"Aku terus menulis sehingga ada orang menulis sesuatu kalimat atas kain kapanku".
Berpengalaman dalam bidang kewartawanan dan penulisan sejak 1954.
Menjadi Penasihat Hal Ehwal Politik Sultan Idris Shah ibni Sultan Iskandar Shah, Sultan Perak.
KUALA LUMPUR: Pekarangan Bangunan Parlimen, di sini semalam kecoh apabila sekumpulan individu berhimpun dan menuntut Pengerusi DAP, Karpal Singh memohon maaf atas kenyataannya yang memaki Pemuda Umno sebagai celaka.
Pengerusi DAP itu didatangi 22 Pemuda Umno Selangor di pekarangan Bangunan Parlimen selepas waktu makan tengah hari jam 2.45 petang untuk menghadiri sambungan sesi Dewan Rakyat.
Dia yang berkerusi roda ditolak pembantunya dihalang kumpulan terbabit yang mendesaknya meminta maaf, tetapi tidak dipedulikan Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu.
Keadaan bertambah kecoh apabila beberapa Ahli Parlimen pembangkang termasuk Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang); N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) dan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) campur tangan sehingga berlaku tolak-menolak.
Tindakan pengawal keselamatan Parlimen dan polis mengepung tempat kejadian dan memisahkan kedua-dua kumpulan berjaya mengawal keadaan sebelum Karpal dibenar masuk ke Dewan.
Kekecohan tercetus semula apabila Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) menyertai Ahli Parlimen pembangkang di tempat kejadian lalu berlaku cabar-mencabar antara mereka.
(Berita ini diambil dari Berita Harian On line, 27 Februari 2007)
[Padamasa ini ramai orang Melayu tidak dapat membaca tulisan Jawi dengan baik atau langsung tidak dapat membacanya, maka kami menyulam dengan tulisan Rumi di bawah setiap baris khutbah ini. – Editor,Petah shahrir Aidid.]
ساي برفسن كفد ديري ساي دان مثرو كفد سيداغ جمعة يغ
Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sedang Jumaat yang
دكاسيهي سكالين, ماريله سام2 كيت برتقوى كفد الله سبحانه
Dikasihi sekalian, marilah bersama – sama kita bertakwa kepada Allah S . W .Taala
وتعالى دغن سبنر2 تقوى سرتا ملقسناكن سضالا فرينتهث
Dengan sebenar – benar takwa serta melaksanakan segala perintah - Nya.
دان منجاءوهي سضالا لارغنث. موده-مودهن دغن صفة
Dan menjauhi segala larangan- Nya. Mudah – mudahan dengan sifat
كتقوائن يغ تيغضي ممفو ممبنتوق انسان برأخلاق موليا دان
Ketakwaan yang tinggi mampu membentuk insan berakhlak mulia dan
Apabila ada seseorang memberi salam (hormat) kepada kalian, maka jawablah (salamnya) dengan cara yang lebih baik atau balas penghormatannya itu (serupa dengan penghormatannya). Sesungguhnya Allah menilai segala sesuatu (yang dilakukan oleh makhluknya) – An Nisa: 86.
HADIS
DOA
Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda, bermaksud : Doa dalam dua waktu (berbeza) hampir tidak ditolak (oleh Allah), iaitu doa pada ketika azan dan doa dalam medan perang sabilullah (jalan Allah), pada ketika diseru berperang.
Perawi: Abu Daud.
PETUA
MAKI HAMUN
Seseorang kafir yang memaki hamun kepadaindividu Islam atau organisasi Islam, sama dengan menghina bapa orang Islam dan umat Islam.
Baca surat khabar Teliti berita Parliman "Orang Melayu baik"
DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITU LANGIT DIJUNJUNG
Oleh: Mokhtar Petah
Jika ada orang Cina dan orang keturunan lain menganggap orang Melayu anti mereka, anggapan itu karut dan lahir dari orang yang tidak faham akan sejarah perjuangan bangsa Melayu menuntut kemerdekaan dan mereka orang Cina diterima sebagai anggota keluarga senegara. Begitulah dialog peniaga lambak barang-barang buruk - antik, di tepi jalan sibuk, - Jalan Haji Hussein, Chaw Kit, Kuala Lumpur, EncikCheong Lan Song, 72, yang saya temui pagi tadi.
Dia bercerita, perniagaan kecil -kecilan yng dijalankan dan dengan pendapatan sekadar cukup makan, telah mengajarnya betapa perpaduan antara kaum, di Bandaraya Kuala Lumpur khasnya dan Malaysia amnya, amat berharga dari segala - galanya. CENDEKIAWAN Waloaupun Cheong tidak berpelajaran tinggi, tetapi saya menganggap dan menyanjungnya sebagai seorang cendekiawan yang telah menimba suka duka orang Melayu, Cina dan India dalam mengejar rezeki ibarat ayam; kain pagi makan pagi dan kais petang makan petan. " ... saya orang Melaka, bapa datang dari Kwang Thong, saya datang ke sini pada tahun ' 67, ... dari masa itu saya berniaga di sini ..., cari makan ...,"katanya kepada saya. "Berniaga di sini ..., saya beli satu dua barang- barang lama dari orang - orang susah ..., dari barang - barang yang saya beli ..., lepas tu jual, saya tahu orang susah macam saya susah , tapi sebab berani, percaya diri kami duduk di Kuala Lumpur ni," katanya sambil senyum dan menung saya. TEMBAGA Walaupun dia berniaga lambak dan barang tak sebera; jam tangan, pemetik api, kaca mata, logam, atekoh tembaga dan beberapa barang lama, tetapi dia dan isterinya memiliki rumah pangsa di Jalan Haji Hussein, iaitu dekat tempat di berniaga.
Menjawab pertanyaan saya, " ...13 Mei '69, saya di sini ..., orang gaduh di Chau Kit, Kampung Baru ..., tapi saya dengan orang Melayu di sini baik ..., dia orang tak buat apa-apa kepada saya ...,"katanya. "Yang buat kacau orang yang tak tau sejarah negeri ini ..., orang Cina mula datang ke sini ..., orang Melayu menuntut kemerdekaan ...,orang Cina dan India bantu juga ...," tegasnya. "Sekarang pun orang Melayu di sini baik dengan saya, baik dengan semua orang Cina ..., siapa kata orang Melayu benci orang Cina ... ?, "dia bertanya.
"Saya ingat, kita jadi macam ni sebab kerajaan kita jaga semua orang dengan baik, semua rakyat bersatu ..., tak kacau macam negeri luar, ...," katanya sambil menunjukkan surat khabar Cina yang di dalamnya ada berita seorang dari parti pembangkang memaki pemuda UMNO.
Cheong ada dua orang anak, seorang lelaki dan seorang perempuan. Masing telah lepas rumah dan hidup berkeluarga. NASIB Dia berasal dari bandar Melaka. Anak kepada seorang penjual ubat - sinsgeh. Dia lima beradik.Sambil senyum lebar, Cheong mangaku dia seorang kanak - kanak yang nakal dan tak suka belajar. akibatnya dia hanya belajar setakat darjah enam sekolah rendah ahaja. "Kerana saya sedar, saya tak ada baca( pelajaran) saya bekerja kuat, macam - macam saya buatf kerja, meniaga kecil - kecil ..., tapi apa nak buat, nasib saya ...,"katanya sambil melayan seorang lelaki Melayu yang bertanyakan tekok antik dari tembaga kepadanya. Dia bercerita tentang Tan Cheng Lock dan anaknya Tun Tan sew Sin. Dia tahu kisah perjuangan Tengku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak. RENUNGAN Menjawab pertanyaan saya lagi, Cheong berkata, " ... sekarang sebab par1ti politik, orang ramai macam tak bersatu, jadi kelam kabut ..., tengok macam dalam pepar ni,"katanya sambil menunjukan muka surat khabar di tangannya. Cheong mengalihkan renungan ke atas perut jalan yang sibuk. Saya mengagak, hatinya mengenangkan tragedi 13 Mei 1969. Di atas jalan itu telah berlaku pertumpahan darah.rTragedi tersebut menjadi pelajaran yang berguna kepada rakyat negara ini. "...tengoklah, saya harap kita semua terus bersatu padu, hidup aman, 'kata Cheong pada ketika saya akan meninggalkannya.
KUALA LUMPUR 25 Feb. – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengakui wujud persatuan muhibbah di negeri itu yang dipengerusikan oleh beliau sendiri tetapi ia bukan berfungsi sebagai Majlis Perundingan Antara Agama (IFC).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu telah dimaklumkan kepada beliau oleh Guan Eng ketika Ketua Menteri itu menghubunginya semalam.
Katanya, beliau akan menemui Guan Eng dan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Shabudin Yahaya untuk mendapat penjelasan lanjut daripada kedua-dua pihak yang bertelagah tentang kewujudan IFC di negeri itu.
Tambahnya, beliau tidak bermaksud menasihatkan Ketua Menteri Pulau Pinang tetapi seboleh-bolehnya biarlah tindakan menyaman akhbar dan individu terbabit tidak diteruskan.
‘‘Saya akan berlaku adil kepada Yang Dipertua MAINPP yang menyatakan ada bukti bahawa persatuan itu wujud dan saya juga harus berlaku adil kepada Ketua Menteri dengan mendapatkan penjelasan beliau.
‘‘Saya bukan bermaksud menasihatkan Ketua Menteri Pulau Pinang tetapi hal ini boleh diselesaikan tanpa saman-menyaman,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Zahid berkata, beliau akan menemui Guan Eng dan Shabudin di Pulau Pinang pada 4 Mac ini secara berasingan untuk mendapatkan penjelasan mereka.
Katanya, dalam perbualan mereka semalam, Ketua Menteri Pulau Pinang itu memberitahu bahawa badan muhibbah itu mendapat pandangan pelbagai agama tetapi bukan untuk kepentingan politik.
‘‘Guan Eng menghubungi saya semalam dan beliau menyatakan bahawa badan yang wujud itu adalah sebuah persatuan muhibbah dan bukannya majlis perundingan antara agama,” katanya.
MENGENAI PENTADBIRAN NEGERI SELANGOR DAN ELIZABETH WONG
Sukacita saya memaklumkan bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor telah menghadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada Rabu, 25 Februari 2009 dan menyembah kepada baginda perkembangan hal ehwal pentadbiran Negeri Selangor serta isu yang melibatkan Yang Berhormat Elizabeth Wong Keat Ping, ADUN Bukit Lanjan yang juga EXCO Kerajaan Negeri Selangor.
Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah menitahkan kepada saya untuk memaklumkan bahawa baginda tidak dapat memberikan panduan atau nasihat kepada Menteri Besar Selangor dalam hal berkenaan isu Yang Berhormat Elizabeth Wong kerana ia masih dalam siasatan pihak polis dan melibatkan kedudukan Elizabeth Wong dalam politik. Sebagai Sultan Selangor, baginda sememangnya berkecuali dalam hal ehwal politik (above politic).
Baginda selanjutnya menyatakan keyakinan Baginda atas apa jua keputusan yang bakal diambil oleh Menteri Besar dan percaya bahawa ia dibuat secara adil dan bijaksana, dengan mengambil kira kepentingan rakyat khasnya dan Negeri Selangor amnya. Baginda turut merasa dukacita dan amat bimbang kerana sejak akhir-akhir ini perbuatan menceroboh hak peribadi dan ’privacy’ individu telah dijadikan sebagai suatu alat untuk menjatuhkan maruah dan merosakkan imej seseorang. Adalah satu perkara yang menyedihkan apabila kehidupan dan hak individu itu dijadikan satu publisiti dan topik hangat untuk disebarkan (melalui media massa) kepada orang ramai.
Kepada Elizabeth Wong, baginda melahirkan rasa sedih dan simpati di atas insiden yang telah berlaku dan berharap agar beliau dapat bertenang, sabar dan menguatkan semangat untuk menghadapi dugaan ini dan meneruskan kehidupan seharian beliau.
– Dato’ Haji Mohamad Munir Bani Dato’ Lela Bakti Setiausaha Sulit kepada D.Y.M.M. Sultan Selangor- 25/2/2009
KOTA BHARU, 25 Feb (Hrkh) - Dato' A Samad Said tetap meneruskan perjuangan mendaulatkan bahasa ibunda biar pun gelaran Sasterawan Negara yang diberi kerajaan ditarik balik.
"Saya sanggup dengan rela diri sekiranya ada orang ingin menarik balik gelaran Sasterawan Negara asalkan bahasa ibunda saya dikekalkan.
"Tiada gunanya gelaran tersebut kerana ia bukannya milik kekal dan saya adalah 'Sasterawan Rakyat' yang akan terus berjuang demi anak cucu bangsa Melayu.
"Saya bimbang sekiranya kita tiada nanti, anak cucu kita akan hairan apakah bahasa ibunda mereka nanti," katanya pada sidang media di kediaman rasmi Menteri Besar di JKR 10 petang tadi.
Malam ini beliau dijangka berceramah bersama Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, tokoh akademik Prof Dr Shahrir Mohd Zain dan anggota Exco, Ustaz Mohd Amar Abdullah dalam siri ceramah Mansuhkan PPSMI di Padang Perdana.
A Samad yang dikenali dengan panggilan Pak Samad terkenal dengan penulisan yang kritis mendedahkan sebelum ini beliau sering menutup mulut dalam pelbagai isu yang dilakukan kerajaan.
"Tetapi selepas saya ke Mekah dan bertaubat, kini saya akan bercakap benar dalam segala hal, biar pun ia amat pahit di pihak kerajaan Barisan Nasional," katanya.
Beliau juga berkata, penggunaan bahasa Inggeris bagi mengajar subjek Matematik dan Sains jelas melanggar akta pelajaran Malaysia kerana tidak membantu peningkatan penggunaan bahasa Melayu.
"Bagi saya adalah halal untuk saya bercakap mengenai bahasa Melayu yang saya perjuangkan, tidak kira di pentas politik mana sekali pun.
"Setakat ini hanya PAS yang menganjurkan ceramah untuk menjelaskan kepincangan PPMSI dan sebab itulah saya memilih platform ini untuk menjelaskan kepada seluruh masyarakat," katanya.
Menurut beliau umurnya sekarang 76 tahun dan sudah sampai masanya memperjuangkan bahasa ibunda sebelum ia hilang di muka bumi.
Dr Shahril yang juga Timbalan Pengerusi Gerakan Mansuh PPMSI (GMP) berkata, terdapat dua badan induk yang kini lantang menentang kerajaan dalam isu tersebut iaitu GMP dan Gabungan Penulis Nasional (Gapena).
Kata beliau Gapena telah menyaman kerajaan kerana meneruskan dasar PPSMI.
Manakala GMP pula akan mengadakan demontrasi aman di hadapan Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong dengan mengumpul 100,000 rakyat.
"Demontrasi tersebut akan diadakan pada 7 Mac ini dengan melibatkan pelbagai kaum dan NGO," ujar beliau.
Katanya juga tiada sebab untuk meninggalkan bahasa Melayu dalam mata pelajaran Matematik dan Sains kerana di negara-negara maju, mereka terus menggunakan bahasa ibunda.
Misalnya dalam anugerah nobel fizik, kebanyakannya diterima oleh negara-negara yang mengamalkan bahasa ibunda seperti Perancis dan Jerman.
Selain itu kata beliau negara juga akan hilang kreativiti sendiri sekiranya menggunakan bahasa Inggeris dalam setiap aspek kehidupan.
Beliau juga berkata sebelum ini media harian tidak berani memainkan isu bantahan tokoh-tokoh akademik terhadap PPMSI, sedangkan bantahan itu berterusan dilakukan 13 NGO.
"Kini lima tahun diamalkan PPMSI, selepas Pakatan Rakyat serta NGO lantang membantah, barulah media harian membuat liputan agak meluas," katanya.
Menurutnya terdapat enam kajian dibuat pusat tengajian tinggi terhadap pelaksanaan PPMSI dan kesemuanya mendapati banyak kelemahan yang timbul.
Katanya juga PPMSI menafikan hak bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara kerana lama kelamaan ia akan hilang dengan sendirinya dari bumi Malaysia.
Turut hadir pada sidang media itu Ketua Penerangan PAS Kelantan, Ahmad Baihaki Atiqullah, Ketua Pemuda PAS, Mohd Zaki Ibrahim dan Penolong Pengarah GMP Suhaizan Kaiat.
(Berita ini diambil dari HarakahDaily, 27 Februari 2009)
Siapa yang taatkan Rasul (Muhammad s.a.w.) sesungguhnya dia mentaati Allah, dan siapa yang menentang, maka Kami mengutuskan kamu(Muhammad) tidak untuk menjadi penjaga mereka. -An Nisa:80.
HADIS
MELIHAT RASUL
Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: Siapa bermimpi melihat saya sesunguhnya dia melihat saya, kerana syaitan tidak dapat menyerupai saya. - Perawi: Imam Muslim dan Imam Bukhari.
PETUA
PERTIKAI
Manusia yang bijak boleh mempertikaikan keputusan siapa sahaja, kecuali keputusan Allah dan Rasul- Nya, sebaliknya, siapa yang mengikut atau taat dengan buta tulis, sesungguh dia seolah-olah sama tarafnya dengan keldai.
Isu cabaran terhadap institusi Raja-Raja Melayu ekoran polemik politik yang melanda negeri Perak tidak terhenti setakat itu sahaja. Jika bapanya Karpal Singh yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor mahu menyaman Sultan Perak, anaknya Gobind Singh Deo yang merupakan Ahli Parlimen Puchong pula mencadangkan agar Perdana Menteri dipilih secara langsung oleh rakyat.
Sedangkan dalam Perlembagaan Persekutuan, kuasa melantik Perdana Menteri terletak di tangan Yang di-Pertuan Agong setelah baginda berpuashati bahawa seseorang Ahli Dewan Rakyat memperolehi sokongan majoriti di dewan itu.
Cadangan itu yang dibuat melalui soalannya di Dewan Rakyat hari Rabu mendapat reaksi keras daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz yang menyifatkan cadangan Gobind itu mengesahkan bahawa pembangkang memang memperjuangkan ketuanan rakyat.
“Dia kata saya menghasut sebenarnya soalan dia yang menghasut kerana dalam perlembagaan kita yang tidak dipinda lagi ialah perlantikan Perdana Menteri dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong maka cadangan Perdana Menteri dipilih oleh rakyat itu sebenarnya hendak mengalihkan kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam soal perlantikan Perdana Menteri kepada rakyat.
“Sebab itu saya kata mereka ini memperjuangkan ketunanan rakyat kenapa marah dengan saya. Kita kata ketuanan Melayu bukan kerana Melayu itu lebih besar daripada Cina dan India tetapi kerana ketuanan Raja-Raja Melayu yang telah memerintah di tanah ini lebih daripada lebih 100 tahun yang lalu yang telah membentuk yang bertamadun. Jadi yang dia sakit hati pasal apa kerana soalan dia yang meyakitkan hati sebenarnya,” kata Nazri.
Nazri berkata demikian ketika diminta mengulas kekecohan yang berlaku dalam sidang Dewan Rakyat ekoran soalan Gobind yang membawa kepada beliau menyifatkan pembangkang memperjuangkan ketuanan rakyat.
Beberapa Ahli Dewan Rakyat telah membangkitkan peraturan mesyuarat yang menyifatkan Nazri menghasut.
“Apakah ketuanan rakyat bermakna mereka mahu kepada sistem republik,” tanya Nazri.
Malah menjawab tuduhan bahawa beliau menghasut, Nazri berkata “dia yang menghasut kerana dia hendak menghapuskan hak Agong dalam soal perlantikan Perdana Menteri . Dia yang mahu alihkan kuasa lantik Perdana Menteri yang ada pada daripada Agong kepada rakyat. Dia yang sebenarnyamenghasut, jadi tak salah saya kata dia perjuangkan ketuanan rakyat”.
Dengan itu jelasnya, Gobind tidak boleh mendakwa beliau membuat hasutan kerana sebenarnya Gobindlah yang menyakitkan hati rakyat. - 25/2/2009
(Berita ini diambil dari Agenda Daily, 26 Ferbruari 209)
SEREMBAN, 25 Feb (Hrkh) - Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub melihat masih ada ruang dan peluang untuk memperbaiki serta meningkatkan peranan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam objektifnya mencegah rasuah secara total.
Beliau yang baharu sahaja dilantik selaku anggota SPRM semalam menyatakan harapan itu kerana masih terlalu awal untuk beliau secara peribadi menghukum SPRM.
Salahuddin terdahulu menyertai majlis perasmian SPRM di Pusdat Dagangan Dunia Putra (P{WTC) yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Mengulas lanjut, Sakahuddin berkata SPRM perlu menunjukkan wibawanya termasuk menyiasat semua laporan polis dan laporan kepada badan itu yang dibuat Pakatan Rakyat atau rakyat terhadap salah laku pemimpin Umno/BN.
Beliau merujuk kepada beberapa laporan rasuah membabitkan pemilihan Umno sebelum yang masih belum disiasat sepenuhnya atau dijalankan pendakwaan jika cukup bukti.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Lobi Parlimen semalam selepas mengadakan sidang media bersama Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berhubung isu cabaran debat PPSMI.
Salahuddin sendiri menyatakan visinya untuk memberikan komitmen yang tinggi kepada SPRM selaku wakil PAS yang dipilih menggangotai suruhanjaya tersebut.
"Terlalu awal untuk saya menghukum SPRM,apa yang penting saya mahu memberi komitmen yang tingggi kepada suruhanjaya tersebut.
"Saya ucapkan terima kasih atas lantikan ini yang akan berkuatkuasa selama tiga tahun, namun ini satu proses biasa," katanya.
berhubung amalan, sistem atau tatacara kerja dalam sektor swasta dan awam mengenai pelaksanaan program pendidikan masyarakat serta memantau keberkesanannya.
(Berita ini diambil dari Harakah Daily, 26 Februari 2009)
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawimenegaskan Penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bukan sekadar penjenamaan semula Badan Pencegah Rasuah (BPR), tetapisuatu tindakan berani dan bertanggungjawabrombakan struktur asal untuk menjamin keberkesanannya, demikian kata Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau telah menegaskan dalam ucapannya kerana memastikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuh Malaysia, di Kuala Lumpur semalam.
Menurut beliau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bertanggungjawab sebagaiinstitusi antirasuah yang bukan saja unggul di negara ini, malah dihormati di peringkat serantau.
"Kerajaan sedar isu berhubung persepsi Badan Pencegah Rasuah tidak bebas, kononnya ia 'harimau tidak bergigi', penguatkuasaan terpilih, kelewatan bertindak serta penyiasatan tidak profesional, sedikit sebanyak menjejaskan kredibiliti badan itu sebelum ini.
Dengan itu, kerajaan mengambil keputusan untuk mengkaji semula struktur, pendekatan serta bidang kuasa Badan Pencegahan Rasuah dan mengambil tindakan wajar supaya isu negatif terbabit dapat ditangani dan ia kembali disanjungi rakyat sebagai institusi anti rasuah yang dihormati," katanya.
Abdullah telah menyampaikan surat pelantikan kepada 42 ahli yang dipilih menyertai lima jawatankuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, iaitu 12 ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah; Jawatankuasa Khas mengenai Rasuah (tujuh); Jawatankuasa Aduan (lima); Panel Penilaian Operasi (tujuh) dan Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (11).
Timbalannya, Datuk Seri Najib Razak; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan hadir dalam majlis bersejarah itu.
Mereka dilantik oleh Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk memikul tanggungjawab bagi menasihati Suruhanjaya tersebut mengenai dasar dan strategi, meneliti serta memperakukan cadangan daripada suruhanjaya untuk meningkatkan kecekapan dan kemampuan dan kewibawaannya.
Suruhanjaya Penceghanan Rasuah Malaysia adalah sebagai sebuah piala keramat dari Abdullah Badawi kepada Kerajaan dan rakyat Malaysia, sebelum beliau meninggalkan takhta Perdana Menteri Mac ini.
Beliau telah melaksanakan tanggungjawab besar itu dengan harapan UMNO – Barisan Nasional, negara dan rakyat Malaysia akan terlepas dari bahaya rasuah yang boleh meruntukan satu-satu bangsa dan Negara.
Pada ketiaka berucap dalam mersamikan Perhimpunan Agung UMNO yang ke – 57, di Kuala Lumpur, pada 15 November 2006, beliau telah berkata:
Di dalam parti, saya telah meminta setiap seorang daripada saudara-saudari membantu saya membanteras politik wang. Kita mahukan pemimpin kerana keupayaan mereka berkhidmat dan bukan keupayaan mereka membeli sokongan. Saudara-saudari memiliki kuasa tersebut untuk memberi mesej yang jelas. Bantulah usaha saya untuk membersihkan parti dari amalan politik wang. Dikatakan rasuah banyak berlaku; tetapi banyak yang merupakan tuduhan. Apabila diminta bukti , tidak dapat ditampilkan. Proses menangkap dan prosedur mendakwa tidak semudah yang diucapkan. Proses siasatan amatlah rumit. Proses membukti dan usaha mendapatkan saksi amatlah sulit.
Tiada gunanya mendakwa bilangan yang ramai, jika kita tidak mempunyai bukti cukup untuk dapat mensabitkan yang didakwa. Bantulah saya memerangi rasuah dengan mengemukakan bukti. Memerangi rasuah memerlukan komitmen semua pihak. Usaha memerangi rasuah tidak dapat mencapai kemenangan jika sekadar ditumpukan kepada aktiviti menangkap dan mendakwa. Masalah rasuah tidak berakhir dengan penangkapan jika benih baru masih dibenarkan tumbuh. Laksanakanlah dalam diri masing-masing, dengan kita sendiri tidak dipengaruhi oleh wang ringgit dalam membuat pertimbangan. Kadangkala usaha memerangi rasuah begitu mengecewakan. Saya telah melahirkan harapan supaya mahkamah memutuskan kes-kes rasuah dengan segera, atas dasar ia melibatkan kepentingan awam. Ada tanggapan mengatakan saya memperlahankan langkah menentang rasuah kerana tiada tangkapan yang dilakukan.
Tiada tangkapan tidak bermakna saya tidak terus melakukan pemantauan. Ia memerlukan usaha berpanjangan – usaha berterusan. Aktiviti pendidikan dan aktiviti menyemai kesedaran akan ditingkatkan supaya prinsip integriti dihayati dan diamalkan dalam kehidupan harian masyarakat. Langkah-langkah pencegahan akan terus ditingkatkan dengan memperbaiki kecekapan sistem penyampaian dan perkhidmatan awam.
Saya melihat kejayaan Abdul Badawi mewujudkan Sauruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sebagai satu mercu tanda keyakinan beliau untuk menjadikan Negara ini bersih dari keburukan rasuan. Tetapi mercu tnda itu tidak akan mendatangkan kejayaan cemerlang, jika rakyat – kaki tangan kerajaan dan para polikut serta orang ramai tidak berpegang kepda ajaran agama Islam yang gmelarang melakukan rasuah.
Begitu juga kejujuran para individu yang diberi tanggungjawab kepada Siuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mestilah ada. Ini perlu, kerana manusia, selagi dia bernama manusia, tidak sunyi dari melakukankesilapan dan kesalahan.
Setiap orang Islam dan mukmin dan mukminah, wajiblah berpegang kepada ajaran Nabi Muhammad, iaitu ‘ Pemberi rasuah, penerima rasuah dan orang yang mrnjadi perantaraan (antara orang yang melakukan rasuah) di laknat Allah’.