnya.

DEGUP JANTUNG

Julia Hani tunduk. Dia tidak sanggup menentang mata kekasihnya. Degup jantungnya menderanya.

“Jika kita jadi bijaksana, kita tidak bergantung pada orang lain ..., Hani jadi wanita gigih, berani ..., berserah kepada Tuhan,” kata Profesor Hamidi sambil memegang puntung lengan kanan Julia Hani.

Gadis itu melurut dan memicit-picit lengan kekasihnya dengan tangan kirinya.

“ Yang pun tau, macam mana pandai, bijak seseorang itu, kalau dia buta politik, dia bergelar orang ‘pandai bodoh’..., orang macam tu tak ke mana ..., jadi hamba orang sepanjang hidup ...,” ujar profesor Hamidi.

“Orang pandai politik, kalau tak bijak, tak ke mana juga ..., jadi alat orang, serahkan negara kepadanya ..., licin ..., kalau tak rosak kerana rasuah..., digadainya ....,”ujarnya lagi.

“Heee, takkan macam tu kut ...,” sahut Julia Hani.

“Iaa, ada ..., sekarang rasuah menjadi-jadi, kerana ramai orang pandai politik, tak ada pengetahuan agama Islam ..., kalau ada pun tak mahu beramal ...,macam pokok tak berbuah ...,” tegas profesor Hamidi.

Profesor Hamidi mengambil buku Mukadimah Ibnu Khaldun dari timbunan buku-buku atas meja. Buku itu diletakkan atas paha Julia Hani. Gadis itu memegang buku tebal itu.

“Hani baca buku ini, kalau Hani dah faham ..., menghayatinya ..., ilmunya macam Hani menuntut selama tiga tahun di universiti...,” Profesor Hamidi mengusulkan kepada Julia Hani.

“Sungguhka, sayang...?” Julia Hani bertanya.

“Sungguh ..., saya dah alaminya, sayang,” sahut Profesor Hamidi.

“ ...Hani nak baca semua buku tu ..., Hani nak belajar mengarang ..., Hani nak jadi writer ..., yang tolong bimbing Hani ...,” suara Julia Hani lembut. Manja.

Insya Allah ..., tapi saya tak pernah bekerja sebagai wartawan ...,”kata Profesor Hamidi

ILMU KEWARTAWANAN

Julia Hani lantas teringat akan wartawan Melayu, di Kuala Lumpur. Wartawan itu telah menasihatkannya supaya mengikuti kurus ilmu kewartawanan atau Mass communication di UiTM. Tetapi, pada masa itu dia tidak minat mengikuti kursus itu. Mengikuti kursus human resorce menjaminkan dirinya menjadi pegawai kerajaan atau ekseutif bahagian human reorce dalam syarikat swasta.

Dia telah membezakan; bekerja dalam bahagian human resorce kerja senang. Duduk dalam pejabat berhawa dingin. Tetapi bekerja sebagai wartawan terpaksa memeras otak. Sepanjang masa belajar ragam alam dan manusia. Setiap hari kepala bagaikan pecah kerana memeras otak. Punggung seluar tembuk. Kasut cepat tembuk tapaknya.

“ Wartawan ..., penulis ..., menjadi guru kepada manusia, walaupun dia perdana menteri, presiden atau raja memerintah ..., pena mereka tajam ..., lebih tajam dari mata pedang ...,” kata Profesor Hamidi.

“Iaaa...?” Tanya Julia Hani.

“...Ia, pena mereka boleh menyebabkan seseorang pemimpin jatuh merudum, dunia jadi aman atau hancur dalam berperang...,” jawab Profesor Hamidi.

“Wau, power ..., gila...,”sambut Julia Hani.

“Taklah sampai gila ...,”sahut Profesor Hamidi.

Jualia Hani ketawa. Dia tersedar fikirannya cetek. Perkataan yang digunakannya perkataan budak-budah berhingus. Perkataan yang bisa digunakanoleh penuntut kolej dan mahasiswa universiti.

Sorry..., sayang,” kata Julia hani sambhil membelitkan lengannya kepada pinggang keksihnya.

“Tak apa ..., O.K. ...,” sahut Profesor Hamidi.

MACAM FIRAUN

Julia Hani berasa malu kepada kekasihnya. Pengetahuannya dan pengetahuan kekasihnya amat jauh bezanya, seperti bumi dengan langit.

“ ... kalau sesebuah negara tak ada wartawan ..., penulis ..., tak ada kebebasan bersuara, pemimpinnya jadi biol ..., nyanyuk ..., mungkin zalim macam Firaun..., diktator...,” kata Profesor Hamidi.

Pada ketika itu tumbuh minat pada diri Julia Hani untuk bekerja sebagai wartawan. Profesor Hamidi merenung wajah kekasihnya. Senyum. Seperti wartawan Masir senyum kepada Raja Farok. Hatinya bermadah, “ budak u, berhingus lagi ...”

Profesor Hamidi membuka buku History of Islam. Sehelai lepas sehelai lambran buku itu di selaknya. Dia membaca pada halaman 67.

The Muslim could collect one thousand men only against three thousand of enemy. Out of tha muslim force three hundred men under the leadership of Abdulah b. Ubayy, the hypocrit leader deserted and withdrew at the llast moment. The Holy Prophet with a batch of 700 me tookup the position at the froot of Mt. Uhud.

“Orang munafik seperti Abdullah bin Ubai ni bahaya, di negara ini adakah manusia macam manusia dikutuk Allah itu...,” profesor Hamidi bertanya dalam fikirannya.

Julia Hani bangun dari sofa. Dengan wajah berbunga senyuman dia menarik tangan kanan profesor Hamidi. Sambil menggeliat dia mengajak kekasihnya pergi makan laksa di ke Pekan Mat Sirat. Sambil memegang bahu kekasihnya, Profesor Hamidi merenget-renget menyanyika pantunnya.

Pergi ke Pekan Mat Sirat,

Makan laksa ikan parang;

Kalau lupa tamsil ibarat,

Akan jadi hamba orang.

“Macam mana yang, Dr. Burhanuddin Helmy berpantun di Melaka pada zaman belum merdeka, ...kalau roboh ....?” Julia Hani bertanya.

O.K, yang cari ...pembayangnya, ...saya hanyebut malsudnya saja ..., badan dan nyawa saya serahkan,” jawab Profesor Hamidi.

O.K., ...kira pengorbanan kekasih kepada kekasihlah tu...,” kata Julia Hani.

*** ***

Teluk Mati Angin tenang dalam cahaya jingga. Udara bertiup dari selatan membelai manja dedaun pada petang itu. Bunyi ombak memeluk pantai seperti muzik kuno menenang hati Dr. Imran dalam Chalet di teluk itu.

Kata orang bijak Melayu, orang yang dimamah duka lara ada bermacam-macam. Tidur menonggeng. Bercakap seorang diri. Menyanyi dalam bilik air. Membaca surat khabar dalam jamban. Ada yang seperti orang sasau. Nyanyuk. Gila.

Dr. Imran menelentang atas lantai dalam Chalet. Jari-jemari dua puntung tangannya dikahwinkan dan diletak bawa kepalanya. Dua puntung kaki ditumpang pada kerusi. Dua biji matanya seperti terangkut pada lelangit chalet itu.

“ ...kahwin dengan Syida dulu,lepas itu ceraikan Intan.”

“Ceraikan Intan dulu, kemudian kahwin dengan Syida.”

“Syida I cintakan you ..., rindukan you ..., yang.”

“Kita nikah, sayang.”

“ ...kita nikah di Perlis, my friend, Profesor Hamidi akan tolong kita, sayang.”

LEBUH RAYA

Sura bisikan Dr. Iman seperti wirid orang bertapa. Pandangan rakannya, Profesor Hamidi, pada pagi semalam, menjadi lebuh raya harapan di hadapannya. Dia dan kekasihnya, Syida akan menjadi suami isteri.

Syida jururawat paling rapat dengan Dr. Imran. Setiap kali dia melakukan pemeriksaan. Lihat. Rawat. Bedah atas setiap wanita pesakitnya Pendeknya Syidahlah membantunya. Syida beri dan sambut gunting. Unjuk dan terima pisau. Membasuh dan mengesat pesakit.

Pada hari pertama hingga tiga bulan, Dr. Imran pertahankan perasaannya sebagai manusia lelaki. Walaupun Syida cantik, lebih cantik dari isterinya, tetapi dia tetap dengan pendiriannya. Pegangannya. Etikanya. Kadang-kadang egonya, tidak akan jatuh cinta kepada jururawatnya. Tetapi sebgai hamba Allah, senyiasa memuji Maha Esa itu, hati Dr. Imran sering memuji gadis genit berlesung pipit itu.

PERINGKAT BAWAHAN

Para ulama berkata, bahawa tidak semua orang berpengetahuan tinggi dan bijak pandai yang arif akan iman, ihsan dan kadar Tuhan. Biasanya orang yang di peringkat bawahan lebih arif dari orang atas tentang cinta nikmat dari Tuhan.

Dr, Imran membendung perasaan dan fikirannya di bawah kehendak dan kuasa Tuhan. Dia hanya manusia biasa. Hamba paling kerdil di hadapan Tuhan. Pada bulan yang keempat, cinta kepada Syida berbunga kembang dalam dada Dr. Imran. Syida menerima cintanya laksana tidak cukup tapak tangan nyiru ditadahkan.

“Syida cintakan you, sayang ..., Syida sanggup bermadu ...,” ucapan kekasihnya seperti nyanyian dalam fikirannya.

“Sungguh, sayang?”

“Sungguh, sayang.”

Well, apa buktinya...?”

“Tak ada, cukup tak, kalau Syida kata, kalau sungguh bagai dikata, badan dan nyawa Syda serahkan?”

“Ia, lebih dari cukup sayang.”

Apabila perasaan cinta menguasai diri masing; Syida dan Dr. Imran berpelukan sejenak dalam bilik bedah, pada waktu senja.

“ ...Sidah marahkah ...”

“Tak, sebenarnya doktor tahu semua tubuh peremuan, tai doktor tak tahau ahati Syida ...”

“Sungguh Syida, pada ketika ini saya ah tau, sayang.”

“Jangan tinggalkan Syida, tau.”

Wallah wannabi, I tak tinggal Syida, sayang.”

BUKIT TINGGI

Lamunan Dr. Imran diganggu oleh suara pelayan tempat peranginan itu memanggilnya. Perempuan dari Bukit Tinggi itu membawa makanan dan minuman untuknya.

Dr. Imran bangun dari lantai. Pintu Chalet itu dibuka. Perempuan itu senyum kepadanya. Dia masuk dan menghidangkan makanan dan minuman petang atas meja makan. Sementara Dr. Imran masuk ke dalam bilik air.

“Isteri bapa tak ke mari?” pelayan itu bertanya sebaik-baik Dr. Imran keluar dari bilik air.

‘Tak, dia sibuk kerja,”jawabnya.

“Ia ..., kasihan, bapa seorang aje ...,”kata pelayan itu.

“Telah biasa ...,”sahut Dr. Imran.

Perempuan itu senyum. Hormat kepadanya.

Setelah sembahyang Asar, Dr. Imran mencapai buku catatannya di atas meja. Dalam buku itu tercatat ayat-ayat Quran untuk mengubat penyakit. Ayat-ayat suci itu diterimanya dari seorang mualim tua, Mat Saman.

MENGUBAT PENYAKIT

Mat Saman tinggal seorang diri di sebuah dangau, tepi pantai, dekat Teluk Mati Angin itu. Seminggu yang lalu, Dr. Imran tekah menuntut ilmu untuk mengubat penyakit manusia dengan mengguna ayat-ayat Quran kepada mualim itu.

“...doktor lebih tau dari saya, semua manusia ada penyakit ..., sakit kulit, ia, sakit di luar tubuh badan ..., sakit dalaman, jantung, paru-paru, usus, sampai kencing manis, barah ..., macam-macam ...,”katanya.

“Ia, pak Saman,” sahut Dr.Imran.

“ ...sakit jiwa ..., gila, macam-macam gila ..., sembilan puluh sembilan gila ...,” kata Mat aman.

“Ia, pak Saman,” sahut Dr. Imran.

“ Doktor pandai ubat orang, ada orang buat ubat sampai naik buit, ragas hutan rimba cari pokok ubat, akar ubat, daun ubat ...,” kata Mat Saman sambil merenung ke dalam dua lubuk mata Dr. Imran.

“Sungguh,” sahut Dr. Imran.

“Cari tongkat Ali, halban tanduk, kacip Fatimah, janda galak, bunga padma ..., macam-macam lagi ...,” ujar Mat Saman.

“Sebagai orang Islam, beriman kepada Allah, walaupun ad ubat moden, tapi tak usah ketepikan kuasa Alah ..., ka;lai Allah tak izin, pandai macam mana doktor, macam mana baik sekali pun ubat tu tak jadi apa ...,” Lat Sama bercakap seperti khatib berkhutbah.

Mat Sama Senyum. Dia sedar Dr. Imran yang berwajah murah itu telah menerima pendapatnya. Dia juga tahu Dr. Imran dalam keadaan susah hati.

“Bila nak rawat atau nak ubat orang, baca istighfar tiga kali, minta kepada Tuhan supaya Dia beri taufik dan hidayat...,” Mat Saman menasihati Dr. Imran.

“Ia, pak Saman,” sahut Dr. Imran dengan jujur.

“Baca bismillah ..., Fatihah, baca ayat Quran, surah Asy Syu’ra nombor 80, surah Al Anbia nombor 69, baca la haula wala quwwatailla billahil Aliyyul Azim, lepas tu selawatkan Nabi Muhammad..., baca tiga kali, insya Allah, “jelas Mat Saman.

SEMBAHYANG HAJAT

Dr. Imran yang buta huruf Quran itu teraba-raba membacanya.

“...kepunyaan Allah kerajaan langit dan bumi; dan Allah berkuasa atas sesuatu,[1]” suara mat Saman terkulum dalam mulutnya.

“Ia, ia ..., pak Saman ...,”sambut Dr. Imran.

Mintalah kepada Tuhan, tentu Tuhan tunaikan ..., sembahyang hajat ..., minta..,” mat Saman menasihati Dr. Imran.

Dr. Imran menghafal ayat-ayat Quran yang dicatat dalam bukunya. Kemudian dia membaca ayat Quran ubat runsing, perempuan cemburu, tidak membenarkan suaminya kahwin lagi, surah Ali Imran, 200 dan ilmu pengasih, surah An Naml,30

Telefon bimbit Dr. Imran berdering. Dia memerhatikan pada permukaan telefonnya. Wajah Syida muram. Ada butir-butir air mata atas pipinya. Dua telaga matanya teduh.

“Di mana, yang ..., ngapa lama tak datang ..., ngapa tutup telefon ...,” Suara kekasihnya dalam sedu sedan.

“ Syida, Syida ..., sedih ..., rindu..., susah hati ni ..., ngapa tutup telefon...?” Tanya Syida.

“ ...sayang, I dengan my wife ..., clash ...,nanti I bali I beritahu Sayang,”jawab Dr. Imran.

“Sayang di mana?” Syida bertanya lagi.

“...tolong rahsiakan, sayang ..., I di Pulau Langkawi.,” Dr. Imran memberitahu kekasihnya.

“Syida nak pergi ...,” kata Syida sambil megesat air matanya dengan lengan bajunya.

...tengah hari esok, I tunggu di air port ..., sayang,” sahut Dr. Imran.

Gambar pada papan papar telefon Dr. Imran, Syida sedang menggenyitkan mata kirinya. Wajahnya berbunga senyuman. Sepasang lesung pipitnya mengumbat hati Dr. Imran yang hiba dan lara.

(Disaring nari manuskrip novel, Air Mata Kering Di pipi, oleh: Mokhtar Petah).



[1] Ali Imran: 189.