Friday, February 22, 2013




PILIHAN RAYA UMUM KE 13
PENENTU  MELAYU JAHILIYAH KUNO
ATAU JAHILIYAH MODEN

Oleh: Mokhtar Petah

Sesiapapun bebas bersuara, ” kami mahu Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak terus memegang kuasa sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Sesiapapun bebas  berkata: ”kami mahu Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia.”
”Kami mahu Dato’ Seri Anwar mengambil alih jawatan Perdana Menteri Malaysia dari Dato’ Seri Najib,” boleh.
”Kami mahu orang DAP jadi Perdana Menteri Malaysia,” juga boleh dalam negara demokrasi.
Tiada siapa yang boleh menentukan, siapa bakal Perdana Menteri ngara ini,  selain dari kehendak Allah yang akan menentukan jumlah keputusan Pilihan Raya Umum ke - 13 yang akan berlaku pada bila - bila hari nanti.
Pilihan raya umum kali ini, UMNO - Barisan Nasional yang untung, kerana mereka telah lama berkempen diseluruh negara atas kuasa kerajaan dan kerajaaan di bawah mereka telah banyak memberi sumbangan wang kepada rakyat jelata yang miskin dan fakir.
Parti - parti pembangkang, jika menang dalam piliahan raya itu nanti, bukanlah kerana banyak dan lama berkempen dan kerana banyak menyumbangkan  -sedekah - wang kepada rakyat jelata. tetapi bagi umat Islam yang faham akan pengetahuan agama Islam, kuat iman dan akidah mahu menegakkan negara Islam dan menolak sistem nasionalisme sempit dan kapitalisme serta kronisme.
Manakala orang - orang yang masih berfikiran ’tunduk’ kepada fahaman penjajah Inggeris, ortodoks dan mahu menolak negara Islam dan sebikang hukum Allah dalam Islam, maka, mereka tetapi menyokong - undi - UMNO - Barisan Nasional.

Orang - orang dari keturunan lain, mahu menolak sistep nasionalisme sempit dan kaiptalimse dan mahu menghantikan sosio - demokrasi tetapi ada sebilangan dari mereka tidak menolak Islam sebagai agama rasmi negara.
         Umno - Barisan Nasional yang berkuasa menerajui Kerajaan Malaysia, adalah sebuah parti politii (bersama MCA dan MIC), telah berjuang menuntut
KEMERDEKAAN DALAM KEADAAN TUNDUK KEPADA Inggeris dan tolak beransur - ansur dengan orang Cina dan orang India bersma mereka (kata pihak Parti Kebangsaan Melayu Malaya - PKMM)      
Setelah gagasan Malayan Union dibatalkan, British telah menggunakan tektik lain untuk menjadikan kerajaan Tanah Melayu mengikut telunjuknya, agar Tanah Melayu akan dikuasai oleh tiga bangsa, Melayu, Cina dan India.
 Pada 1952 telah berlaku kegelisahan di kalangan orang Melayu dan ahli UMNO di Kuala Kangsar, disebabkan seorang Inggeris Bekas  Penasihat Undang – undang Negeri, di Tanah Melayu, yang menjadi penasihat kepada parti politik perkauman Cina, MCA, Dr. Victor Percell telah mengadu domba antara orang Cina dengan Melayu.
Beberapa orang Melayu dalam UMNO, di antaranya Dr Haji Megat Khas telah mengadap  Sultan Perak, Sultan Yusuf  Izzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil Radziallah Shah (1948–1963) , memohon budibicara baginda untuk mencari jalan bagi menentang tindak tanduk bekas apegawai British tersebut. Sultan Yusof telah berjanji akan membantu mereka. Baginda juga telah menasihatkan mereka, supaya membawa perkara itu kepada UMNO Negeri Perak.[1] Mereka membawa perkara itu kepada  UMNO bahagian Negeri Perak (pada masa itu UMNO ada bahagian di negeri sahaja .
‘Di dalam bulan Ogos, 1952, iaitu kira – kira limam bulan sahaja setelah UMNO dan MCA mengadakan ‘Perikatan’ di dalam Pilihan Raya Municipal Kuala Lumpur itu dan perasaan curiga dan ragu – ragu masih belum habis terkikis di setengah – setengah ahli UMNO atas persahabatanitu, tiba – tiba tersiar berita akhbar  berkenaan  dengan Dr.Victor Percell, penasihat MCA, trlah tiaba di Tanah Melayu.
Dr. Percell ini telah terkenal sebagai seorang yang telalu pro Cina dan anti Melayu. Ialah yang menjadi pembela MCA dan orang – orang Cina  di England  dan pernah  menulis dalam akhbar – akhbar di England,  tuduhan – tuduhan yang orang Melayu tidaka adil terhdap orang – orang Cina yang ada di Tanah Melayu.
Berita kedatangannya itu telah menimbulkan ribut di kalangan UMNO, kononnya ia akan menjadi orang tengah untuk mengadakan rundingan – rundingan di antara UMNO dengan MCA. Selain daripada itu kedatangannya itu ialah juga untuk menyiasat keadaan orang – orang Cina di Tanah Melayu untuk dibuat satu penyata yang akan diserahkan kepada Kereajaan British di England.
Berhubung dengan kedatangan Dr. Percell  dengan tujuan sebagaimana yang dikatakan itu, UMNO Perak telah mengadakan suatu mesyuarat tergempar daan telah mengambi satu ketetapan, iaitumemqndang dengan perasaan sedih akan tujuan kedatangan Dr. Percell itu kerana pada pendapat UMNO Bahagian Perak, tidak mensabah bagi Dr. Percell yang menerima pencen daripada kerajaan negeri ini datang ke mari bagi faedah sepihak sahaja daripenduduknya.Penyata yang hendak dibuat itu,akan memburukkan keadaan lain – lain pihak pada pandangan dunia luar dan akan membawa perselisihan yang amat hebat di antara kaum – kaum.
Ketetapan UMNO Perak itu telah dibawa ke dalam Majlis Mesyuarat Agung UMNO di Butterworth, Seberang Perai, di dalam bulan September 1952 dan telah disokong oleh SEBERKAS, Kedah (Pertubuhan yang bergabung dengan UMNO serta telah disetujui oleh persidangan itu).([2] [1] Ibrahim Mahmood, Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu, 1981, Kuala Lumpur, Pustaka Antara, hl.345,346).
Dalam buku, ’Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu, - 1981, oleh, Ibrahim Mahmood, termaktub: ’ Dalam bulan Jun, iaitu sebelum berlaku Pilihan Raya Fedral di dalam bulan Julai (1955) itu, bekas Pemangku Penasihat British di negeri  Johor, telah dinberitakan sebagai berkata semasa ia melawat Kota Tinggi di Johor, bahawa sesebuah parti (parti politik - mp) yang bersendirian itu adalah lebih baik daripada satu Perikatan yang terdiri daripada parti - parti politik yang berlainan corak. Kenyataan ini nyatalah dimaksudkan kepada Partin Negara (dipimpin Dato’ Onn Jaafar) dan Periaktan UMNO - MCA - MIC.’
Dalam Perlembagaan, ’ASAS DAN TUJUAN, 3.3, Menegak, memeprtahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara (bukan agama negara - mp) serta menghormati prfinsip kebebasan beragama.’
Mufti Negeri perak, Allahyarham Dato’ Haji Ismail bin Hamzah, Mufti negeri Johor, Dato’ Haji Hassan  bin Yunus (kemudian, Menteri Besar, Negeri Johor), Shekh Abdullah Fahim  - Seberang Perai, Haji Abdul Rahman, Haji Husin Chik Dol dan bebeapa orang ulama mursyid telah menyatakan ’ dukacita’ kerana dalam majlis mementerai perjanjian Persekutuan Tanah Melayu merdeka di London, Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak serta Raja - Raja Melayu tidak membawa seorang pun dari ulama di negara ini.
Majlis itu dirasmikan dengan tisak berdoa cara Islam, tetapi cara dilakukan secara orang Kristian dan Yahudi, iaitu sama - sama minum arak dari gelas - gelas yang cekek, laksana bangunan Tabung Haji, di Kuala Lumpur. Mereka telah meramalkan, kerajaan tidak berdoa kepada Allah, tisak selamat.
Surat perjanjian yang bertarikh 5 Ogos 1957 dan dimaktubkan antara Sir Donald Charles Mac Gillivray G.C.M.G. MBE bagi pihak  Ratu Inggeris dengan YMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim  ibni al marhum Sultan Abu Bakar , Sultan Pahang, Sultan Abu Bakar Riyauddin al mu’azzam Shah ibni al marhum Sultan Abdullah Shah, Sultan Selangor, Sultan Hishamuddin Alam shan ibnu Sultan alauddin Sulaiman Shah, Sultan Kedah, Sultan  Tengku Badli Shah ibnu Sultan Abdul Hamid Shah, Raja Perlis, Syed Putera ibnu al mrhum Syed Hassan, Sultan Negeri Kelantan, al marhum Sultan Ibrahim ibni Sultan Muhammad, Sultan Negeri Terengganu, Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni  Sultan Zainal Abidin dan Sultan Perak, Sultan Yusuf Izzuddin shah ibni Sultan Abdul Jalil Shah.
Manakala Negeri Sembilan, termasuk para Undangnya, iaitu:Yam Tuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman ibnu al marhum Sultan Tengku Muhammad,   Unang Luak Sungai Ujung, Dato’ Kelama Putera Muhammad Kasim bin Dato’  Haji Nik Abdul Aziz, Undang Luak Jelebu, Dato’Mendika Menteri Akhir Zaman, Shahruddin bin Abdul Rahman, Undang luak Johol,Dato’ Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan, Abdul Manap bin Tolok, Undang Luak Rembau, Dato’ Lela Maharaja Haji Ipap bin Abdullah, dan Undang Luak Tamping dan Orang Besar Bagi Jajahan jajahan yang jadi negeri, dinamakan negeri Sembilan,Tengku Syed Idrus bin Tengku Syed Ahmd.
Di antara kandungan perjanjian itu: ’Bahawa masa sekarang ada berbagai perjanjian behubung dengan perkara Kerajaan negeri - negeri Yang Maha Mulia itu di antara Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan tiap - tiap seorang Duli Yang Maha Mulia Raja - Raja negeri yang tersebut.
(berkenaan Negeri Sembilan di antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Yang Maha Mulia Yang Dipertuan besarw serta undang - Undang danOrang Besar).
Dalam kongres orang Melayu menentang Malayan Union, di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur, pada 1,2,3 dan 4 Mac 1946, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR)  ditubuhkan, dengan dasar Nasionalisme Melayu. Parti tersebut terkenal kini dengan United Malays National Assoceation (UMNO).
Allahyarham Dato’ Onn bin Jaafar telah dipilih mengetuai parti politik orang Melayu tersebut.
Pada Mei 1945, sebuah parti politik berdasarkan Islam, iaitu Hizbul Muslimin (parti orang - orang Islam) telah ditubuhkan oleh Allahyarham Ustaz Abu Bakar Al Baqir dan para guru Sekolah Agama Islam (rakyat), Ma’ahad el Ehyausy syarif, di Gunung Semanggol Perak. Di antara ahli jawatan kuasa sementaranya, ialah Haji Hassan Yunos (setelah negara merdeka memegang jawatan Menteri Besar Johor), Ustaz Othman bin Hamzah dan Ustaz Abdul Rauf bin Ahmad.
Pada bukan Oktober 1945, satu kongres Melayu dengan bantuan pihak Parti Komunis Indonesia (PKI) atas tujuan membantu bangsa Melayu menghalau penjajah Inggeris dari Tanah Melayu, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) telah ditubuhkan. Allahyarham Dr Buhanuddin Helmi telah dipilih memegang Yang Dipertuanya dan penolongnya, Allahyarham Iskan Haji Muhammad.
Menurut cerita al marhum Sultan Perak, Sultan Yusuf Izzuddin Shah, Dato’ Onn bin Jaafar dan Dato’ Panglima Bukit Gantang, Haji Abdul Wahab kepada saya, bahawa UMNO ditubuhkan setelah mendapat nasihat dari para       Penasihat undang - undang bagi negeri - negeri Melayu, Pahang, Perak, Selangor dan lain,  dalam satu majlis makan malam di sebuah kelan, di Cameron highland.
Dalam majlis yang dihadiri oleh mereka yang menceritakan kepada saya itu, bahawa para penasihat Inggeris itu memberitahu mereka, yang kerajaan Inggeris khuatir dengan wujudnya parti Islam - Hizbul Muslimin dari Gunung Semanggol, kerana ia akan menjadi seperti parti Islam Ikhanul Muslimin, di Masir, anti Inggeris dan setiap orang angti Inggeris bermakna anti Raja - raja Melayu.
Para penasihat british itu menasihakan mereka, agar menubuhkan sebuah parti politik bersasarkan kebangsaan Melayu (nasionalisme Melayu), untuk membunuh parti Islam, Hizbul Muslimin. Tetapi para penasihat Undang - undang  Britisha itu tidak menasihatkan mereka menubuhkan UMNO.
Sebelum kongres Melayu menentang Malayan Union itu, Dato’ Onn bin Jaafar telah menyusuk orang - orang yang akan menjadi ’orang - orang golong’nya, iaitu terdiri daripada mereka yang berpendidikan dari institusi pengajian tinggi di London dan lepasan sekolah - sekolah Inggeris. Pendeknya orang Melayu yang masih sayangkan Inggeris.
Kongres bangsa Melayu di Kelab Sultan Sulaina itu, dihadiri oleh seramai 107 wakil dan 56 pemerhati dari persatuan - persatuan Melayu, parti politik Melayu termasuk Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) , wakil - wakil dari Orang - Orang Asli dan beribu orang Melayu dari seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura.
Dengan persetujuan sebulat suara kongres itu, maka Pertubuahan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEBAR) ditubuhkan dan Dato’ Onn bin Jaafar telah dipilih memegang jawatan Yang Dipertuanya.

(Bersambung pada Isnin. Insya Allah)



[1]  Al marhum Sultan Yusuff Izuddin Shah memberitahu penulisbuku ini.
[2] Ibrahim Mahmood, Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu, 1981, Kuala Lumpur, Pustaka Antara, hl.345,346.

Sunday, February 3, 2013


HJAK EHWAL POLITIK 



UMNO GUNA ISU NAMA ’ALLA’ UNTU MENANG
 PILIAHAN RAYA UMUM KE - 13



Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mendakwa isu kalimah ALLAH yang menjadi pertikaian mutakhir ini adalah mainan politik Umno menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
“Ini kerja Umno. Mengaku Islam… bawa isu kalimah ALLAH musim pilihan raya. Nak pancing undi guna kalimah ALLAH,” katanya pada sidang media di Himpunan Perdana Ummah bersama Pas di sebuah hotel dekat ibu negara, hari ini.
Jelas Hadi, keputusan dibuat Majlis Syura Pas berkaitan dengan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam sudah cukup jelas, namun ia dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu termasuk sesetengah media sehingga ia menimbulkan kebimbangan rakyat.
“ALLAH tak boleh diterjemahkan. Dalam masa sama ALLAH digunakan bukan Islam ditempat dia, itu hak kamu. Salah gunakan, itu tak boleh.
“Ia ada beza dan kita kena faham. Majlis Syura Ulama buat keputusan perkataan ALLAH tidak boleh diterjemah. Perkataan ALLAH tak boleh salah guna. Kalau kamu nak (kalimah) ALLAH dalam bangsa kamu, itu hak kamu. Dipotong-potong kenyataan ini dan dilaga-lagakan,” tegas beliau.
Cadangan penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu dibangkitkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam ucapan sempena sambutan Hari Natal lalu.
Pakatan Rakyat yang berbincang pada 8 Januari memutuskan kalimah ALLAH boleh digunakan oleh bukan Islam asalkan ia tidak disalahgunakan.
Pendirian Hadi yang mewakili Pas dalam mesyuarat itu disambut baik oleh Majlis Pakatan Rakyat.
Namun Majlis Syura Pas yang bermesyuarat pula memutuskan bahawa kalimah ALLAH adalah hak eksklusif untuk orang Islam sahaja dan tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa.
Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Hadi kemudiannya akur dengan pendirian Majlis Syura Pas itu.
Semalam, Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata Pas sepatutnya mempertimbangkan keputusan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat mengenai kalimah ALLAH dan bukan oleh Majlis Syura Ulamanya.
Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, PR sudah bersetuju dengan penggunaaan kalimah ALLAH dalam kalangan bukan Islam tetapi hanya Pas yang tidak bersetuju menerusi Majlis Syura.
Hadi bagaimanapun ketika ditanya berhubung perkara itu meminta media merujuk kepada kenyataannya yang dikeluarkan dalam Harakah.
Menerusi semakan yang dibuat di laman web Harakahdaily.net, kenyataan media yang dikeluarkan pemimpin itu hanyalah yang bertarikh 14 Januari lalu dan dirasakan tidak relevan bagi menjawab ketidakpuasan hati Karpal bersabit isu tersebut.
Karpal semalam berkata, DAP kesal dengan kenyataan Pas yang mengesahkan bahawa isu penggunaan kalimah ALLAH dalam kalangan bukan Islam sudah selesai.
“Saya kesal dengan kenyataan itu. Isu ini belum selesai dan DAP tetap dengan pendiriannya.
“Kita masih meminta Majlis Syura Pas untuk mempertimbangkan supaya kalimah ALLAH boleh digunakan oleh orang bukan Islam,” katanya.
Karpal juga menafikan ada berbincang mengenai hal itu ketika Nik Aziz berkunjung ke kediamannya minggu lalu.




 ***********************************************************


KISAH BENAR.

                                SUAMI TIDAK KENANG BUDI

’Hajah Zaharah, 49 tahun, telah dua bulan, terlantar sakit marah usuz dan saraf otak, di hospital.Harapan nipis, dia  akan sembuh dari penyakit yang menderanya. Para doktor pakar, sekadar pendapat masing - masing (Allah Maha Kuasa), dia tidak mungkin meninggal dunia tidak lama lagi.’
Pada hari - hari didera kesakitan, Haja Zaharah rindukan suaminya, Amir (bukan nama betul), lulusan universiti di negara ini. Dia  menjalankan perniagaannya sendiri. Maju.
”... tak apa,Ami tak jengun Zah, Zah syukur kepada Allah, Amir dulu kerja peon di pejabat syarikat tempat Zah kerja ..., lepas kita kahwin, Zah bantu Amir belaja ..., dengan duit Zah Amir telah melanjutkan pelajaran ke universiti, Amir tamat, Amir berjaya ..., saya syukur kepada Allah,” suara Hajah Zahara dalam keluhannya.
Hampir sebulan suami HajahZaharah tidak datang menjenguknya.
Pada satu petang, suami Hajah Zaharah datang. Dia membawa Satu sampul surat besar.
Pada ketika Amir duduk di atas kerusi, di sisi katil isterinya, dia berkata kepada isterinya: ”Zah, ini Amir bawa surat cerai ..., Amir cerai Zah talak satu ..., Amir nak kahwin dengan juururawa, Mahyun.
“... Allahu Akbar ..., ooo, Mahyun yang rawat Zah dulu tu?” Hajah Zaharah bertanya.
”Ia, dia cintakan Amir ..., kami akan kahwin...,” jawab Amir.
”Tak apalah Abang Amir, mana abang fikir baik, Zah rela ...,” kata Hajah Zaharah. Tanpa tangisan.
Amir bangun. Tanpa bersalaman dengan beas isterinya, dia melangkah pergi.
Hajah Zaharah menelan dukanya sendiri.
(Cerita ini dari seorang wanita bekas pegawai tinggi, di sebuah syarikat milik kerajaan).