Sunday, March 29, 2009
QURAN
Kecelakaan (binasa)lah bagi orang - orang yang curang, (iaitu) mereka yang apabila menerima Takaran (atau sebarang alat sukatan dan ukuran) mereka minta dipenuhkan, dan apabila mereka menukar (memberi) takaran itu kepada orang lain, mereka mengurangkan.
- Al Mutaffifin: 1-3
HADIS
SYUBHAT
Dan sesiapa jatuh ke dalam perkara - perkara syubhat ( menyertai perayaan mearaikan agama orang kafir, meniru orang jahat dan sebagainya), sesungguhnya dia jatuh ke dalam melakukan perkara –perkara haram (mungkin menjadi kafir).
- Perawi: Sepakat para sahabat.
PETUA
Manusia yang paling rendah akhlaknya, ialah yang tidak percayakana Allah dan menderhakakan Allah, melakukan hubungan seks sesama jenis, mencerca, merendah dan menghina sesame rakan mukmin dan orang lain serta menjilat ludahnya sendiri (kemabali semula kepada yang dibencinya).
Saturday, March 28, 2009
Kejutan menjelang berakhir Perhimpunan Agung UMNO
Pada jam 11.25 pagi Sabtu ketika seluruh perhatian Perhimpunan Agung UMNO di Dewan Merdeka,PWTC sedang bertumpu kepada ucapan pengulongan Timbalan Presiden UMNO yang baru,Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba-tiba terdengar deraian tepukan. Ramai dalam dewan yang terpinga-pinga apa halnya.Ini diikuti oleh tepukan semakin gemuruh apabila disedari kelibat yang sedang menuju ke tempat duduk bahagian pemerhati kenamaan ialah Tun Dr Mahathir Mohamed dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. Ini memang satu kejutan kerana tiada siapa yang sangka bekas Perdana Menteri itu akan muncul.Baru kelmarin Dr Mahathir tulis dalam laman blognya Che Det bahawa beliau tidak hadir ke majlis perasmian perhimpunan itu kerana Pemuda UMNO secara langsung merestui rasuah.Ini dipercayai merujuk kepada kemenangan Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO.Melihat kehadiran Dr Mahathir itu,Muhyiddin terus berkata," kehadiran Tun amat dinantikan ...dan saya percaya Tun akan masuk UMNO secara rasminya hari ini...kehadiran Tun adalah satu endorsement kepada kepimpinan Datuk Seri Najib."Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi diawal ucapannya selepas itu turut mengalu-alukan kehadiran Dr Mahathir. - 28/3/2009 - LAGI GAMBAR KEHADIRAN TUN DR MAHATHIR DALAM BERITA PENUH
Pak Lah mengadap YDP Agong 2 April...
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mengadap Yang Dipertuan Agong pada 2 April ini bagi mendapatkan perkenaan melaksanakan peralihan kuasa kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.Beliau memberitahu demikian semasa mengulong perbahasan di Perhimpunan Agong UMNO Sabtu. - 28/3/2009
Pemilihan serentak UMNO seluruh negara...
UMNO akan meminda perlembagaan bagi membolehkan pemilihan jawatan tertinggi parti dijalankan serentak di 191 Bahagian UMNO seluruh negara.Mengumumkan perkara itu, Presiden UMNO yang baru, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata, ini bagi membolehkan lebih 60,000 perwakilan UMNO dari Cawangan ke Bahagian membuat pemilihan.
Guru akan kembali aktif kukuhkan UMNO
Naib presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein akan mencadangkan kepada kerajaan agar golongan guru daripada Kumpulan A dibenarkan berpolitik agar kepakaran mereka dapat digembelengkan untuk menguatkan lagi UMNO. Beliau berkata, sejak sebelum Merdeka, guru sentiasa berada di barisan depan dalam pembangunan politik di negara ini sejak sebelum Merdeka tetapi kebelakangan ini golongan ini semakin dipinggirkan.
Peralihan kuasa signifikan kepada perjuangan Pemuda...Puteri tidak akan jadi penyeri dan hiasan parti
Peralihan kuasa antara Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memberikan implikasi politik yang besar kerana ia merupakan terjemahan kepada peralihan generasi kepimpinan tertinggi negara. - Khairy Jamaluddin
Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid berkata, Pergerakan Puteri akan terus bersemangat bagi menyegarkan perjuangan parti dan tidak mahu dianggap penyeri atau hiasan parti dalam mendepani parti yang
berdepancabaran getir.(Agenda Daily 28 Maca 2009).
SAJAK
BERGANDING BAHU
Najib berpekek: “Berubah atau rebah”.
Hadi bersuara: “Negara Islam”.
Laung Anwar: “Reformasi.”
Suara tiga pemipin tiga jika senada,
Bangsa Melayu jadi padu.
Jika tiga suara laksana nyanyian,
Perempuan mabuk cinta lara,
Cicak di sinding gagak di rimba,
Belacak dibecah dan cengkadak di reba,
Ketawa tanpa air mata.
Apa dibina - organisi siasah,
Jika bangsa Melayu kian lemah;
yang melaung serak suara,
Sang gegah hoyong hayang, rebah,
Sang jihad kian menyerah.
Salah langkah kalian noda zaman,
Kukuhkan iman dan ihsan,
Kepangkal jalan kembali semula,
Camtumkan Melayu sekutah nusa,
Pemimpin tiga junjung Isam taatkan Allah.
Bina negara bergending bahu,
Najib, Hadi dan Anwar,
Senyum wajah eratkan tangan,
Pimpin Melayu sama waris pendatang,
Bernegara baru Islam asasnya.
Jika kalian terus bercakar,
Laksana dua jaguh bersusuh kaki,
Rakyat benci kutuk merata,
Melayu lemah negara dijajah,
Dilaknat Allah sepanjang hayat.
Siang dan malam sujud bersama,
Quran dan Sunnah pedoman keramat;
faham syurga dan arif neraka,
Tetapi, derhakakan Allah berhenti tidak,
Puja kepalsuan tolak negara Allah.
Putrajaya ……………………...Mokhtar Petah
NAJIB - MUHYIDDIN GANDINGAN SERASI
Bagus...Gandingan serasi, itu pandangan Perdana Menteri terhadap Datuk Seri Mohamad Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang diharap banyak pihak dapat melaksanakan perubahan dalam UMNO supaya terus diterima rakyat. Menurut Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kedua-dua mereka serasi dan tidak bercanggah pandangan mengenai banyak perkara. Beliau turut berpuas hati dengan barisan baru Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dipilih oleh perwakilan kerana mencakupi semua peringkat kepimpinan negeri melangkaui Sabah. Beliau turut berpuas hati dengan barisan baru Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dipilih oleh perwakilan kerana mencakupi semua peringkat kepimpinan negeri melangkaui Sabah. Abdullah berkata demekian kepada media selepas menemui perwakilan luar negara ke Perhimpunan Agung UMNO di PWTC, petang Jumaat.(Berita Agenda Daily)
ABDULLAH BADAWI PERDANA MENTERI MALAYSIA
“Saya percaya, saya menyerahkan tanggungjawab negara kepada nakhoda lebih muda yang memiliki kematangan dan pengalaman untuk mengemudi bahtera negara.
UMNO terus relevan, UMNO perlu berusaha mencantumkan kekuatan lama yang sudah hilang dengan elemen baru yang harus kita terokai. Kekuatan lama yang hilang adalah semangat asal kita kepada perjuangan bangsa dan perjuangan parti. UMNO yang kini menghadapi ujian kredibiliti dan berada di persimpangan perlu melakukan perubahan serta memilih laluan yang tepat bagi memastikan parti itu kekal relevan.
Betapa malangnya UMMNO jika ramai yang gagal memahamai bahawa UMNO adalah kita. Selagi kita tidak berubah, UMNO tidak mungkin dapat berubah.”
QURAN
LUPAKAN DIRI
Apakah kalian menyuruh manusia - manusia berbuat kebaikan, (tetapi) kalian lupakan diri kalian (sendiri) padahal kalian membaca kitab ( kitab – kitab yang diturunkan oleh Allah), apakah kalian tidak fikirkan. - Al Baqarah: 44
HADIS
HALALKAN KEHORMATAN
Peliharalaah perempuan - perempuan (isteri – isteri) itu sebaik-baiknya, kerana kalian telah mengambil mereka dengan amanah dari Allah, dan kalaian halalkan kerhormatan mereka dengan kalimat Allah.
- Perawai: Imsam Bukhari dan Imam Muslim.
PETUA
MENYALAHKAN ORANG
Friday, March 27, 2009
MELAUNG KE AWAN DAN LANGIT

Datuk Seri Anwar Ibrahim
salah satu dari banyak krisis politik dan
kepimpinan yang menyebabkan perpecahan
bangsa Melayu.Bukan mereka yang me-
mecah belah, tetapi kerana tindakan mereka
bersengketa; yang seorang pertahankan kuasa
dan yang seorang tidak sabar untuk berkuasa.
Akhirnya seorang kena tolak ke bawah dari
kerajaan da parti dan yang menolak terus
berada di atas dengan super powernya.
Allah Maha Kuasa, di hujung lakonan, yang
menolak dan super power ditakdirkan melang-
kah jua meninggalkan kerajaan dan parti.
Kini, yang seoran bertungkus lumus berjuang
untuk mendapatkansuper power dan yang
seorang melaung ke awan putih dan langitbiru;
semua manusia tidak betul, tak kena.
Hanaya dia yang betul dan sempurna.
kayuh, kayuhlah sampan,
sampai jangan melangar kayu,
riuh, riuhlah kawan,
jangan sampi binasa Melayu.(mp)
TUAN GURU NIK AZIZ
![[Nik+Aziz+sidebar.jpg]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjFyrUKnaEsVDyELBdFz4xr7dhi69giliSn2g62znVk5KO9l4VKbLK0nNSwXEAsujVPg5FxIjHCIPSwbmAZ91hHfcknn2wdOVxViOux7bECGilgdQQnc7RYbft_HgcJmZeyFxNKc65xv2IT/s1600/Nik+Aziz+sidebar.jpg)
Dalam sejarah hidup manusia, sejak kecil lagi akan terdapat soal menyoal dan perbezaan dalam pendapat. Ini fitrah manusia. Bila manusia disoal, otak manusia akan ligat mencari jawapan. Secara tiba-tiba, ia menjadi aktif. Jawapan akan menjadi sangat konkrit apabila jawapan itu bersandarkan kepada hujah-hujah daripada wahyu yang datang dari langit. Usaha untuk mencari jawapan yang benar ini juga disebut fitrah. Musuh yang jujur lazimnya akan terkedu dan terduduk apabila berdepan dengan kebenaran. Itupun jika mereka tidak sombong, degil atau bongkak.
Di dalam surah pertama yang diturunkan dari langit terdapat 3 potong Ayat:
1) “Bagaimana pendapatmu tentang orang yang melarang seorang hamba ketika dia mengerjakan solat.”
2) “Bagaimana pendapatmu jika orang yang dilarang (iaitu Rasulullah S.A.W. itu berada diatas kebenaran atau dia menyuruh bertaqwa (kepada Allah)?
3) “Bagaimana pendapatmu jika orang yang melarang itu mendustakan dan berpaling? Tidakkah dia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat segala perbuatannya.”
(Surah Al-Alaq : Ayat 9 – 14).
Kesemua persoalan ini memulakan pertanyaan “bagaimana pendapatmu” sebenarnya ditujukan kepada golongan yang membangkang Rasulullah S.A.W. Semua ini membuktikan bahawa Islam menggalakkan umatnya bermusyawarah, berwacana, berbincang dan berforum. Semuanya ini adalah untuk mengembangkan fitrah manusia untuk bersoal jawab. Proses inilah yang melahirkan daya intelektualisme dan dinamisme dalam kehidupan intelektual rakyat seluruhnya. Saya tidak nampak niat baik apabila akhbar-akhbar alternatif digantung dan setengah-setengah blog diharamkan daripada membuat liputan ke atas beberapa perhimpunan penting bertaraf nasional. Sekat untuk adakan perhimpunan secara aman. Sekat permit-permit majalah dan menghalang daripada sesetengah tokoh daripada berbicara di Universiti. Ini yang saya namakan usaha untuk menyekat aliran perkembangan intelektualisme rakyat yang bercanggah sama sekali dengan impian untuk menjadikan negara ini hub warga dunia kelas pertama.
Dunia pada hari ini adalah dunia yang dididik dalam acuan kebebasan minda yang meraikan proses soal jawab. Segala usaha yang menyekat proses tabie ini akan membawa kebinasaan kepada pihak berkuasa yang menganjurkan sekatan ini.
Sebenarnya, fikiran dan proses berfikir dicetus dan digerakkan dalam dua keadaan, iaitu evolusi dan revolusi. Kesan kehadiran jalan berfikir ini hanya boleh diuji dan dilihat jika diberi ruang untuk menguasai negara. Seburuk-buruk Sistem Komunis itu pun telah diberi peluang untuk menunjukkan teorinya dalam bentuk pelaksanaan di Negara Republik Rakyat China, Soviet Russia, Jerman Timur dan beberapa negara komunis yang lain. Sama juga halnya dengan pemikiran demokrasi. Masing-masing telah diberi kesempatan iaitu jelmakan dalam bentuk pelaksanaan.
Lebih-lebih lagilah Islam. Sewaktu Nabi S.A.W. berada di Mekah, kebaikan Islam tidak dapat dilihat oleh kerana Islam tidak diberi kesempatan untuk memerintah dan bebas bersoal jawab. Apabila di Madinah, berduyun-duyun golongan pembangkang telah menerima Islam berkat proses pertukaran pendapat, polimik dan wacana. Terasa terpinggir dari aliran kesedaran ini maka lahirlah golongan munafik yang tidak ada di Mekah sebelum ini.
Rakyat Kelantan telah memberi kemenangan kepada Islam sejak tahun 1990. Mereka dapat menyaksikan sendiri proses didikan, “brainwash” dan tarbiyyah dilakukan dalam pelbagai bidang termasuk aspek kewangan, akidah, ekonomi, kesenian, sukan, sosial, pergaulan dan kebajikan. Ini yang menjadikan lahirnya kelab-kelab penyokong PAS dari kalangan masyarakat Cina dan India. Ini yang mengecewakan pihak yang satu lagi. Diatas nama menyekat proses pencerahan pemikiran di kalangan rakyat, maka mereka membawa ISA, OSA, Akta Hasutan dan Akta Mesin Cetak. Jadi, majlis pelancaran Wifi dan blog saya pada petang ini, adalah untuk menyuburkan proses wacana intelektual yang sedang dirampas oleh pihak yang bimbangkan kepalsuan mereka didedah. Pada saya, ini perkembangan yang tidak sihat. Saya mahu melihat Islam sebagai sistem yang lengkap yang “bermujassad”. Ia perlu wujud dan bertubuh. Ia perlu diberi kesempatan sepenuhnya untuk menunjukkan kesan kehadiran dan jelmaannya setelah dilaksanakan. Setelah rakyat melihat sendiri kebaikan Islam, mereka akan dengan sendirinya menjadi jijik kepada sekular. Diperingkat itu, ia akan beriman dengan iman yang sebenar-benarnya yakni Iman billahi walyaumil akhir.
Penglibatan pihak swasta mahupun syarikat berkaitan dengan kerajaan di dalam industri teknologi maklumat dan komunikasi amatlah dialu-alukan. Adalah menjadi dasar Kerajaan Negeri untuk menyokong dan menggalakkan pertumbuhan industri ini kerana ia akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan minda, akhlak, ekonomi dan sahsiah demi perkembangan dan pembangunan ummah secara keseluruhan.
Kerajaan Negeri juga amat bersyukur diatas kerjasama Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia kerana difahamkan telah banyak membantu Kerajaan Negeri di dalam perkembangan industri telekomunikasi serta memberi pengiktirafan kepada infra Quest, sebuah anak syarikat PKINK sebagai pusat setempat penyelarasan pembinaan menara telekomunikasi bagi seluruh Negeri Kelantan.
Penglibatan agensi Kerajaan Persekutuan secara terus terutama MDEC juga, telah bayak membantu Kerajaan Negeri untuk menyediakan “Blue Print ICT” bagi Negeri Kelantan. Saya difahamkan, MDEC juga telah bersetuju untuk membantu menubuhkan “incubator ICT” secara usahasama dengan PKINK bagi menggalakkan perkembangan teknopreneur. Ini secara tidak langsung akan memakmurkan lagi industri maklumat dan komunikasi dalam melahirkan ummah yang celik ICT.
Tahniah diucapkan kepada PKINK kerana berjaya menceburi bidang wifi melalui anak syarikatnya secara usahasama dengan Syarikat Infolient Sdn. Bhd. Saya menyeru supaya kemudahan yang disediakan tidak disalahguna dengan melayari laman-laman web yang terlarang, atau menyebar fitnah melalui laman blog. Kemudahan dan kemajuan teknologi ini hendaklah digunakan ke arah kebaikan, menyeru kepada makruf dan mencegah kemungkaran.
Kebanyakan pengguna internet terdiri daripada pelajar-pelajar, ahli perniagaan, kakitangan kerajaan dan swasta. Daripada 1.5 juta rakyat Kelantan, hanya 100,000 sahaja pengguna internet. Bilangan ini adalah terlalu kecil, yakni sekitar 10% sahaja. Sekiranya ini berterusan, jurang digital akan bertambah besar menjadikan rakyat Kelantan sebagai rakyat yang tidak mempunyai keseimbangan digital. Justeru itu, jurang komunikasi akan bertambah besar diantara golongan pengguna dengan golongan yang tidak menggunakan kemudahan internet. Jurang ilmu juga akan bertambah, begitu juga dengan komuniti yang serba lengkap. Dengan terbinanya komuniti ini, pengguna internet akan bertambah. Lebih ramai golongan tua, suri rumah, peniaga-peniaga kecil, imam, pelajar pondok yang akan menjadi sebahagian dari komuniti ini. Jurang digital akan berkurangan dan saluran maklumat akan boleh dicapai oleh lebih ramai orang. Setiap orang akan menjadi lebih kaya dengan ilmu, data dan maklumat. Semuanya ini diharapkan akan menjadi saluran yang subur ke arah proses pembinaan iman dan taqwa. (Dari: blogtokguru).
Khutbah Jumaat (27 Mac 2009)
جباتن كماجوان إسلام مليسيا
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM)
" فميمفين برتلاضه رعيت برفخه "
PEMIMPIN BERTELAGAH RAKYAT BERPECAH
(27 مخ 2009 / 30 ربيع الأول 1430ﻫ )
27 Mac 2009/ 30 Rabi’ul awal 1430 Hijrah
ساي برفسن كفد ديري ساي دان مثرو كفد سيدغ جمعة يغ دكاسيهي سكالين, ماريله سام2 كيت منيغكتكن كتقوائن كفد الله سبحانه وتعالى دغن فنوه كيقينن دان كإخلاصن دغن ملقسناكن سضالا فرينتهث دان منجاءوهي سضالا لارغنث. موده-مودهن كهيدوفن كيت دبركتي ددنيا دان دأخيرة. فد هاري اين منبر اكن ممبينخغكن خطبه برتاجوك: " فميمفين برتلاضه رعيت برفخه ". Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang jemaat yang dikasihi sekalian, marilah kita sama - sama meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melaksanakan segala perintah-nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah - mudahan kehidupan kita diberkati di dunia dan di akhirat. Pada hari ini khutbah mimbar membincangkan tajuk ’Pemimpin Beertrelagah Rakyat Berpecah’.
سجق ببراف تاهون كبلاكغن اين بوكن ساج منبر اين تتافي راماي فيهق يغ وارس ملاهيركن راس بيمبغ مغناءي فركمبغن فوليتيك واغ اتاو رشوة فوليتيك دنضارا اين. برداسركن فمرهاتين منبر, فغضوناءن واغ اونتوق مندافتكن فغاروه كفيمفينن دان فوليتيك تله منجادي بودايا سضلينتير درفد فميمفين مشاركت.
Sejak beberapa tahun ke belakangan ini bukan sahaja mimbar ini tetapi (bahkan) (ramai) banyak pihak yang waras melahirkan rasa bimbang mengenai perkembangan politik wang atau rasuah politik di negara ini. Berdasarkan pemerhatian mimbar, penggunaan wang untuk mendapatkan pengaruh kepimpinan dan politik telah menjadi budaya segelintir daripada pemimpin masyarakat.
دالم ايسو اين, مريك يغ كاي-راي دان برنفسو بسر دالم فوليتيك تنفا مراس مالو ملانتيق فروكسي اتاو ايجين ترتنتو اونتوق منجالنكن كيمفين ممبلي اوندي, مناوركن ضنجاران, كمودهن, دان سباضايث سخارا تيدق صح دالم اوسها مندافتكن فثوكوغ دان كواس.
Dalam isu ini, mereka yang kaya raya dan bernafsu besar dalam politik tanpa merasa malu melantik proksi atau agen tertentu untuk menjalankan kempen membeli undi, menawarkan ganjaran, kemudahan dan sebagainya secara tidak sah dalam usaha mendpatkan penyokong dan kuasa.
برداسركن كيمفين سغيت دالم تيمفوه برتاهون2 مغضوناكن فوليتيك واغ اين, سبنرث تله ممبوقتيكن سيكف تيدق امانه دان منيمبولكن فرفخهن دكالغن فميمفين. افابيلا فميمفين عاشيق برتلاضه مربوت جاوتن هيغض لالاي دان لوفا تغضوغجواب ممبيلا نصيب رعية مثببكن رعية مراس بوسن. كأداءن بوسن يغ برتروسن اين ممفو مغضوضت سيستم برنضارا كران رعية سوده هيلغ كفرخاياءن كفد فميمفين.
Berdasarkan kempen sengit dalam tempoh bertahun - tahun menggunakan politik wang ini, sebenarnya telah membuktikan sikap tidak amanah dan menimbulkan perpecahan di kalangan pemimpin. Apabila pemimpin asyik bertelagah merebut jawatan hingga lalai dan lupa tanggungjawab membela nasib rakyat menyebabkan rakyat merasa bosan. Keadaan bosan yang berterusan ini mampu menggugat sistem bernegara kerana rakyat sudah hilang kepercayaan kepada pemimpin.
دالم سجاره سيلم تمدون إسلام, دافت دسقسيكن باضايمان فميمفين يغ ترليبت دغن فوليتيك واغ, طمع كواس, مغوتاماكن فواق دان كلوارض, دان ضيلا وانيتا اداله فثبب اوتام تومبغث كراجاءن أوميّة, عبّاسية دان عثمانية. فرسوءالن بسر تيمبول اياله جك فميمفين سنديري برفخه بله دان ترليبت فولا دغن عملن2 بوروق, مك باضايمان اي ماهو مثوروه رعية برساتو فادو دان برأخلاق موليا؟.
Dalam sejarah silam tamadun Islam, dapat disaksikan bagaimana pemimpin yang terlibat dengan politik wang, tamak kuasa, mengutamakan puak dan keluarga dan gila wanita adalah penyebab utama tumbangnya kerajaan Uamayyah, Abasiyyah dan Usmaniyyah. Persoalan besar timbul ialah jika pemimpin sendiri berpecah belah dan terlibat pula dengan amalan - amalan buruk, maka bagaimana dia mahu menyuruh rakyat bersatu padu dan berakhlak mulia?
رسول الله r منضه اومت إسلام درفد ممينتا-مينتا اونتوق منجادي فميمفين دالم اوروسن فنتدبيران نضارا. إمام بخاري دان مسلم مروايتكن بهاوا ساتو كتيك عبدالرحمن بن سَمُرَة تله دتضور اوليه رسول الله r:
مفهومث: " واهي عبد الرحمن بن سَمُرَةَ, جاغنله اغكاو ممينتا دأغكت منجادي فغواس دسوات ولايه. كران جك يغ دمكين دبريكن كفد اغكاو لنترن فرمينتاءن, نسخاي اغكاو دبياركن, تيدق دبري فرتولوغن. تتافي جك دبريكن كفد اغكاو بوكن كران اغكاو ممينتاث, نسخاي اغكاو دبري فرتولوغن ".
Rasulullah Muhammad s.a.w. menegah umat Islam daripada meminta - minta untuk menjadi pemimpin dalam urusan pentadbiran negara. Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan, bahawa pada satu ketika Abdul Rahman bin Samarah telah ditegur oleh Rasulullah , mafhumnya:
Wahai Abdul Rahman bin Samarah, janganlah engkau meminta diangkat menajdi penguasa di suatu wilayah, kerana jika yang demikian diberi kepada engkau lantaran permintaan (engkau), nescaya engkau dibiarkan, tidak diberipertolongan, tetapi jika diberikan kepada engkau bukan kerana engkau memintanya, nescaya diberi pertolongan.
حديث اين منجلسكن بهاوا دالم إسلام, جاوتن فميمفين اداله ساتو تغضوغجواب يغ برت. اي بوكن سوات ستاتوس يغ دربوت باضي مندافتكن سنجوغن دان كأيستيميواءن ترتنتو. اوليه سبب ايت, إسلام منضسكن بهاوا جاوتن كفيمفينن تيدق بوليه دتاضيه-تاضيه مغيكوت دسقن نلوري دان نفسو سمات-مات. بهكن, دالم فروسيس فميليهن فميمفين اتاو فنتدبير هندقله دلاكوكن دغن عاديل يغ براساسكن كفد كلايقن, كاريسما دان خيري كفيمفينن سفرتي برتقوى, برأخلاق تيغضي, برتغضوغجواب, صبر, بوليه مرانخغ دان بيجق ملقسناكن توضس.
Hadis ini menjelaskan bahawa dalam Islam, jawatan pemimpin adalah satu tanggungjawab yang berat. Ia bukan suatu status yang diredbut bagi mendapatkan sanjungan da n keistimewaan tertentu. Oleh sebab itu, Islam menkhaskan bahawa jawatan kepimpinan tidak boleh di tagih - tagih mengikut desakan naluri dan nafsu sema - mata, bahkan, dalam proses pemilihan pemimpin atau pentadbir hendaklah dilakukan dengan adil yang berasaskan kepada kelayakan, karisma dan cirri - cirri kepimpinan sepertt bertakwa, berakhlak tinggi, bertanggungjawab, sabar, boleh merancang dan bijaak melaksanakan tugas.
الله سبحانه وتعالى تله مغيغتكن بهاوا كفيمفينن يغ فاليغ بركسن اياله كفيمفينن ملالوءي تلادن سباضايمان يغ دخونتوهي اوليه رسول الله r. فرمان الله سبحانه وتعالى دالم سورة التوبة ايات 128:
مقصودث: " سسوغضوهث تله داتغ كفد كامو سأورغ رسول دري ضولوغن كامو سنديري, يغ منجادي ساغت برت كفداث سبارغ كسوسهنمو, يغ ساغت ايغينكن كباءيقكن باضيمو, (دان) امت بلس لاضي فثايغ كفد اورغ يغ برايمان. "
Allah SWT mengingatkan, bahaw kepimpina yang paling berkesan ialah kepimpinan melalui teladan sebagaimana firman Allah SWT yang dicontohi oleh Rasulullah dalam Quran, surah At Taubah ayat:128, maksudnya:
Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri , yang menjadi angat berat kepadanya sebarang kesusahan kamu, yang inginkan kebaikan bagi kamu, (dan) amat belas lagi penyayang kepada orang yang beriman.
ايات تادي مغاجر كيت بهاوا فميمفين يغ برسيكف بلس كاسيهن, فثايغ, فريهاتين ترهادف كباجيقن رعيت اداله بوقتي كتيغضين ايمان مريك. جوسترو, منبر ايغين مغيغتكن بهاوا ممضغ كواس ملالوءي كمنغن فوليتيك واغ هاث ممبري كسرونوقن سمنتارا وقتو اونتوق ديري سنديري دان ببراف كرت كونخو2 مريك, تتافي ممبري كسن فندريتاءن جغك فنجغ كفد نضارا دان رعيت جلات.
Ayat tadi mengajar kita bahawa pemimpin yang bersikap belaskasihan, penyayang, perhatin terhadap kebajikan rakyat adalah bukti ketinggian iman mereka. Justru, mimbar ingin mengingatkan bahawa memegang kuasa melalui kemenagan politik wang hanya memberi keseronokan sementara waktu uantuk diri sendiri dan beberapa kerat kuncu - kucu mnereka, tetapi membrei kesan penderitaan jangka panjang kepada negara dan rakyat jelata.
كيت فرلو إنصاف دان سدر بهاوا بودايا فوليتيك واغ اكن مواريثكن فميمفين يغ تيدق بركواليتي, فميمفين كوروف (korup), تيدق برأخلاق, دان تيدق براينتيضريتي. سلاءين ايت, عملن فوليتيك واغ اكن منوتوف فروسيس ديموكراسي سخارا صيحة كران اورغ يغ بردوءيت سهاج برفلواغ منجادي فميمفين بسر, ماناكالا مريك يغ تيدق بردوءيت ترهالغ والاوفون ممفوثاءي كاريسما دان بنر2 لايق منجادي فميمفين.
Kita perlu insaf dan sedare bahawa budaya politik wang akan mewariskan pemimpin yang tidak berkualiti, pemimpin korup, tidak berakhlak, dan tyidak berintegriti. Selain amalan politik wang akan menutup proses demokrasi secara sihat kerana orang yang berduit sahaja berpeluang menjadi pemimpin besar, manakala mereka yang tidak berduit terhalang alaupun mempunyai karisma dan benar - benar layak menajdi pemimpin.
كأداءن اين جك ترجادي مروفاكن ساتو كروضين بسر كفد اضام, نضارا دان رعيت جلات. ايسو2 فوليتيك واغ دكالغن فميمفين اين اكن مثوكركن اوسها اونتوق مثاتوفادوكن اومت إسلام دنضارا اين. كيت فرلو ايغت بهاوا كلمهن كفيمفينن إسلام مثببكن فيهق ترتنتو مغمبيل فلواغ ممفرهيبتكن تكنن يغ منخابر اينستيتوسي راج سباضاي كتوا اضام إسلام, ممفرتيكاي إسلام دالم فرلمباضاءن, دان فلقساناءن اوندغ2 إسلام دنضارا اين.
Kedaan ini jika terjadi merupakan satu kerugian besar kepada agama, negara dan rakyat jelata. Isu - isu politik wang di kalangan pemimpin ini akan menyukarkan usaha untuk menyatu padukan umat Islam di Negara ini. kita perlu ingat bahawa kelemahan kepimpinan Islam menyebabkan pihak tertentu mengambil peluang memperhebatkan tekanan yang mencabar institusi raja sebagai ketua agama islam, mempertikai islam dalam perlembagaan, dan perlaksanaan undang-undang islam di negara ini.
دالم فرينسيف كتيض فندكتن إسلام حضاري اد منتفكن بهاوا سسبواه كراجاءن فرلو برلاكو عاديل دان برامانه. اونتوق منخافاي متلامت اين مك عملن بوروق دالم برفوليتيك سفرتي فوليتيك واغ, مثالهضونا كواس, رشوة, دان سباضايث هندقله دتولق دان دهافوسكن. سواجرث مريك يغ مغعملكن بودايا اين تيدق دبري رواغ سباضاي فميمفين.
Dalam prinsip ketiga pendekatan Islam Hadhari ada menetapkan bahawa sesebuah kerajaan perlu brlaku adil dan beramanah untuk mencapai matlamat ini maka amalan buruk dalam berpolitik seperti politik wang, menyalahgunakan kuasa, rasuah dan sebagainya hendaklah ditolak dan dihapuskan. Sewajarnya mereka yang mengamalkan budaya ini tidak diberi ruang sebagai pemimpin.
سباضاي كسيمفولن, منبر ايغين منصيحتكن كفد فميمفين يغ دبري كفرخاياءن سوفايا مميكول امانه دان تغضوغجواب دغن ملتقكن هالا توجو نضارا سلاري دغن القرءان دان السنة سرتا ممستيكن رعيت هيدوف برساتو فادو. واسفاداله دغن فثوكوغ يغ خوبا مروسقكن كيت كران فميمفين يغ برويباوا تيدق موده ترفغاروه دغن تكنن فثوكوغ يغ روسق.
فرمان الله سبحانه وتعالى دالم سورة الأعراف ايات 142:
مقصودث: "دان بركتاله موسى كفد سوداراث هارون: ضنتيكنله اكو دالم (اوروسن مميمفين) قومكو, دان فرباءقيله, دان جاغنله اغكاو منوروت جالن اورغ يغ ملاكوكن كروسقن. " Sebagai kesimpulan, mamba ingin menasihatkan kepada pemimpin yang diberi kepercayaan supaya memikul amanah dan tanmggunghjswab dengan meletakka n halatuju Negara selari dengan Al Quran dan As Sunnah serta memastikan rakyatb hidup bersatu padu, waspadalah dengan penyokong yang cuba merosakkan kita keranaq pemimpin yang berwibawa tidak mudah terpengaruh dengan tekanan penyokong yang rosak (moral) Firman Allah SWT dalam Quran, surah Al A’araaf: 142, maksudnya:
Dan berkatalah Musa kepada saudaranya, Harun: gantgikanlah aku dalam (urusan memimpin) kaumku dan perbaikilah dan ajanganlah engkau mneurut jalkan orang yang melakukan kerisakan.
