
Tuan kambing: "Aku beri kamu makan. Makalah rumput, kulit pisang hatta seluar dalam aku. Bila kamu dah besar dan banyak daging, aku sembelih atau aku jual. Duit aku gunakan untuk mebeli pakaianku dan seluar dalam yang kaumakan."
Selamat Hari Keputeraan yg ke-76 tahun (3 JULAI 1934 )
Mokhtar Petah
2010
Najib Tun Razak
Perdana Menteri Malaysia
Mokhtar Petah
Noh Omar
Jihadnya
Bela Rakyat Jelata
Mokhtar Petah
Biografi
Tan Sri Ishak Tadin
Mokhtar Petah
Rasuah
Musnahkan Negara
Noor Iskandar
Anwar Ibrahim
Dalam
Sejarah Alam Melayu

PERPADUAN MELAYU
Dia (Allah) telah menurunkan keterangan – keterangan yang jelas kepada hamba - Nya (Muhammad s.a.w.) untuk mengeluarkan kalian dari kegelapan kepada cahaya yang terang dan sesungguhnya Allah itu Petunjuk dan Penyayang kepada kalian. - Al Hadid: 9.
Orang Melayu boleh menjadi bangsa yang kuat dan disegani oleh umat manusia di seluruh dunia, hanyalah jika ditangan mereka ada kuasa Melayu (Malay power). Kuasa Melayu tidak akan diperolehi sampai bila – bila, selagi orang Melayu tidak mengikut petunjuk Allah dalam Quran, iaitu tidak berpecah belah – bersatu padu di bawah kalimah Allah.
Ketuanan Melayu tidak penting, kerana ketunanan itu satu warisan dari bangsa Arab kuno sebelum Islam, iaitu 'Syed atau tuan' yang mengusai orang - orang miskin dari bangsa mereka sendiri. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka sebelum 1511 dan zaman Sutan Abdullah di Perak sebelum 1874, telah wujud Ketuanan Melayu. Ketuanan Melayu itu telah memberi peluang kepada golongan Istana dan peodal (ketuanan) Melayu memperhambakan orang ramai Melayu yang miskin atsaun marhein
Orang Melayu boleh bersatu – padu, jika semua organisasi politik Melayu, UMNO (berpegang kepada kebangsaan Melayu) dan PAS (berpegang kepada Islam sebagai amalan dalam semua bidang kehidupan insan), ketepikan sentimen politik dan mengorbankan pegangan tidak mengikut Islam dan sama – sama berepegang kepada Islam sebagai dasar hukum dan amalan dalam kehidupan negara dan rakyat.
Maka, jika benar orang Melayu mahu bersatu - padu dan mendapat kembali kuasa Melayu (Malay power), maka UMNO dan PAS hendaklah membuangkan yang keruh dan ambil yang jernih; saling bekerjasama dalam semua bidang.
Saya yakin, jika orang Melayu tidak bersatu - padu, dalam tempoh 10 hingga 20 tahun sahaja lagi, bangsa Melayu akan hilang. Bukan hilang kerana ribut dan banjir seperti maksud Quran di atas ini, tetapi kerana corak politik yang berbeza dengan corak politik UMNO dan PAS, akan melanda dan akan menjadi besi waja kekuatan bangsa lain menguasai negara pusaka bangsa Melayu ini.
Bagaimana nasib UMNO dan PAS di pulau Singapura yang kuat pada masa belum kuasa bangsa lain yang membawa basi waja politik sosio - demokrsi ke pulau pusaka bangsa Melayu itu?
Najib Tun Razak, Muhyiddin Yassin, Haji Hadi Awang, Nik Aziz dan Anwar Ibrahim bertanggung jawab atas menyatu padukan orang Melayu. Mereka perlu kembali kepada firman Allah, ' berpegang teguh pada tali Allah (berpadu) dan jangan berpecah belah'.(mp).TAATKAN ALLAH
Sesungguhnya orang – orang mukmin yang benar - benar beriman, apabila diajak taat kepada Allah dan rasul-Nya untuk memberi hukum diantara mereka, maka mereka berkata: “Kami mendengar dan kami taat.Mereka yang demikian itu adalah orang – orang yang beriman. - An Nur:51
Sesiapa mentaati rasul, maka sesungguhnya dia mentaati Allah. - An Nisa:80.
HADIS
JIHAD
Sesiapa mempersiapkan dirinya untuk berperang pada jalan Allah, maka dia benar – benar dia telah berperang. Dan sesiapa merawat keluarga orang yang berperang (pada jalan Allah), maka ertinya dia berperang sama pada jalan Allah.
Imam Bukhari dan Imam Muslim.
PETUA
BUKAN KERANA PANDAI
seseorang individu yang memegang jawatan presiden dan perdana menteri di sesebuah negara itu bukanlah kerana pandai dan bijaksananya, tetapi kerana dia dipilih oleh para individu yang menjadi pengundi tidak pandai dan tidka bijaksana. Oleh yang demikian, anda yang pandai dan bijaksana, hati – hati mengikuti mereka.
*** ***
TAHUKAH
TTTTTT
MASJID DI GENTING
Seiapa yang kuat iman sembahyang dalam masjid di Genting Highland, nescaya dia berasa sembahyangnya tidak sempurna, kerana masjid itu dibina dengan sebahagian wang dari hasil saudagar perjudian dan hasil dari judi. Dalam masjid itu berlakulah persimpangan; antara taatkan Allah dan menentang Allah.
1 MALAYSIA
Sesiapa yang jujur kepada bangsa Melayu dan berpengetahuai politik yang sempurna, yakin, bahawa 1 Malaysia, pada jangka panjangnya tidak menguntungkan orang Melayu sebaliknya menguntungkan kaum pendatang.
BERNAS
Bernas berdaghang beras, sejak wujudnya mencari keuntungan atas belakang rakyat jelata negara ini. Setelah sahakam Bernah dimiliki oleh orang lain, maka, ia sama dengan gadis cantik yang didera kenser payu dara.
KHIR TOYO
Bekas Menteri Besar Selangor, Dato Sri Mohd. Khir Toyo adalah seorang doktor pergigian dan mempunyai kelinik di Kajang. Jika beliau tidak menjadi Menteri Besar Negeri Selangor, tentulah beliau tidak termasuk dalam golongan orang – orang terkaya di Malaysia pada masa ini. Inilah tuahnya.
DERITA KERANA KENSER
MAIMUNAH MEMOHON
IHSAN ORANG RAMAI
Maimunah binti Muhamad, 46 tahun, janda, sedang menderita sakit kenser payu dara dan kenser tulang merayu belas kasihan orang ramai untuk mmendapatkan wang bagi menampung kos perubatan dan belanja hidup serta belanja sekolah anak perempuannya berusia 10 tahun..
Dia telah bercerai dengan suaminya, Lokman, pada 18 Feberuari 2009.
Setelah bercerai, bekas suaminya meninggal dunia pada 8 Mac 2009.
Maimunah mula diserang kenser payu dara pada Februari 2004. Telah menjalani rawatan – komo trapi dan radio trapi. Dengan kehendak Allah kensernya telah sembuh sepenuhnya. Malangnya, pada Jun 2009, dia disahkan mengamail bon cancer (kencer tulang).
Untuk menjalani rawatan, dia dibantu oleh adik beradiknya yang masaing – masing berpendapatan kecil.
Anak perempuannya, Nur Sarah binti Lokman, 10 tahun, sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan Seri Bintang, Shamlin Perkasa, Kuala Lumpur.
Sesiapa yang dianugerahkan oleh Allah murah hati; hendak menghulurkan bantuan kepadanya, bolehlah menghubunginya di alamat: CD – 4 – 5 Gladden Court, Jalan Wawasan Ampang 1/10, Bandar Baru Ampang, 6800 Ampang, Selangor. No. akaun, MBank 1621 7962 1740.
**** ****
|
IBU TUNGGAL DERITA KENSER TULANG Oleh: Aina Ahmad Saya adalah antara salah seorang peserta yang mengambil bahagian semasa sama menolong membeli baju untuk membantu anak - anak yatim, di rumah anak yatim, Rawang, di sebuah pasar raya, di Subang Jaya pada tahun lalu bersama sepupu saya Puan Iza. Pada tahun yang sama, saya juga menyertai majlis berbuka puasa bersama anak - anak yatim, di rumah anak yatim, Kelang. Saya memaklumkan satu cerita mengenai seorang ibu tunggal, anak seorang, kawan saya sendiri, iaitu Maimunah binti Mohamad, 46 tahun. Dia merayu kepada mereka yang berhati murah dan reda bernafkah kepadanya yang yang sedang menderita kerana didera penyakit kenser tulang. Maimunah, bekas seorang kerani di pejabat swaswta. Dia telah disahkan oleh pihak hospital mengidap kanser tulang. Penyakit kansernya serius. Telah merebak ke dalam usus dan tulang kaki kirinya. Baru-baru ini dia telah dinasihatkan oleh doktor yang merawatnya, agar dia menjalani pembedahan kaki kirinya dan tulang kaki kirinya digantikan dengan besi. Kos pembedahan kaki kirinya memelukan lebih RM16,000.00. Dia juga dinasihatkan melakukan kimoterapi pada tiap -tiap bulan. Oleh kerana doktor tidak dapat memastikan status beliau samada sudah menopaus atau belum. Mereka hanya akan dapat menjalankan kimoterapi tersebut selepas 6 bulan bermula dari bulan Julai ini. Untuk makluman, Untuk menjalankan kimoterapi ke atas orang yang belum menopaus dan sesudah menopaus adalah berbeza. Dalam tempoh 6 bulan menjalankan kimotrapi, beliau dikehendaki mengambil satu suntikan tiap-tiap bulan yang berharga RM1000.00.
Pada masa ini, kerana Maimunah tidak mampu menaiki tangga rumahnya sendiri, di tingkat lima, di rumah pangsa, di Bandar Baru Ampang, maka, dia menetap bersama adik perempuannya yang telah berkahwin, di taman di Cheras, Kuala Lumpur.
|
Bintang,
Shamlin Perkasa, 56100 K. Lumpur.
Bercerai dengan suaminya pada 18 februari 2009. 8 mac 2009 dia meninggal
Berniagsa. Sarangan jantung.
HASRAT
Dan katakan: “Kebenaran itu datangnya dari Tuhan kalian; maka, siapa yang berhasrat (beriman) hendaklah dia beriman dan siapa yang berhasrat (kafir), biarlah dia kafir.” Sesungguhnya Kami telah menyediakan bagi mereka itu neraka yang gejolak mengepung mereka.

DERITA KENSER TULANG
MAIMUNAH MEMOHON
IHSAN ORANG RAMAI
Kuala Lumpur, Selasa - Maimunah binti Muhamad, 46 tahun, janda, sedang menderita sakit kenser payu dara dan kenser tulang merayu belas kasihan orang ramai untuk mmendapatkan wang bagi menampung kos perubatan dan belanja hidup serta belanja sekolah anak perempuannya berusia 10 tahun..
Dia telah bercerai dengan suaminya, Lokman, pada 18 Feberuari 2009.
Setelah bercerai, bekas suaminya meninggal dunia pada 8 Mac 2009.
Maimunah mula diserang kenser payu dara pada Februari 2004. Telah menjalani rawatan – komo trapi dan radio trapi. Dengan kehendak Allah kensernya telah sembuh sepenuhnya. Malangnya, pada Jun 2009, dia disahkan mengamail bon cancer (kencer tulang).
Untuk menjalani rawatan, dia dibantu oleh adik beradiknya yang masaing – masing berpendapatan kecil.
Anak perempuannya, Nur Sarah binti Lokman, 10 tahun, sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan Seri Bintang, Shamlin Perkasa, Kuala Lumpur.
“Dengan nama Allah, saya memohon bantuan dari semua insan. Moga – moga dengan bantuan ikhlas dari para dermawan dapatlah meringankan beban yang saya tanggung, iaitu untuk kos rawatan dan ubat, makan minum dan belanja anak saya bersekolah,” pohon Maimunan yang sebulat kepalanya tidak berambut walaupun seurat.
“ Hanya Allah Yang Maha Pemurah akan dapat membalas pertolongan dan derma para dermawan sekalian,” katanya.
“Mudah - mudahan dengan doa tuan dan puan sekalian Allah akan menyembuhkan penyakit yang sedang mendera diri saya ini,” tambahnya.
Sesiapa yang dianugerahkan oleh Allah murah hati; hendak menghulurkan bantuan kepadanya, bolehlah menghubunginya di alamat: CD – 4 – 5 Gladden Court, Jalan Wawasan Ampang 1/10, Bandar Baru Ampang, 6800 Ampang, Selangor. No. akaun, May Bank: Maimunah binti Ahmad 1621 7962 1740.
Mokhtar Petah
PESAN AYAH:
" ...mu, belajar sungguh - sungguh. Tak cukup guru belajar pada pokok, batu, sungai ..., gunung, langit, matahari, bulan ..., bintang."
" ...belaja, jangan setakat jadi pandai ..., orang pandai jadi hamba orang. Belaja sampai jadi bijaksana ... Orang bijaksana diajar oleh Allah."
"Mu kasih ...., siapa saja mu mesti kasih ..., manusia mana ..., tak kira siapa ..., putihke ..., hitam...,ke."
"Mu anak lelaki, jangan takut kepada sapa - sapa ..., mu mesti takut ..., takwa kepada Allah."
" ...mu dah pandai mengarang ..., karang apa saja ... Bila mu mati, orang tak bilang tulangmu ..., demo tu baca buku mu tulis ..., sedikit sebanhyak itu fikiranmu dalam buku tu ..."
"Ayah tak lama lagi akan balik ke alam bak. Ayah tak tinggal harta kepadamu. Hanya lima perkara ayah tinggalkan. 1 - Kukuhkan iman ...jihad pada jalan Allah. 2 - Kalau bini (isteri) derhaka ..., minta cerai, beri talak. 3 - Biar apa yang orang buat kepadamu, jangan balas ..., serah kepada Allah.4 . Kalau mu dapat bunga wangi ..., bunga cantik, jangan beri kepada beruk. 5. Mu jangan susah hati, putus asa walau macam mana susah ..., kerana mu anak ayah ..., hamba Allah."
PESAN IBU:
" ... emak, biar emak mati tak makan, asalmu belajar sampai pandai. Kalau dah pandai ajar orang, jangan simpan ilmu dalam dadamu, Allah marah,Nabi Muhammad tak suka."
"Mu kasihkan kaum sejenis emak ..., demo tu macam emak. Bila emak dah mati, ... bila mu tengok demo tu ..., mu ingat emak."
"Emak tak lama lagi nak mati ... Emak tak dak tinggalkan harta. Yang ada, Quran buruk emak selalu baca, jasa emak padamu, tunjuk ajar emak padamu, menantu emak yang tak derhaka kepadamu ..., cucu emak yang ada banyak ilmu, selalu buat kebajikan, jangan tinggalkan sembahyang."
Mokhtar Petah
Setelah Harian Patriot ditutup, selama beberapa bulan aku telah menjalankan berbagai pekerjaan untuk mencari wang. Di antaranya aku membantu membantu rakanku, Yahya Arif menjual buku di toko bukunya, di Bandar Diraja Kuala Kangsar.
Seorang hartawan Melayu keturunan Melayu Bugis dan Melayu Pattani di Negeri Perak (kerana amanahnya, namanya tiak dinyatakan di sini) telah meminta aku menulis sebuah buku biografinya. Aku talah menulis biografinya sebanyak 345 halaman kertas A-4, dengan menggunakan mesin tulis. Buku biografinya itu tidak dicetak dan dibukukan. Hanya untuk dirinya sendiri.
ORANG RAMAI
Sebelum aku menulis buku itu, hartawan itu mahu menulis semua fakta dan segala kebaikan dan keburukannya. Aku telah memberitahu kepadanya, kalau biografi itu dibukukan dan akan dijadikan bahan bacaan orang ramai, aku tidak sanggup menulis keburukannya. Dia telah mengaku, bahawa buku itu untuk kenangannya sahaja dan dia tidak akan memberi kepada sesiapa, walaupun kepada isterinya sendiri.
Di antara yang manarik dalam perjalanan hidup hartawan itu, ialah:
(1) Pada masa remaja, dia menjaja air batu campur dan cendol di pekan kecilnya.
(2) Kemudian berniaga kayu dan papan di samping mengambil kontrek membekal kayu bakau membuat palung lombong bijih timah.
(3) Mempunyai lebih 17 orang gadis, 20 janda dan 9 isteri orang, termasuk isteri pengurus lombong, orang Inggeris.
(4) Menyamun bijih timah dari gudang bijih.
(5) Membunuh lebih 8 orang China ahli konsi gelap dan parti komunis.
(6) Membekalkan makanan kepada pengganas-pengganas komunis.
(7) Ditangkap polis kerana membantu pengganas komunis. Kerana tidak cukup bukti mahkamah membebaskannya.
(8) Dia telah berkahwin sebanyak 37 kali. Semua isterinya gadis-gadis Melayu, Indian Muslim, Cina Muslim dan orang Asli. 34 orang isterinya telah diceraikan. Tiap seorang dari mereka diberi sekadar satu ekar tanah dan sebuah rumah kampung serta wang yang tidak disebut berapa banyaknya.
(9) Isterinya dua orang, tetapi dia tidak pernah mendapat anak dengan mana-mana isterinya.
Kegemarannya, ialah membantu anak-anak yatim dan fakir miskin tak kira bangsa dan agama.
KAIN SONGKET
Hartawan itu telah membayar wang kepadaku sebagai upah menulis biografinya sebanyak $5,000.00. Wang sebanyak $3,000.00 telah dibayar pada hari aku berjanji dengannya untuk memulakan kerja menulis buku itu dan $2,000 lagi dibayar pada hari aku menyerahkan manuskrip biografi itu.
Dia juga telah menghadiahkan kepadaku, sebentuk cincin suasa dan permata delima, sepasang baju Melayu dan sehelai kain songkit benang emas.
Pada tahun 1977, hartawan itu bersama dua isterinya telah berhijrah ke Selatan Thailand. Semenjak itu aku tidak mengetahui sama ada dia masih hidup atau telah meninggal dunia.
PEMBERITA SAMBILA
Apabila surat khabar Berita harian diterbitkan oleh The Strais Times Singapura dan dikelolakan oleh Samad Ismail aku telah diterima bekerja sebagai pemberita surat khabar itu, di Kuala Kangsar.
Usiaku telah mencapai 24 tahun. Zaman remajaku sedang masuk ke lorong penamatnya. iaitu setelah aku bertemu dan bercinta dengan seorang guru sekolah Melayu, Che Su atau Jawariah binti Haji Dahari, dari kampung Lubuk Merbau1, Kuala Kangsar. Bapanya, pesara Guru Besar, Sekolah Melayu Kampung Laneh, Kuala Kangsar. Ibunya warga kampung Teluk Kepayang, Bota Kiri, Perak, telah lama meninggal dunia.
GURU AGAMA
Che Su telah mengajar, di Sekolah Perempuan, Sauk, baru empat bulan. Sebelum ditukar ke sekolah itu, dia telah bertugas di sekolah Melayu, Kampung Perak, Batu Kurau, dalam daerah Larut dan Matang..
Aku mula berkenalan dengannya di rumah seorang guru agama, di sekolah yang sama, Ustazah Zubaidah Jamada, pada satu petang, iaitu sewaktu aku datang ke rumah guru agama itu bersama rakanku, Cikgu Syed Zakaria bin Sayed Mohamad. Dia mengajar di sekolah yang sama dengan Che Su.
BAHASA CINTA
Pertemuan kali pertama pada petang itu, dengan takdir dan kehendak Allah, hati nuraniku telah terpaut kepada Che Su. Dari pakaian dan tingkal lakunya aku telah mengetahui tentang hati dan budinya, iman dan takwanya kepada Allah. Cintaku kepadanya bersambut dengan ’bahasa cinta’.
’Bahasa cinta’ kami sukar diterjemahkan oleh orang lain. Hanya aku dan Che Su dapat menterjemahkannya menjadi untai pantun yang telah diungkapkan oleh pemimpin Melayu, Dr Burhanuddin Helmy:
Kalau roboh kota Melaka,
Papan di Jawa saya dileraikan,
Kalau sungguh bagai dikata,
Badan dan nyawa saya serahkan.
Percintaan kami yang telah berusia hampir enam bulan itu telah tidak direstui dan bahkan dihalang oleh kakak dan abang ipar Che Su. Mereka mahu mengahwinkannya dengan seorang guru sekolah Melayu yang masih remaja. Aku dan Che Su telah bernekad; sekali melangkah ke alam percintaan, pantang surut ke belakang atau gagal, kecuali dengan iradat Allah.
Apa takut kepada kumbang,
kerana menyengat tidak bisa;
Apa peduli batu dan karang,
hati berhajat kurempuh juga.2
Bapa Che Su tinggal bersama isterinaya, Hamidah, di sebuah tebuk atau sawah padi, Talang Buruk Bakul, di pendalaman, Senggang, Kuala Kangsar.
WANG PENCEN
Pada tiap-tiap hari Jumaat Haji Dahari telah datang ke Bandar Diraja Kuala Kangsa kerana sembahyang Jumaat di masjid dalam bandar itu, sambil membeli barang-barang keperluan dapur atau mengambil wang pencennya. Setiap kali dia datang ke bandar Kuala Kangsar, dia menumpang bot penumpang dari Kampung Senggang yang berulang alik saban ke ke bandar itu.
Pada satu hari aku telah menemui bakal bapak mertuaku itu, di sebuah warong makanan, dalam pasar lembah di bandar itu. Aku telah memulakan percakapan dengan sebagai wartawan bercakap dengan orang-orang kenamanan. Tiada rasa gentar, takut dan berdarah kemuruh. Setelah aku perkenalkan diriku memaklumkan kepadanya yang aku berhajat menyunting bunga di tamannya - anak gadisnya, Che Su, dengan senyum mesra, dia telah berkata,”...saya dah tau, ...tak apa, saya terima....”kata Haji Dahari.
”Terima kasih, ayah haji,” kataku.
”Sama-sama, ...tak apa hantar wakil ke rumah saya..., tapi rumah saya jauh, ...Talang Buruk Bakul, dalam rimba...., Senggang,”katanya.
”Baik, ayah haji, ”kataku.
”...saya senang aje, ...kalau dah Che Su suka, saya setuju, ...tak pilih orang,”katanya. Ketawa.
MASYARAKAT SETEMPAT
Sambil minum kopi dan makan goreng pisang panas, aku dan bakal bapa mertuaku telah bercakap-cakap mengenai kehidupannya di pendalaman dan serba sedikit tentang masyarakat setempat.
Pada waktu itu aku terasa yang aku adalah seorang pemuda yang paling berani, kerana secara terus terang meminta anak gadis kepada bapanya, iaitu tidak menggunakan orang tengah. Aku seperti erti sajak penyair Indonesia, Trisno Sumjarjo dalam dramanya yang berjudul ’Dokter Kambuja’, iaitu:
Kata hati dan jiwa tak hendak kuingkarkan;
Dorongan hidupku dan pangkal peribadi.3
Seminggu kemudian, ibu dan bapaku telah mewakilkan dua orang di kampungku untuk melamar Che Su. Mereka, Hassanduddin Yassin dan Abdul Hamid Othman. Allah telah menolong aku, mereka telah membawa balik cerita yang menggembirakan, iaitu bapa Che Su telah terima lamaranku.
SEPASANG KEKASIH
Pada ketika itu aku terasa diriku sahajalah remaja yang paling gembira, di dunia ini. Aku dan Che Su sepasang kekasih berani menghadapi rintangan dan memegang teguh pada janji kami.
Buah jering di atas para,
Diambil budak sambil berlari;
Hingga kering lautan Melaka,
Baru saya mungkir janji.4
Oleh kerana rumah Haji Dahari jauh di pendalaman, maka dia telah merminta wakil-wakilku datang meminang anak gadisnya, Che Su dalam satu majlis yang akan diadakan di tingkat atas sebuah restoran India Muslim, di Jalan Dato’, dalam Bandar Kuala Kangsar. Pada masa itu restoran tersebut terkenal sebuah ’rumah makanan’ yang sentiasa dikunjungi oleh guru-guru Melayu dan orang-orang alim.
Majlis meminang yang ringkas itu telah dihadiri oleh Hassanuddin dan Abdul Hamid mewakili ibu dan bapaku, Haji Dahari, isterinya, Hamidah dan abang Che Su, Hashaim serta dua tiga orang rakan Haji Dahari.
Kedua belah pihak telah menandatangani surat perjanjian, iaitu ’surat bertunang’ antara pihak aku dengan pihak Che Su dalam majlis itu. Perjanjian itu telah menetapkan, iaitu setahun kemudian dari tarikh surat perjanjian itu dimereraikan, aku dan Che Su akan diijabkabulkan dengan mahar mengikut seperti mahar ibunya.
Keputusan yang telah dicapai dalam majlis pertunangan di restoran itu telah diterima oleh kaum kerabat Che Su dengan tidak sekata. Kakak dan abang ipar Che Su telah tidak setuju perkahwinan kami, telah menghenyahkan Che Su dari rumah mereka. Che Su terpaksa menyewa sebuah rumah kecil dekat sekolahnya, di kampung Tanah Merah.
Kira-kira seminggu kemudian dari pertunangan kami, pada satu hari dua orang lelaki yang mewakili kakak Che Su dan abang iparnya, iaitu Ketua Kampung, Anjang Rezeki bin Abdul Hami dan rakannya bernama Tambi, telah datang menemui aku di Kuala Kangsar. Mereka telah memberitahu kepadaku yang kakak Che Su dan suaminya telah menawarkan wang yang banyak kepadaku, kalau aku memutuskan pertunanganku dengan adik mereka.
Aku telah menjelaskan kepada mereka,”....lelaki dan perempuan yang bernikah dengan cara paksa, maka nikah itu tidak sah, kerana nikah yang sah mestilah dengan cinta dan rela antara pasangan yang menikah itu.”
” ...saya bukan ulama, tapi saya mengakui, perempun dan lelaki yang dikahwinkan dengan cara paksa, nikah deme tu tak sah, ...deme hanya berzina,” jelasku lagi.
Setelah mendengar penjelasanku itu, Anjang Rezeki dan Tambi setuju dengan pendapatku. Mereka telah menyalahkan kakak dan abang ipar Che Su. Pada hari-hari berikutnya, mereka telah menjadi dua rakan baikku.
1 Tempat lahir ulama terkenal, Sheikh Idris al Marbauwi. Di antara karyanya, kamus Al Mabwi.
3 A.Teeuw, 1978, Sastera Baru Indonesia, Kuala Lumpur, Penerbit Universiti Malaya,
hlm .203.
4 Zainal Abidin Bakar, 1992, Kumpulan Pantun Melayu, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dn
Pustaka, hlm.272.

DI PERSIMPANGAN JALAN
Menguji diri kita sebagai manusia kamil, hamba Allah yang ikhlas dan takwa, dan ahli Islam sejati atau sempurna dengan menggunakan doktrin atau hikmah a + a, i + i dan a + a.
1 – a, iaitu aku:
Kenal akan diri sendiri; siapa diri kita debenarnya:
Asas panduan: Quran, Hadis dan ilmu lain
1 - Nabi Adam alaihis salam dari tanah atau tanah liat.
Isteri Nabi Adam alaihis salam dari tulang rusuk
Junjungan yang bengkok.
2 - Manusia kemudian, dari seripati tanah.
2 – a, iaitu Allah:
Kenal Allah berasaskan dari Quran, pengetahuan atau sains.
1: Quran; surah al Alaq: 1 – 4;
Allah Maha Asa atau Maha Tunggl
Yang bergantung kepada – Nya segala sesuatu,
Tidak ada anak dan tidak diperanakkan.
Tidak siapa dan sesustu yang setara dengan –Nya.
3 – i, Iman.
Berpandukan Quran, Hadis, pengetahuan dan keupayaan
Berfikir.
Pertama: Maha Pemurah
4 – i , Ihsan. Ihsan ada dua bahagian, iaitu:
a . Ihsan, beribadat kepada Allah dengan yakin, jujur dan
seolah – olah kita melihat Allah dan Allah di hadapan
kita..
b - Ihsan terhadap manusia. Individu, rumah tangga,
masyarakat, Negara dan antarabangsa.
Ditimpa atas mereka kehinaan diaa mana sahaja
hubungan dengan Allah dan hubungan dengan
manusia.(Ali Imran:22)
Sesiapa yang tidak berbelas kasih sesama manusia,
maka Allah tidak berbelas kasih kepadanya.(Hadis.
Iman Bukhari dan Imam Muslaim).
5- a, Amanah.
Amanah kepada diri sendiria, rumah tanggaa,
masyarakat, negara dan antarabangsa.
Sesungguhnya Alalah teklah memerintah kalian agar
menunaikan amanah (kepercayaan) kepada orang yang
berhak.(An Nisa:58).
Panduan dasar: Quran dan Hadis.
6 - a – Akhlak.
Iaitu budi pekerti terhadaap diri sendiri, suami/
isteri, keluarga, jiran tetangga, masyarakat, negara dan
antarabangsa.
Saya dibangkitkan bagi menyempurnakan
akhlak.(Hadis)
Sesungguhnya termasuk orang terpoiih antara
kalaian (umat Islam) adalah yang baik
akhlak.(Iman Bukhari dan Imam Muslim).
Kesimpulan, seseorang Islam – mukmin dan mukiminat, tidak sempurnah anutan Islamnya selagi dia tidak ada aa, ii dan aa di atas. Cacat satu, maka cacatlah dia sebagai seorang Islam.
Di garisan inilah persimpangan jalan bagi manusia; jalan yang dia disayangi oleh Allah dan mendapat keredaan-Nya dan jalan dibenci oleh Allah.
NAMA | :Mohd. Mokhtar bin Mohd. Petah |
NAMA PENA | :Mokhtar Petah, Akhdiat, M. Fathy, Noor Iskandar. Saiful M. |
LAHIR | :03 Julai 1934 di Kampung Ngor, Sauk, Kuala Kangsar, Perak. |
BIODATA
MOKHTAR PETAH dalam dunia kesusasteraan dan kewartawanan Melayu telah mula dikenal sejak tahun 1950-an lagi. Beliau menceburkan diri dalam dunia penulisan sewaktu menuntut di Sekolah Agama Teluk Intan, Perak. Tulisan beliau pada peringkat awal banyak tersiar dalam majalah bertulisan Jawi seperti Hiboran, Juita, Mutiara, dan Mustika yang diterbitkan di Singapura dan kemudian dalam majalah Belia, Gelanggang Filem, dan Majalah Guru, yang bertulisan Rumi. Selepas itu tulisan beliau banyak mendapat tempat dalam akhbar penting di Malaysia seperti Utusan Melayu, Utusan Zaman, Berita Harian, Berita Minggu, dan Warta Negara.
Mokhtar Petah ialah anak sulung daripada dua orang adik-beradik. Ayahnya berasal dari Indonesia, sementara ibunya dari Patani, Siam. Ayahnya menetap di Perak dan hidup sebagai petani. Semasa kecil beliau belajar di beberapa buah sekolah agama. Antaranya Sekolah Agama Teluk Intan, Perak dan Sekolah Daeratul Maarif Al-Wataniah, Kepala Batas, Seberang Prai. Beliau pernah mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Indonesia tetapi beliau tidak dapat memenuhi cita-citanya itu kerana kemiskinan keluarganya. Walau bagaimanapun, beliau berpeluang mengikuti Kursus Sains Politik untuk penulis dan wartawan politik Asia yang dianjurkan oleh Presiden Soekarno, Indonesia.
Selepas tamat persekolahan, Mokhtar Petah terus menjadikan bidang penulisan sebagai kegiatannya yang utama. Beliau pernah bekerja sebagai pemberita bagi akhbar Warta Negara dan Warta Mingguan yang beribu pejabat di Pulau Pinang. Apabila Utusan Melayu diterbitkan di Singapura beliau menjadi pemberita akhbar tersebut bagi kawasan negeri Perak. Pada akhir tahun 1950-an beliau meninggalkan bidang kewartawanan dan menjadi guru di sekolah agama rakyat bersama Ustaz Abu Bakar Hamzah, seorang ahli politik yang terkenal pada masa itu, di Kampung Berala, Kuala Kangsar, Perak. Kerana pengetahuan agamanya, beliau pernah dilantik menjadi Kadi Kerajaan negeri Perak, tetapi kerana minatnya yang mendalam dalam dunia kewartawanan, beliau berhenti dari jawatan tersebut setelah sehari menjawat jawatan itu. Beliau menumpukan minatnya semula dalam bidang kewartawanan dengan menjadi wartawan kepada akhbar Harian Patriot, Medan, Indonesia.
Apabila Berita Harian diterbitkan di Singapura di bawah pimpinan A. Samad Ismail, Mokhtar Petah menjadi wartawannya di Perak, di samping terus menulis untuk akhbar dan beberapa buah majalah lain di Malaysia dengan menggunakan beberapa nama samaran seperti M. Fathy, Noor Iskandar dan lain-lain. Sebagai seorang wartawan yang ingin melihat kemajuan dalam bidang kewartawanan di kalangan masyarakat, khususnya di kalangan para penulis muda, maka dalam tahun 50an dan 60an, Mokhtar Petah telah menganjurkan beberapa Kursus Kewartawanan di Kuala Kangsar dan di Ipoh, Perak. Ada di antara para pesertanya telah berjaya menjadi wartawan dan editor yang terkenal hasil daripada kursus yang dianjurkannya itu.
Selain daripada itu, semasa menjadi wartawan di Perak, Mokhtar Petah mempunyai hubungan yang rapat dengan Sultan Idris Shah dan bergaul rapat dengan anggota orkestra yang dipimpin oleh baginda. Sebab itu, apabila Allahyarham P. Ramlee datang ke Perak dan berbincang mengenai kegiatan muzik dengan anggota orkestra tersebut, Mokhtar Petah berpeluang berkenalan dengan P. Ramlee. Perkenalan tersebut menjadi bertambah erat dan dengan itu beliau sering mendapat peluang berbincang dengan P. Ramlee terutamanya mengenai skrip filem dan tentang seni kata lagu.
Mokhtar Petah mula berminat dalam dunia penulisan setelah banyak membaca karya-karya Arab dan Indonesia. Antaranya yang ditulis oleh Syed Qutub, Mustafa Al-Ghalayeen, Hassan Al-Bana, Hamka, Sutan Takdir Ali Shahbana, Chairil Anwar, Tan Melaka dan beberapa orang ulama termasuk Haji Agus Salim. Mokhtar Petah pernah mendampingi Hamka sewaktu beliau sering datang melawat Malaysia dalam tahun 1950an. Mokhtar Petah juga pernah bersua muka dan menemuramah Presiden Soekarno semasa Presiden tersebut memegang kuasa di Indonesia.
Di samping menjadi seorang wartawan, Mokhtar Petah menggunakan masa lapangnya menulis novel, cerpen dan rencana umum. Namun sebagai seorang penulis, Mokhtar Petah mempunyai pendirian tertentu tentang peraduan menulis novel dan cerpen. Beliau tidak pernah menyertai sebarang peraduan. Beliau berpendapat: Penulis yang muncul daripada kemasyhuran kerana menang peraduan tidak semestinya akan kukuh sebagai seorang penulis yang idealis. Beliau mendapat bimbingan dan dorongan menulis daripada tokoh seperti A. Samad Ismail, Dahari Ali, Mazlan Nordin, Abdullah Zawawi, Aziz Ishak, Dr. Burhanuddin, dan beberapa orang sahabatnya dari Indonesia.
Pada tahun 1973 telah menerbit dan bertanggungjawab sebagai editor akhbar rasmi Kerajaan Negeri Perak, iaitu Berita Perak. Pada masa itu Negeri Perak diketuai oleh Menteri Besar Dato’ Sri Haji Kamaruddin Mat Isa.
Sebagai seorang penulis yang juga menaruh minat terhadap isu-isu kemasyarakatan dan politik, Mokhtar Petah berpendapat: bahawa politik yang berlandaskan AI-Quran dan al Hadis sahaja yang boleh memberi faedah dan manfaat kepada manusia, terutama orang-orang Melayu yang beragama Islam.
Dalam tahun 1978 Mokhtar Petah berhenti daripada menjadi wartawan Berita Harian lalu menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Kemudian pada awal tahun 1984 beliau berhijrah ke Kuala Lumpur. Beliau pernah menulis untuk majalah Era, Berita Kesatuan Pekerja-pekerja Bandaraya dan menjadi wartawan dan editor perunding bagi beberapa penerbitan di ibu kota. Kemudian menjadi Editor Perunding untuk Mingguan Famili dan majalah bulanan HAWA sebelum menerbitkan Majalah IMAN pada 1989. Di samping menjadi Ketua Editor surat khabar mingguan ERA BARU. Kini menjadi Ketua Editor Mata Publication.
KARYA:
Novel | Nama Pena | Tempat | Penerbit | Tahun | m/s |
Dinoda | M. Fathy | Singapura | Geliga Limited | 1957 | 40 |
Janda Lawan Dara | M. Fathy | Singapura | Geliga Limited | 1957 | 40 |
Terpaut | Ipoh | Pustaka Andalas | 91 | ||
Kelopak yang Kuncup | Kuala Lumpur | Pustaka Melayu Baru | 1965 | 90 | |
Tandus | Pulau Pinang | Saudara Sinaran Berhad | 1967 | 149 | |
Mereka Hanya Mangsa | Kuala Lumpur | Penerbit Titiwangsa | 1977 | 170 | |
Nekad Anak Watan | Kuala Lumpur | Penerbit Titiwangsa | 1977 | 307 | |
Bunga Mekar yang Ternoda | Subang Jaya | Tra-Tra Publishing & Trading Co. | 1980 | 128 | |
Cinta Tinggal di Rantau | Subang Jaya | Tra-Tra Publishing & Trading Co. | 1980 | 181 | |
Detik-detik Perpisahan | Subang Jaya | Penerbitan Tra-Tra Sdn. Bhd. | 1981 | 253 | |
Hadiah Dari Batin | Subang Jaya | Penerbitan Tra-Tra | 1981 | ||
Cinta di Langit Zaman | Subang Jaya | Tra-Tra Publishing & Trading Co. | 1983 | 228 | |
Akibat Dosa | Kuala Lumpur | Pustaka Minda | 1992 | ||
Kasih Ibuku | Kuala Lumpur | Mata Publication | 2005 | ||
Cerpen | Nama Pena | Tempat | Penerbit | Tahun | m/s |
Serpihan Hidup(antologi bersama Nora dan Rokiah Abu Bakar) | Kuala Lumpur | Penerbitan Pustaka Antara | 1964 | 140 | |
Agama | Nama Pena | Tempat | Penerbit | Tahun | m/s |
Salman Rushdie Pengarang ‘The Satanic Verses’ (Surah-surah Syaitan) Dihukum Bunuh oleh Mahkamah Islam | Kuala Lumpur | Wadah Pelita | 1989 | ||
Falsafah Ibadat Umrah dan Haji | Kuala Lumpur | Mata Publication | 1990 | ||
Akibat Dosa | 1993 | ||||
Rahsia dari Al-Quran: Manusia, Haiwan dan Serangga | Kuala Lumpur | 1994 | |||
Rahsia dari Al-Quran: Sains dan Seksologi | Ampang | Selangor Citakhidmat | 1995 | ||
Soal Jawab Masalah Wanita | Ampang | Selangor Citakhidmat | 1997 | ||
Jerebu | Kuala Lumpur | Pustaka Antara | 1997 | ||
Umum | Genre | Tempat | Penerbit | Tahun | m/s |
Zulkifli Muhammad Dalam Kenangan | Biografi | Kota Bharu | Pustaka Aman Press | 1965 | |
Bangsa Melayu Menggugat Dunia | Kota Bharu | Pustaka Aman Press | 1966 | ||
Siapa Bakal Menteri Besar Perak? | Ipoh | Yayasan Massa | 1977 | ||
Dr Mahathir dan Masa Depan Negara | Subang Jaya | Penerbitan Tra-Tra | 1982 | ||
Zulkifli Muhammad: Pelopor Angkatan Islam di Malaysia | Biografi | Subang Jaya | Tra-Tra Publishing & Trading Co. | 1983 | 108 |
Perak dibawah Pimpinan Menteri Besar Datuk Sri Ramli Ngah Talib | Kuala Lumpur | Karya Bestari | 1987 | ||
MB Selangor Tergugat kerana Kahwin dengan Puteri Istana | Kuala Lumpur | Mata Publication | 1989 | ||
Krisis antara Raja-Raja Melayu dengan UMNO | Kuala Lumpur | Mata Publication | 1991 | ||
Kerajaan Mansuh Kekebalan Raja Melayu | Kuala Lumpur | Art Media | 1993 | ||
Reformasi Fikiran dan Pembangunan | Kuala Lumpur | Mata Publication | 1994 | ||
Semarak: Menteri Besar Negeri Sembilan | Kuala Lumpur | Mata Publication | 1994 | ||
Kejayaan Bersama | Kuala Lumpur | Mata Publication | 1995 | ||
Datuk Abdullah Badawi: Pejuang Kemanusiaan Sejagat | Biografi | Kuala Lumpur | Pustaka Antara | 1997 | |
Sheikh Abdullah Fahim: Penentu Tarikh Kemerdekaan Negara 31 Ogos ’57 | Biografi | Kuala Lumpur | Pustaka Antara | 1997 | |
Abdul Kadir: Peguam Rakyat | Biografi | Kuala Lumpur | Tabung Kebajikan Ronald McDonald untuk Kanak-Kanak Malaysia | 1998 | |
Meniti Derita ke Puncak | Biografi | Kuala Lumpur | Darulfikir | 1998 | |
Perjuangan yang belum Selesai: Dr. Mahathir Menangis Demi Bangsanya | Kuala Lumpur | Simfoni Gemilang | 1999 | ||
Terima Kasih Dr. Mahathir | Kuala Lumpur | 1999 | |||
Amanah Cekap dan Adil: Falsafah Kepimpinan Dr. Abdullah Badawi | Kuala Lumpur | Yayasan Amal Maaruf Malaysia | 2004 | ||
Abdullah Badawi Penjana Modal Insan | Raspintar Sdn.Bhd | 2006 | |||
Akan Terbit | Genre | Tempat | Penerbit | Tahun | m/s |
Patah Sayap Bertongkatkan Paruh | Memoir/ Biografi Penulis | Kuala Lumpur | |||
Cinta dan Jihad | Novel | ||||
Bunga Padma Di Lembah Nil | Novel | ||||
Kelip-kelip di Kota London | Novel | ||||
Madu dan Air Mata Kering Di pipi | Novel | ||||
Basmi Rasuah | |||||
Perjuangan Suci Lima Perdana Menteri | Politik | ||||
Kedaulatan Raja-Raja Melayu |