Friday, April 30, 2010

MELAYU WAJIB BERSATU




PERPADUAN MELAYU


Dia (Allah) telah menurunkan keterangan – keterangan yang jelas kepada hamba - Nya (Muhammad s.a.w.) untuk mengeluarkan kalian dari kegelapan kepada cahaya yang terang dan sesungguhnya Allah itu Petunjuk dan Penyayang kepada kalian. - Al Hadid: 9.
Orang Melayu boleh menjadi bangsa yang kuat dan disegani oleh umat manusia di seluruh dunia, hanyalah jika ditangan mereka ada kuasa Melayu (Malay power). Kuasa Melayu tidak akan diperolehi sampai bila – bila, selagi orang Melayu tidak mengikut petunjuk Allah dalam Quran, iaitu tidak berpecah belah – bersatu padu di bawah kalimah Allah.
Ketuanan Melayu tidak penting, kerana ketunanan itu satu warisan dari bangsa Arab kuno sebelum Islam, iaitu 'Syed atau tuan' yang mengusai orang - orang miskin dari bangsa mereka sendiri. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka sebelum 1511 dan zaman Sutan Abdullah di Perak sebelum 1874, telah wujud Ketuanan Melayu. Ketuanan Melayu itu telah memberi peluang kepada golongan Istana dan peodal (ketuanan) Melayu memperhambakan orang ramai Melayu yang miskin atau marhein.
Orang Melayu boleh bersatu – padu, jika semua organisasi politik Melayu, UMNO (berpegang kepada kebangsaan Melayu) dan PAS (berpegang kepada Islam sebagai amalan dalam semua bidang kehidupan insan), ketepikan sentimen politik dan mengorbankan pegangan tidak mengikut Islam dan sama – sama berepegang kepada Islam sebagai dasar hukum dan amalan dalam kehidupan negara dan rakyat.
Maka, jika benar orang Melayu mahu bersatu - padu dan mendapat kembali kuasa Melayu (Malay power), maka UMNO dan PAS hendaklah membuangkan yang keruh dan ambil yang jernih; saling bekerjasama dalam semua bidang.
Saya yakin, jika orang Melayu tidak bersatu - padu, dalam tempoh 10 hingga 20 tahun sahaja lagi, bangsa Melayu akan hilang. Bukan hilang kerana ribut dan banjir seperti maksud Quran di atas ini, tetapi kerana corak politik yang berbeza dengan corak politik UMNO dan PAS, akan melanda dan akan menjadi besi waja kekuatan bangsa lain menguasai negara pusaka bangsa Melayu ini.
Bagaimana nasib UMNO dan PAS di pulau Singapura yang kuat pada masa belum kuasa bangsa lain yang membawa basi waja politik sosio - demokrsi ke pulau pusaka bangsa Melayu itu?
Najib Tun Razak, Muhyiddin Yassin, Haji Hadi Awang, Nik Aziz dan Anwar Ibrahim bertanggung jawab atas menyatu padukan orang Melayu. Mereka perlu kembali kepada firman Allah, ' berpegang teguh pada tali Allah (berpadu) dan jangan berpecah belah'.(mp).

1 comment:

Kay4 said...

Ya saya Setuju dgn pendapat saudara melayu wajib bersatu.Melayu mesti berfikiran hebat dan jangan biarkan bangsa asing mempermainkan kita.Sekiranya soal melayu orang asing boleh masuk campur apa lagi yang nak dijaga.Bila soal melayu Islam jangan benar orang lain masuk campor baru lah bangsa asing takut.Ini tidak bab melayu islam orang kita sokong pulak orang asing.Jadila melayu yang hebat seperti dulu.Bila bab bangsa Melayu mereka tidak berani komen.Saya dulu suka melihat Pertubuhan Arqam,saya bukan Arqam, tapi saya lihat organisasi itu berjaya dalam pembentukan ummah..mereka bergiat dalam semua bidang.Sebelum Arqam ada ,nak makan takua pon kena beli dgn Cina.Tapi masa zaman Arqm mereka telah berjaya dlm semua bidang menghayati cara hidup sebagai orang Islam.Sekiranya mereka tidak terpesong mereka akan jadi organisasi yang hebat.Kenapa kita tak nak jadi mcm tu.Kenapa tak ajar Islam yang betul..politik keterlaluan yang menyebabkan kita tidak bersatu.Sepatut nya Pas yang memperjuangkan Islam menunjukan contoh terbaik sebagai orang Islam seperti mana Arqm melakukannya.Sekiranya semua orang menuruti cara Al Arqam orang Melayu Islam akn menjadi hebat pada suatu masa nnt seperti zaman keagongan Melaka.