Tuesday, August 31, 2010

ENCYCLOPEDIA:


PEJUANG – PEJUANG KEMERDEKAAN

Orang Melayu terutamanya, telah tertelan banyak kekeliruan sejarah, sama ada yang dilahiran oleh penjajah Inggeris mahupun oleh pihak kerajaan kita, seperti Jabatan Penerangan, mengenai organisasi dan individu yang boleh disanjung sebagai pejuang kemerdekaan dan yang mana bukan pejuang, hanya – berpeluang dari perjuangan orang lain.

Pada 31 Ogos ini, saya kira, orang Melayu dan angkatan muda Melayu akan dapat meneliti tulisan saya ini mengenai organisasi yang berjuang dan yang menjadi penyambut peluang atau menanggung di air keruh sahaja.

Organisasi yang berjuang menuntut kemerdekan Tanah Melayu, ialah:

1 – Kesatuan Melayu Muda, pimpinan Ibrahim Yaakob.

2 - Parti Hizbul Muslimin, pimpinan Ustaz Abu Bakar Al Baqir.

3 - Parti Kebangsaan Melayu Malaya – PKMM , pimpinan Dr Burhanujddin

Helmi dan Ishak Haji Muhammad. Dua organisasi di bawahnya, Angkatan Pemuda Insaf – API, pimpinan Ahmad Boestamam dan Angkatan Wanita Sedar, pimpinan Shamsiah Fakeh.

4 - Parti Komunis Malaya – PKM

5 - Rejimen ke 10 pimpinan Rashid Maidin dan Abdullah C.D.

6 - Beberapa organisasi menentang Jepun dan Inggeris.

7 - UMNO, pimpinan Dato’ Onn. Kemudian UMNO ‘ berpeluang menangguk di air keruh menuntut kemerdekaan secara tolak ansur dari penjajah Inggeris.

Bukan pejuanga kemerekaan. UMNO juga menentang semua organisasi di atas.

Organisasi dan angkata bukan pejuang kemerbdekaan.

1 - Askar Melayi, membela Inggeris.

2 – Polis, polis khas dan semua bahagian polis termasuk cawangan khas

3 - Dan SC – Polis Khas menentang kemerdekaan dan membela Inggeris.

4 - Force 36 pimpinan Dato Abdul Razak, menentang kemerdekaan dan mengambil tokoh penjajah kembali ke Tanah Melayu.

Individu pejuang kemerdekaan sejati.

1 - Sheikh Abdullah Fahim.

2 - Ibrahim Haji Yaakob.

3 - Ustaz Abu Bakar Al Baqir.

4 - Dr Burhanuddin Helmi.

5 - Ishak Haji Muhammad

6 - Abdullah Ayob

7 - Rashid Maidin

8 - Abdullah C.D. (Cik Dat).

9 - Ahmad Boestamam

10 - Shamsiah Fakeh

11 - Haji Ahmad Fuad dan mereka dalam PAS 1951 – 1957.

12 - Ramai lagi yang ditahan dalam khemah tahanan politik 1948 – 1951.

Individu pejuang kemerdekaan fro penjajah Inggeris dan tolak ansur

1 - Dato Onn Jaafar – pejuang kemerdekaan pro Inggeris.

2 - Tunku Abdul Rahman Putra bukan pejuang, sekadar menangguk di air

keruh. Dsan ramai pengikiutnya dalam UMNO, tolak ansur dengan

penjajah Inggeris.

2 - Tun Abdul Razak seperti Tunku Abdul Rahman, tetapai tidak fro penjajah Inggeris dan tidak setuju dengan orang Cina dan India berkongsi kuasa dengan Melayu.

(Kerana sikap Tun Razak, maka ada suara – suara, bahawa beliau meninggal dunia kerana dibunuh secara sulit oleh musuh – musuhnya di London). – Mokhtar Petah

QURAN.



MAKSUD AYAT – AYAT NENGENAI JUDI

Mereka menanyakan kepada anda (Muhammad s.a.w.) tentang minuman keras dan judi. Katakan:Pada keduanya itu ada dosa besar dan adan manfaat kepda manusia, tetapi dosanya lebih besar dari manfaatnya (mabuk dan keburukan judi). Dan mereka menanyakan kepada anda: Apakah yang mereka akan nafkahkan? Katakan: Kelebihan dari yang peerlu. Begitulah Allah menjelskan keterangan – Nys kepada anda agar anda fikirkan. – al Baqarah:219

Mereka menanyakan kepada anda (Muhammad s.a.w.) Apakah yang dibolehkan kepada mereka? Katakan: Dibolehkan kepada kalian yang baik – baik, apa yang ditangkap oleh binatang atau burung yang kalian telah ajar atu sengaja untuk berburu – kalaian teoah ajar menurut yang diajarkan olkeh Allah kepada kalian, sebab itu, maksnlah apa yang ditangkapnya untuk kalian dan sebutlah nama Allah padanya (baca: Bismillahir Rahmanir Rahim). Dan taqwalah kepada Allah; sesungguhnya Allah itu cepat membuat perhitungan. – al Maaidah:4.

Hai orang – orang yang beriman, minuman keras (arak dan segala yang memabukkan), perjudian, berhala dan mengundi nasib dengan panah itu termasuk pekerjaan syaitan, sebab itu hendaklah kalian tinggalkan (termasuk tegah), agar kalian menjadi beruntung. – al Maaidah:90.

Syaitan (termasuk orang – orang kafir) benar – benar hendak menjatuhkan kalian ke dalam permusuhan dan berbencian (seperti orang Melayu di negara ini), disebabkan meniman keras (arak) dan perjudian itu, dan dia hendak menghalangi kalian darui mengingasti Allah dan mengerjakan sembahyang. Mahukah kalian berhenti? – al Maaidah:91.

Sejarah.

Di Malaysia ada ulama yang digunakan oleh kerajaan seperti mufti, kadi dan para ulama. Diadakan pulan jabatan – jabatan agama Islam, seperti Jabatan Agama Islam di negeri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM dan berbagai lagi, tetapi mjengapa mereka tidak mengukarkan fatwa, melarang atau menegah perjudian di negara ini – dasri kasino di Genting Highland hingga kepada lotri, nombor ekir dan sebagainya.

Punca perpecahan orang Melayu dan umjat Islam di negara ini dan wujud Parti Islam Semalaya – PAS (1951), di antaranya kerana UMNO yang menguasai Kerajaan Pusat tidak mahu melarang dan menghapuskan judi (Sheikh Abdulah Fahim memberitahu saya), bahkah kerajaan menerima hasil perjudian untuk faedah negara.

Pad masa saya menulis bukiu biografi: Abdul Kadir Peguam Rakrat, Kuala Lumpur, 1998. Iaitu Peguam Negara, Tan Sri Abdul Kadir Yusof – buiu inhi dilancarkan oleh Dato’ Mohd. Najib Tun Abdul Razak di dewan Perpustakaan Negara, Kuala Lumpur, saya dimaklumkan, Kasino Genting Haighland ditubuhkan dengan kemahuan Tun Abdul Razak dan bapa mertuanya – bekas Yang Dipertuan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Johor (1951).

Allahyarham telah merasmikan kongres alim ulama II, anjuran Jawatan kuasa Khas Agama UMNO, dipengerusikan oleh Allkahyarham Haji Ahmad Fuad bin Hassan. Kongres III, di Kelab Melayu Batturworth telah menubuh PAS (1951).

dan kemudian speaker Dewan Parflimen, Tan Sri Hani Mohd. Noah bin Omar, telah diberi saham dan memegang jawatan kuasa Pengerusi syarikat tersebut.

Mohd. Noah adalah bapoa mertua kepada Tun Abdul Razak.

Manakala Tan Sri Abdul Kadir Yusof diberi saham dan memegang kuasa sebagai salah seorang pengarah.

Sebelum Syarikat pelancongan dan perjudian di gunung Negeri Pahang itu, Mohd. Noah dan Abdul Kadir Yusof telah berjaya menyelesaikan krisis ekonomo Cina – Yahudi di Singapura. Mereka disambut oleh seorang tokoh Yahudi, David Marshal Ketua Mentgeri Singapura.

Ulama terkenal, Ustaz Haji Mat Saman Kati – guru agama kepada Sultan Perak (1970 – an) telah berkata, “ ...enta tunggulah, negagha kita ini tak akan aman, tak akan untung ..., oghang Melayu tak bersatu, selagi judi dihalalkan oleh kerajaan.”

Monday, August 30, 2010

PAS MENENTANG KEMUNGKARAN



Kaitkan PAS, Utusan berdepan saman
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 29 Ogos: PAS sedang menimbang untuk mengambil tindakan saman ke atas akhbar Utusan Malaysia ekoran mengaitkan parti itu dengan insiden kunjungan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching ke Surau Al-Huda, Kajang Ahad lalu.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, perkara tersebut telah diputuskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat pada mesyuarat mereka siang tadi.

"Utusan menyiarkan laporan bahawa beliau (Nie Ching) hadir untuk memberi sumbangan kepada Ahli PAS, sedangkan sumbangan tersebut untuk membaiki pagar surau.

"Kita akan ambil tindakan mahkamah, dan saya telah berbincang dengan pengerusi surau tersebut, kita akan saman mana-mana pihak yang terlibat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengedarkan risalah keselamatan kepada pengguna jalan raya di Plaza Tol Sungai Besi, hari ini.

Utusan dalam laporanya 27 Ogos lalu mendakwa Nie Ching memasuki ruang solat Surau Al-Huda dalam satu majlis penyampaian bantuan kepada "ahli-ahli PAS".

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena bagaimanapun mendakwa, laporan akhbar itu adalah bohong, berniat jahat dan cuba memburukkan imej PAS.

Beliau tidak menolak kemungkinan, akhbar terebut cuba mewujudkan persepsi bahawa kehadiran Nie Ching tersebut untuk berpolitik dalam masjid.

Sementara itu, beliau juga mendakwa Umno telah mendalangi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dengan memberi maklumat salah kepada Sultan Selangor sehingga Tuanku dudakwa murka.

Ini kerana, tiada sebarang tazkirah yang disampaikan Nie Ching seperti yang didakwa melainkan sekadar ucapan lima minit selepas dijemput berucap oleh jawatankuasa surau.

Selain itu, ucapan ahli parlimen Serdang itu juga jelasnya langsung tidak menyentuh soal politik kepartian melainkan menjelaskan program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor.

"Saya berani mengatakan bahawa, Mais telah didalangi Umno, menipu pihak Istana.

"Memang tidak ada tazkirah, tidak ada ucapan berkaitan politik dan bukan memberi sumbangan kepada ahli PAS," tegasnya.

Tambahnya, tindakan Umno tersebut telah merugikan Islam apabila masyarakat bukan Islam mungkin berpandangan mereka tidak boleh lagi memasuki masjid atau surau.

Sedangkan kata Mahfuz, itu merupakan salah satu cara dakwah kepada bukan Islam dan sememangnya dibolehkan seperti diputuskan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 lalu.

"Kalau tindakan itu salah, Mais bukan kena hantar surat amaran kepada ahli parlimen Serdang, tetapi kena hantar juga kepada Majlis Fatwa Kebangsaan," katanya.

(Harakah Daily).

QURAN: MAKSUD AYAT - AYAT ULAMA




PERPECAHAN UMMAH KERANA ULAMA TEMBOLOK

(Tidakkah mereka yang musyrik (kafir) sedar kebenaran itu) dan tidakkah menjadi satu keterangan kepada mereka, bahawa para ulama – pendeta – pendeta agama Bani Israil mengetahui akanh kebenaran Quran itu. – Asy Syu’ra:197.

Demikian juga, antara umat manusia, benatang – binatang dan haiwan – haiwan ternakan itu bermacam – macam pula warnanhya. Hanyalah yang takut kepada Allah ialah mereka yang berilmu (ulama atau poendeta) di antara hamba – hamba – Nya. Sesungguhnya Allah itu Maha Kuasa dan Pengampun. – Fathir:28

Umat Islam menjadi berpecah belah disebabkan para ulama yang berlainan hala tuju atau perjuangan hidup mereka.

Terdapat lima golongan ulama di negara – negara yang ramai umat Islam, tetapi negara itu bukan negara Islam, seperti Masir, Hijaz atau Arab Saudi, Iraq, Indonesia dan Malaysia, iaitu:

1 - Ulama Allah, iaitu mereka yang berpengetahuan mengikut dan mengajar

Orang ramai agar taatkan Allah danh Rasul- Nya. Mengikut dan

mengamalkan segara hukum – hukum dalam Quran dan Sunnah.

Menentang kezaliman dan kejahatan walaupun terhadap Raja dan

pemimpin.

2 - Ulama syariyah, iaitu mereka yang berpoegang kepada Quran dan

Sunnah dan menyeru orang ramai supaya berbuat baik dan melarang

mereka mnelakukan keburukan. Ulama begini mengajaqr orang ramai

kenal dan amalkan politik, ekonomi, ilmu pengetahuan, kemasyarakatan

dan amalan hidup mengikut Islam.

3 - Ulama zuhud, iaitu mereka yang hanya mengamalkan segala hukumn

Allah dan Rasulnya yanhg khusus pada peribadatan, hasi akhirat sahaja.

Mereka tidak mengambil tahul hal politik dan sebagainya.

4 - Ulama Figh, Fekah atau ulama nafau dan terkenal dengan gelaran ulama

tembolok, mereka itu yang ialah yang mnakan gaji dengan pemerintah

atau kerajaan – Istana dan sebagainya, seperti mufti, kadi dan mubaligh

pihak parti pemerintah.

Ulama – ulama ini tidak mengikut hukum dalam Quran dan Sunnah

dengan sempurnah. Mereka terpaksa mengikut kehendak arahan

pemerintah, kerajaan atau Istana.

Misalanya, jika pemerintah, kerajaan atau Istana suka judi dan

sebagainya, maka mereka ‘ menikus’ tidak bernai mengeluarkan

hukum tegah judi dalam Quran dan Sunnah. Begitu juga jika

pemerntah, kerajaan atau istana menentang negara Islam dan hukum

hudud, mereka ‘menikus’ dan mengalihkan kepada berbagai – bagai

tafsiran bagi kesdukaan pihak yang menanggung mereka.

Mereka menjaga kedudukan, kemewahan hidup dan sebagainya.

Para ulama Fiqh sering bertelagah dengan ulama Allah dan ulama

syariyah. Akibat dari yangb demikianlah menjadi rakyat Islam dalam

sesebuah negara itu berpecah belah.